Anda di halaman 1dari 13

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - EKONOMI

KERTAS 2 MAKROEKONOMI
[Tiga jam ]

Bahagian A

Jawab semua soalan.

1. Analisis makroekonomi di Malaysia meliputi semua di bawah kecuali


A. cara-cara mencapai matlamat inflasi sifar.
B. jenis pekerjaan yang dipilih oleh isi rumah.
C. masalah kekurangan tenaga buruh oleh sektor pembinaan.
D. masalah pengangguran dalam sektor pertanian.

2. Yang manakah antara yang berikut tepat sekali menjelaskan makroekonomi?


A. Ia mengkaji bagaimana aliran perniagaan pendapatan berfungsi.
B. Ia mengkaji dan menerangkan bagaimana tingkat pendapatan negara
ditentukan.
C. Ia mengkaji dan menerangkan bagaimana sesuatu ekonomi beroperasi
dan bentuk interaksi di antara para pelaku kegiatan ekonomi.
D. Ia mengkaji ekonomi secara besar-besaran.

3. Jika pendapatan bersih dari luar negeri bernilai positif, maka


A. eksport melebihi import.
B. Keluaran Negara Bersih kurang daripada Keluaran Negara Kasar.
C. Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi Keluaran Negara Kasar.
D. Keluran Negara Kasar melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar.

4. Data yang berikut berkaitan dengan pendapatan negara dalam sebuah


ekonomi.

Butiran RM

Penggunaan swasta 8000


Penggunaan kerajaan 7000
Pelaburan kasar 12000
Cukai tak langsung 2000
Surat nilai 700
Eksport 2500
Subsidi 1500
Import 1400
Pendapatan bersih dari luar negeri 300

Berapah keluaran negara kasar pada harga faktor?

A. RM30600 B. RM30900 C. RM31100 D. RM33900


5. Firma X mengeluarkan bahan mentah bernilai RM5000 untuk barang separuh
siap. Barang tersebut telah dijual kepada firma pada harga RM7000. Firma Y
memproses barang tersebut untuk dijadikan barang siap dan menjualkannya
di dalam negara pada harga RM10,000. Berapakah nilai ditambah?
A RM5000 B. RM10,000 C. RM7000 D. RM22,000

6. Jika susut nilai melebihi pelaburan kasar, maka


A. cukai pendapatan melebihi subsidi.
B. penggunaan modal mempunyai nilai negatif.
C. pelaburan bersih melebihi pelaburan kasar.
D. pelaburan bersih mesti negatif.

7. Rajah di bawah menunjukkan satu fungsi penggunaan (C).

C C=Y

450
O Y

Fungsi penggunaan C di atas menunjukkan


A. kecenderungan mengguna purata yang menurun.
B. kecenderungan menabung sut yang menurun.
C. kecenderungan menabung purata yang tetap.
D. kecenderungan menggunakan sut sentiasa sama dengan kecenderungan
menabung purata pada semua tingkat pendapatan.

8. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara yang asal fungsi


penggunaan ialah C = 50 + 0.8Y, fungsi pelaburan ialah I = 100 dan fungsi
perbelanjaan kerajaan ialah G = 200. Jika kerajaan mangambil keputusan
untuk mengurangkan perbelanjaannya sebanyak RM150 juta, cari tingkat
keseimbangan pendapatan negara yang baru.

A. RM1200 juta B. RM1100 juta C. RM1000 juta D. RM900


9. Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa sektor kerajaan, fungsi penggunaan
adalah seperti berikut.

C = 40 + bY

Di mana C = penggunaan
b = kecenderungan mengguna sut
Y = pendapatan
S = tabungan

Jika pengganda ialah 5 maka


A. C = 40 + 0.2Y B. C = 40 + 0.8Y C. S = -40 + 0.2Y D. S = -40 + 0.8Y

10. Pada tingkat pendapatan negara RM1200 juta dalam sesebuah ekonomi 3
sektor, perbelanjaan agregat ialah AE = RM400 juta + 0.8Y. Cari nilai
pelaburan I jika perbelanjaan kerajaan ialah G = RM150 juta dan fungsi
penggunaan ialah C = RM50 juta + 0.8Y.
A. RM100 juta B. RM150 juta C RM250 juta D RM200 juta

11. Jika perbelanjaaan kerajaan meningkat dengan jumlah yang sama dengan
cukai kerajaan dan pembolehubah lain diandaikan tetap maka
A. keluaran negara akan berkurangan.
B. keluaran negara akan meningkat.
C. keluaran negara tidak berubah.
D. perbelanjaan kerajaan akan berkurangan.

12. Jadual berikut menunjukkan bekalan wang sesebuah ekonomi.

Butir RM juta

Mata wang 12,000


Deposit tetap 25,000
Deposit semasa 16,000
Deposit boleh niaga 18,000

Berapakah bekalan wang di dalam ekonomi itu?


A. RM28 000 juta B. RM30 000 juta C. RM37 000 juta D RM53 000juta

13. Satu badan kewangan di samping menerima simpanan dan memberi


pinjaman juga bertindak sebagai pakar perantara wang di dalam pasaran
kewangan. Ia dikenali sebagai
A. Bank Islam B. Bank Rakyat
C. Bank Simpanan Nasional D. Bank Saudagar
14. Bank perdagangan boleh `mencipta wang’ kerana ia
A. boleh mengeluarkan draf bank yang merupakan wang dalam ekonomi.
B. diberi kuasa oleh Bank Pusat untuk mencetak wang.
C. boleh mengeluarkan cek yang merupakan wang dalam ekonomi.
D. boleh menambahkan keuntungan melebihi pelaburan yang dilakukannya.

15. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Teori Kuantiti Wang
digunakan untuk meramalkan tingkat harga?
A. Halaju perniagaan wang yang tetap dan kejatuhan tingkat guna tenaga.
B. Halaju pusingan wang yang tetap dan tingkat guna tenaga penuh.
C. Kenaikan halaju pusingan wang dan peningkatan guna tenaga penuh.
D. Kejatuhan halaju pusingan wang dan guna tenaga penuh.

16 Mengikut teori Keynes, manakah antara yang berikut akan menyebabkan


kenaikan kadar bunga?
A. Kenaikan harga umum.
B. Harga bon meningkat.
C. Halaju edaran wang jatuh.
D. Penawaran wang edaran jatuh.

17. Andaikan ekonomi berada tingkat guna tenaga penuh. Antara berikut, yang
manakah akan mendatangkan tekanan inflasi?
A. Pertambahan daya pengeluaran buruh.
B. Pertambahan kadar cukai pendapatan kepada mereka yang
berpendapatan tinggi.
C. Pertambahan permintaan untuk eksport.
D. Pertambahan keluaran Negara Kasar Benar.

18. Antara langkah-langkah paling berkesan untuk mengatasi masalah inflasi


ialah
A. mengurangkan kadar cukai dan membeli surat-surat jaminan kerajaan di
pasaran terbuka.
B. mengurangkan nisbah mudah tunai dan kadar tunai.
C. merendahkan kadar bank dan menjual surat-surat berharga kerajaan di
pasaran terbuka.
D. mengurangkan nisbah rizab berkanun dan mengurangkan perbelanjaan
kerajaan.
19. Rajah di bawah menunjukkan C = pengguna, I = pelaburan, G =
perbelanjaan kerajaan dan Yf = Keluaran Negara Kasar pada tingkat guna
tenaga penuh. Jurang deflasi ialah

AE e Y = AE

f C+I+G
c C+I
a
g C

b d

450

O YF Y

A. fg B. cd C. ab D. ef

20. Antara keadaan –keadaan berikut, yang manakah paling tidak mungkin
mengakibatkan inflasi jika terdapat satu pertambahan dalam permintaan
agregat?
A. Terdapat pertambahan wang dalam ekonomi.
B. Terdapat banyak pengangguran sumber ekonomi
C. Terdapat pertambahan dalam perbelanjaan kerajaan.
D. Terdapat pertambahan eksport.

21. Jadual berikut menunjukkan keupayaan pengeluaran gandum dan beras oleh
negara X dan Y dengan menggunakan jumlah buruh yang sama banyak.

Negara Gandum (kg) Beras (kg)

X 800 400
Y 1200 200

Jika setiap negara mengkhusus dalam pengeluaran satu jenis barang dan
mengadakan perdagangan bebas, kadar pertukaran antara gandum dan
beras yang mungkin ialah.
A. 2kg gandum untuk 1kg beras.
B. 1kg gandum untuk 3kg beras.
C. 3kg gandum untuk 1kg beras.
D. 5kg gandum untuk 1kg beras.
22. Antara berikut, yang manakah tidak dianggap sebagai perbelanjaan
mengurus kerajaan persekutuan?
A. Bayaran gaji kepada pegawai kerajaan
B. Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar
C. Bayaran khidmat hutang
D. Perbelanjaan membina lebuh raya

23. Semua daripada yang berikut adalah sebab-sebab pengeluaran sekatan ke


atas perdagangan antarabangsa kecuali
A. menjaga kepentingan pelabur asing.
B. melindungai industri muda.
C. mempelbagaikan ekonomi.
D. membaiki imbangan perdagangan yang negatif.

