Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A

(50 markah )

Jawab mana-mana lima soalan sahaja.

1. Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan.

(a) Namakan jenis organisasi perniagaan A dan B di atas. (2 markah)

(b) Nyatakan dua matlamat penubuhan organisasi perniagaan A (2 markah)

(c) Apakah perbezaan antara organisasi perniagaan A dan B. (6 markah)

2. Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

Sekumpulan peniaga ingin menubuhkan pemilikan perniagaan yang boleh menjaga


kepentingan dan kebajikan bersama anggotanya.

(a) Apakah jenis pemilikan perniagaan di atas? (1 markah)

(b) Jelaskan ciri-ciri pemilikan perniagaan di atas. (6 markah)

(c) Berikan tiga hak yang dimiliki oleh anggotanya . (3 markah)

1
3. Gambar di bawah berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

(a) Apakah perubahan tersebut? (1 markah)

(b) Jelaskan kelebihan dan kekurangan pemilikan di atas. (9 markah)

4.(a) Nyatakan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada peningkatan


motivasi pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan.

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kesalahan di tempat kerja.

Encik Fairus adalah seorang peguam di firma guaman Rama & Rozi. Seorang
pelanggan firma, Puan Lina bercadang untuk menjual tanahnya berharga RM1.5 juta
kepada kawannya Puan Ema. Mereka berdua berjumpa Encik Fairuz untuk
menguruskan hal pindah milik harta berkenaan. Puan Ema menyerahkan wang
sebanyak RM1.5 juta kepada Encik Fairus sebagai bayaran hartanah berkenaan yang
akan diserahkan kepada Puan Lina sejurus pendaftaran pindah milik dilakukan. Rakan
kongsi firma, Encik Rama telah mengarahkan wang dimasukkan ke dalam akaun
firma di Maybank Berhad. Encik Fairus tidak mengendahkan arahan, sebaliknya
menggunakannya untuk membeli saham atas nama isterinya

Nyatakan tiga jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh Encik Fairus. (3 markah)

(c) Nyatakan tiga bentuk gaji (3 markah)

2
5.(a) Nyatakan tiga matlamat pengurusan sumber fizikal dalam
sesebuah organisasi. (3 markah)

(b) Senaraikan tiga jenis sumber teknologi. (3 markah)

(c) Rajah di bawah ini berkaitan dengan proses pengeluaran yang melibatkan sebuah
kilang pakaian.

Input Output
X Proses tambah nilai Baju

X merujuk kepada satu sumber fizikal perniagaan. Jelaskan tentang X. (4 markah)

6. (a) Senaraikan empat jenis modal sebuah perniagaan yang terlibat dalam
pengeluaran barang pengguna. (4 markah)

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Haniza.

Pada minggu lepas, Puan Haniza memulakan gerai menjual nasi lemak di pasar
malam. Beliau menggunakan wang dalam akaun simpanan di bank

Jelaskan sumber pembiayaan yang digunakan oleh Puan Haniza. (3 markah)

(c) Nyatakan tiga kekuatan sumber pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan
kepada usahawan. (3 markah)

3
Bahagian B

(30 markah)

Jawab dua soalan sahaja.

7. (a) Maklumat di bawah menunjukkan suatu perniagaan.

Syarikat PKW Sdn Bhd

 Menceburui dalam sektor pengilangan


 Bilangan pekerja : 100 orang
 Jumlah jualan tahunan : RM30 juta

(i) Tentukan saiz perniagaan Syarikat PKW Sdn Bhd dan jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan bersaiz tersebut. (12 markah)

(ii) Nyatakan tiga cabaran yang mungkin dihadapi oleh


Syarikat PKW Sdn Bhd. (3 markah)

8. (a) i. Berikan definisi kebolehkerjaan. (1 markah)


ii. Terangkan tiga jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dikehendaki oleh
majikan daripada bakal pekerja. (6 markah)

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan satu temu duga antara pengurus sumber
manusia dan seorang calon bagi jawatan pengurus pengeluaran sebuah
pengeluaran kereta.

Pengurus : Boleh saya tahu bidang kelulusan anda?


Calon : Saya mempunyai Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dengan pengkhususan
dalam bidang automatif.
Pengurus : Sila terangkan kerja anda sebelum ini.
Calon : Saya pernah bekerja sebagai jurutera automatif di sebuah syarikat
pengeluaran kenderaan di Amerika Syarikat selama 10 tahun. Antara tugas
dan aktiviti yang pernah saya lakukan ialah mereka bentuk pelbagai model
kenderaan ringan dan berat dan menjalankan penyelidikan dalam mereka
enjin baharu

Jelaskan dua keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada calon


berkenaan. (8 markah)

4
9. (a) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penggajian.

Encik Rakesh, Encik Fikri, dan Puan Nitha bekerja dengan Syarikat Q-Flooring Sdn
Bhd yang mengeluarkan pelbagai jenis jubin lantai untuk pasaran tempatan. Encik
Rakesh ialah jurujual syarikat berkenaan. Beliau dibayar sebanyak 10% daripada
jumlah jualan yang dilakukannya.Encik Fikri bekerja di bahagian operasi dan beliau
dibayar mengikut jumlah jam kerja. Puan Nitha ialah eksekutif kewangan syarikat dan
beliau dibayar amaun tetap sebanyak rm4500 sebulan.

Terangkan jenis penggajian bagi Encik Rakesh, Encik Fikri,


dan Puan Nitha. (6 markah)

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Alex.

Encik Alex bekerja sebagai mekanik di Veh –Tech Motors dengan gaji tetap sebanyak
RM3500 sebulan.

Terangkan dua jenis faedah kepada pekerja yang wajib diberikan oleh majikan Encik
Alex mengikut undang-undang di Malaysia. (4 markah)

5
Bahagian C

(20 markah)

Soalan ini wajib dijawab.

10. Baca kes ini dengan teliti.

Setelah tamat pelajaran pada peringkat SPM, Encik Abu mengambil keputusan
untuk memulakan perniagaan penternakan burung puyuh. Yang berikut adalah
butiran peribadi berkaitan perniagaan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai