Anda di halaman 1dari 4

SMK SERI MUTIARA

PERDAGANGAN
Kertas 2
<Nama Ujian>

<Tarikh>

Kelas :

Masa :
Markah :

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.
Bahagian A
[75 markah]
Jawab tiga soalan sahaja
1.

(a) Terangkan maksud pengeluaran.


[3 markah]
(b) Terangkan dua cabang pengeluaran.
[4 markah]
(c) Huraikan dua jenis nilai faedah.
[6 markah]
(d) Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pengeluaran.

Situasi A

Situasi B
i. Nyatakan jenis pengeluaran yang diusahakan oleh Pak Ali dan Pak Abu.
[2 markah]
ii. Terangkan kelebihan jenis pengeluaran yang diusahakan oleh Pak Abu.
[4 markah]
(e) Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pengeluaran.

Nyatakan jenis pengeluaran yang sesuai dipilih oleh Puan Laila. Berikan alasan anda.
[6 markah]
2.

(a) Terangkan maksud pengkhususan.


[5 markah]
(b) Rajah yang berikut menunjukkan cabang pengeluaran.

Rajah
i. Huraikan X.
[3 markah]
ii. Apakah jenis pengkhususan yang terdapat di Y? Jelaskan.
[3 markah]
(c) Maklumat yang berikut adalah berkaitan dengan Kilang Roti Ibu Mansor.
Kilang Roti Ibu Mansor telah beroperasi selama tiga tahun di kawasan perindustrian Shah Alam. Kilang
tersebut mempunyai 20 orang pekerja. Pengkhususan kerja dilaksanakan dalam proses pembuatan roti
di mana setiap pekerja melaksanakan hanya satu bahagian kerja tertentu sahaja, seperti mengadun,
menguli, membakar, dan membungkus untuk menjamin kualiti setiap proses pembuatan roti-roti
tersebut. Dengan cara ini juga, resepi asal pembuatan roti terpelihara dan tidak diketahui oleh pekerja.
Kilang roti ini seringkali menjadi tumpuan penjual roti bermotosikal yang datang mengambil stok roti
untuk dijual di merata kawasan perumahan di sekitar Shah Alam.
i. Terangkan jenis pengkhususan yang diamalkan di Kilang Roti Ibu Mansor?
[2 markah]
ii. Apakah kelebihan dan kekurangan amalan pengkhususan ini kepada Kilang Roti tersebut?
[6 markah]
iii. Apakah bentuk perniagaan runcit yang diamalkan oleh penjual roti bermotosikal yang menjual roti-roti
dari kilang ini?
[2 markah]
iv. Apakah empat kelebihan bentuk perniagaan runcit yang dinyatakan dalam (c)i. di atas?
[4 markah]
3.

(a) Bagaimanakah perbankan, promosi, dan pergudangan dapat membantu Encik Kamaruddin seorang
pengusaha sos tiram berjenama Abadi dari Lumut dalam menjalankan perniagaannya.
[12 markah]
2

(b) i. Apakah maksud perniagaan?


[5 markah]
ii. Bagaimanakah perniagaan berbeza daripada perdagangan?
[8 markah]
4.

(a) Rajah di bawah berkaitan dengan bantuan perniagaan.

i. Apakah X dan Y?
[2 markah]
ii. Bagaimanakah X dan Y dapat membantu kegiatan perniagaan?
[11 markah]
(b) i. Jelaskan maksud perdagangan dan perniagaan.
[4 markah]
ii. Bezakan antara perdagangan dengan perniagaan.
[8 markah]
5.

Mengapakah perniagaan pesanan mel menjadi semakin popular pada masa sekarang?
[7 markah]
Bahagian B
[25 markah]
Bahagian ini wajib dijawab

6.

Puan Sew Ah Ling berhenti kerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kedai menjual alat-alat ganti kereta
motor di Kuala Lumpur. Pada usia 35 tahun, Puan Sew Ah Ling menubuhkan sendiri sebuah kedai menjual
pelbagai alat ganti kereta motor di Seremban dengan modal sebanyak RM650 000 dari simpanan dan
pinjamannya.
Stok alat ganti diperoleh daripada pelbagai ejen dan pemborong di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
secara kredit. Kebanyakan pembekal memberi tempoh antara 15 hingga 30 hari untuk Puan Sew Ah Ling
menjelaskan hutangnya. Segala hutang-piutang dijelaskan dengan menggunakan cek. Margin keuntungan
yang dinikmati oleh Puan Sew Ah Ling sangat rendah. Puan Sew Ah Ling boleh menikmati margin
keuntungan yang tinggi jika membeli secara tunai. Tetapi hal ini agak sukar memandangkan beliau
menghadapi masalah modal pusingan. Oleh yang demikian, beliau biasanya membeli stok dalam kuantiti yang
kecil dan jika terdapat pesanan daripada para pelanggan.
3

Kebanyakan pelanggan tetapnya terdiri daripada pengusaha-pengusaha bengkel kereta motor di sekitar
bandar Seremban. Beliau menjual secara kredit kepada pengusaha bengkel untuk meningkatkan hasil jualan.
Puan Sew Ah Ling kerap melawat bengkel-bengkel ini untuk memperkenalkan alat-alat ganti baru di pasaran
dan menerangkan kepada mereka kelebihan barang baru tersebut. Hal ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan hasil jualan Puan Sew Ah Ling. Dalam pada itu, tindakan beliau mengunjungi bengkel-bengkel
tersebut dari semasa ke semasa menjadikan beliau sangat dikenali oleh para pengusaha bengkel kereta motor,
dan mereka sangat menaruh harapan kepada Puan Sew Ah Ling untuk mengetahui tentang kewujudan produk
serta jenama alat ganti baru di pasaran sama ada dari dalam negeri mahupun dari luar negara.
(a) Terangkan bagaimana pembantu-pembantu perniagaan yang berikut dapat membantu Puan Sew Ah Ling
menjalankan perniagaannya dengan lancar:
i. Perbankan
[4 markah]
ii. Komunikasi
[4 markah]
iii. Pengangkutan
[4 markah]
iv. Insurans
[4 markah]
(b) Puan Sew Ah Ling mampu menjalankan perniagaannya tanpa pembantu perniagaan yang berikut:
i. Promosi
ii. Pergudangan
Terangkan mengapa beliau mampu berbuat demikian?
[9 markah]

Anda mungkin juga menyukai