Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

1.0 PENGENALAN MAKROEKONOMI

1.1 Definisi Makroekonomi


a. Mentakrif dan menghuraikan makroekonomi

1.2 Pembolehubah Makroekonomi


a. Menerangkan pemboleh ubah makroekonomi yang utama
i. Gunatenaga dan pengangguran
ii. Tingkat harga umum dan inflasi.
iii. Imbangan Pembayaran
iv. Pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi

1.3 Matlamat dan Dasar Makroekonomi

a. Menghuraikan matlamat makroekonomi iaitu:


i. Mencapai tingkat guna tenaga penuh
ii. Mencapai kestabilan tingkat harga umum
iii. Memperbaiki imbangan pembayaran
iii. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

b. Mentakrif dasar makroekonomi iaitu:


i. Dasar Fiskal
ii. Dasar Kewangan
iii. Dasar Kawalan Langsung
iv. Dasar Sebelah Penawaran

1.4 Gambaran Umum Kegiatan Makroekonomi


a. Menerangkan hubung kait kegiatan ekonomi menggunakan rajah aliran
pusingan pendapatan dan perbelanjaan berasaskan:

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


i. Ekonomi dua sektor
ii. Ekonomi tiga sektor
iii. Ekonomi empat sektor

1
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

► ► BAHAGIAN A : Soalan Objektif


1 Antara berikut yang manakah pengkajian dalam bidang makroekonomi?
A Kajian kecekapan mekanisma harga
B Kajian tentang kebajikan masyarakat
C Kajian tentang operasi keseluruhan ekonomi negara C
D Kajian kesan dasar kerajaan yang dijalankan dalam negara

2 Yang manakah bukan pembolehubah makroekonomi yang utama


A Inflasi A
B Pengangguran
C Agihan pendapatan
D Imbangan pembayaran

3 Pembolehubah yang dapat menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah


A Keluaran negara kasar benar A
B Keluaran negara kasar potensi
C Pendapatan per kapita nominal
D Keluaran negara kasar harga semasa
STPM2004/24
4 Manakah antara berikut adalah petunjuk makroekonomi
A Pendapatan negara dan pengeluaran
B Inflasi dan agihan pendapatan
C Pengangguran dan upah wang
D Pertumbuhan ekonomi dan imbangan pembayaran D

5 Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali


A Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
B Mengurangkan kadar kenaikan tingkat harga umum
C Menggalakkan setiap firma mencapai ekonomi bidangan
D Mewujudkan imbangan pembayaran yang menguntungkan

6 Matlamat ekonomi yang hendak dicapai oleh kerajaan melalui dasar makroekonomi
tidak termasuk
A Penetapan upah minimum bagi pekerja sektor pertanian
B Memperbaiki imbangan pembayaran
C Kestabilan harga umum
D Tingkat guna tenaga penuh

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


7 Dalam keadaan sesebuah negara belum mencapai guna tenaga penuh,
A Tingkat pengangguran negara tersebut rendah
B Pendapatan negara mencapai tingkat maksimum
C Pengangguran geseran semakin meningkat
D Keluaran negara boleh terus ditambah

2
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

8 Apakah dasar belanjawan yang sesuai dijalankan untuk mengatasi masalah


kemelesetan ekonomi?
A Menambahkan cukai sahaja
B Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan cukai
C Mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan
D Menambahkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
STPM 2003/24
9 Sekiranya KNK sebenar berada di bawah KNK potensi, ia menunjukkan ekonomi
A Menghadapi masalah inflasi
B Mengalami keadaan yang melambung
C Telah mencapai tingkat guna tenaga penuh
D Mengalami kemelesetan dan pengangguran yang tinggi

10 Perbezaan antara KNK sebenar dengan KNK potensi merupakan


A KNK benar
B Jurang KNK
C Kadar inflasi
D Kadar pengangguran

11 Peningkatan dalam kadar pengangguran menyebabkan


A Kadar inflasi menjadi sifar
B Inventori firma akan meningkat
C Pendapatan negara benar meningkat
D KNK benar sama dengan KNK nominal

12 Pertumbuhan ekonomi diukur menggunakan data


A Pendapatan Negara
B Pendapatan Negara Bersih
C Keluaran Negara Kasar Nominal
D Keluaran Dalam Negara Kasar Benar

13 Untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan akan


A Menurunkan bekalan wang
B Meningkatkan kadar bunga
C Meningkatkan kemudahan infrastruktur
D Menurunkan cukai pendapatan individu

14 Antara langkah-langkah berikut, yang manakah bukan dasar sebelah penawaran?


A Perubahan cukai pendapatan

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


B Galakan insentif pelaburan
C Mengawal imbangan pembayaran
D Pertumbuhan ekonomi dan imbangan pembayaran

15 Untuk meningkatkan penawaran agregat, kerajaan akan menjalankan langkah-langkah


berikut kecuali
A Meningkatkan kemudahan infrastruktur
B Meningkatkan cukai pendapatan syarikat
C Menurunkan cukai terhadap input yang diimport
D Menurunkan cukai keuntungan firma yang menjalankan R & D

3
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

► ► BAHAGIAN B : Soalan Struktur


Soalan 1

Butiran 1999 2000 2001

Tenaga buruh 9178 9573 9801.2


(‘000 orang )
Guna tenaga 8862.1 9271.2 9411.1
( sumber:Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2001/2002)
a Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga 2

Tenaga buruh ialah penduduk dalam lingkungan umur bekerja yang sedang bekerja
atau sedang mencari pekerjaan. Guna tenaga merujuk kepada tenaga buruh yang
terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

b Berdasarkan jadual di atas,

i. Hitung kadar pertumbuhan tenaga buruh dan kadar pertumbuhan guna tenaga
pada tahun 2000 dan 2001 4

Kadar pertumbuhan tenaga buruh:

Tenaga buruh t1 – Tenaga buruh t0 x 100


Tenaga buruh t0

Tahun 2000

= 9573 – 9178 x 100


9178
=4.30%

Tahun 2001

= 9801.2 – 9573 x 100


9573
=2.38%

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


Kadar pertumbuhan guna tenaga:

Guna tenaga t1 – Guna tenaga t0 x 100


Guna tenaga t0

Tahun 2000

= 9271.2 - 8862.1 x 100


8862.1
=4.62%

4
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Tahun 2001

= 9411.1 - 9271.2 x 100


9271.2
=1.51%

ii Hitung kadar pengangguran pada tahun 2000 dan 2001 2

Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran x 100%


Jumlah tenaga buruh

Jumlah pengangguran = Tenaga buruh – Guna Tenaga

Kadar pengangguran 2000

= 9,573 – 9,271.2 x 100%


9,573
= 3.15

Kadar pengangguran 2001

= 9,801.2 – 9,411.1 x 100%


9,801.2
=3.98%

iii Terangkan mengapa wujud arah aliran pengangguran sedemikian 2

Aliran pengangguran sedemikian berlaku kerana terdapat banyak tenaga buruh


misalnya lepasan pelajar universiti yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah
tertentu tetapi masih belum mendapat pekerjaan.

Soalan 2

Sektor Jumlah Gunatenaga (ribu orang)


1997 1998

Pertanian,perhutanan, dan perikanan 1494.5 1414.2

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


Perlombongan dan kuari 38.8 38.6
Perkilangan 2390.5 2321.1
Pembinaan 874.2 756.6
Perkhidmatan 3165.1 3175.0

Jumlah 7963.1 7705.5


( Sumber : Kementerian kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 1998/1999 )

Berdasarkan jadual di atas,


a. Berikan definisi istilah berikut

i. Guna tenaga penuh

5
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

3
Guna tenaga penuh merujuk kepada apabila Keluaran Negara Kasar (KNK)
potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar adalah sama.

ii. Guna tenaga

Guna tenaga merujuk kepada tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

iii. Pengangguran

Pengangguran ialah masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang


ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum
mendapat pekerjaan.

b. i. Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga di setiap sektor pada tahun 1998 4

Sektor Jumlah Guna Tenaga 3


Pertanian,perhutanan, dan perikanan =1,414.2 – 1,494.5
= -80.3 4
Perlombongan dan kuari = 38.6 – 38.8
= -0.2
Perkilangan = 2,321.1 – 2,390.5
= -69.4
Pembinaan = 756.6 – 874.2
= -117.6
Perkhidmatan = 7,705.5 – 7,963.1
= -257.6

ii. Berdasarkan jawapan anda pada soalan b(i), apakah rumusan yang dapat anda
buat mengenai perkembangan guna tenaga di Malaysia dalam tempoh tersebut?

Jumlah guna tenaga di Malaysia pada tahun 1998 lebih kecil berbanding dengan
jumlah guna tenaga pada tahun 1997. Setiap sektor di atas kecuali sektor
perkhidmatan menunjukkan penurunan jumlah guna tenaga di Malaysia.

iii. Terangkan sebab-sebab perkembangan guna tenaga adalah seperti yang anda

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


rumuskan pada soalan b(ii)

Antara sebab perkembangan guna tenaga di Malaysia menunjukkan penurunan


dari tahun 1997 kepada 1998 adalah kerana kadar upah yang ditawarkan
kepada rakyat Malaysia pada tahun 1998 tidak memenuhi permintaan mereka.
Selain itu, skop pekerjaan yang melebihi kadar upah yang ditawarkan juga
merupakan faktor penurunan jumlah guna tenaga di Malaysia pada tahun 1998.

c. Pada tahun 1997 dan tahun 1998, jumlah tenaga buruh di Malaysia masing-masing 3
ialah 9038.2 ribu orang dan 9006.5 ribu orang. Adakah Malaysia sudah mencapai
guna tenaga penuh pada tahun-tahun tersebut? Jelaskan

6
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Tahun 1997
= 9038.2-7963.1/9038.2 ×100%
= 1075.1/9038.2 ×100%
= 11.90%

Tahun 1998
= 9006.5-7705.5/9006.5 ×100%
= 1301/9006.5 ×100%
= 14.45%

Pada kedua-dua tahun tersebut, Malaysia masih belum mencapai guna


tenaga penuh. Hal ini kerana kadar pengangguran berada pada paras lebih
daripada 4% .