24. Peningkatan permintaan dolar Amerika Syarikat kesan daripada pertubuhan


ekonomi Malaysia yang pesat akan menyebabkan
A. peningkatan nilai Ringgit Malaysia.
B. perkukuhan dolar Amerika.
C. penurunan nilai dolar Amerika.
D. kadar syarat perdagangan bertambah baik.

25. Dalam perakaunan imbangan pembayaran, pinjaman oleh kerajaan Malaysia


kepada kerajaan Indonesia RM200 juta akan dicatatkan ke dalam
A. akaun pengeluaran jangka panjang.
B. akaun pengeluaran jangka pendek.
C. akaun semasa.
D. akaun imbangan.

26. Jadual berikut menunjukkan kadar syarat perdagangan untuk sebuah negara
tertentu (1990 = 100)

Tahun Kadar syarat perdagangan

1995 100.0
1996 100.8
1997 101.3
1998 90.2
1999 74.9

Antara keterangan berikut, yang manakah menunjukkan keadaan selepas


1997?
A. Harga eksport bertambah lebih perlahan daripada sebelumnya dan harga
import jatuh.
B. Harga eksport bertambah lebih cepat daripada kuantiti eksport.
C. Harga import bertambah lebih cepat daripada sebelumnya dan harga
eksport tidak berubah.
D. Harga eksport tidak berubah dan harga import jatuh.

27. Yang manakah antara yang berikut merupakan penghalang kepada


pertumbuhan ekonomi?
A. kadar tabungan yang tinggi
B. kadar inflasi yang tinggi
C. ketidaksamaan agihan pendapatan yang besar
D. kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi

28 Jika rizab mata wang asing bank pusat sesebuah negara bertambah
sebanyak RM100 juta, ini bermakna negara itu telah mengalami
A. pengurangan bekalan wang sebanyak RM100 juta dalam ekonomi.
B. pertambahan bekalan wang sebanyak RM100 juta dalam ekonomi.
C. imbangan pembayaran lebihan sebanyak RM100 juta.
D. imbangan pembayaran kurangan sebanyak RM100 juta.

29. Kerajaan membiayai belanjawan kurangan melalui


A. pinjaman dalam negeri dan luar negeri.
B. cukai tak langsung.
C. cukai langsung.
D. hasil bukan cukai kerajaan.

30. Yang manakah antara berikut akan berlaku apabila Malaysia mengenakan
tarif import?
A. Harga barang import dalam negeri akan turun.
B. Pengeluaran barang gantian import dalam negeri akan bertambah.
C. Penggunaan barang import dalam negeri akan naik.
D. Kuantiti eksport akan naik.
Bahagian B

Jawab lima soalan sahaja.

31. Huraikan tiga masalah yang dihadapi semasa menghitung pendapatan


negara. [6 markah]

32. Tunjukkan secara gambar rajah, kesan cukai tetap dan perbelanjaan
kerajaan dalam penentuan keseimbangan ekonomi negara melalui kaedah
perbelanjaan agregat-penawaran agregat.
[6 markah]

33. Jelaskan tiga ciri yang perlu ada pada suatu barang jika ia hendak diterima
sebagai wang. [6 markah]

34. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi bank pusat sebagai
bank kepada kerajaan. [6 markah]

35. Huraikan bagaimana dasar fiskal boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mengatasi lompang deflasi dengan berkesan. [6 markah]

36. Dengan berasaskan keadaan dalam dunia sebenar, terangkan kelemahan-


kelemahan terus faedah berbanding. [6 markah]

37. Mengapakah terdapatnya halangan proses penciptaan kredit oleh bank-bank


perdagangan? [6 markah]

38. Dengan menggunakan contoh berangka, bagaimanakah imbangan akaun


semasa dapat disediakan? [6 markah]
Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja.

39. a) Bagaimanakah dasar kewangan kuantitatif dapat mengatasi masalah


kenaikan harga barang? [6 markah]

b) Terangkan hubungan antara nilai wang dengan tingkat harga. [4 markah]

40. a) Jelaskan tujuan permintaan wang dalam ekonomi. [4 markah]

b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, bezakan tujuan


permintaan wang untuk urusniaga dengan tujuan untuk spekulasi.
[6 markah]

41. a) Bagaimanakah keluk permintaan agregat dibentuk? [4 markah]

b) Jelaskan bagaimana interaksi antara permintaan agregat dengan


penawaran agregat dalam menentukan tingkat keluaran negara.
[6 markah]

42. a) Mengapakah terdapatnya perbezaan pertumbuhan ekonomi antara


negara-negara? [4 markah]

b) Jelaskan bagaimana kerajaan dapat membantu untuk mempercepatkan


pertumbuhan ekonomi. [6 markah]
Bahagian D

Jawab dua soalan sahaja.

43.
S, I S

I = 200

-200 300 800 PN

a) Berapakah kecenderungan menabung purata pada Pendapatan Negara


300 dan 800? [2 markah]

b) Berapakah kecenderungan mengguna sut dan kecenderungan menabung


sut? [2 markah]

c) Bentukkan fungsi penggunaan. [2 markah]

d) Jika pelaburan meningkat kepada RM 500 juta, berapakah titik


keseimbangan pendapatan negara yang baru? [2 markah]

e) Apakah yang dimaksudkan dengan suntikan dan bocoran? [2 markah]


44. Jadual di bawah menunjukkan butiran dalam imbangan pembayaran
Malaysia dari tahun 1996 hingga 1999 dalam sebutan RM juta.

Butiran (RM juta) 1996 1997 1998 1999

Eksport barangan 148 506 199 491 193 127 214 704
Import barangan 144 046 179 394 182 973 195 031
Bayaran pindahan
bersih -2 225 -2 515 -2 936 -3 705
Fret dan insurans -7 367 -9 028 -8 522 -8 495
Pendapatan
pelaburan -9 448 -10 516 -11 685 -11 982
Pengangkutan lain 441 737 1 492 2 398
Perkhidmatan lain -4 198 -4 720 -5 505 -6 055
Modal swasta -8 484 2 529 16 317 -13 949
Perjalanan 3 603 4 143 4 786 5 120
Urus niaga kerajaan -36 -23 -36 -35
Modal jangka
panjang 11 695 16 610 13 527 18 819

a) Hitung imbangan akaun perdagangan bagi tahun 1998 dan 1999.


[2 markah]

b) Butiran imbangan akaun perkhidmatan manakah mengalami penurunan


yang sangat besar bagi tahun 1998 dan 1999? [2 markah]

c) Hitung imbangan akaun perkhidmatan bagi tahun 1996 dan 1997


[2 markah]

d) Hitung kadar pertumbuhan eksport bagi tahun 1997, 1998 dan 1999.
[2 markah]

e) Berapakah rizab asing pada akhir tahun 1999, jika rizab asing pada akhir
tahun 1998 ialah RM70 014 juta? [2 markah]
45. Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang di Malaysia pada tahun 1989
hingga 1991.

1989 1990 1991

Mata wang RM9 174 j RM10 059j RM10 524j


Deposit semasa RM12 075j RM14 182j RM14 496j
Separa wang RM47 276j RM59 662j RM64 213j
Bekalan wang M1 - - -
Bekalan wang M2 - - -

a) Apakah yang di maksudkan dengan bekalan wang M1 dan M2?


[2 markah]

b) Hitung bekalan wang M1 dan M2 bagi tahun 1990 dan 1991. [2 markah]

c) Apakah yang meliputi separa wang? [2 markah]

d) Hitung kadar pertambahan bekalan wang M2 antara tahun 1990 hingga


1991. [2 markah]

e) Tahun manakah menunjukkan pertambahan jumlah wang yang paling


pesat? Hitung peratusan pertambahan jumlah wang pada tahun tersebut.
[2 markah]
46. Jadual di bawah menunjukkan kedudukan kewangan sebuah Kerajaan
Persekutuan pada tahun 1995 dan tahun 2000.

Butiran 1995 (RMj) 2000 (RMj)

Hasil : 21 114 27 219


Cukai langsung 9 259 9 793
Cukai tak langsung 7 441 10 042
Hasil bukan cukai 4 414 7 384
Perbelanjaan mengurus 20 066 25 993
Lebihan semasa 1 048 1 226
Perbelanjaan pembangunan 7 142 11 023
Kurangan keseluruhan - -

Sumber-sumber pembiayaan:
Pinjaman bersih luar negeri 956 -845
Pinjaman bersih dalam
negeri 3 591 3 793
Penggunaan harta 1 161 3 849

a) Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung? [2 markah]

b) Jenis hasil kerajaan yang manakah mengalami pertambahan yang paling


pesat pada tahun 2000 berbanding tahun 1995? [2 markah]

c) Hitung kadar pertambahan tahunan hasil Kerajaan Persekutuan untuk


tempoh masa 1995 hingga tahun 2000. [2 markah]

d) Hitung ‘kurangan keseluruhan’ pada tahun 1995 dan tahun 2000.


[2 markah]

e) Pada tahun apakah ‘kurangan keseluruhan’ adalah paling besar?


[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai