Anda di halaman 1dari 20

JTW109 Ekonomi untuk Pengurusan 1

Webex #1 @ 14 September 2019

***********************
Pengenalan Konsep Asas Ekonomi untuk Pengurusan
***********************

Pengurus Kursus
Dr Zarina Md Nor
(zarina.nor@usm.my)
Mengapa belajar ekonomi?
1. Mengajar cara berfikir dan membantu membuat
keputusan.
(It teaches us a way of thinking and help us to make decision)

2. Untuk memahami masyarakat


(To understand society)

3. Untuk mamahami isu-isu global


(To understand global affairs)

4. Untuk menjadi warganegara yg bermaklumat


(To be an informed citizen)

2
Objektif Kursus
Selepas mengikuti kursus ini anda seharusnya berupaya
untuk:
1. Mempelajari prinsip-prinsip ekonomi yang mampu
meningkatkan intuisi dan keputusan pengurusan.
2. Memahami persekitaran pengurusan organisasi
anda yang melibatkan pelanggan, pembekal, pesaing
dan pihak berkuasa dalam keadaan ekonomi.
3. Berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan rakan
sekerja dan pihak atasan berkenaan sesuatu
keputusan pengurusan.

3
Ekonomi utk Pengurusan
(Managerial Economics)
Ekonomi adalah ….
 kajian tentang pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barang dan
perkhidmatan.
the study of the production, distribution and consumption of goods and services.

 kajian yang berkaitan dengan pilihan ke atas pengagihan sumber yang


terhad.
the study of choice related to the allocation of scarce resources.

Definisi pertama menunjukkan bahawa ekonomi mengambilkira semua bentuk


perniagaan, organisasi tidak berasaskan keuntungan atau unit pentadbiran.

Definisi kedua menunjukkan bahawa ilmu ekonomi adalah teras kpd peranan
yg dimainkan oleh pengurus organisasi.

4
• Tujuan ekonomi pengurusan adalah untuk menyediakan
terminologi ekonomi dan sebab musabab/alasan (reasoning) yg
dapat memperbaiki sesuatu keputusan pengurusan.

• Oleh kerana itu kebanyakan topik dalam ekonomi utk pengurusan


memfokuskan hal mikroekonomi.

• Walau bagaimanapun pengurus mesti mempertimbangkan keadaan


persekitaran ekonomi secara keseluruhan (makro).

• Pemahaman tentang cara mentafsirkan dan meramalkan ukuran


pembolehubah makroekonomi juga berguna dalam membuat
keputusan pengurusan.

5
• Masyarakat bergantung kepada orang lain untuk menghasilkan dan
mengedarkan hampir semua barang dan perkhidmatan yang
diperlukan.

• Biasanya sumber barang dan perkhidmatan itu bukanlah individu


lain tetapi sesebuah organisasi.

• Maka eksekutif dan pengurus adalah bertanggungjawab mengawasi


dan membuat keputusan untuk organisasi.

• Ilmu ekonomi menyediakan terminologi utama dan teori asas


(theoretical foundation) untuk memahami rasional ekonomi di sebalik
teknik-teknik yg ada dlm bidang pemasaran, operasi dan kewangan.

6
Sumber adalah terhad!
• Oleh kerana itu ilmu ekonomi adalah satu sains yg
praktikal.
• Kita tidak boleh mempunyai segala yang kita mahu.
• Orang lain juga mahukan sumber yang sama.

Konsep Kos Melepas:


o Kos melepas adlh faedah yg terpaksa dilepaskan utk mendapatkan
alternatif terbaik bagi sesuatu tindakan.
o Ia mesti tidak melebihi faedah bg tindakan yg dipilih (trade-off)
o Ia menjadi asas analisis kos/faedah dlm ekonomi (cost/benefit
analysis)

7
Dismal Science..
You can't have everything!
You have to make a trade-off

There’s no such thing as a free lunch


Every decision has an opportunity cost – the cost in
foregone opportunities.

• Constraint optimization - take the resources given and try to


decide how people make their decisions to consume, and firms
make their decisions to produce

8
• Organisasi yang menyediakan barang dan perkhidmatan akan terus hidup dan
berkembang maju sekiranya ia berfungsi dengan sgt berkesan.

• Pelanggan organisasi juga ada sumber yang terhad, mereka tidak akan
memperuntukkan sumber terhad yg mereka ada untuk membeli sesuatu yang
tidak bernilai atau bernilai rendah.
• Pelanggan dihadkan oleh kekayaan atau bajet yang terhad. Akibatnya,
pelanggan akan memilih satu set barang yang akan memaksimakan kebajikan
mereka. Ini dinamakan pemaksimaan utiliti (utility maximization)

Organisasi mesti mencipta nilai untuk pelanggan mereka. Maka....


Pengurus yang memahami ilmu ekonomi akan mempunyai
kelebihan bersaing dalam mewujudkan nilai.

(competitive advantage in creating value)

9
Bidang Mikroekonomi
Bidang mikroekonomi di asaskan oleh Profesor Paul
Samuelson dr MIT dalam tahun 1950an.

Secara asasnya mikroekonomi adalah kajian berkenaan


kelangkaan/kekurangan (scarcity). Ia berkaitan dgn cara
individu dan firma membuat keputusan dalam keterbatasan.
• Anda akan belajar pelbagai cara bagaimana manusia
membuat pilihan.

• Kursus ini juga berkaitan dgn trade-off iaitu bagaimana


pengurus melakukan trade-off pelbagai alternatif untuk
mendapatkan hasil yang sebaik mungkin (as well-off as
possible)
10
Teori Mikroekonomi

11
Mikroekonomi: Model Aliran Perbelanjaan & Pendapatan
(Circular flow diagram)

Flow of inputs & outputs flow of income 12


Aliran dalam Makroekonomi

http://www.econguru.com/the-macroeconomics-circulation-flowchart/

13
Fokus Kajian Mikroekonomi

1. Pengguna (consumer)
2. Pengeluar (producer)
Anda akan melihat model berkenaan perlakuan
pengguna dan pengeluar

14
Model & Prinsip Ekonomi
• Model ekonomi adlh satu rangka kerja yg meletakkan
teori ke dlm satu konteks tertentu
An economic model is a framework that places the generalized insights of the
theory in a more specific contextual setting
A note about economic models is that models are simplified representations
of a real-world organization and its environment. Some aspects of the
real-world setting are not addressed, and even those aspects that are
addressed are simplifications of any actual setting being represented. The
point of using models is NOT to match the actual setting in every detail,
but to capture the essential aspects so determinations can be made
quickly and with a modest cost. Models are effective when they help us
understand the complex and uncertain environment and proceed to
appropriate action

15
Ekonomi berasaskan teori vs ekonomi berasaskan empirikal
Theoretical versus empirical economics.

Ekonomi berasaskan teori adalah proses pembinaan


model utk menerangkan sesuatu keadaan.

Ekonomi berasaskan empirikal adalah proses menguji


model untuk melihat sejauh mana ia berjaya
menerangkan keadaan sebenar.

16
Keputusan Pengguna & Pengeluar
Keputusan isi Keputusan Firma:
rumah: • Apakah yang dikehendaki
 Apakah barang oleh pengguna?
• Bagaimana hendak
yang
dikehendaki? menghasilkannya?
• Berapakah kos utk
 Berapa kos
menghasilkan barang tsbt?
barang • Bagaimana hendak
tersebut?
mendapatkan keuntungan?

17
3 Soalan Asas dalam Mikroekonomi yg
perlu difikirkan oleh Pengurus
1. Apakah barang dan perkhidmatan yang
harus dihasilkan?
2. Bagaimana hendak menghasilkan barang
dan perkhidmatan tersebut?
3. Siapakah yang menggunakan barang dan
perkhidmatan tersebut?

Soalan asas yang menggerakkan keseluruhan


ekonomi ini diselesaikan melalui satu
pembolehubah utama iaitu HARGA.
18
Analisis Ekonomi
1. Ekonomi positif - kajian apa yg wujud/ada
(Positive economics is the study of what is)

2. Ekonomi normatif - kajian apa harus ada


(Normative economics is the study of what should be)

3. Kesenian ekonomi – menggunakan pengetahuan


ekonomi positif utk mencapai matlamat ekonomi
normatif
(Art of economics is using the knowledge of positive economics to achieve the
goals determined in normative economics)

19
Rujukan
Teks:
https://
www.saylor.org/site/textbooks/Principles%20of%20Managerial%20Eco
nomics.pdf

https
://ocw.mit.edu/courses/economics/14-01sc-principles-of-microeconom
ics-fall-2011/unit-1-supply-and-demand/introduction-to-microeconomi
cs
/

https://
ocw.mit.edu/courses/economics/14-01sc-principles-of-microeconomics
-fall-2011/unit-1-supply-and-demand/applying-supply-and-demand/MI
T14_01SCF10_lec02_300k.pdf

The End
Be Humble, Be Kind & Help Others
20

Anda mungkin juga menyukai