Anda di halaman 1dari 18

SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL

SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
944/2 2017
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
MAKROEKONOMI
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
KERTAS 2
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
( Dua jam )
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL
SEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOLSEGAMATHIGHSCHOOL

SMK TINGGI SEGAMAT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 2

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A . Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan . Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan
yang baharu

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak

© Hakcipta SMK Tinggi Segamat 2017

STPM 944/2 (Lihat sebelah)


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Bahagian A : Jawap semua 20 soalan objektif ( 20 markah )

1. Apakah dasar belanjawan yang sesuai dijalankan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi?
A. Menambah cukai sahaja
B. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan cukai
C. Mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan
D. Menambahkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

2. Keluaran Dalam Negeri Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar disebabkan
A. bayaran pindahan positif
B. cukai tak langsung melebihi subsidi
C. bayaran faktor bersih luar negeri positif
D. bayaran faktor bersih luar negeri negatif

3. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.


Butiran RM juta
Perbelanjaan isi rumah 31874
Penggunaan awam 8 700
Pelaburan kasar swasta 5 400
Pelaburan kasar awam 6 875
Perubahan inventori – 763
Eksport 36 472
Import 25 300
Pendapatan faktor bersih asing – 6 745
Susut nilai 4 316
Cukai tak langsung 5 374
Subsidi 1 000
Berapakah nilai pendapatan negara bagi ekonomi di atas?
A. RM 43 449 juta B. RM 52 139 juta C.RM 47 823 juta D. RM 58 884 juta

4. Peningkatan pendapatan per kapita akan menunjukkan peningkatan taraf hidup sekiranya
A. harga barang tidak berubah
B. bilangan penduduk bertambah
C. kadar pengangguran meningkat
D. agihan pendapatan tidak seimbang

5. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran Negara
Kasar pada kos faktor apabila
A. cukai lebih kecil daripada subsidi
B. susut nilai lebih besar daripada subsidi
C. pendapatan faktor bersih luar negeri negatif
D. subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung

6. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menerangkan konsep Keluaran Negara Kasar?
A. Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan
B. Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun
C. Jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun
D. Jumlah nilai pasaran barang perantaraan dan barang akhir serta perkhidmatan yang dihasilkan
dalam setahun

2
7. Dalam ekonomi dua sektor keseimbangan pendapatan negara berlaku apabila
A pelaburan sama dengan tabungan
B penawaran agregat sama dengan pelaburan
C tabungan sama dengan perbelanjaan agregat
D. perbelanjaan penggunaan sama dengan pelaburan

8. Dalam sebuah ekonomi tiga sektor, fungsi tabungan (S)ialah -200+0.2Yd, pelaburan(I) ialah RM200
juta, perbelanjaan kerajaan (G) ialah RM300 juta dan jumlah cukai (T) ialah RM100 juta. Tingkat
keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tersebut ialah
A. RM1250 juta B. RM 1625 juta C RM1675 juta D. RM 3100 juta

9. Jika keluk permintaan agregat adalah tetap, pengurangan penawaran agregat akan menyebabkan
A tingkat harga meningkat dan pendapatan negara benar meningkat
B tingkat harga meningkat dan pendapatan negara benar jatuh
C tingkat harga jatuh dan pendapatan negara benar meningkat
D tingkat harga jatuh dan pendapatan negara benar jatuh

10. Dalam ekonomi terbuka, komponen perbelanjaan agregat diberikan sebagai


C = 50 + 0.6Y, I = 150 G = 150 X = 200 M = 100 + 0.1Y
Dengan C = perbelanjaan penggunaan, I = pelaburan, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport, M =
import, dan Y = pendapatan negara. Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A. RM900 juta RM 1125 juta C RM1300 juta D.RM 1500 juta

11. Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM 5500 juta dan
kerajaan membuat keputusan untuk menambahkan perbelanjaanya sebanyak RM1500
juta .Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru jika kecenderungan
menabung sut dalam ekonomi tersebut ialah 0.4 ?.
A RM 3750 juta B. RM 5500 juta C RM 7000 juta D. RM 9250

12.Jadual dibawah menunjukkan bekalan wang dalam sesebuah negara.


