Anda di halaman 1dari 22

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI STPM

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH


BERSAMA
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

CADANGAN SKEMA PERMARKAHAN


PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

1
1 (a) Apakah yang dimaksudkan perniagaan dan bukan perniagaan.
Perniagaanbermaksud segala aktiviti yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang
melibatkan pertukaran nilai bagi memuaskan keperluan dan kehendak pelangganuntuk
mendapatkan keuntungan.(1)

Bukan perniagaanadalah organisasi yang dibentuk/ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan


mencapai tujuan masyarakat/ahli mereka. (1)

(b) Nyatakan sumber modal bagi perniagaan berikut


Sumber Modal
Perniagaan Pakaya Pakaya Sdn Bhd Koperasi Kampung Pakaya Bhd

- Simpanan pemilik ( - Saham ahli ( ½ m) - Yuran Keahlian (½ m)


½ m) - Keuntungan - Saham Ahli ( ½ m)
- Pinjaman rakan/ahli Perniagaan ( ½ m) - Keuntungan
keluarga - Pinjaman Agensi perniagan/pendapatan tertahan (
(½m)(mak = 1m) Kewangan (½m)(mak ½ m)
= 1m) (mak = 1m)

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan pengawalan.


Pengawalan adalah proses mengukur kemajuan perlaksanaan atau pencapaian
sesuatu rancangan (1m) dan mengambil tindakan pembetulan jika ianya
menyimpang dari rancangan asal atau standard. (1m)

(d) Nyatakan tiga perlakuan negatif dan positif yang diutarakan oleh teori Mc Gregor

Teori X. (Perlakuan negatif)


1. Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri dari membuat kerja ( ½ m)
2. Pekerja adalah lemah dan tidak begitu pandai
3. Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
4. Pekerja malas, mengelak diri dari tanggung jawab, tiada cita-cita, dan lebih mementingkan
keselamatan diri sendiri
5. Pekerja akan terdorong melakukan kerja dengan baik jika ada insentif kewangan
6. Pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin orang lain
7. Pekerja tidak suka pada perubahan
( Tiga pertama x ½ m = 1 ½ m)
Teori Y. (Perlakuan Positif)
1. Pekerja suka melakukan kerja( ½ m)
2. Pekerja boleh mengawal diri dalam melakukan kerja
3. Pekerja berani mengambil tanggungjawab dan suka meimpin orang lain
4. Pekerja dimotivasi oleh kemahuan membuat kerja dan berinteraksi dengan rakan sekerja
bukan disebabkan oleh insentif kewangan
5. Pekerja akan melakukan kerja yang tebaik sekiranya tiada banyak kawalan dan hukuman
yang dikenakan oleh pihak pengurusan
6. Motivasi dan potensi diri untuk pembangunan kerja sudahpun wujud dalam diri pekerja dan
pihak pekerja hanya perlu mengilap motivasi dan potensi tersebut.
7. Pekerja adalah bertenaga dan bijak
8. Pekerja mahu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan sanggup menghadapi
sebarang perubahan
( Tiga pertama x ½ m = 1 ½ m)

2
(e) Jelaskan dua konsep pengorganisasian.
Rantaian arahan (½ m) Aliran autoriti dan tanggungjawab yang digambarkan dalam
satu garisan tidak terputus dari pihak pengurusan atasan
sehingga pihak pengurusan bawahan dan staf (½ m)

Jangkauan kawalan Bilangan staf yang dikawal oleh seorang pengurus/penyelia


Autoriti Hak membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk
menjalankan tugas
Pemusatan autoriti Autoriti ditumpukan kepada pihak pengurusan atasan
Pemencaran autroriti Autoriti diagihkan kepada semua pihak pengurusan
Penugasan autoriti Memberi hak bertindak dan membuat keputusan dalam
bidang tertentu kepada staf bawahannya
Tanggungjawab Kewajiban seorang pekerja untuk menjalankan tugas yang
diarahkan oleh pengurus
Akauntabiliti Harapan dan jangkaan seseorang diberi penghargaan atau
dipersalahkan atas hasil kerja yang dicapai
Dua pertama = Fakta ½ m + Huraian ½ m
= 2 x 1m = 2m

(f) Jelaskan pasaran tak terbeza,pasaran terbeza dan pasarantertumpu.


Strategi
sasaran
pasaran Huraian /contoh

Pasaran Minuman coca-cola yang sama dipasarkan kepada semua


tak terbeza segmen pasaran dengan menggunakan strategi pamasaran
[ ½] yang sama [ ½]

Pasaran Mesin fotostat Canon dipasarkan kepada perniagaan bersaiz


terbeza[ ½] kecil, manakala mesin fotostat Xerox dipasarkan kepada
perniagaan bersaiz besar [ ½]

Pasaran Pasaran tertumpu kepada demografi/geografi tertentu. Kereta


tertumpu[ ½] Mercedes hanya dipasarkan kepada golongan pengguna yang
berpendapatan tinggi [ ½]

(g) Jelaskan maksud pembiayaan jangka pendek dan berikan contoh.


Sumber dana jangka pendek dirujuk kepada pembayaran balik pinjaman atau kredit
adalah kurang dari setahun, yang amat diperlukan bagi meneruskan operasi
perniagaan harian. (1m)

Contoh:
i. Kredit dagangan (1m)
ii. Keluarga dan rakan
iii. Pinjaman Bank
iv. Overdraf
v. Pemfaktoran
vi. Pembiayaan dari agensi kerajaan
vii.Sumber pembiayaan dalam – kutipan kredit

3
(h) Jelaskan maksud Sistem Pembuatan Luwes dan nyatakan dua kebaikan penggunaan sistem
tersebut.
Satu sistem pengeluaran / mesin yang boleh mengeluarkan pelbagai produk dengan
cepat (1m)
Kebaikannya
1. Tidak memerlukan ramai pekerja maka dapat mengurangkan kos buruh
2. Masa penyediaan yang pendek maka mengurangkan kos penyediaan dan
memungkinkan campuran produk dilakukan
3. Kerja-kerja penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh komputer
4. Dapat meningkatkan penggunaan mesin-mesin
5. Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan
setiap kebaikan = 1m ( dua pertama )

(i) Huraikan tiga jenis kemahiran utama yang diperlukan oleh Pn.Zulaika sebagai Pengurus Besar
Syarikat EKA Sdn Bhd.