d Hitung peratusan penggunaan gunatenaga di setiap sektor pada tahun 1998 3

Pertanian, perikanan, dan perhutanan


= 1414.2/9006.5 ×100%
= 15.70%

Perlombongan dan kuari


= 38.6/9006.5 ×100%
= 0.43%
Perkilangan
= 2321.1/9006.5 ×100%
= 25.77%

Pembinaan
= 756.6/9006.5 ×100%
= 8.40%

Perkhidmatan
= 3175.0/9006.5 ×100%
= 35.25%

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


Soalan 3

Jadual di bawah menunjukkan KDNK harga semasa dan indeks harga dari tahun 2002
hingga 2007 bagi sebuah Negara

Tahun KDNK harga semasa KDNK Indeks Harga


(RM juta) benar(RM juta) Pengguna
2002 80475 64 899.19 124
2003 90125 70 410.16 128
2004 100 333 76 590.07 132
2005 112 468 83 309.63 136
2006 125 521 91 621.17 140

7
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

2007 141 227 100 876.42 144


a Hitung kadar inflasi dari tahun 2003 hingga 2007? 3

Tahun KDNK harga KDNK Indeks Harga Kadar Inflasi


semasa (RM benar(RM juta) Pengguna
juta)
2002 80475 64 899.19 124 -
2003 90125 70 410.16 128 =128-124 x 100%
124
= 3.22%
2004 100 333 76 590.07 132 = 132-128 x 100%
128
= 3.13%
2005 112 468 83 309.63 136 136-132 x 100%
132
= 3.03%
2006 125 521 91 621.17 140 140-136 x 100%
136
= 2.94%
2007 141 227 100 876.42 144 144-140 x 100%
140
= 2.86%
b Data manakah yang digunakan untuk mengira kadar pertumbuhan ekonomi? 1

Data yang digunakan untuk mengira kadar pertumbuhan ekonomi ialah Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar.

c Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 2

= KDNK benar t0 – KDNK benar t1


KDNK benar t0

=100,876.42 – 91,621.17
91,621.17
= 0.1%

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


► ► BAHAGIAN C : Soalan Esei
1 a. Apakah yang dimaksudkan dengan pembolehubah makroekonomi? 2
Pembolehubah makroekonomi ialah data-data statistik yang berkaitan
dengan kegiatan ekonomi yang digunakan untuk menilai pencaaian dan
kecekapan kegiatan sesebuah ekonomi.

8
b. Jelaskan pembolehubah makroekonomi yang berikut :

i. Gunatenaga dan pengangguran

8
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Guna tenaga merujuk kepada tenaga buruh yang terlibat dalam


kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Pengangguran pula ialah masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga
buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi
masih belum mendapat sebarang pekerjaan.
ii. Tingkat harga umum dan inflasi.

Tingkat harga umum ialah tingkat harga secara purata bagi


sekumpulan barang dan perkhidmatan pada tempoh masa
tertentu. Inflasi merujuk kepada keadaan di mana tingkat harga
umum bagi barang dan perkhidmatan meningkat secara
menyeluruh dan berterusan.

iii. Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran ialah rekod urus niaga dan aliran modal


antara penduduk sesebuah negara dengan penduduk negara
lain dalam tempoh satu tahun.

iv. Pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi

Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan


yang dikeluarkan oleh sesebuah negara pada sesuatu tahun.
Pertumbuhan ekonomi pula merujuk kepada perkembangan
kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa seperti yang
digambarkan oleh kenaikan keluaran negara benar tahun
semasa berbanding dengan tahun sebelumnya.
2 a. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar makroekonomi 2
Dasar makroekonomi merujuk kepada empat dasar tertentu iaitu dasar 8
fiskal, dasar kewangan, dasar kawalan langsung dan dasar sebelah
penawaran
b. Huraikan kepentingan matlamat makroekonomi

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman


Antara kepentingan matlamat makroekonomi ialah untuk mencapai
kestabilan tingkat harga umum. Kestabilan tingkat harga umum bermakna
tingkat harga umum dalam ekonomi terkawal dan tidak mengalami
perubahan yang ketara sehingga berlaku masalah inflasi dan deflasi yang
serius. Ia menjamin kuasa beli pengguna berada dalam keadaan yang
stabil. Selain itu, untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh. Pembaziran
sumber ekonomi berlaku apabila wujud pengangguran dalam ekonomi.
Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, keluaran
negara mencapai tingkat yang maksimum seterusnya meningkatkan taraf
hidup rakyat. Seterusnya, untuk memperbaiki imbangan pembayaran
supaya imbangan pembayaran mempunyai lebihan atau sekurang-

9
BAB 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

kurangnya seimbang. Defisit imbangan pembayaran mengurangkan rizab


mata wang asing negara dan ianya menjejaskan kestabilan nilaimata
wang negara. Akhir sekali, untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara di mana keluaran negara benar negara itu semakin meningkat dari
setahun ke setahun. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan
meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan taraf
hidup rakyat.

Disediakan Oleh Suhanah Binti Suparman

10

Anda mungkin juga menyukai