Anda di halaman 1dari 9

ASAS KEPADA PERDAGANGAN SOALAN 1 (a) Apakah maksud pengeluaran?

[6 markah] (b) Berikut adalah cabang pengeluaran

(i) Apakah XYZ ? [1 markah] (ii) Nyatakan dan terangkan aktiviti yang terlibat dalam XYZ. [6 markah] (c) Terdapat empat jenis pengkhususan yang wujud dalam pengeluaran. Jelaskan. [12 markah]

SOALAN 2 (a) Terangkan dengan contoh maksud keperluan dan kehendak manusia. [5 markah] (b) Gambar menunjukkan Encik Arif sedang bekerja di sebuah kilang elaktronik.

(i) Jelaskan jenis pengkhususan yang dijalankan oleh Encik Arif? [3 markah] (ii) Mengapakah industri moden mengamalkan pengkhususan ini? [10 markah] (c) Apakah sistem barter dan mengapakah sistem barter tidak lagi diamalkan dalam perniagaan moden? [7 markah]

SOALAN 3 (a) Aktiviti pengeluaran memerlukan empat faktor pengeluaran. Jelaskan dengan contoh faktor pengeluaran tersebut. [12 markah] (b) Kreatif dan inovatif adalah antara dua sifat utama bagi seorang usahawan. Bagaimanakah sifat-sifat ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat. [13 markah] SOALAN 4- UNSUR PERDAGANGAN (a) Apakah maksud perniagaan dan perdagangan? [5 markah] (b) Terangkan perbezaan antara perdagangan dengan perniagaan. [8 markah] (c) Bagaimanakah perbankan, insurans dan pengangkutan dapat membantu pengusaha perabot menjayakan urusan perniagaannya? [12 markah] SOALAN 5- UNSUR PERDAGANGAN (a) Rajah di bawah menunjukkan cabang perdagangan.

(i) Apakah jenis perniagaan M dan N. Jelaskan. [6 markah] (ii) Bagaimanakah P, Q dan R dapat membantu peniaga? [12 markah] (b) Puan Mariah mempunyai restoran makanan di Pekan Dengkil.Terangkan apakah masalah yang akan timbul jika perbankan dan insurans tidak wujud. [7 markah] SOALAN 6- UNSUR PERDAGANGAN (a) Nyatakan jenis bantuan perniagaan dan beri alasan bagi setiap situasi di bawah: (i) (ii) (iii) (iv) Arif memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00. Najihah mendapat pampasan setelah rumahnya terbakar EncikRobert ingin menyimpan daging yang baru diimport sebelum dipasarkan. Cikgu Amran telah menghantar faks kepada pembekal untuk memesan 20 buah buku teks Perdagangan. [12 markah]

(b) "Perdagangan ialah proses mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir. Terangkan bagaimanakah pengangkutan dan pergudangan dapat membantu proses tersebut. [7 markah] (c) Bagaimanakah syarikat komunikasi saling bantu membantu dengan syarikat promosi. [6 markah] SOALAN 7- PERNIAGAAN DALAM NEGERI (a) Apakah yang dimaksud dengan perniagaan runcit? [3 markah] (b) Jelaskan fungsi peruncit dalam saluran agihan. [12 markah] (c) Mengapakah perniagaan E-dagang menjadi semakin popular pada masa kini. [10 markah] SOALAN 8- PERNIAGAAN DALAM NEGERI (a)

Berdasarkan rajah di atas, terangkan fungsi pemborong kepada peruncit. [12 markah] (b) Walaupun pemborong sangat penting kepada peruncit, namun mengapakah sesetengah pihak menyingkir peranan pemborong dalam saluran agihan. [13 markah] SOALAN 9- PERNIAGAAN DALAM NEGERI (a) Terangkan dengan ringkas tentang : (i) (ii) Nota Serahan [4 markah] Penyata akaun [3 markah] (iii) Jualan Konsainan [4 markah] (b) Rajah di bawah menunjukkan barangan yang dibeli dengan satu cara kaedah jualan.