1.Kemahiran manusia( ½ m)
Merujuk kepada keupayaan seseorang pengurus berinteraksi dan bekerja secara efektif dengan
orang lain. ( ½ m)
2.Kemahiran konsep
Merujuk kepada kemampuan seseorang pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhannya,
hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat.
3.Kemahiran masa
Merujuk kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan
melaksanakan segala aktiviti.
4.Kemahiran membuat keputusan
Merujuk kepada keupayaan pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-
alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah.
Ketiap kemahiran = F ½ m + H ½ m ( dua pertama )

(j) Aspek rohani penting kepada seseorang pekerja, jelaskan.


Takrif- melibatkan aspek jiwa (1m)
Kenapa-Seseorang yang berpegangan agama dan kepercayaan kepada Tuhan akan memberikan
matlamat kepada seseorang /Jika seseorang berpegang kepada prinsip agama/rajin beribadat akan
terhalang daripada melakukan sesuatu yang dikutuk/perkara yang tidak baik. (1m)
Bagaimana-Rohani boleh dibangunkan melalui aktiviti muhasabah diri/meditasi/mendapat nasihat
pakar dan menghayati keindahan alam/kaunseling/Organisasi memberi peluang pekerja
beribadat/menghadiri ceramah kerohanian/acara keagamaan. (1m)

Takrif = 1m
Kenapa/Bagaimana = 1m

4
2 (a) Jelaskan maksud harga dan bincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi
penentuan harga sesuatu produk. [11]

Harga adalah nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk. (1m)

Faktor Dalaman.

1. Objektif pemasaran syarikat(1m)


Dalam hal mengutamakan survival perniagaan, harga produk yang akan ditentukan adalah rendah
supaya ia dapat menarik lebih ramai pelanggan dan dengan ini jualan akan meningkat./ (1m)
Begitu juga dengan matlamat menguasai syer pasaran./(1m)
Keuntungan dalam perkara di atas adalah bukan menjadi perkara utama. Jika syarikat
bermatlamatkan keuntungan maka harga produk yang mungkin ditetapkan adalah tinggi.(1m)
(Fakta = 1m + mana 1 huraian = 1m) = 2m

2. Pertimbangan kos(1m)
Dalam hal ini syarikat akan mempertimbangkan kos pengeluaran produk sebagai asas meletakan
harga produk berkenaan./ (1m)
Harga produk akan ditetapkan di atas paras kos pengeluaran produk agar semua kos yang terlibat
dalam pengeluaran produk berkenaan dapat dibayar. / (1m)
Dengan menggunakan kos yang rendah dalam pengeluaran, syarikat boleh bersaing dari segi harga
dengan syarikat pesaing dan akan dapat meningkatkan daya saing syarikat. (1m)

3. Strategi campuran pemasaran (1m)


Selain dari harga, strategi campuran pasaran melibatkan produk, pengedaran dan promosi.
Pertimbangan asas dalam bentuk dan kualiti produk, pembungkusan, dan penglabelan produk
melibatkan faktor kos. Selagi canggih pembungkusan maka semakin tinggi kos yang mungkin
terlibat./ (1m)
Disamping itu jenis promosi yang dipilih juga akan mempengaruhi kos. Jika promosi dibuat
melalui televesyen maka kos yang ditanggung dijangka tinggi. Ini akan meningkatkan juga harga
produk./ (1m)
Begitu juga dengan saluran pengedaran yang telibat.(1m)

4. Faktor organisasi (1m)


Secara keseluruhan organisai perlu meletakkan harga terhadap sesuatu produk, dengan itu pengurus
atasan harus mengkordinasi aktiviti perletakkan harga dan mengambil kira semua kos yang terlibat
sebelum menentukan harga produk./ (1m)
Jika pengurus atasan membiarkan bahagian pemasaran membuat keputusan, mungkin harga yang
diletakkan tidak mengambil kira keseluruhan kos organisasi. (1m)

Faktor Luaran.

1. Keadaan pasaran dan permintaan


Pasaran menetapkan satu harga tetinggi bagi sesuatu produk. Pengurus tidak boleh menetapkan
harga lebih dari harga pasaran kecuali dalam kes di mana produk yang ditawarkan mempunyai
kelebihan sifat tertentu./ (1m)
Jika produk yang dikeluarkan terlalu mahal dari harga pasaran, pelanggan tidak akan membeli
produk syarikat./ (1m)
Pada masa yang sama, pengurus tidak juga boleh menetapkan harga di bawah paras jumlah kos
yang terlibat dalam menghasilkan produk tersebut. Dalam kes ini, syarikat akan menghadapi
kerugian walaupun produk habis dijual. Oleh itu, pengurus perlu mengetahui hubungan antara kos,
harga dan permintaan./ (1m)

5
Jika permintaan sesuatu produk bertambah maka harganya produk berkenaan juga akan bertambah.
Pada masa yang sama pengurus perlu memahami keadaan pasaran sama ada syarikat berada di
dalam pasaran persaingan monopoli, oligopoli, persaingan tulen atau persaingan monopolistik (1m)

2. Pengaruh pelanggan (1m)


Apabila pengurus menetapkan harga pastikan harga yang ditetapkan adalah dalam lengkongan
keupayaan dan kerelaan pelanggan membayar untuk mendapatkan produk tersebut. (1m)

3. Persaingan(1m)
Pengurus juga harus memahami harga yang ditawarkan oleh pesaing bagi produk yang sama. Pada
masa yang sama sekali lagi pengurus perlu mengetahui kos produk yang dikeluarkan. Jika syarikat
mengeluarkan produk yang hampir sama dari segi bentuk dan kualiti dengan produk pesaing maka
harga pesaing boleh dijadikan panduan untuk penetapan harga produk syarikat. /(1m)
Jika produk kurang berkualiti maka syarikat boleh mengurangkan harga produk. Begitu juga kalau
produk syarikat lebih berkualiti dari harga pesaing maka syarikat boleh meningkatkan harga produk
tersebut. (1m)

