Anda di halaman 1dari 7

AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

1. Manakah antara berikut bidang kajian makroekonomi?


A Kos lepas
B Mekanisme harga
C Perlakuan pengguna
D Imbanganpembayaran

2. Manakah antara berikut bukan pembolehubah makroekonomi?


A Tingkat harga umum
B Imbangan pembayaran
C Pertumbuhan ekonomi
D Pertumbuhan penduduk

3. Berikut adalah matlamat makroekonomi kecuali


A meningkatkan pertumbuhan kebajikan
B mengatasi masalah imbangan pembayaran kurangan
C meningkatkan kecekapan firma untuk meminimumkan kos pengeluaran
D mencapai keseimbangan pendapatan negara pada gunatenaga penuh

4. Makroekonomi merupakan suatu cabang ilmu yang menganalisis bagaimana


A kos mempengaruhi pengeluaran sesuatu barang dalam pasaran
B semua unit ekonomi mempengaruhi kegiatan ekonomi secara agregat
C input pengeluaran digunakan secara optimum dalam proses pengeluaran
D harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran cenderung berubah menuju ke tingkat
keseimbangan

5. Manakah antara berikut BUKAN melibatkan kajian makroekonomi?


A Menghitung kadar inflasi
B Menghitung pendapatan negara
C Menghitung nilai eksport bersih
D Menghitung tingkat keuntungan firma

6. Manakah antara berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi?


A Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
B Menyalurkan subsidi kepada sektora wam
C Mengeluarkan barang awam untuk kegunaan rakyat
D Merapatkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan rakyat

7. Pembolehubah utama dalam kajian makroekonomi adalah


A pendapatan negara, pengangguran dan inflasi
B pendapatan negara, jumlah penduduk dan inflasi
C pertumbuhan ekonomi, pengangguran dan inflasi
D pertumbuhan ekonomi, jumlah penduduk dan pengangguran

8. Manakah antara berikut tidak akan menimbulkan masalah inflasi dalam ekonomi?
A Kenaikan cukai import
B Kenaikan kos bahan api
C Kenaikan kecekapan firma
D Kenaikan kadar upah buruh

UNIT EKONOMI KMK Page 1


AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

9. Imbangan pembayaran yang defesit pada sesuatu tahun menunjukkan


A nilai import melebihi nilai eksport
B perbelanjaan penggunaan melebihi tabungan
C aliran masuk modal melebihi aliran keluar modal
D perbelanjaan kerajaan melebihi hasil cukai kerajaan

10. Pendapatan negara merujuk kepada


A jumlah nilai barang yang dihasilkan dalam masa setahun
B nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam masa setahun
C pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam masa setahun
D pendapatan yang diterima oleh pekerja-pekerja dalam masa setahun

11. Tujuan utama pendapatan negara diukur ialah untuk


A mengesan perubahan struktur ekonomi
B membuat penilaian tentang prestasi ekonomi
C membuat perbandingan taraf hidup dengan negara lain
D membuat perbandingan tingkat kebajikan antara dua tempoh

12. Yang manakah bukan tanda yang menunjukkan peningkatan dalam pendapatan negara?
A Kadar pengangguran menurun
B Kadar inflasi menurun
C Tingkat gunatenaga meningkat
D Peruntukan sumber ekonomi bertambah

13. Cara penghitungan yang betul untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ialah
A KNK potensit1 - KNK potensi t0X 100
KNK potensi t0

B KNK sebenart1 - KNK sebenar t0X 100


KNK sebenar t0

C KNK benart1 - KNK benar t0X 100


KNK benar t0

D KNK harga semasat1 - KNK harga semasa t0X 100


KNK harga semasa t0

14. Antara yang berikut, manakah bukan kepentingan pencapaian gunatenaga penuh?
A Pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan negara potensi
B Pengangguran yang serius dalam ekonomi mungkin menyebabkan ketidakstabilan politik
dan sosial
C Keluaran negara dan kebajikan masyarakat mencapai tingkat maksimum pada tingkat
guna tenaga penuh
D Berlaku ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber-sumber ekonomi
jika guna tenaga penuh tidak tercapai

15. Apabila ekonomi telah mencapai gunatenaga penuh


A keluaran negara boleh terus ditambahkan
B tingkat gunatenaga berada pada paras yang rendah
C pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran
D ekonomi tidak menghadapi tekanan inflasi
UNIT EKONOMI KMK Page 2
AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

