Anda di halaman 1dari 15

946/1

PERCUBAAN STPM 2011

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

(TIGA JAM)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011

KELOMPOK M6 SKEMA JAWAPAN

Skema jawapan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.

1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pemiagaan kepada ekonomi negara. [3] Jawapan: Kepentingan pemiagaan kepada ekonomi: i.Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan [ fakta : m ] - melalui kutipan cukai keuntungan yang dibayar oleh pemiagaan. [ huraian: m ] [ fakta : m + huraian m = 1m ] ii.Meningkatkan kemudahan awam - kepada penduduk dengan pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan. iii. Menawarkan keluaran yang berkualiti dan harga yang berpatutan - melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. iv. Menyediakan peluang pekerjaan - kepada penduduk sekitar dengan menggunakan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti pemiagaan. v. Mewujudkan petempatan baru - bagi sesuatu kawasan geografi dengan adanya kumpulan firma seperti kawasan perindustrian baru. vi,Membangunkan industri pinggiran - seperti wujudnya tahap pemiagaan huluan dan hiliran. NOTA: Mana-mana 3 diatas sahaja. (b) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. Jawapan:Elemen tugas persekitaran organisasi: 1. Pelanggan[ m ] 2. Pembekal[ m ] 3. Pembiaya dan pemodal[ m ] 4. Pesaing[ m ] 5. Kerajaan[ m ] 6. Pekerja [ m ] (c) Jelaskan empat faktor dorongan yang dimaksudkan oleh Herberg. Jawapan Faktor dorongan tersebut ialah: i.Tanggungjawab [ m ] ii.Pengiktirafan[ m ] iii.Kemajuan kerja[ m ] iv.Cabaran[ m ] v.Kreativiti[ m ] Nota Mana-mana 4 pertama di atas (d) Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. Jawapan: i. Analisis pulang modal. [ m ] ii.Belanjawan [ m ] iii.Carta Gantt [ m ] iv. analisis PERT/CPM [ m ] [3]

[2]

[2]

(e) Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [3] Jawapan:Ciri perlakuan manusia mengikut "teori Y" yang dianjurkan oleh Douglas McGregor: i.Rajin bekerja [ 1m ] ii.Dapat membuat kerja tanpa arahan dan kawalan [ 1m ] iiiBersikap proaktif, imiginatif, dan kreatif [ 1m ] iv.Bersedia dan rela untuk menerima tanggungjawab [ 1m ] (f) Nyatakan empat langkah dalam proses pemasaran. Mengkaji peluang perniagaan [ m ] Memilih pasaran sasaran [ m ] Membentuk campuran pemasaran [ m ] Menguruskan aktiviti pemasaran [ m ] [2]

(g) Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit. [2] Jawapan: Empat perkara yang dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit: i. Tempoh kredit diberi [ m ] ii. Tahap kredit pelanggan. [ m ] iii. Polisi kutipan. [ m ] iv. Diskaun/ rebet . [ m ] (h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan Jawapan: 1.Kebakaran [ m ] 2.Kemalangan [ m ] 3.Kecurian [ m ] 4.Perkapalan [ m ] 5.Penerbangan [ m ] 6.Gadaian [ m ] 7.Risiko liabiliti / tanggungan awam [ m ] 8.Pecah amanah / Jaminan amanah setia . [ m ] 4 fakta yang pertama ( 4 x m = 2m) [2]

(i ) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh [3] Jawapan Keputusan rutin [1m] dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa/kerap berlaku/berulang-ulang [1m ] dalam organisasi. Contoh: - menambah pengeluaran [ m ] - menyelaraskan kerja [ m ] - mana-mana contoh yang sesuai [ m ] Maksimum 1 markah 3

Keputusan tidak rutin [1m] - dibuat terhadap masalah yang tidak dijangka/jarang berlaku/sekali sekala/masalah baru [1m]. Contoh: pelanggan mengubah spesifikasi produk [ m] mana-mana contoh yang sesuai [ m ] Maksimum 1 markah [3]

(j ) Huraikan tiga tanda ketegangan yang boleh dikesan daripada seseorang individu Jawapan (i) Perubahan tingkah laku [m] Keganasan, mengambil minuman keras, banyak makan [m] (ii) Perubahan sikap [m] Perubahan psikologi dan emosi panas baran [m] (iii) Penurunan prestasi [m] Hasil / mutu kerja merosot ponteng kerja (iv) Penurunan tahap kesihatan [m] Perubahan fisiologi cepat letih, darah tinggi,sakit jantung [m [ 3 fakta yang pertama , F=m, H=m] 2 (a.) Lukiskan gambar rajah model gelagat pengguna. Jawapan:

[5]

Rangsangan (m)

Kotak Hitam Pembeli (m) Proses membuat Keputusan pengguna


(m)

Maklum balas pengguna (m)

oduk rga mpat

Pr Ha Te Pr

-Ekonomi -Teknologi - Politik - Budaya (m)

Ciri-ciri pengguna

Pendapat dan sikap

ya al idu

Buda sosi indiv Psik

suka

suka /tidak

(m)

Gelagat

b. Terangkan lima langkah dalam proses pembelian barangan pengguna. [10] Jawapan: i. Kenalpasti keperluan- (1m) dan huraian (menentukan apa yang diperlukan oleh mereka) (1m) ii. Mencari maklumat - (1m) - huraian (barangan, harga, tempat pembelian dll) (1m) iii. Menilai alternatif- (1m) - huraian (membanding harga, mutu, kemudahan dll) 1m iv. Membuat keputusan pembelian (1m) dan huraian (memilih alternatif yang terbaik) (1m) v. Gelagat selepas pembelian 1m huraian (puas hati, ulangan pembelian dll) 1m

c. Nyatakan dan jelaskan jenis-jenis konflik yang timbul di antara saluran agihan. [4] Jawapan: konflik mendatar ialah konflik yang berlaku antara firma pada peringkat yang sama dalam saluran agihan iaitu antara dua atau lebih peruncit. Contohnya,pengedar kereta Toyota LE di Tobiar membuat rugutan tentang pengedar kerata Kancil di Paya Rawa yang mencuri pelanggannya dengan memberi tawaran harga yang rendah dan melakukan pengiklanan yang agresif di luar kawasan jualan yang telah ditetapkan sebelumnya. Keadaan ini berlaku apabila orang tengah tidak diberi hak pengedaran eksklusif atau utama oleh pihak pengeluar.
Konflik menegak ialah konflik yang berlaku antara beberapa tahap yang berbeza dalam saluran yang sama, seperti pengeluar dengan pemborong atau pemborong dengan perucit. Contohnya, pengeluar telah memberi hak jualan dan pengedaran kepada pemborong tetapi pada masa yang sama pengeluar juga menjual barang yang sama, secara terus kepada pengguna. Pemarkahan:- nyatakan = markah - jelaskan = 1 markah - contoh = markah 2 markah x 2 = 4 markah

d. Huraikan secara ringkas jenis-jenis pengedaran di bawah; i.Pengedaran intensif ii.Pengedaran selektif iii.Pengedaran eksklusif [6] Jawapan: i. Pengedaran intensif - merangkumi liputan paling luas atau maksimum ( 1 m ) -memastikan produk mudah didapati oleh pengguna di merata kedai. ( 1 m ) -Pengantara pemasar perlu menyimpan stok produk yang banyak. ( 1 m ) -contoh pengeluar produk mudah beli. ( 1 m ) Pemarkahan: Maksimum 2 markah ii. Pengedaran selektif - barangan beli-belah,istimewa dan industri yang memerlukan usaha jualan yang berbeza atau khusus oleh pihak pengantara pemasar. ( 1 m ) - Strategi menghadkan pengedaran kepada beberapa pengantara atau orang tengah di satu kawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka.( 1 m ) - digunakan kerana jumlah pembeli sedikit tetapi menyumbangkan sebahagian besar jumlah jualan( 1 m ) Pemarkahan: Maksimum 2 markah iii. Pengedaran eksklusif - Produk yang dianggap istimewa oleh pengguna seperti jam tangan ROLEX, barang ekslusif. ( 1m ) - Strategi untuk menghadkan pengedaran hanya kepada satu outlet /kedai dalam satu kawasan geografi. ( 1 m )