(i) (ii)

Apakah jenis kaedah jualan yang sesuai? [1 markah] Apakah ciri-ciri kaedah tersebut? [4 markah]

(iii) Jelaskan kelebihannya kepada pembeli.

[3 markah] (c) Apakah faktor-faktor pemilihan kaedah jualan. [6 markah] SOALAN 10- PERNIAGAAN ANTARABANGSA (a) Berikut adalah perbualan antara pengurus pemasaran dengan pengurus eksekutif sebuah syarikat.

(i) (ii)

Namakanh jenis perniagaan yang dicadangkan oleh Encik Nazri itu. Jelaskan. [4 markah] Selain faedah yang dinyatakan, terangkan faedah-faedah lain kepada syarikat tersebut. [8 markah]

(b) Bagaimanakah perniagaan import dan eksport ini dikatakana dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. [13 markah] SOALAN 11- PERNIAGAAN ANTARABANGSA Keluaran utama Malaysia adalah kelapa sawit dan getah, manakala negara lain juga mempunyai keluarannya masing-masing. Jika Malaysia menghasilkan keluaran yang banyak kerana permintaan yang tinggi dari luar negara maka kos seunit dapat dikurangkan. Malaysia saling berhubung dengan negara lain. Jepun mempunyai tingkat teknologi dalam bidang elektronik, manakala negara lain dalam bidang makanan dan pakaian. (a) Jelaskan pernyataan di atas. [9 markah] (b) Terangkan perbandingan antara perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa. [16 markah] SOALAN 12- PERNIAGAAN ANTARABANGSA (a) Mengapakah perniagaan antarabangsa sangat berguna kepada negara? [13 markah] (b) Walaupun perniagaan antarabangsa sangat penting kepada sesebuah negara namun masih terdapat masalah. Jelaskan. [12 markah] SOALAN 13- IKS (a) IKS berbeza dengan industri berat. Apakah IKS? [3 markah] (b) Jenis keluaran, modal, lokasi, organisasi dan ciri umum pekerja adalah antara ciri-ciri IKS. Jelaskan. [10 markah]

(c) "Kegiatan IKS lebih tertumpu kepada sektor perkilangan". Terangkan dengan contoh empat bidang yang terlibat. [12 markah] SOALAN 14- IKS (a) Bagaimanakah IKS membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara? [17 markah] (b) Gambar di bawah menunjukkan satu jalinan utama antara IKS dengan industri berat.

Jelaskan apakah jalinan tersebut. [8 markah] SOALAN 15- IKS (a) Terdapat usahawan-usahawan IKS yang gulung tikar kerana menghadapi masalah dalam menguruskan perniagaan mereka. Mengapakah situasi ini terjadi? Bincangkan. [15 markah] (b) Pelbagai program disediakan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan IKS.Jelaskan program- program berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Program Rantaian Industri (ILP) Program bantuan kewangan Program pembangunan infrastruktur Program penyelidikan dan pembangunan Program pembangunan dan peningkatan kemahiran [10 markah] SOALAN 16-MILIKAN PERNIAGAAN (a) Selain warisan terangkan cara lain untuk memulakan perniagaan. [11 markah] (b) Prestasi sesebuah perniagaan bergantung kepada cara pengendalian dan kawalan perniagaan yang cekap dan berkesan Jelaskan cara yang perlu dilakukan oleh seseorang usahawan bagi menjamin perniagaannya berjaya. [14 markah] SOALAN 17-MILIKAN PERNIAGAAN (a) Walaupun banyak pasar raya yang wujud masa kini bagi memenuhi kehendak pengguna namun masih terdapat perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal. (i) (ii) Apakah yang dikatakan perniagaan milikan tunggal? [6 markah] Mengapakah perniagaan milikan tunggal masih diminati? [12 markah] (b) Jelaskan tujuan penswastaan. [7 markah]

SOALAN 18-MILIKAN PERNIAGAAN (a)

(i) (ii)

Terangkan ciri-ciri jenis milikan perniagaan di atas dari aspek: Milikan, modal, liabiliti, pembentukan, dan pengurusan. [10 markah] Mengapakah jenis milikan ini semakin menjadi pilihan usahawan masa kini. [10 markah]