16. Antara yang berikut, yang manakah bukan sebab masalah pengangguran perlu diatasi?
A Pendapatan Negara sebenar melebihi pendapatan Negara potensi apabila berlaku
pengangguran
B Pengangguran yang serius dalam ekonomi mungkin menyebabkan ketidakstabilan politik
dan sosial
C Keluaran negara dan kebajikan masyarakat mencapai tingkat maksimum jika kadar
pengangguran rendah
D Berlaku ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber-sumber ekonomi jika
masalah pengangguran berlaku

17. Tingkat gunatenaga penuh tercapai apabila


A KNK potensi melebihi KNK sebenar
B KNK potensi kurang daripada KNK sebenar
C jurang KNK adalah bernilai sifar
D wujudnya kekurangan faktor pengeluaran

18. Pertambahan dalam tingkat gunatenaga penuh bermaksud


A pendapatan negara semakin meningkat
B semakin banyak barang perkilangan dihasilkan
C semakin banyak faktor dialih dari sektor pertanian ke sektor perkilangan
D bilangan tenaga buruh kian bertambah

19. Untuk membendung inflasi melalui dasar fiskal, kerajaan patut


A menurunkan cukai dan pendapatan kerajaan serentak
B menurunkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan
C menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
D menaikkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak

20. Dasar manakah yang berikut dapat memulihkan ekonomi daripada kemelesetan dan pada
masa yang sama tidak menimbulkan masalah kenaikan tingkat harga?
A Dasar fiskal
B Dasar kewangan
C Kawalan langsung
D Dasar sebelah penawaran

21. Campurtangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi akan mewujudkan aliran


A cukai
B import
C eksport
D tabungan

22. Komponen pendapatan dan perbelanjaan yang mengalir keluar daripada sector ekonomi ialah
A cukai, tabungan dan import
B cukai, tabungan dan eksport
C penggunaan, pelaburan dan import
D penggunaan, tabungan dan pelaburan

UNIT EKONOMI KMK Page 3


AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

23. Jika berlaku inflasi yang disebabkan oleh pertambahan kuasa beli dalam ekonomi, maka
langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah
A menurunkan penawaran wang dalam ekonomi
B meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai
C melonggarkan syarat pinjaman institusi kewangan
D mengesyorkan kenaikan tingkat upah semua sektor

24. Antara berikut, yang manakah bukan langkah kawalan langsung untuk mengawal kegiatan
ekonomi?
A Tarif import
B Penetapan upah minimum
C Penetapan harga minimum
D Insentif pelaburan semula

25. Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, jenis pengangguran yang masih
wujud dalam ekonomi ialah
A penganguran teknologi
B pengangguran kitaran
C pengangguran musim
D pengangguran geseran

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR

1. Terangkan dua (2) matlamat makroekonomi. [4 markah]

2. Jelaskan tiga (3) faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [6 markah]

3. Huraikan tiga (3) faktor penggalak pertumbuhan ekonomi. [6 markah]

4. Terangkan dua (2) dasar makroekonomi yang boleh diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi. [4 markah]

5. Nyatakan empat pembolehubah makroekonomi. [4 markah]

UNIT EKONOMI KMK Page 4


AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

BAHAGIAN C : SOALAN KUANTITATIF DAN ESEI

1. Jadual berikut menunjukkan jumlah penduduk, tenaga buruh dan guna tenaga di sebuah negara
bagi tahun 2014 hingga tahun 2016.

Tahun Penduduk Tenaga buruh Guna tenaga


(juta orang) (juta orang) (juta orang)
2014 20.0 8.5 7.9
2015 21.0 8.8 8.4
2016 22.5 9.4 9.2

(a) Apakah masalah ekonomi yang digambarkan oleh jadual di atas?

(b) Kira kadar pertambahan guna tenaga pada tahum 2015.

(c) Hitung jumlah penganggur dan kadar pengangguran negara itu bagi tahun 2016.

(d) Adakah negara itu mencapai guna tenaga penuh pada tahun 2016? Jelaskan jawapan
anda.

2. Jadual berikut menunjukkan data tenaga buruh, pengangguran, dan indeks harga pengguna di
Malaysia bagi tahun 2000 hingga tahun 2002

Tahun Indeks harga Bilangan (ribu orang)


pengguna Tenaga buruh Pengangguran
2000 100.0 9 573 302
2001 101.0 9 892 339
2002 103.0 10 199 359
(Sumber : Laporan Ekonomi 2001/02, Kementerian Kewangan Malaysia)
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan pengangguran?

(b) Pada tahun 2001 dan 2002, hitung


(i) kadar pengangguran
(ii) kadar guna tenaga
(ii) kadar inflasi

(c) Bagaimanakah hubungan antara kadar pengangguran dengan kadar guna tenaga?

3. Jadual berikut menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur tahun 2000 Malaysia.

Kumpulan umur Jumlah ( `000 orang)


0 – 14 7 751
15 – 64 14 623
65 tahun ke atas 901
Jumlah 23 275

UNIT EKONOMI KMK Page 5


AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Diberi jumlah tenaga buruh dan pengangguran bagi tahun 2000 ialah 9 616.1 ribu orang dan
294.54 ribu orang masing-masing.

(a) Tentukan jumlah penduduk dalam lingkungan umur bekerja tetapi tidak termasuk sebagai
tenaga buruh.

(b) Tentukan perkara-perkara berikut:


(i) Jumlah guna tenaga
(ii) Kadar pengangguran

(c) Adakah Malaysia mencapai guna tenaga penuh pada tahun 2000. Jelaskan.

4. Jadual berikut menunjukkan indeks harga bagi Malaysia bagi tahun 1994 hingga tahun 1998.

Tahun Indeks harga pengguna


1994 100.0
1995 103.4
1996 107.0
1997 109.9
1998 115.7

(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?


(b) Hitung kadar inflasi bagi setiap tahun.
(c) Hitung purata kadar inflasi bagi tahun 1994 hingga tahun 1998.
(d) Berikan 2 (dua) sebab mengapa inflasi perlu dikawal.

5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan


(i) kadar inflasi?
(ii) kadar pengangguran?
(iii) kadar guna tenaga?

(b) Jadual berikut menunjukkan tenaga buruh, pengangguran dan indeks harga pengguna
sebuah negara bagi tahun 2004 hingga tahun 2006.
Indeks harga
Tenaga buruh Pengangguran
Tahun pengguna
(ribu orang) (ribu orang)
(Tahun 2000 = 100)
2001 8 462 413 108.0
2002 8 781 440 119.0
2003 9 088 469 124.0

(c) Berdasarkan maklumat di atas, hitung kadar inflasi, kadar pengangguran dan kadar guna
tenaga bagi tahun 2001 hingga tahun 2003.
(d) Nyatakan hubungan antara guna tenaga dengan jumlah penganggur.

UNIT EKONOMI KMK Page 6


AE025 BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

6. Jadual berikut menunjukkan KNK sebenar dan KNK potensi sesebuah Negara

Tahun KNK potensi KNK sebenar


(RM billion) (RM billion)
2009 80.0 82.9
2010 85.5 86.7
2011 91.0 88.3
2012 96.5 90.5

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan;


(i) KNK potensi
(ii) KNK sebenar

(b) Apakah masalah yang dihadapi oleh ekonomi pada tahun 2010 dan tahun 2011?
(c) Tentukan kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2009 hingga tahun 2012.
(d) Berapakah kadar purata pertumbuhan ekonomi negara itu bagi tahun 2009 hingga tahun
2012?
(e) Berikan 2 (dua) kepentingan untuk sesebuah negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang
berterusan.

7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembolehubah makroekonomi? [2 markah]

(b) Jelaskan mengapakah isu makroekonomi seperti inflasi dan defisit imbangan pembayaran
perlu ditangani. [8 markah]

8. (a) Terangkan tiga (3) kepentingan pertumbuhan ekonomi yang tinggi kepada sesebuah negara.
[6 markah]
(b) Huraikan bagaimana dua (2) faktor berikut menghalang pertumbuhan ekonomi.

(i) Pertumbuhan penduduk yang pesat. [2 markah]


(ii) Kekurangan buruh mahir [2 markah]

9. Huraikan mengapa matlamat dasar makroekonomi berikut ingin dicapai dalam sesebuah negara.

(i) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi. [3 markah]


(ii) Imbangan pembayaran yang memuaskan. [3 markah]

UNIT EKONOMI KMK Page 7

Anda mungkin juga menyukai