- untuk pengeluar yang inginkan penolakan ke dalam pasaran secara maksimum oleh pengantara pemasar ( 1 m ) - bagi pengantara pemasar kerana usaha promosi yang dilakukan memberi faedah yang eksklusif kepada mereka dalam kawasan pasaran mereka beroperasi. ( 1 m ) Pemarkahan: Maksimum 2 markah

3 a) Barang industri ialah produk yang dihasilkan dari proses pengeluaran yang akan digunakan semula sebagai bahan mentah bagi pengeluaran barangan lain. Contohnya ubi kayu sebagai bahan mentah bagi kilang tepung ubi kayu. Tepung ubi kayu ini akan menjadi bahan mentah bagi perusahaan glu, bahan perasa dan lain-lain. Barang pengguna ialah barang yang dihasilkan untuk kegunaan pengguna akhir. Barang ini akan digunakan terus oleh pengguna. Contohnya ubi kayu digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kerepek. {1 markah untuk huraian dan 1 markah untuk contoh lengkap} [4] b) Kelebihan Perkongsian dan kelemahan perkongsian Kelebihan: i. Dapat mengumpul modal yang lebih ii. Dapat mengumpulkan kemahiran dan kepakaran iii. Perbincangan dan pengkhususan boleh dilakukan diantara rakan kongsi iv. Risiko/kerugian ditanggung bersama v. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan Kelemahan: i. Mempunyai liabiliti yang tidak terhad kecuali pekongsi berhad ii. Kewujudannya tidak kekal, iaitu jika pekongsi meninggal, maka perkongsian akan bubar atau matlamat sudah tercapai dll. iii. Kemungkinan timbul konflik antara rakan kongsi iv. Keuntungan perlu dikongsi mengikut perjanjian v. Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi [10] Kelebihan dan kelemahan syarikat Kelebihan: i. Mudah mendapat modal iaitu melalui tawaran saham ii. Dapat mengembang perniagaan dengan lebih luas iii. Liabiliti perniagaan terhad iv. Entiti syarikat adalah berasingan iaitu boleh didakwa dan mendakwa ahli dan syarikat v. Pemegang saham dilindungi undang-undang vi. Kewujudan perniagaan lebih kekal

c)

Kelemahan i. pengurusan dan pemilik dipisahkan ii. Pengurusan dikawal oleh Lembaga pengarah dan bukan pemegang saham iii. Aktiviti syarikat dikawal oleh undang-undang iv. Cukai yang dikenakan ke atas syarikat lebih tinggi v. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah. 6

[11] 4.a) Perancangan : Menentukan matlamat Menentukan kaedah untuk mencapai matlamat organisasi Penyelarasan antara peringkat pengurusan atasan, pengurusan

pertengahan dan pengurusan bawahan. Fakta = m Kepentingan perancangan : Menentukan hala tuju organisasi o o tugas o o Menentukan hala tuju jangka pendek dan jangka panjang Menentukan keperluan kewangan, ramalan jualan dan keperluan Mengenal pasti aktiviti yang akan dijalankan Menentukan bila, bagaimana dan siapa yang akan melaksanakan

sumber Faktor penyatu dalam membuat keputusan o Terdapat tiga peringkat pengurusanpengurusan atasan,

pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan o Mewujudkan tindakan yang selari antara tiga peringkat pengurusan

Merebut peluang perniagaan o o o Mengenal pasti peluang pada masa depan Mengenal pasti masalah kini dan masa depan Memastikan bekalan sumber yang mencukupi

Menentukan standard bagi tujuan pengukuran prestasi o Menentukan apa yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.

