Anda di halaman 1dari 1

EPPD1023: Makroeonomi I

Tutorial 1-2

1. Terangkan mengapa analisis makroekonomi sangat prihatin terhadap isu


pertumbuhan ekonomi, pengangguran, inflasi dan imbangan pembayaran?

2. “Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya mengurangkan jumlah pengangguran”.


Jelaskan penyataan ini.

3. Terangkan hubungan yang dikaitkan oleh keluk Phillips. Dengan bantuan rajah,
jelaskan konsep keluk Phillips jangka pendek dan jangka panjang.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kesan Fisher? Bagaimanakah kesan Fisher boleh
berlaku?

5. Dapatkan data tahunan bagi pembolehubah berikut melalui laman web Bank Negara
Malaysia (www.bnm.gov.my):

a. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) harga tetap (2000=100) untuk tahun
2005-2010.
(rujuk xls 3.3.1)

b. Indeks harga pengguna (tahun asas 2005=100) untuk tahun 2005 – 2010.
(rujuk xls 3.5.8)

i) Hitungkan peratus pertumbuhan kedua-dua pembolehubah tersebut.

ii) Apakah yang dapat dinyatakan berkenaan dengan nilai wang pada tahun 2010
berbanding dengan nilai wang pada tahun 2005? Mengapa?

6. Jelaskan mengapa peningkatan KDNK semasa tidak semestinya meningkatkan


kebajikan penduduk/masyarakat?

7. Huraikan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut dan terangkan
mengapa nilainya berbeza.

a. KDNK potensi dengan KDNK sebenar.

b. KDNK nominal dengan KDNK benar.

c. KDNK harga pasaran dengan KDNK kos faktor.

Anda mungkin juga menyukai