Anda di halaman 1dari 10

SULIT* 2 MODUL 1

Skema Bahagian A

1 Encik Ali yang bekerja di sektor pertanian memperolehi pendapatan bulanan


sebanyak RM1000, manakala Puan Zaleha yang bekerja di sektor pembuatan
menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2500.

Terangkan tiga faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh kedua-dua individu
tersebut [6]

Skema :
Encik Ali yang bekerja di sektor pertanian memperolehi pendapatan lebih rendah
berbanding Pn Zaleha yang bekerja di sektor pembuatan. Antara faktor yang membezakan
ialah :
(a) Perbezaan daya pengeluaran antara sektor / Perbezaan penggunaan teknologi [1]
Secara relatif daya pengeluaran sektor pertanian adalah rendah kerana berintensifkan
buruh manakala daya pengeluaran sektor pembuatan lebih tinggi kerana berintensifkan
modal. Maka upah di sektor pembuatan lebih tinggi. [1]

(b) Perbezaan keanjalan penawaran barang antara sektor [1]


Pengeluaran barang pertanian memerlukan jangka masa yang panjang menyebabkan
penawaran barang pertanian kurang anjal. Sebaliknya, barang pembuatan melibatkan
jangka masa pengeluaran yang pendek menyebabkan penawaran barang pembuatan
anjal. Maka upah di sektor pembuatan lebih tinggi. [1]

(c) Perbezaan harga barang antara sektor [1]


Secara relatif harga barang pertanian lebih rendah berbanding harga barang di sektor
pembuatan kerana kurang nilai tambah berbanding harga barang sektor pembuatan
Maka upah dibayar lebih tinggi di sektor pembuatan [1]

(d) Perbezaan kemahiran dan kecekapan


(e) Perbezaan mobility buruh
(f) Perbezaan pengaruh kesatuan sekerja

 wajib ada penegasan upah lebih tinggi @ lebih rendah. Jika tiada, huraian 0M

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 3 MODUL 1

2 Terangkan kesan inflasi keatas,


(a) pesara [2]
(b) penghutang [2]
(c) pertumbuhan ekonomi negara [2]

Skema :
(a) pesara
Pendapatan benar pesara / kuasa beli jatuh [1]
Kenaikan harga menyebabkan barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli adalah
sedikit / merosot [1]

(b) penghutang
Kenaikan harga/inflasi menyebabkan nilai wang jatuh [1]
Pembayaran balik hutang dalam bentuk wang menyebabkan beban penghutang
jatuh / menguntungkan penghutang kerana nilai sebenar hutang yang dibayar balik
semakin sedikit [1]
catatan :penggunaan nilai hutang adalah tepat. Jika jumlah hutang, maka tak
diterima
(c) Pertumbuhan ekonomi negara
Jika inflasi sederhana 2%-3% menyebabkan keuntungan firma meningkat [1]
firma akan meningkatkan pelaburan, AD/AE meningkat, Y meningkat, pertumbuhan
ekonomi akan meningkat [1]
atau
Jika inflasi melampau, harga faktor meningkat, kos pengeluaran meningkat [1]
penawaran/ keluaran negara jatuh, pertumbuhan ekonomi terjejas [1]
catatan :sekiranya pelajar tidak kategorikan keadaan inflasi,tapi hanya
menghuraikan kesan sahaja, maka 0M

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 4 MODUL 1

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan ekonomi dan bagaimana ianya
diukur. [2]
(b) Huraikan dua kesan negatif perdagangan antarabangsa kepada ekonomi
negara. [4]

Skema :
(a) Keterbukaan ekonomi ialah ukuran sejauhmana sesebuah negara menjalankan
perdagangan antarabangsa. [1]
Ianya diukur berdasarkan nisbah eksport kepada KDNK atau nisbah eksport dan
import kepada KDNK. [1] atau dalam bentuk formula diterima
(b) Dua kesan negatif PAB kepada negara
i. Menjejaskan industri muda [1]
Industri muda tempatan yang sukar untuk bersaing dari segi kos , kecekapan,
kualiti, pasaran dll [1]
ii. Memburukkan imbangan pembayaran [1]
Harga import secara relatif lebih mahal daripada harga eksport / nilai import
melebihi nilai eksport / nilai eksport bersih merosot [1]
catatan : sekiranya tiada relatif, maka 0M bagi huraian

iii. Terdedah kepada kitaran perniagaan antarabangsa [1]


Jika ekonomi negara luar mengalami kemelesatan, maka pertmbuhan ekonomi
negara terjejas kerana permintaan untuk barang eksport merosot [1]
iv. Masalah lambakan [1]
Tindakan firma asing menjual keluaran mereka pada harga yang lebih rendah untuk
menguasai pasaran sesebuah negara / Kesannya menjejaskan firma tempatan kerana
permintaan untuk barang tempatan berkurang / jumlah nilai import melebihi nilai
eksport / eksport bersih merosot [1]
v. Menjejaskan industri strategik
vi. Mengurangkan peluang pekerjaan dalam negara / pengangguran meningkat
vii. Tindakbalas negatif daripada negara rakan dagang

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 5 MODUL 1

4 Jelaskan dua masalah yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia dari aspek yang berikut :
(a) Modal [2]
(b) Pemasaran [2]
(c) Teknologi [2]

Skema :
(a) Modal dan pembiayaan
i. Modal kecil menyebabkan PKS sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi
kewangan [1]
ii. Tiada/kekurangan cagaran/ cth aset rumah/tanah masalah mendapatkan kredit [1]

(b) Pemasaran
i. Pemasaran PKS terhad kerana keluaran kurang berkualiti dan kurang berdaya
saing [1]
ii. PKS hadapi persaingan dengan perusahaan besar untuk menguasai pasaran
tempatan yang terhad [1]
iii. PKS kekurangan kemahiran dalam strategi pemasaran keluaran [1]

(c) Teknologi
i. Tahap penggunaan teknologi rendah yang berintensifkan buruh menyebabkan daya
pengeluaran rendah/kualiti keluaran rendah [1]
ii. PKS menggunakan kaedah tradisional yang diwarisi turun temurun menyebabkan
kos pengeluaran seunit yang ditanggung tinggi dan tidak dapat persaingan dengan
firma besar [1]

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 6 MODUL 1

5 Terangkan dua peranan institusi kewangan. [6]

Skema :
(a) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara [1]
 Institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Bekalan wang
yang bertambah akan mengurangkan kadar bunga , dan meningkatkan pelaburan,
keluaran negara dan guna tenaga [1]
 Menggalakkan pengumpulan modal dengan menggalakkan tabungan oleh unit
ekonomi yang mempunyai lebihan dana dan dipinjamkan kepada pelabur untuk
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. kesannya pertumbuhan ekonomi
meningkat [1]
 Mengembangkan kemudahan kredit iaitu pelabur boleh mendapatkan pelbagai
bentuk kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan . Membolehkan
pelaksanaan pelbagai kegiatan ekonomi dan seterusnya meningkatkan keluaran
negara dan pertumbuhan ekonomi [1]
catatan : Fakta 1M dan 2 huraian x 1M = 3M

(b) Kos menjalankan perniagaan [1]


 Melalui institusi kewangan masalah menemukan pihak yang menyumbangkan dana
dengan pihak yang memerlukan dana serta mempunyai kehendak yang sepadan
dapat diatasi [1]
 dapat menjimatkan kos dan masa menjalankan perniagaan [1]
catatan : Fakta 1M dan 2 huraian x 1M = 3M

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 7 MODUL 1

6 Jelaskan dua strategi dasar kerajaan berikut dalam membasmi kemiskinan.


(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) [2]
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) [2]
(c) Dasar Wawasan Negara (DWN) [2]

Skema :
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB ]
 membuka peluang pekerjaan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira
kaum . Pendapatan meningkat dan dapat membasmi kemiskinan [1]
 meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pendidikan / latihan kemahiran /
kesihatan dan kemudahan asas. Maka dapat basmi kemiskinan [1]
 meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi dalam pengeluaran.
Maka dapat basmi kemiskinan [1]
catatan : Pilih 2 huraian x 1M = 2M

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


 meningkatkan latihan kemahiran kepada belia-belia di luar bandar/ khidmat
nasihat pemberian subsidi . Maka dapat membasmi kemiskinan [1]
 bantuan subsidi/sokong kepada golongan petani dan nelayan supaya dapat
meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan mereka . Maka dapat
basmi kemiskinan [1]
 menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada semua kaum untuk
membasmi kemiskinan relatif [1]
 catatan : Pilih 2 huraian x 1M = 2M

(c) Dasar Wawasan Negara (DWN)


 menumpukan kepada pembangunan dalam kelompok kecil yg terpencil seperti
minoriti asli, bumiputera Sabah dan Sarawak . Pendapatan meningkat dan
dapat membasmi kemiskinan [1]
 mengukuhkan program pembangunan rakyat termiskin dan program
pembangunan kemiskinan tanpa mengira kaum . dapat basmi kemiskinan [1]
 meningkatkan taraf hidup kumpulan 30% yang berpendapatan rendah / PGK
[1]
catatan : Pilih 2 huraian x 1M = 2M
Perlu ada penegasan ..dapat membasmi kemiskinan. Wajib ada pada
setiap huraian

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 8 MODUL 1

Skema Bahagian B

7 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga dan indeks harga pengguna di
Malaysia pada tahun 2015 hingga tahun 2017.

Jumlah tenaga buruh Jumlah guna tenaga Indeks harga pengguna


Tahun
(‘000 orang) (‘000 orang) (2010=100)
2015 14,518.0 14,067.7 112.8
2016 14,667.8 14,163.7 115.2
2017 14,980.1 14,476.8 119.5

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia, 2019)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh. [1]


(b) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2016 dan tahun 2017 [3]
(c) Hitung kadar inflasi pada tahun 2016 dan tahun 2017. [3]
(d) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2016 dan tahun 2017. Adakah Malaysia
mencapai tingkat ekonomi guna tenaga penuh? [3]

Skema :
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh. [1]
Jumlah penduduk yang layak bekerja dalam lingkungan usia 15 – 64 tahun , kecuali
isi rumah, pesara.. [1]

(b) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2016 dan tahun 2017 [3]
% pertumbuhan Guna tenaga 2016 = 14163.7 - 14067.7 x 100
14067.7
= 0.68 % jalan kira/formula = 1m
jawapan = 2m
2017 = 2.21 %

(c) Hitung kadar inflasi pada tahun 2016 dan tahun 2017. [3]
Kadar Inflasi 2016 = 115.2 – 112.8 x 100
112.8
= 2.13 % jalan kira/formula = 1m
jawapan = 2m
2017 = 3.73 %

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 9 MODUL 1

(d) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2016 dan tahun 2017. Adakah Malaysia
mencapai tingkat ekonomi guna tenaga penuh? [3]
Kadar Pengangguran 2016 = 14667.8 – 14163.7 x 100
14667.8
= 3.44 % jalan kira/formula = 1m
jawapan = 1m
2017 = 3.36 %

Ya / Malaysia mencapai tingkat ekonomi guna tenaga penuh kerana kadar


pengangguran di bawah 4% [1]

catatan : Ya tanpa alasan 0M


tidak ada unit setiap sub soalan , tolak 1M

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 10 MODUL 1

8 Jadual di bawah menunjukkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi isi rumah
mengikut Wilayah pada tahun 2014 dan pendapatan kasar bulanan isi rumah purata
mengikut strata pada tahun 2012 dan tahun 2014.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)


Wilayah Miskin Miskin Tegar
(RM) (RM)
Semenanjung Malaysia 930 580
Bandar 940 580
Luar Bandar 870 580

Sabah/Labuan 1170 710


Bandar 1160 690
Luar Bandar 1180 760

Sarawak 990 660


Bandar 1040 700
Luar Bandar 920 610

Pendapatan Kasar Bulanan Isirumah


Strata Purata (RM)
2012 2014
Malaysia 5000 6141
Bandar 5742 6833
Luar Bandar 3080 3831
(Sumber : Unit Perancang Ekonomi Malaysia, 2017)

(a) (i) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan? [1]


(ii) Berikan dua sebab mengapa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk isi
rumah miskin dan isi rumah miskin tegar di Sabah dan Sarawak lebih tinggi
berbanding dengan Semenanjung? [2]
(b) (i) Hitung nisbah jurang pendapatan bagi tahun 2012 dan tahun 2014 antara isi
rumah secara strata. [3]
(ii) Berdasarkan jawapan pada (b)(i), huraikan jurang pendapatan antara bandar dan
luar Bandar. [1]
(iii) Hitung kadar pertumbuhan pendapatan purata di Malaysia dan secara strata bagi
tahun 2012 dan tahun 2014. [3]

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*


SULIT* 11 MODUL 1

Skema :

(a)(i) Pendapatan garis kemiskinan ialah pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi
rumah tersebut memenuhi keperluan asas / dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal /
makanan dan bukan makanan [1]

(ii) Dua sebab :


a. harga makanan adalah relatif lebih tinggi di Sabah dan Sarawak [1]
b. harga perkhidmatan seperti pengangkutan atau perbelanjaan lain adalah lebih tinggi
diSabah dan Sarawak [1]

(b)(i) Nisbah jurang pendapatan luar bandar dan bandar


2012 = 5742 : 3080 [1]
= 1 : 1.86 [1]
2014 = 6833 : 3811 jalan kira/formula = 1m
= 1 : 1.79 [1] jawapan = 2m

(ii) Jurang pendapatan diantara bandar dan luar bandar semakin mengecil kerana nisbah
jurang pendapatan telah menurun. [1]

(iii)
Strata Kadar Pertumbuhan Pendapatan purata

Pendapatan 2014 – Pendapatan 2012 X 100


Pendapatan 2012
Malaysia
6141-5000 X 100 = 22.82% [1]
5000

6833 – 5742 X 100 = 19.00% [1]


Bandar
5742

3831 – 3080 X 100 = 24.38% [1]


Luar bandar
3080

jalan kira/formula = 1m
jawapan = 2m

catatan : tidak ada unit, tolak 1M

SKEMA MODUL 1 , STPM 2019 – 944/3/S3 SULIT*

Anda mungkin juga menyukai