Membuat

perbandingan

antara

pencapaian

sebenar

dengan

standard o Dapat mewujudkan suatu sistem pengawalan Fakta = 1 m Mana-mana huraian = 1 m [ 4 x 2m = 8m] Pengawalan : Memastikan aktiviti-aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan Perekodan hasil yang diperoleh Perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard Fakta = m Kepentingan pengawalan : Memastikan aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan o o Mewujudkan suatu ketetapan atau garis panduan Mengelakkan penyelewengan

Mengelakkan penyelewengan yang dapat dijangka o Memastikan penyelewengan yang sama tidak berulang pada masa

akan datang. Mengesan penyelewengan baru o o o Melakukan pemantauan. Dapat mengenal pasti penyelewengan baru Mengambil tindakan pembetulan untuk mengatasi penyelewengan.

Mewujudkan suatu sistem maklum balas o o Merekod semua aktiviti yang telah berlaku Maklum balas dalam bentuk maklumat yang diperoleh

Fakta = 1 m Mana-mana huraian = 1 m [ 3 x 2m = 6m]

b) Proses perancangan terdiri daripada aktiviti yang perlu dijalankan mengikut urutan tertentu. Kitaran maklum balas yang berguna untuk perancangan pada masa akan dating Maklumat baru yang diperoleh daripada pelaksanaan aktiviti akan menjadi input

untuk proses perancangan seterusnya. Contohnya : masalah baru yang wujud akan dijadikan sebagai garis panduan untuk

mengatasi masalah yang mungkin wujud pada masa depan. [10] 5 (a) Struktur organisasi jangkauan kawalan sempit dan kawalan luas serta kesesuaian penggunaannya. Jangkauan Kawalan Sempit struktur organisasi jangkauan Markah 1m

Jangkauan Kawalan Luas

Ciri-ciri Ciri-ciri Seseorang pengurus Seseorang pengurus menyelia ramai menyelia sedikit staf [ m ] staf [ m ] Organisasi mempunyai Organisasi mempunyai struktur yang struktur yang tinggi [ m ] rendah [ m ] Pengurus dapat memberi Pengurus tidak dapat memberi bimbingan dan kawalan yang bimbingan dan kawalan yang mencukupi mencukupi kerana bilangan kerana bilangan staf banyak. [ m ] staf sedikit. [ m ] Kesesuaian penggunaan jangkauan kawalan sempit Peraturan dan prosedur kerja adalah umum [ m ] Interaksi antara pengurus dan staf adalah tinggi Kesesuaian penggunaan jangkauan kawalan luas Peraturan dan prosedur kerja adalah khusus dan jelas [ m ] Interaksi antara pengurus dan staf adalah rendah [ m ] 9

6m

6m

[m] Masalah kerja yang dihadapi adalah banyak dan tidak berstruktur memerlukan penyeliaan. [m]

Masalah kerja yang dihadapi adalah sedikit dan rutin tidak perlukan banyak penyeliaan. [ m ]

[ 13m ] 5 (b) Langkah-langkah proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Encik Mustafa ialah : (i) Menentukan objektif [F1] Mengenal pasti matlamat organisasi Berdasarkan kemampuan dan berkebolehan untuk mencapainya Encik Mustafa menetapkan objektif menghasilkan roti yang mengandungi vitamin yang tinggi (ii) Mengenal pasti aktiviti [F2] Encik Mustafa mengenal pasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses pencapaian matlamat Menyenarai dan mengelaskan aktiviti utama serta sampingan Contoh memesan tepung dan bahan mentah lain, menentukan resepi, pengadunan dan pembungkusan

(iii) Pengkelasan aktiviti [F3] Kerja-kerja menyusun aktiviti-aktiviti mengikut kemahiran, kecekapan atau kriteria-kriteria tertentu berasaskan tenaga kerja Banyak aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif dan banyak jenis kemahiran pekerja diperlukan Kilang roti memerlukan tukang masak untuk melakukan aktiviti mengadun tepung, pekerja untuk membakar roti, jurujual dan sebagainya. (iv) Mengelompokkan aktiviti [F4] Mengumpul aktiviti-aktiviti berkaittan ke dalam kategori kategori tertentu Aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan menjadi satu kumpulan kerja yang formal Contoh bekalan bahan mentah proses terlibat ialah memesan tepung, mengira stok dan memeriksa kualiti bahan mentah, operasi mengadun, memasak, menambah perisa.