4. Faktor persekitaran(1m)
Faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan harga adalah seperti
keadaan ekonomi negara, dasar kerajaan, kuasa membeli pengguna, faktor sosial, budaya, politik
dan sebagainya.(1m)
Contohnya, jika keadaan ekonomi meleset dan ramai rakyat menganggur, maka sudah tentu rakyat
tidak mempunyai wang untuk berbelanja. Jadi kuasa membeli rakyat adalah kurang. Oleh itu
pengguna hanya akan membelanjakan wang yang mereka miliki untuk keperluan asas. Pihak
syarikat harus berhati-hati dan bijak dalam menetapkan harga dalam persekitaran yang dinyatakan
tadi.(1m)

Faktor dalaman - 2 fakta x1m + 2 huraian x 1m = 4m


Faktor luaran - 2 fakta x1m + 2 huraian x 1m = 4m
Mana-mana faktor luaran/dalaman - 1 fakta x1m + 1huraian x 1m = 2m

(b)Huraikan secara ringkas jenis-jenis pengedaran di bawah;

i. Pengedaran intensif
ii. Pengedaran selektif
iii. Pengedaran eksklusif [ 6]

Jawapan:
i. Pengedaran insentif
- merangkami liputan paling luas atau maksimum ( 1 m )
-memastikan produk mudah didapti oleh pengguna di merata kedai.( 1 m )
-Pengantara pemasar perlu menyimpan stok produk yang banyak. ( 1 m )
-contoh pengeluar produk mudah beli. ( 1 m )
Pemarkahan: Maksimum 3 markah

ii. Pengedaran selektif


- Barangan beli-belah,istimewa dan industri yang memerlukan usaha jualan yang berbeza atau
khusus oleh pihak pengantara pemasar. ( 1 m )
- Strategi menghadkan pengedaran kepada beberapa pengantara atau orang tengah di satu
kawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka.( 1 m )

6
- Digunakan kerana jumlah pembeli sedikit tetapi menyumbangkan sebahagian besar jumlah
jualan( 1 m )
Pemarkahan: Maksimum 3 markah

iii. Pengedaran eksklusif


- Produk yang dianggap istimewa oleh pengguna seperti jam tangan ROLEX, barang ekslusif(
1m)
- Strategi untuk menghadkan pengedaran hanya kepada satu outlet /kedai dalam satu kawasan
geografi. ( 1 m )
- Untuk pengeluar yang inginkan penolakan ke dalam pasaran secara maksimum oleh
pengantara pemasar( 1 m )
- Bagi pengantara pemasar kerana usaha promosi yang dilakukan memberi faedah yang
eksklusif kepada mereka dalam kawasan pasaran mereka beroperasi.( 1 m )

Pemarkahan: Maksimum 3 markah

2c) Fungsi pengurusan logistik dalam aktiviti pengedaran


i. Pergudangan (1m)
- Maksud -Aktiviti penyimpanan produk siap dalam gudang. ( ½m)
- bertujuan dapat memenuhi pesanan pengguna sepanjang masa/mengelakkan kehabisan
stok.( ½ m)

ii. Pengawalan inventori


- Maksud - Mengawal tahap simpanan produk sesuai dan cukup.
- Meminimakan kos : kos simpanan dan kos pesanan.

iii. Pengendalian bahan


- Maksud - Pemunggahan produk dari pusat pengeluaran ke gudang dan lokasi pasaran,
berlaku sebarang terminal/lokasi.
- bertujuan mengelakkan sebarang kerosakan/kecacatan produk.

iv. Pemprosesan pesanan


- Maksud - Menerima pesanan, memproses pesanan dan menghantar pesanan termasuklah
aktiviti menyediakan invois, jualan kredit, kutipan hutang.
- bertujuan dapat menghantar pesanan dengan cepat dan tepat waktu dan lokasi yang
sesuai.

v. Pengangkutan
- Maksud - Aktiviti mengangkut produk dari pusat pengeluaran ke pasaran
- Tujuan untuk menjimat kos pengangkutan dan kesesuaian produk dengan jenis
pengangkutan

[Pilih mana-mana 4 fakta, Fakta 1m, Maksud ½ m, tujuan ½ m, 4 x 2m = 8m]


*Tiada fakta atau fakta salah, huraian tidak diterima

7
3. (a) Berikan lima perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dan nyatakan
satu contoh bagi setiap jenis perkhidmatan berkenaan. [5]

Jenis perkhidmatan Contoh


(1) Perkhidmatan Doktor sektor swasta/pendandan rambut
langsung/profesional [½] [½]
(2) Perkhidmatan penghantaran & Perkhidmatan pos/ perkhimatan DHL [½]
pengangkutan [½]
(3) Perkhidmatan Bank [½] Perkhidmatan pinjaman, simpanan dan
pembayaran yang disediakan oleh mana-
mana agensi kewangan dan bank-bank [½]
(4) Perkhidmatan Insurans [½] Perlindungan yang disediakan oleh Great
Eastern Assurance atau mana-mana
syarikat insurans [½]
(5) Perkhidmatan Tempat penginapan oleh Hotel Seri
perhotelan/pelancongan [½] Malaysia [½]
(6) Perkhidmatan telekomunikasi Perkhidmatan internet yang di sediakan
[½] oleh Telekom Malaysia Berhad [½]

(7) Perkhidmatan hospital [½] Servis yang ditawarkan oleh Hospital


swasta
(8) Perkhidmatan pendidikan [½] Servis yang ditawarkan oleh
Sekolah/kolej/universiti swasta [½]

Lima aktiviti perkhidmatan pertama([ ½ m X 5] + contoh sepadan[ ½ m X 5] )=5m

8
b) Dengan menggunakan gambar rajah, lukis dan bincangkan proses pemiagaan bagi
sebuah kilang pemasangan membuat motosikal. [10]

Nota Jawapan:-

Tiada gambar rajah huraian tidak di terima = 0 m

Setiap kotak proses lengkap (fakta ½ m + huraian ringkas ½ m) = 1 markah X 5 proses


= 5 markah gambar rajah yang lengkap

Huraian fakta setiap proses : mesti berkaitan dengan pemasangan motosikal = 1 markah X 5
proses = 5 markah

Input/ faktor pengeluaran = ½ m


Proses Transformasi Output
- bahan mentah - tambah nilai
(besi, tayar ) - input ditukarkan - motosikal
- Peralatan ( mesin pemasangan ) kepada output - ( produk /
½m dengan gunakan perkhidmatan )
- Buruh
- Modal dll.
manusia, bahan,
pengetahuan
( contoh pemberian markah) dan teknologi

Untung / Rugi Proses pemasaran


- untung / rugi adalah hasil. - diberi jenama
- jika pendapatan lebih dari kos, - pembungkusan
untung dan sebaliknya - memberi perkhimatan selepas
- untung ganjaran untuk pengusaha jualan

Proses pemiagaan bagi sebuah kilang pemasangan motosikal:

i. Input

- Seorang pengusaha / usahawan yang mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovatif akan
mengumpulkan semua faktor pengeluaran untuk menghasilkan motosikal seperti buruh
(mahir, separa mahir), modal (membeli alatan seperti mesin pemasangan) dan bahan
mentah ( skru, tayar , lampu dll). [1 m]

ii. Proses transformasi

- Semua faktor pengeluaran akan digemblingkan oleh sumber tenaga manusia dengan
menggunakan tenaga kerja mahir dan penggunaan bahan dan teknologi pemasangan
dengan menukar / menambah nilai input untuk ditukarkan kepada motosikal.
[1 m]

9
iii. Output

- Output dalam proses perniagaan ini ialah motosikal yang mempunyai ciri-ciri ketara
(wama motosikal dan keselesaan) dan tidak ketara ( jaminan keluaran dan khidmat selepas
jualan). [1m]

iv.Proses pemasaran

- Pengeluar akan menawarkan produk / motosikal dengan harga yang telah ditetapkan
setelah mengambil kira elemen-elemen campuran pemasaran dan pelanggan membayar
dengan nilai sebagai pulangan yang dijadikan hasil pendapatan kepada pengeluar.[1m]

v.Untung atau rugi

- Untung ialah lebihan hasil dari jualan motosikal ke atas kos.

- Pemiagaan itu boleh menggunakan keuntungan untuk membangunkan pemiagaan kilang


motosikal seperti membesarkan operasi pemiagaan atau menambahkan stok kilang
motosikal untuk meningkatkan jualan pada masa akan datang [1m]

(c) Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan salun mendandan rambut ialah
[10]

Fakta ½ m Huraian [fakta ½ m] Pengaruh / contoh [ 1m ]


Pelanggan Pengguna perkhidmatan - Perubahan citarasa pelanggan
dandanan mempengaruhl jenis keluaran, harga dan
( mereka yang mengunjungikualiti yang dikeluarkan oleh pemiagaan
salun) (Salun perlu memastikan perkhidmatannya
memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan dengan membekalkan
perkhidmatan yang berkualiti, harga yang
berpatutan dan layanan yang baik.)
Pembiaya Pemberi pinjaman - Sumbangan modal dan pinjaman tinggi
danpemodal Penyumbang modal membolehkan pembesaran pemiagaan
( pihak yang membekalkan (Salun perlu menggunakan modal ini
modal kepada salun seperti secara bertanggungjawab supaya dapat
bank, saudara-mara / orang memberi dividen kepada pemodal dan
perseorangan) membayar balik pinjaman berserta
faedahnya kepada pembiaya.)
Pembekal Pihak yang membekalkan - Bekalan yang berterusan dan cekap
Input/bahan mentah menentukan kejayaan sesebuah
( membekalkan segala pemiagaan
keperluan perniagaan seperti (Pengusaha salun perlu menjalin
losyen rambut, syampu, dan perhubungan yang baik dengan pembekal
alat kelengkapan berkaitan) serta membuat bayaran tepat pada
masanya supaya aliran tunai pembekal
tidak terjejas. Jika tidak, bekalan per
niagaan akan terputus dan perniagaan
terjejas.)
Pesaing Firma lain dalam industri - Memaksa pemiagaan membuat inovasi
yang sama /peniaga yang - Persaingan harga dan kualiti produk
menjual produk serupa di organisasi menentukan tingkat harga dan
tempat yang sama kualiti produk.
10
(merupakan salun-salun (Pengurus salun harus mengkaji kelebihan
mendandan rambut lain yang dan kelemahan pesaing-pesaing ini.
sama-sama bersaing) Kemudian, ia harus mengatur strategi yang
sewajarnya seperti mengadakan promosi
diskaun. Salun harus menawarkan
perkhidmatan dan harga yang lebih baik
daripada salun-salun pesaing. Jika tidak,
pelanggan-pelanggan akan beralih kepada
pesaing ini.)
Kerajaan Pihakberkuasa yang - Cukai tinggi mengurang keuntungan
Menguatkuasakan undang- perniagaan dan jualan
undang atau Kehendak undang-undang mewujudkan
peraturan/perlesenan tanggungjawab sosial memberi pengaruh
(menetapkan undang-undang kepada aktiviti pemiagaan.
perniagaan seperti (Pengusaha harus memastikan segala
pendaftaran, pelesenan, undang-undang ini dipatuhiJika tidak,
pembayaran cukai, undang- pengusaha akan didakwa dan
undang pekerja, dan perniagaannya terjejas.)
sebagainya. )
Pekerja Tenaga buruh yang - Pekerja yang baik/berkemahiran tinggi
menyumbang dalam bentuk meningkatkan produktiviti pengeluaran
fizikal atau mental -Semangat kerjasama pekerja membantu
(pekerja salun terdiri daripada pemiaaaan mencapai matlamat organisasi
pendandan rambut yang (Jadi, pengusaha perlu memastikan
digaji oleh pengusaha. mereka diberi gaji yang berpatutan dan
Mereka menawarkan masa, tempat kerja yang selesa. Jika syarat-
kemahiran dan tenaga) syarat ini tidak dipatuhi, pekerja-pekerja ini
mungkin akan ditarik oleh salun-salun
lain.)
Mana-mana 5 fakta
Fakta ½ m + maksud fakta ½ m + Pengaruh 1 m = 2m X 5 fakta =10 markah

4. (a) Jelaskan maksud perancangan


- Menentukan matlamat[1/2] dan menyediakan pelan tindakan untuk mencapai
11
matlamat tersebut. [1/2]
[2Hx1/2m=1m]

Kepentingan perancangan
1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/focus
- organisasi perlu membuat analisis peluang,cabaran,ancaman,kekuatan,kelemahan untuk
menentukan matlamat.

2. Menyelaras sumber
- mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antara
jabatan/unit perniagaan-kurangkan pembaziran

3.Ukuran prestasi/pencapaian
- matlamat yang ingin dicapai dan akan menjadi garis penamat

4.Tindakan pembaikan
-hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan matlamat-kekurangan akan ditambah baik.
5. Panduan membuat keputusan
-menjadi garis panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan pengagihan sumber.

6. Memahami keadaan persekitaran


-membentuk strategi perniagaan

7. Sebagai alat kawalan


-menggelak penyelewengan
[3 isi. Pertama:F=1m,H=1m]
[3x2m=6]

(b) i
Fakta Analisis Pulang Modal[1m]

Takrif Satu teknik untuk menentukan satu titik dimana jumlah hasil = jumlah kos,
untuk memastikan aktiviti firma mendapat pulang modal.[1m] (Formula
lengkap TPM diterima)
Kegunaan 1. Menentukan tingkat keluaran pada pulangan modal dalam unit dan RM
2. Menentukan harga minimum untuk mencapai untung yang dikehendaki
3. Menentukan unit jualan minimum yang perlu untuk mencapai untung.
Mana-mana 1: [1m]

ii

Fakta Belanjawan

Takrif Satu rancangan anggaran sumber pendapatan/hasil dan anggaran perbelanjaan


bagi satu tempoh tertentu.

Kegunaan - Mengawal perbelanjaan organisasi dengan berpandukan kepada


perbelanjaan yang dirancang.
- Mengawal pengagihan sumber yang terhad supaya tidak berlaku kekurangan
sumber.
- Sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti jualan, belian dan lain-lain.

iii.
Fakta Carta Gantt
12
Takrif -Merupakan satu penjadualan perancangan berbentuk graf mendatar yang
menunjukkan aktiviti-aktiviti mengikut susunan kerja untuk disiapkan
berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
Kegunaan 1. Untuk menetapkan masa mula kerja dan masa tamat kerja.
2. Membolehkan perbandingan dilakukan bagi mengetahui setiap kemajuan
sebenar kerja yang telah dijalankan.
3. Untuk mengenalpasti penyelewengan yang berlaku sepanjang proses yang
dijalankan, maka pembetulan dapat dilakukan dengan serta merta.
iv.
Fakta Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program (PERT)
Takrif -satu teknik penjadualan projek yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti
yang sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain.
Kegunaan 1. Dapat menentukan peristiwa yang berurutan dan berkaitan.
2. Dapat menentukan masalah yang akan wujud
v.
Fakta Cara Laluan Genting (CPM)
Takrif -merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masa melalui aktiviti
dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
Kegunaan 1. Mengetahui masa aktiviti sesuatu projek dilaksanakan dengan tepat
mengikut tempoh masa tertentu.
2. Mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
[3 fakta pertama] Fakta = 1 m Takrif = 1 m Kegunaan : 1 m
Jumlah = 9 m

C. Kaedah Kawalan
Kawalan awalan
Takrif : pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah.
kaedah dan mesin [ 1 m ]
Aktiviti : dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula, contohnya pemeriksaan bahan
mentah seperti tepung mesti bersih dan berkualiti [ 1 m ]
Tujuan : mengelakkan pemesongan; memastikan pengeluaran mengikut
Spesifikasi [ 1 m ]

Kawalan semasa
Takrif : Pengawalan pada peringkat proses penukaran input kepada output
Aktiviti : Memasang, mencantum, menggred, mengawet, mengadun, Contoh : pemeriksaan
terhadap aktiviti pengadunan tepung yang dilakukan mengikut proses kerja yang
ditetapkan
Tujuan : Menyisih barang cacat daripada proses,supaya proses pengeluaran mengikut jadual

Kawalan selepas
Takrif : Kawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat/setelah
output dikeluarkan/kawalan ke atas output
Aktiviti : Menyemak output, membanding output dengan standard
membuat pembetulan/pembaikan terhadap produk/proses,contohnya memeriksa
roti yang telah siap sebelum dipasarkan
Tujuan : Membuat pembaikan / pembetulan terhadap proses
Takrif = 1 m, Aktiviti= 1 m, Tujuan : 1 m
Jumlah = 9 m Jawapan mesti dikaitkan dengan pembuatan roti]
5 (a) Bincangkan bagaimana cabaran-cabaran globalisasi, peningkatan pekerja wanita dan mobiliti
tenaga kerja terhadap pengurusan sumber manusia. [6]

13
(b) Huraikan kepentingan latihan kepada kakitangan sesebuah organisasi. [8]
(c) Huraikan kenapa penilaian prestasi bagi sesetengah organisasi begitu sukar untuk
dilaksanakan. [11]

(a)
 Perniagaan sekarang menjangkau sempadan antarabangsa. (Globalisasi)
- Banyak syarikat telah memperkembangkan perniagaan mereka ke luar negara. (1m)
- mencari dan membentuk pekerja yang boleh diketengahkan diperingkat antarabangsa.
(1m)
- pembentukan pengurus-pengurus syarikat bagi memimpin pekerja-pekerja dari berlainan
komposisi, bangsa, dan budaya amat diperlukan. (1m)
- Bagi mengurus pekerja dari luar negara yang mempunyai bahasa dan budaya kerja yang
berlainan sememangnya satu tugas yang mencabar. (1m)
Mana-mana 2 huraian = 2m
 Peningkatan Pekerja Wanita.
- Kemasukan pekerja wanita dalam berbagai sektor pekerjaan di Malaysia memang tidak
dapat dielakan. Wanita telah memonopoli sebahagian sektor seperti pendidikan dan
operator pengeluaran. (1m)
- Mereka lebih setia dengan pekerjaan dan organisasi mereka. Sektor penjualan, perhotelan
dan perniagaan menunjukkan peranan wanita semakin meningkat dari masa ke semasa.
(1m)
- Persekitaran kerja yang kondusif dan peraturan yang membina tenaga kerja wanita harus
disediakan dan dibentuk oleh syarikat. (1m)
- Cabaran ini akan memberikan kesibukan kepada pengurusan sumber manusia dalam
merencanakan dan melayan tenaga kerja wanita. (1m)
Mana-mana 2 huraian = 2m
 . Mobiliti tenaga kerja
- Masalah bahasa, budaya, dan peraturan di Malaysia menjadi asing kepada tenaga pekerja
tersebut. (1m)
- Masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum juga mempunyai adat, ugama dan
latarbelakang berbeza memerlukan pengurusan sumber manusia yang cekap. (1m)
- Masalah diskriminasi pekerja harus dihindari dan keadilan perlu ditegakkan terutamanya
dalam kenaikan pangkat oleh syarikat swasta. (1m)
- Pihak kerajaan pada masa yang sama harus menggubal undang-udang dan peraturan bagi
mengatasi masalah ini. (1m)
Mana-mana 2 huraian = 2m

b. Kepentingan latihan
1. Mempertingkatkan produktiviti pekerja. (1m)
Memberi pendedahan berkaitan pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu kerja
bagi membolehkan pekerja memberi sumbangan yang lebih baik kepada organisasi. Keadaan
ini akan memberi kesan terhadap peningkatan produktiviti. (1m)

2 Meningkatkan kepuasan pekerja(1m)


Latihan diberi kepada pekerja sebagai tanda perghargaan atas sumbangan mereka terhadap
organisasi, keadaan ini akan meningkatkan kepuasan pekerja. Kesannya akan mengurangkan
kadar lantik henti dan juga dapat mengurangkan kos pengambilan pekerja baru.

3. Meningkatkan motivasi pekerja

14
Pekerja yang memperolehi kemahiran dan pengetahuan akan dapat meningkatkan semangat
kerja yang tinggi dan mereka mempunyai keinginan untuk membawa pembaharuan terhadap
organisasi.

4. Menghargai sumbangan pekerja


Program latihan yang diberikan kepada pekerja akan memeberikan suatu tanggapan yang
positif kepada pekerja mengenai kepentingan sumbangan mereka terhadap pembangunan
organisasi.

5. Mendedahkan pekerja kepada kemahiran dan pengetahuan baharu.


Pekerja akan diberikan pendedahan berkaitan kemahairan dan pengetahuan baharu selaras
dengan perkembangan dan perubahan dalam persekitaran perniagaan.

6. Dapat mengekalkan pekerja yang terbaik.


Pekerja yang mendapat kepuasan bekerja akan terus bekerja dalam organisasi yang sama dan
akhirnya akan dapat mengurangkan kadar lantik henti.
Fakta = 1m x 4 = 4m
Huraian = 1m x 4m = 4m
Jumlah = 8m

c)
1. Kurang objektif(1m)
Penilaian prestasi sukar nilai terutama sekali apabila menggunakan pengukuran prestasi yang
subjektif. (1m)

2. Penilaian berdasarkan satu faktor sahaja.


Penilai cenderung untuk menilai hanya satu faktor kebaikan dan satu kelemahan sahaja.

3. Kecenderungan memusat.
Penilai cenderung untuk memberikan markah yang sederhana kepada semua pekerja untuk
mengelakkan pertikaian daripada pekerja terutamanya pekerja yang berprestasi rendah.

4. Faktor organisasi
Sistem penilaian prestasi organisasi yang lemah akan mewujudkan ketidakberkesanan proses
penilaian.
Sebagai contohnya, perubahan persekitaran dan teknologi tidak diambil kira dalam sistem penilaian.

5. Jangka masa penilaian yang tidak sesuai


Penilaian hanya dilakukan pada masa-masa tertentu seperti pada pertengahan tahun atau akhir tahun
sahaja.

6. Tanggapan yang berbeza tentang prestasi.


Prestasi seseorang pekerja mungkin diberi penilaian yang berbeza oleh penilai yang berbeza.
Fakta 6 x 1m = 6m
Huraian 6x 1m = 6m
Maksimum = 11 markah

6 (a) Apakah maksud penyelidikan pemasaran dan berikan empat kepentingannya


kepada pengeluar kereta di Malaysia. [10]
15
Maksud Penyelidikan Pasaran
Merupakan teknik mengumpul data/maklumat secara sistematik,membuat analisis (1m)
dan interprestasi data berkenaan berhubung dengan pasaran syarikat,pelanggan dan
pesaing. (1m)

Empat kepentingan penyelidikan pasaran.


1. Menghasilkan produk baru. (1m)
-Penemuan daripada kajian.(1m)/
-Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. (1m) /
Contoh: menghasilkan pelbagai jenis dan model kereta.(1m)

2. Meluaskan pasaran. (1m)


-Mengenal pasti pengguna kereta baru. (1m)/
-Mengekalkan pengguna sedia ada. (1m)/
-Dapat mengambil syer pasaran kereta pesaing dan mencari pasaran kereta di luar
negeri.(1m)/
Contoh: mengeksport kereta luar negara.(1m)

3. Mengelakkan kerugian. (1m)


-Punca pengguna kereta tidak membeli kereta tempatan.(1m)/
-Mengenal pasti gelagat atau tingkah laku pengguna kereta.(1m)/
-Mencari kaedah yang boleh menjimatkan kos pemasangan kereta.(1m)/
Contoh:mengeluarkan kereta dengan kuantiti yang banyak supaya menikmati
ekonomi bidangan. (1m)

4. Mendapat maklumat tentang perubahan cita rasa pengguna. (1m)


-Cita rasa pengguna berubah mengikut masa,budaya,dan lokasi. (1m)/
-Cita rasa akan mempengaruhi pola pembelian kereta.(1m)/
-Perubahan perlu diketahui segera dengan mengadakan kajian dan susulan
tindakan.(1m)/
Contoh: pengguna wanita berminat kepada kereta yang berkuasa rendah. (1m)

Empat fakta utama sahaja.


Maksud = 4m
Fakta 4 x 1m = 4m
Huraian 4 x 1m = 4m

(b) Huraikan hubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Pemasaran. [6]

1. Jabatan Pemasaran mendapat tempahan produk dari pelanggan dan


memaklumkantempahan (maklumat) kepada Jabatan Pengeluaran.
2. Jabatan Pengeluaran membuat produk mengikut spesifikasi yang dikenal pasti oleh
Jabatan Pemasaran.
3. Jabatan Pengeluaran menghasilkan jumlah produk berasaskan rancangan jualan
yang dibuat oleh Jabatan Pemasaran.
4. Jabatan Pengeluaran membuat perubahan atau penambahbaikan produk
berdasarkan maklumat pelanggan yang diberi kepada Jabatan Pemasaran.

16
5. Jabatan Pengeluaran mengeluarkan produk – Jabatan Pemasaran memasarkan dan
menjual produk tersebut.
6. Jabatan Pemasaran menjalankan penyelidikan pemasaran untuk mengetahui
kehendak pelanggan dan menyalurkan maklumat untuk Jabatan Pengeluaran
membina produk.
7. Jabatan Pengeluaran membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk
disalurkan kepada Jabatan Pemasaran tentang penemuan baru produk syarikat.

(Mana-mana Tiga fakta yang menunjukkan perkaitan)


(2m x 3 = 6 markah)

(c) Pemilihan pekerja ialah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia.
(i) Berikan maksud pemilihan pekerja. [1]

Pemilihan pekerja merupakan satu proses dalam mengambil dan memilih pekerja yang
terbaik daripada sejumlah pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan
dalam sesuatu organisasi pemiagaan. (1m)

(ii)Terangkan empat prosedur pemilihan pekerja yang biasa diamalkan oleh sesebuah
organisasi. [8]

Empat prosedur pemilihan pekerja yang biasa diamalkan oleh sesebuah organisasi:
i. Borang permohonan (F=1m)
- Borang permohonan dilengkapkan oleh pemohon dan merupakan langkah awal
dalam pemilihan. (1m)
- Borang permohonan mengandungi maklumat-maklumat peribadi.(1m)
- Borang permohonan disertakan resume dan salinan sijil yang telah disahkan.(1m)
- Calon-calon yang memenuhi syarat akan dipilih untuk proses seterusnya. (1m)
Huraian maksimum 1m

ii.Semakan rujukan (F=1m)


- Semakan rujukan ialah pihak yang dapat dihubungi oleh pengurus sumbermanusia
bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahanberhubung dengan
calon. (1m)
- Nama dan alamat rujukan telah diberi oleh calon melalui borang permohonan. (1m)
Huraian maksimum 1m

iii.Temu duga (F=1m)


- Temu duga merupakan proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan
calon-calon yang memenuhi syarat-syarat jawatan.(1m)
- Dalam temu duga, pengurus akan mendapat maklumat terperinci daripada calon
berhubung dengan pengalaman, kemahiran, sikap calon terhadap kerja,personaliti,
komunikasi, idea, dan sebagainya. (1m)
- Semasa temu duga, calon akan dimaklumkan dengan tugas-tugas pekerja, polisi gaji,
dan suasana tempat kerja. (1m)
Huraian maksimum 1m

iv.Ujian kecerdasan (F=1m)

17
- Ujian ini diadakan sebagai satu proses pemilihan bagi memilih pemohon yangbenar-
benar mempunyai pengetahuan, kebolehan, dan keupayaan untukmemegang
sesuatu jawatan yang ditawarkan. (1m)
- Ujian ini boleh dijalankan secara objektif dan pratikal. (1m)
- Antara ujian yang dijalankan termasuklah ujian personaliti, kejujuran
calon,kecerdasan otak, dan ujian tangan seperti kebolehan menaip. (1m)
Huraian maksimum 1m

7 (a) i) Terangkan proses membuat keputusan membina kilang memasang kereta di Jitra, Kedah.
[10]
18
Proses membuat keputusan terdiri:

I. Mengenal pasti masalah - 1 m


 Memutuskan perkara yang hendak dibuat – 1m
 Mengenali masalah utama yang hendak dan menghubungkaitkan – 1m
 Mempertimbangkan kesan pembinaan kilang memasang kereta – 1m
II. Mengutip data atau maklumat - 1 m
 Maklumat sangat penting dan diperolehi dari dalam dan luar- 1m
 Data dalaman bil, tenaga buruh, bahan mentah, kapasiti keluaran – 1m
 Data luaran jumlah permintaan peluang pemasaran dan keadaan eko – 1m
III. Mencari maklumat – 1m
 Maklumat yang diperolehi dianalisi dan senaraikan penyelesaian – 1m
 Pesaingan yanh wujud akan diatasi dengan cara strategi pemasaran luar Negara seperti
asia barat, afrika dan asia
IV. Menilai alternative 1m
 Senarai maklumat dinilai dengan meletakan wajaran – 1m
 Strategi bersaing pengeluaran kereta dengan tawaran harga yang murah, promosi yang
hebat dan mencari peluang diperingkat antarabangsa
V. Memilih alternative terbaik – 1m
 Hasil altenatif terbaik dapat mneyelesaikan maslah dan merebut peluang -1m
 Jika keluaran kereta harga yang murah bahan yang digunakan mudah diperolehi dan
bekalan berterusan – 1m
(Fakta 1m x 5 + huraian 1m x 5 = mak 10m )

ii) Pengaruh membuat keputusan ke atas kilang

1. Faktor masa
2. Kos yang dibelanjakan
3. Darjah penerimaan dan komitmen pekerja dan pihak pengurusan
4. Sikap peribadi
5. Sikap organisasi
6. Tekanan luar
7. Sifat masalah
8. Pengalaman
[Pilih mana-mana 5 fakta , Fakta 1m x 5 = 5m]

b) Jangkaan nilai kewangan:

19
0.6 x 69 000 = RM41 400 [½]
RM13 800

0.4 x – 138 000 = RM55 200 [½]

Pembesar
an kilang
kilang
kikilangra
[1]
Mawi

Pengecilan
kilang 0.6 x23 00 0 = RM13 800 [½]
RM59 800
Tanpa Duta
[1]
0.4 x184 00 0 = RM73 600 [½]

Gambarajah lengkap = 4m

=[peluang – peluang pasaran x jangkaan pelungan] + [peluang pasaran rugi x jangkaan pulangan]
i. Tindakan pembesaran kilang
=[0.4x138,000]-[0.6x69000]
=55,200-41400
= RM13800 1m
i. Tindakan pengecilan kilang
=[0.4x184000]-[0.6x23000]
=73600-13800
=59800 1m

i. Tindakan pembesaran kilang


Jangkaan pulangan – kos pembesaran
RM13,800 – RM10000 = RM3800 1m

ii. Tindakan pengecilan kilang


Jangkaan pulangan – kos pengecilan kilang
RM59800 – RM10000 = RM49800 1m

Keputusan saya ialah melakukan tindakan pengecilan kilang kerana


I. Pulangan jangkaan yang lebih besar daripada pembesaran kilang iaitu sebanyak
rm49800 berbanding dengan pembesaran sejumlah rm3800 1m
II. Tindakan pengecilan kilang memerlukan kos yang rendah 1m

8(a)

20
Maksud ketegangan ialah satu tekanan fizikal / fisiologi dan psikologi yang dihadapi ( ½ m) akibat
kegagalan bertindakbalas sewajarnya dengan persekitaran dalaman iaitt jangkaan terhadap diri sendiri
dan luaran seperti harapan organisasi atau pihak lain. (½ m)

Pengkelasan tanda ketegangan:


1. Aspek gelagat
Pertukaran tingkah laku dari normal/ biasa kepada luar biasa(1/2)
contoh : ponteng kerja , banyak / kurang makan , minum arak, penyalahgunaan dadah, produktiviti
menurun dan peningkatan lantik henti(1/2)

2. Aspek fisiologi
Ia dapat memberi kesan kepada kesihatan dan fizikal pekerja(1/2)
Contoh : tekanan darah tinggi, lemah jantung, pening kepala, keletihan(1/2)

3. Aspek psikologi
Dapat dilihat apabila pekerja gagal menghadapi tekanan / mengatasi masalah yang dihadapi.(1/2)
Mudah marah, ganas, cemas / bimbang , rendah diri dan tidak puas hati.(1/2)

4. Aspek Kognitif
Dapat dilihat melalui ketidakcekapan minda dan daya kreativiti(1/2)
Gagal membuat keputusan yang baik, tidak cekap(1/2)

(b)
Tindakan yang wajar diambil oleh pihak majikan bagi menyelesaikan masalah ketegangan yang
dihadapi pekerjanya ialah :

i) Iklim organisasi yang baik (1m)


Berusaha mewujudkan persekitaran organisasi yang harmonis. (1m)/
Contoh : wujud hubungan pekerja dan majikan yang mesra, kurang birokrasi, menjaga kebajikan
pekerja dan lain-lain (1m)

ii)Program kaunseling
Adakan khidmat kaunseling kepada pekerja yang hadapi masalah sama ada tentang kerja / peribadi.

iii)Program sokongan keluarga


Berusaha mengurangkan beban masalah pekerja berkeluarga
Contoh : sediakan pusat jagaan kanak-kanak, jadual kerja anjal dan lain-lain

iv)Program pengurusan ketegangan


Dilaksanakan dengan penekanan pendekatan fizikal dan mental
Contoh : latihan teknik meditasi, senaman / senamrobik beramai-ramai, kursus pengurusan hidup dll.

v)Sistem mentor
Melantik mentor yang berpengalaman, berperibadi positif untuk menjadi tempat rujukan pekerja yang
menghadapi masalah kerja.

vi)Komunikasi organisasi
Menggalakkan komunikasi berkesan yang dapat mengelak kepada kekaburan peranan, konflik
peranan.
Maklumat penting / sebarang perubahan perlu dimaklumkan kepada pekerja agar pekerja jelas dan
tidak membuat tanggapan sendiri / mendengar gossip.
21
vii)Pemilihan dan penempatan pekerja.
Mestilah mengambil kira factor individu seperti latar belakang, pengalaman, sifat pekerja (lokus
kawalan dalaman / luaran) dengan factor pekerjaan seperti sifat kerja, risiko dll.

( pilih mana-mana 5 = F = 1m, H= 1m) = 10m


(c)
Ciri-ciri individu yang berkesan

1. Bersikap proaktif
Menjangkakan sesuatu perubahan (berfikiran jauh), bersedia, berinisiatif (F= 1m + H= 1m)

2. Mulakan dengan mengingati matlamat


Mempunyai tujuan dan halatuju, mengurus masa, membuat senarai semak, Fokus kepada hasil (F= 1m
+ H= 1m)
3. Lakukan perkara yang utama dahulu
Memberi keutamaan kepada yang penting. (F= 1m + H= 1m)

4. Berfikiran ‘menang-menang’
Membuat keputusan yang positif (tidak menjejaskan pihak lain), semua pihak mendapat faedah,
faedah bersama. (F= 1m + H= 1m)

5. Memahami sebelum difahami


Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami, merasai perasaan dan masalah orang
lain, bertimbangrasa, empati. (F= 1m + H= 1m)

7. Bersinergi
Merebut semua peluang, bekerjasama dalam kumpulan, menghargai perbezaan, menghasilkan
kekuatan yang lebih besar (F= 1m + H= 1m)

8. Tajam gergaji
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. (F= 1m + H= 1m)
[Jawapan 5 pertama sahaja : 5 x 2m = 10]
[10 markah]

22

Anda mungkin juga menyukai