(b) Tatawujud syarikat ialah dokumen tentang penubuhan sesebuah syarikat. Apakah butiran yang mesti ada dalam Tatawujud tersebut. [5 markah] SOALAN 19-PELABURAN

(a) Apakah maksud pelaburan? [4 markah] (b) Aznil telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100 000 dalam satu peraduan. Dengan wang tunai tersebut beliau bercadang untuk membeli sebidang tanah dengan harga RM40 000. Beliau juga telah melabur dalam sebuah syarikat sendirian berhad sebanyak RM30 000 dan selebihnya beliau menyimpan di sebuah bank dengan kadar 4% setahun. Nyatakan dan jelaskan jenis pelaburan yang dibuat oleh Aznil. [13 markah] (c) Apakah perbezaan antara Syer Biasa dengan Syer keutamaan. [8 markah] SOALAN 20-PELABURAN (a) Pelaburan dalam saham akan mendapat pulangan Jelaskan pernyataan tersebut. [9 markah] (b) Mengapakah perlu ada Bursa Saham Kuala Lumpur. [12 markah] (c) Berikut adalah jadual kadar faedah akaun simpanan tetap. Tempoh masa 1 - 4 bulan 5 - 8 bulan 9 - 12 bulan Kadar faedah (%) 3.3 3.5 3.8 di dalam akaun [4 markah] SOALAN 21-PELABURAN (a) Harga saham sentiasa mengalami turun naik di pasaran. Bagaimanakah situasi ini boleh berlaku? [12 markah] (b) Terangkan perbezaan antara pelabur dengan spekulator. [8 markah] (c) Bagaimana cara membeli dan menjual saham?

Kirakan jumlah faedah jika Encik William menyimpan wang sebanyak RM10 000 simpanan tetap selama 6 bulan. Berapa pula jika menyimpan selama 2 tahun?

[5 markah] SOALAN 22-PERBANKAN (a) Sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam adalah berbeza. Jelaskan. [12 markah] (b) Huraikan fungsi yang dilaksanakan oleh Bank Saudagar. [13 markah] SOALAN 23-PERBANKAN (a) Apakah yang dimaksudkan dengan akaun simpanan? [6 markah] (b) Nyatakan kebaikan dan kelemahan akaun simpanan. [13 markah] (c) Terangkan kemudahan-kemudahan yang diperoleh melalui akaun semasa. [6 markah] SOALAN 24-PERBANKAN (a) Huraikan kelemahan-kelemahan penggunaan cek. [10 markah] (b) Tuliskan nota ringkas tentang perkara berikut: (i) Syarikat kewangan. (ii) Syarikat pajakan. [15 markah] SOALAN 25-INSURANS (a) Huraikan secara ringkas: (i) (ii) Peranan insurans kepada individu. [5 markah] Peranan insurans kepada negara. [5 markah] (iii) Peranan insurans kepada peniaga. [5 markah] (b) Terangkan ketiga-tiga prinsip insurans dengan jelas. [10 markah] SOALAN 26-INSURANS (a) Bandingkan risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans. [8 markah] (b) Huraikan faktor yang menentukan kadar premium insurans hayat. [12 markah] (c) Terangkan secara ringkas dua produk utama yang disediakan melalui takaful. [5 markah] SOALAN 27-INSURANS (a) Sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Kelang mengambil polisi insurans marin dan insurans liabiliti majikan. Jelaskan mengapa insurans berkenaan diambil. [10 markah] (b) Nyatakan prosedur membuat tuntutan ganti rugi yang perlu diikuti oleh pemilik kapal tersebut sekiranya kapal miliknya itu karam di lautan.

[10 markah] (c) Jadual berikut menunjukkan kadar premium insurans marin: Jenis Aset Kapal Kargo Muatan Kargo Nilai Aset RM 900 000 RM 550 000 Nilai premium bagi setiap RM1000 setahun RM 18 RM 6.5

Berdasarkan jadual di atas, hitungkan jumlah premium tahunan bagi setiap aset di atas. [5 markah] SOALAN 28-PENGANGKUTAN (a) Pengangkutan amat penting dalam sesuatu perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan pengangkutan? [5 markah] (b) Pengangkutan jalan raya merupakan sistem pengangkutan yang paling popular. Nyatakan sebab-sebabnya. [10 markah] (c) Mengapakah pengangkutan rel kurang popular jika dibandingkan dengan pengangkutan jalan raya. [10 markah]

SOALAN 29-PENGANGKUTAN (a) Kapal kargo dan kapal kerentan (tramp) merupakan dua jenis sistem pengangkutan di laut. Terangkan perbezaan antara kapal kargo dengan kapal kerentan. [15 markah] (b) Jabatan Laut merupakan salah satu agensi yang terlibat dengan sistem pengangkutan laut di Malaysia. Nyatakan tugas-tugas Jabatan Laut. [10 markah] SOALAN 30-PENGANGKUTAN (a) Encik Muhammad menjalankan perniagaan akuakultur dan mengeksportnya ke luar negara. Oleh itu, Encik Muhammad telah memilih sistem pengangkutan udara untuk menghantar produknya kepada para pelanggannya. Nyatakan sebab-sebab Encik Muhammad telah memilih pengangkutan udara. [15 markah] (b) Terangkan lima faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum seseorang peniaga memilih sistem pengangkutan yang sesuai untuk perniagaannya. [10 markah] SOALAN 31-KOMUNIKASI

(a) Jelaskan peranan komunikasi dalam bidang perniagaan. [10 markah] (b) Tuliskan nota ringkas tentang perkhidmatan mel yang berikut: (i) (ii) Posdaftar. [5 markah] Aerogram. [5 markah] (iii) Khidmat Jawapan Perniagaan. [5 markah] SOALAN 32-KOMUNIKASI (a) Huraikan perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh radio dan televisyen. [8 markah]

(b) Jelaskan perkhidmatan pembayaran yang disediakan oleh Pejabat Pos. [17 markah] SOALAN 33-KOMUNIKASI (a) Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kurier? [5 markah] (b) Apakah kebaikan dan kelemahan sistem kurier? [10 markah] (c) Nyatakan faktor-faktor yang menentukan pemilihan sesuatu jenis komunikasi. [10 markah] a) Perkhidmatan kurier. ditakrifkan sebagai ejen atau pesuruh yang ditugaskan untuk membawa berita, dokumen atau kiriman lain dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas dan cekap. Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan serahan barang dari pintu ke pintu. Syarikat kurier menyediakan perkhidmatan yang paling pantas. Semua kerja berkaitan dengan pengiriman dilakukan secara profesional. Keselamatan mel dan kargo dijamin oleh syarikat kurier dan segala kerosakan serta kehilangan akan dibayar pampasan yang setimpal. b) Kebaikan dan kelemahan sistem kurier. i) Kebaikan Cara penghantaran mel dan kargo yang cepat dan cekap. Cara yang mudah kerana semua urusan penghantaran dilakukan oleh syarikat kurier. Lebih selamat kerana urusan penghantaran dilakukan dengan cermat dan teliti. ii) Kelemahan. Kos penghantaran lebih mahal berbanding dengan penghantaran biasa. Kegunaan yang terhad kerana menyediakan hanya perkhidmatan kiriman segera. c) Faktor-faktor pemilihan sesuatu jenis komunikasi. i) Kos Faktor utama yang menentukan jenis perkhidmatan komunikasi kerana bergantung kepada kemampuan kewangan organisasi. ii) Jarak Destinasi atau jauhnya maklumat atau dokumen yang hendak disampaikan. iii) Kesegeraan dokumen yang diperlukan dengan segera boleh dihantar melalui perkhidmatan kurier atau telefaks. iv) Jenis maklumat penghantaran maklumat bertulis boleh dibuat dengan teleks, telefaks, dan pos. v) Mudah didapati cara menghantar mesej yang paling mudah adalah menggunakan telefon kerana boleh didapati di mana-mana.

Anda mungkin juga menyukai