(v) Pengagihan tugas [F5] Mengagihkan tugas-tugas kepada ketua jabatan dan memaklumkan kepada mereka mengenai sasaran yang perlu dicapai. Pengurus jabatan akan mengagihkan tugas kepada individu-individu yang sesuai supaya tugas dilaksanakan dengan baik 10

Tugas diberi berdasarkan kemahiran dan kebolehan pekerja contoh pekerja yang mempunyai kelayakan perakaunan akan ditugaskan menyediakan penyata kewangan.

(vi) Autoriti dan tanggungjawab [F6] Autoriti merupakan hak seseorang pengurus mengambil keputusan dan tindakan melibatkan rantaian arahan kepada staf bawahan. Tanggungjawab ialah kewajipan individu menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Contoh kerani jualan diberi autoriti untuk memberikan diskaun kepada pengedar roti. Fakta = 1m Mana-mana Huraian = 1m [ 6 x 2m = 12m ] 6 a). Maksud: i. Temuduga terbuka ialah satu bentuk pemilihan yang dilakukan tanpa melalui prosesproses normal pengrekrutan. Melalui temuduga terbuka, pemohon sesuatu jawatan hanya perlu datang sendiri ke tempat pemilihan calon diadakan dengan membawa dokumendokumen pengenalan diri dan kelayakan yang dimiliki untuk dikemukakan kepada pihak berkenaan. (2m) ii. Resume merupakan pengenalan diri yang ditulis oleh pemohon sesuatu pekerjaan yang menyatakan tentang diri sendiri mengenai kelayakan, kemahiran yang ada, kelulusan dan pengalaman bekerja. Biasanya ditulis dalam format tertentu. (2m) iii. Ganjaran kewangan merupakan faedah yang diperolehi oleh seseorang pekerja dalam bentuk wang seperti gaji, upah, bonus dan hadiah wang atau baucer. (2m)

b) Proses-proses yang mesti dilakukan oleh Pengurus Sumber Manusia sebelum iklan di atas dapat dilakukan ialah: i. Perancangan sumber manusia (1m) dimana pihak psm akan mengenalpasti (1m) dan menentukan keperluan sebenar sumber manusia atau tenaga kerja yang diperlukan oleh organisasi. (1m) ii. Membuat analisis kerja (1m) iaitu menentukan tugas dan tanggungjawab seseorang kakitangan / petugas yang dikenal sebagai penghuraian kerja (1m) dan, keperluan kemahiran, pengalaman individu untuk sesuatu kerja atau tugas yang disebutkan sebagai spesifikasi kerja.(1m)

iii. Pengrekrutan (1m) iaitu suatu usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk mempelawa sebilangan calon (1m) untuk memohon sesuatu jawatan kosong. Biasanya iklan akan dikeluarkan untuk makluman umum. (1m)

c) Langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Hotel Seri Malaysia seterusnya bagi jawatanjawatan utama yang bertanda # di atas ialah: i. Menerima borang permohonan dan resume ii. Menyemak resume dan borang permohonan samada lengkap atau tidak. iii. Menyenaraikan pemohon mengikut jawatan yang dipohon iv. Menyenarai pendek calon-calon yang layak untuk ditemuduga awal v. Mengeluarkan surat panggilan temuduga awal

11

vi. vii. viii. ix. x.

Membuat temuduga awal Membuat senarai akhir pemohon yang perlu ditemuduga akhir Membuat temuduga akhir Memilih calon yang sesuai Mengeluarkan surat tawaran kerja kepada calon yang berjaya untuk melapor diri bagi menjalankan tugas. [Jawapan mesti ikut urutan, 1 langkah x 1m =10m]

7. a) (i) En. Razif berada pada peringkat pengurusan pertengahan(1) , manakala En. Johan berada pada peringkat pengurusan atasan(1) . (2m)

(ii) En. Razif : 1. Kemahiran kemanusiaan Kemahiran paling penting. Kerana dia merupakan orang tengah antara pengurusan atasan dengan pengurusan bawahan.

2. Kemahiran teknikal Agak penting Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian

3. Kemahiran konsep Kurang penting Melihat peluang dan menjangka ancaman

En. Johan : 1. Kemahiran konsep Paling penting Terlibat dalam perancangan strategik jangka panjang organisasi

2. Kemahiran kemanusiaan Agak penting Memberi arahan / tugas

3. Kemahiran teknikal 12

Kurang penting Menggunakan kaedah/ prosedur untuk melaksanakan kerja

(Nyatakan 1, huraian 1) x5 (max: 10m)

b). (i) Proses membuat keputusan ialah proses penyelesaian masalah (1) dengan memilih satu jalan atau tindakan (1) antara beberapa alternatif. Ia merupakan proses yang logikal dan konsisten(1) dalam mengenal pasti serta memilih alternatif yang terbaik (1) untuk menyelesaikan masalah atau mencapai sesuatu objektif. (max:3m)

(ii).

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan :

1. Sifat masalah -bergantung kepada berstruktur atau tidak berstruktur 2. Jangka masa yang terlibat Masa yang diperuntukkan mempengaruhi maklumat yang dikumpulkan dan juga kualiti keputusan yang dibuat.

3. Pengalaman pengurus Keupayaan dan sikap pengurus amat membantu dalam menjamin kualiti keputusan

4. Maklumat dan data yang diperolehi Maklumat dan data yang diperolehi perlu lengkap dan mencukupi supaya keputusan yang lebih baik dapat dibuat

5. Sikap organisasi Dasar organisaasi akan menentukan sejauhmana para pekerja akan terlibat dalam pembuatan keputusan. (Nyatakan 1, huraian 1) x5

8. a) (i) Kenal pasti punca : Kebebasan peranan : mesti mendapat kebenaran setiap kali keluar Kekaburan peranan : tingkatkan jualan tetapi tidak menetapkan sasaran yang jelas

13

Keperluan kerja : tiada kenderaan Konflik peranan : diarahkan untuk memberi kursus asas perakaunan sedangkan dia selaku pegawai pemasaran (nyatakan 1, huraian 1) x4

(ii) Cadangan mengurangkan ketegangan Peranan perlu jelas dari segi objektif dan hasil kerja Pertindihan/pencegahan arahan , perlu dielakkan Tugas dibuat dalam tempoh yang berpatutan Maklumat yang cukup dan tepat(untuk kursus) Beri autoriti Sokongan fizikal dan moral rakan sekerja atau pihak atasan (nyatakan 1, huraian 1)x4 (max:7m)

b) Tujuh ciri membentuk pekerja yang berjaya seperti yang dicadangkan oleh Covey: (i) Bersikap proaktif (ii) Bertindak tanpa diarah dan berinisiatif

Memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat Menetapkan matlamat dahulu sebelum bertindak

(iii)

Lakukan perkara yang utama dahulu Melakukan sesuatu yang penting dahulu

(iv)

Berfikiran menang-menang Melakukan sesuatu keputusan yang memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak

(v)

Bersenergi Mewujudkan kerja berpasukan

14

(vi)

Tajamkan gergaji Meningkatkan kemahiran, mengadakan pembaharuan kepada diri sendiri

(vii)

Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami. Bersikap empati iaitu mendengar dengan teliti supaya dapat memahami situasi orang lain dengan lebih mendalam. Memahami situasi orang lain dahulu barulah menyampaikan idea kita dengan lebih efektif dan kreatif. (nyatakan dan huraian 1 ) x 5 (max:10m)

15

Anda mungkin juga menyukai