Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tn haji Eadil bin mat , pengetua sekolah agama men jeram

Yang Dihormati Pn Kamaliah Bt kassan Guru Penolong Kanan SAM Jeram

Pn Norliza bt pardei Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SAM Jeram

Puan Norhayati Bt Sitor Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 SAM Jeram

Serta semua rakan guru SAM Jeram yang dihormati sekalian.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak
mungkin dapat dielakkan.

Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 2010 saya telah menempuh pelbagai
cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi guru-guru,
perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya,
setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita
berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang
kita kasihi ataupun kita benci. Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama
itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak
mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam,
fitrah kehidupan.

Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar
mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang
yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin
yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan
sebagai insan. Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 8 tahun iaitu bermula dari tahun
2010 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying
yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru STAM. Segala
kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan
sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan
sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru. Saya juga ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang telah
sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala
urusan di sekolah Agama Men Jeram yg dicintai ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan
yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SAM Jeram
khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang
kita cintai.

(sebut lah nama kawan2 yg nampak depan mata )

Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan rakan2 guru-guru di SAM Jeram ini. Buat akhirnya terimalah
rangkap pantun khas saya tujukan untuk semua warga SAM Jeram ikhlas dari lubuk hati
saya.

Bunga ros bunga berduri,


Dibuat pagar mengelilingi perigi,
Pantun ku karang melepas diri,
Entahkan bila berjumpa lagi.

Orang tua duduk di perigi,


Perigi tua letak di hujung pekan,
Saya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Pair putih penuh rokan,


Menjadi tersohor di wupuk Barat,
Kalau terambil mahupun termakan,
Mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Sudah adat bertemu, Tentu ada perpisahannya


Sudah adat berjumpa, Tentu ada nokhtah perhentiannya
Kalau diturutkan hati Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya….. Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi…. Apa yang lebih penting… Hubungan sillaturahim akan
terus kekal abadi. Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai