Anda di halaman 1dari 4

SOALAN – SOALAN FOKUS EKONOMI 3 STPM 2018

Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga dan Upah

1 (a) Nyatakan jenis pengangguran yang wujud semasa ekonomi mencapai guna tenaga
penuh. [1]
(b) Nyatakan tiga sebab mengapa berlakunya pengangguran dalam jawapan (a). [3]
(c) Nyatakan dua langkah untuk mengatasi pengangguran dalam jawapan (a). [2]

2. Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada


(a) Taraf hidup masyarakat [3]
(b) Ekonomi negara [3]
3. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan /mempengaruhi pengangguran di Malaysia. [6]

4. Terangkan kesan pengangguran terhadap sosioekonomi negara. [6]


(pilih 2 kesan ekonomi dan 1 kesan sosial)

5. (a) Berikan maksud upah nominal, upah benar dan upah minimum. [3]
(b) Terangkan dua sebab mengapa upah berbeza di antara sektor pembuatan dengan sektor
utama. [3]

6. Pn Ani seorang pengurus kewangan di sebuah kilang dan menerima gaji bulanan sebanyak
RM8000 manakala En Joe seorang pekerja lombong menerima gaji bulanan RM2000

(a) Gaji yang diterima oleh Pn Ani dan En Joe adalah upah benar. Adakah anda setuju?
[2]

(b) Jelaskan dua faktor yang membezakan upah Pn Ani dan En Joe mengikut sektor
ekonomi. [4]

Bab 2 Inflasi dan Kos Sara Hidup

1. (a) Apakah maksud indeks harga pengguna dan inflasi dan apakah hubungan antara kedua-
duanya? [3]
(b) Nyatakan tiga kepentingan/kegunaan indeks harga pengguna dan inflasi/kadar inflasi [3]

3 (a) Nyatakan tiga jenis inflasi yang berlaku di Malaysia. [3]


(b) Berikan sebab berlakunya jenis inflasi dalam jawapan (a). [3]

4. Terangkan tiga sebab mengapa inflasi berlaku. /di Malaysia [6]


5. (a) Apakah maksud kos sara hidup dan taraf hidup ? [4]
(b) Terangkan bagaimana perubahan kos sara hidup mempengaruhi taraf hidup. [2]
6. (a) Apakah maksud belanjawan lebihan? Mengapakah belanjawan lebihan dilaksanakan
oleh kerajaan. [2]
(b) Terangkan dua kesan positif belanjawan lebihan kepada ekonomi negara. [4]

1
7. Perbelanjaan kerajaan dijangka akan melebihi hasil kerajaan untuk tahun kewangan
akan datang.

(a) Apakah jenis belanjawan kerajaan tersebut? [1]


(b) Berikan satu sebab mengapa belanjawan tersebut dilaksanakan. [1]
(c) Terangkan dua keburukan dasar belanjawan tersebut kepada negara. [4]

Bab 3 Perdagangan Antarbangsa dan Imbangan Pembayaran

1. Terangkan tiga kesan negatif perdagangan antarabangsa kepada sesebuah negara /ekonomi
negara. [6]

2. Jelaskan tiga alat dasar perlindungan yang dapat melindungi keluaran tempatan daripada
persaingan dengan barang import/keluaran negara asing. [6]

3. Huraikan tiga dasar kawalan perdagangan yang dilaksanakan kerajaan untuk


mengurangkan kesan negatif perdagangan antarabangsa. [6].

4. Jelaskan tiga kesan negatif keterbukaan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa kepada
sesebuah negara. [6]

5. Terangkan tiga langkah kerajaan untuk meningkatkan daya saing barang eksport negara di
pasaran antara bangsa. [6]

6. Huraikan tiga strategi galakan eksport yang djalankan oleh kerajaan. [6]

7.
DASAR PERDAGANGAN X DASAR PERDAGANGAN Y
Dasar perdagangan yang menghapuskan Dasar perdagangan yang melindungi idustri
sekatan dalam perdagangan tempatan dengan mengenakan pelbagai
sekatan terhadap produk negara asing

(a) Nyatakan dasar perdagangan X dan dasar perdagangan Y [2]


(b) Nyatakan satu contoh bagi setiap dasar perdagangan tersebut. [2]
(c) Apakah kesan pelaksanaan dasar perdagangan X dan dasar perdagangan Y kepada
keterbukaan ekonomi negara. [2]

8. Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi imbangan Akaun Semasa Malaysia. [6]

9. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing? [1]

(b)
Tahun 2014: US$1.00 = RM3.20
Tahun 2016: US$1.00 = RM4.25

2
Berdasarkan kadar pertukaran Dolar Amerika Syarikat (US$) dengan Ringgit Malaysia
(RM) pada tahun 2014 dan 2016,

(i) nyatakan kesan terhadap nilai Ringgit Malaysia pada tahun 2016 berbanding
dengan tahun 2014. [1]
(ii) terangkan kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia dalam (b)(i) terhadap nilai
eksport dan import. [4]

10. (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud kadar pertukaran boleh ubah dan kadar
pertukaran tetap. [4]
(b) Nyatakan dua kesan kenaikan kadar tukaran asing terhadap ekonomi negara. [2]

11. Terangkan kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia terhadap:

(a) Imbangan dagangan [2]


(b) Aliran masuk modal [2]
(c) Hutang negara [2]

12. Terangkan kesan susutnilai Ringgit Malaysia memberi situasi yang lebih buruk kepada:

(a) inflasi tolakan kos [2]


(b) inflasi yang diimport [2]
(c) hutang negara [2]

Bab 4 Perusahaan Kecil dan Sederhana

1. Jelaskan perbezaan syarikat sendirian berhad dgn syarikat awam bhd dari aspek
berikut:
(a) Bilangan ahli [2]

(b) Pemilikan saham [2]

(c) Pindah hak milik saham [2]

2. Terangkan tiga perbezaan antara perkongsian dengan koperasi dari ciri berikut:

(a) Bilangan ahli [2]


(b) Liabiliti [2]
(c) Pembahagian untung rugi [2]

3. Terangkan tiga masalah / cabaran yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil Sederhana. [6]

4. Terangkan tiga sumbangan PKS terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara. [6]

5. Jelaskan dua peranan agensi kerajaan berikut dalam membantu PKS:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) [2]

3
(b) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) [2]
(c) Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) [2]

6. Huraikan tiga cara /program kerajaan membantu usahawan yang menceburi Perusahaan
Kecil dan Sederhana(PKS) di Malaysia. [6]

Bab 5 Institusi Kewangan

1. Huraikan tiga fungsi institusi kewangan di Malaysia. [6]

2. Huraikan tiga peranan institusi kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

3. Huraikan dua peranan setiap institusi kewangan berikut:


(a) Bank perdagangan [2]
(b) Bank pelaburan [2]
(c) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2]

4. Terangkan dua peranan mana-mana tiga agensi pemberi kredit di Malaysia. [6]

5. Jelaskan tiga peranan bank perdagangan sebagai perantara kewangan. [6]

6. Terangkan bagaimana bank perdagangan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi


negara berdasarkan aspek berikut:

(a) tabungan negara [2]

(b) guna tenaga [2]

(c) pendapatan negara [2]

Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

1. (a) Takrifkan kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif [2]


(b) Bagaimanakah kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif diukur. [2]
(c) Berikan dua langkah/program kerajaan utk mengatasi masalah kemiskinan [2]

2. Terangkan konsep berikut sebagai alat pengukuran agihan pendapatan .


(a) Pekali Gini [3]
(b) Kaedah Persentil [3]

3. Jelaskan dua peranan agensi kerajaan berikut dalam membantu membasmi kemiskinan.

(a) Jabatan Kebajikan Masyarakat [2]


(b) Amanah Ikhtiar Malaysia [2]
(c) Baitulmal [2]

4. Jelaskan tiga program kerajaan untuk membantu membasmi kemiskinan [6]

Anda mungkin juga menyukai