Bekalan wang RM juta
Mata wang 9174
Deposit semasa 12075
Separa wang 47276
Deposit sektor swasta dgn syt kewangan, bank saudagar dan syt 22557
diskaun
Berapakah bekalan wang M2 pada tahun tersebut?
A. RM21 249 juta C RM68 525 juta
B. RM56 450 juta D RM91 082 juta

13.Yang berikut ialah kunci kira-kira sebuah bank perdagangan


Kunci kira-kira
Aset RM Liabiliti RM
Tunai 500 Deposit pelanggan 600
Pelaburan dan pinjaman 100
600 600

Jika nisbah cadangan mudah tunai minimum ialah 30% (dengan andaian bahawa tiada tunai
dikeluarkan daripada bank tersebut), berapakah tambahan kredit yang boleh diberikan oleh bank itu?
A. RM280.00 B RM320.00 C.RM400.00 D RM520.00

3
14.Mengikut analisis Keynes , kesan pertambahan permintaan wang akan menyebabkan
A. kadar bunga menurun,pelaburan bertambah, permintaan agregat meningkat dan pendapatan
meningkat.
B. kadar bunga menurun, pelaburan bertambah, permintaan agregat menurun dan pendapatan
negara menurun.
C.kadar bunga meningkat, pelaburan berkurang, permintaan agregat menurun dan pendapatan
negara menurun.
D.kadar bunga meningkat, pelaburan bertambah , permintaan agregat meningkat dan pendapatan
negara meningkat

15.M , P , T dan V masing – masing ialah penawaran wang, tingkat harga umum, jumlah urus niaga,
dan halaju pusingan wang. Sekiranya M = RM500 bilion, P = RM5.00 dan T = RM200 bilion,
berapakah nilai V?
A. 1.6 B. 2.0 C 2.5 D. 3.0

16.Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi
pasaran kain dalam negeri di Malaysia.
Harga (RM)
D S

10.00

5.00
S D
Kuantiti (meter)
0
900 1400 2500 3100
Jika harga kain di pasaran dunia ialah RM5 semeter dan tarif yg dikenakan oleh kerajaan
Malaysia ialah 100%, maka
A. import berkurang daripada 2500 meter kepada 1400 meter
B. penggunaan dalam negeri berkurang daripada 3100 meter kepada 900 meter
C. pengeluaran dalam negeri meningkat daripada 2500 meter kepada 3100 meter
D. pengeluaran dalam negeri meningkat sebanyak 500 meter dan import berkurang sebanyak
1100 meter

17.Jadual dibawah menunjukkan pengeluaran mangga dan durian di Malaysia dan di Thailand
Negara Malaysia (kg) Thailand(kg)
Keluaran
Mangga 1000 300
Durian 200 1200
Kos lepas bagi 1 kilogram durian di Malaysia dan di Thailand masing-masing ialah
Malaysia Thailand
A. 1/5 6
B. 2 12
C. 10/3 1/6
D. 5 1/4

4
18. Apabila mata wang sesebuah negara “terkurang nilai” maka
A. import akan melebihi eksport
B. eksport akan melebihi import
C. guna tenaga di Negara tersebut meningkat
D kuasa mata wang di pasaran antarabangsa rendah

19. Yang manakah yang bukan alasan perlunya perdagangan antarabangsa?


A. Perbezaan faktor anugerah alam
B. Perbezaan kemajuan teknologi
C. Perbezaan iklim dan cuaca
D Perbezaan saiz penduduk

20.Jika pengangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak, maka kerajaan perlu
mengambil langkah yang berikut kecuali
A. mengurangkan subsidi eksport
B. meningkatkan subsidi eksport
C. menaikkan cukai import
D. menambahkan pinjaman kepada industri penggantian import.

5
Bahagian B : ( 40 Markah )
Jawab 4 soalan sahaja .

21.Terangkan mengapa sesebuah negara ingin mencapai matlamat dasar


makroekonomi yang berikut
a) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ( 3m)
b) Kestabilan tingkat harga umum ( 4m)
c) Imbangan pembayaran yang memuaskan ( 3m)

22a.Terangkan tiga alasan mengapa negara menghitung pendapatan negara .(6m)


b.Terangkan dua sebab mengapa nilai pendapatan negara yang dihitung dalam
sesuatu tahun kurang tepat. ( 4m)

23a.Terangkan maksud nilai ditambah. Dengan contoh berangka terangkan


bagaimana nilai ditambah dihitung. ( 8m)
b. Terangkan bagaimana masalah pengiraan dua kali dapat diatasi melalui
kaedah nilai ditambah ( 2m)

24a.Terangkan bagaimana proses pengganda berlaku dalam ekonomi dua sektor


( 6m)
b.Dengan bantuan rajah bocoran=suntikan , terangkan kesan kenaikkan eksport
melebihi import terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
empat sektor.(4m)

25a.Terangkan teori kuantiti wang Fisher ( 4m)


b.Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi penciptaan kredit bank perdagangan
( 6m)

26a.Terangkan tiga kebaikan perdagangan antarabangsa. ( 6m)


b.Terangkan dua jenis sekatan berikut
i. Sekatan tarif ii. Sekatan bukan tariff ( 4m)

6
Bahagian C : ( 20 markah ) Jawab dua soalan sahaja
28.Jadual di bawah menunjukkan data KDNK pada harga pasaran mengikut kaedah keluaran
bagi Malaysia pada tahun 2009 dan 2010 (Tahun 2000 ialah tahun asas )
Butiran Tahun 2009 ( RM juta ) Tahun 2010 ( RMjuta)
Pertanian,perhutanan dan perikanan 40 083 40 916
Perlombongan dan kuari 39 209 39 270
Pembuatan 138 784 154 640
Pembinaan 17 329 18 220
Perkhidmatan 302 045 322 611
Cukai import 6 449 7 068
Jumlah tenaga buruh ( juta orang ) 12.1 12.4
Jumlah guna tenaga ( juta orang ) 11.6 11.9
Jumlah penduduk ( juta orang ) 27.9 28.3

a.Hitung KDNK pada harga pasaran bagi tahun 2009 dan 2010. ( 2m)

b.Hitung peratus sumbangan sektor kedua kepada KDNK pada harga pasaran bagi tahun
2009 dan 2010 serta terangkan arah alirannya. ( 3m)

c.Hitung kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 ( 2m)

d.Hitung KDNK perkapita pada tahun 2009 dan 2010 serta kesannya terhadap taraf hidup
(3m)

29.Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran di Malaysia pada tahun 2011.
Butir Tahun 2011 ( RM juta )
Eksport barangan 696 614
Import barangan 548 543
Pengangkutan -25 792
Perjalanan 27 033
Perkhidmatan lain -8 728
Urus niaga kerajaan - 527
Pendapatan -21971
Pindahan semasa -20979
Pindahan modal - 74
Aset bukan kewangan bukan pengeluaran -119
Pelaburan langsung -10 072
Pelaburan portfolio 25 798
Derivatif kewangan -76
Pelaburan lain 6 604
Kesilapan dan ketinggalan -24 487

i.Apakah maksud pelaburan langsung dan pelaburan portfolio dalam imbangan pembayaran
( 2m)

ii.Hitung
a. imbangan akaun perkhidmatan ( 2m ) b. imbangan akaun semasa ( 2m )
c. imbangan pembayaran ( 2m )

iii.Terangkan imbangan pembayaran yang diperolehi dalam jawapan di atas ke atas


a. aset rizab ( 1m) b. kadar pertukaran asing (1m)

7
30.Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing dan haluan perdagangan antara
Malaysia dengan Kesatuan Eropah dan Thailand dari tahun 2007 hingga tahun 2009 .

Malaysia – Kesatuan Eropah Malaysia – Thailand


Tahun RM / € Eksport Import RM / TB Eksport Import
1 (RM juta ) ( RM juta ) 100 ( RM juta) (RM juta)

2007 4.8756 77 708 59 428 9.8159 29 576 26 977


2008 4.8759 74 805 61 611 9.9398 31 625 29 152
2009 4.9191 59 968 50 761 10.2714 29 853 26 308

a.Jelaskan kedudukan nilai RM berbanding dengan mata wang Euro dan Baht dari tahun
2007hingga tahun 2009 ( 2m)

b.Berdasarkan jawapan pada ( a) , jelaskan secara teori kesan yang mungkin berlaku ke atas
eksport bersih antara Malaysia dengan Kesatuan Eropah dan Thailand ( 2m)

c.Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Kesatuan Eropah dan Malaysia ke Thailand pada
tahun 2008 dan tahun 2009 . ( 2m)

d.Berdasarkan jawapan pada ( b) dan ( c) , adakah perubahan nilai RM selaras dengan


perubahan eksport bersih secara teori ?. Jelaskan ( 2m)

e.Hitung kadar pertukaran seunit Euro berbanding dengan Baht pada tahun 2009 ( 2m)

Disediakan oleh, Disemak oleh , Disahkan oleh ,

…………………….. …………………….. …………………………


(Ramesh Krishnan ) ( Ramesh Krishnan ) (Mansor Bin Mohd Ali )
Guru Mata Pelajaran Ekonomi Ketua Panitia Ekonomi Penolong Kanan Tingkatan 6
Sekolah Tinggi Segamat Sekolah Tinggi Segamat Sekolah Tinggi Segamat

8
Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan Makroekonomi Tahun 2017
Soalan Objektif
1C 2.D 3.C 4.A 5.D
6.C 7.A 8.D 9.B 10.A
11.D 12.C 13.B 14.C 15.B
16.D 17.D 18.B 19.D 20.A
Soalan Esei
21.Terangkan mengapa sesebuah negara ingin mencapai matlamat dasar
makroekonomi yang berikut
a.Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ( 3m)
-meningkatkan taraf hidup – meningkatkan pendapatan perkapita ( 1m)
-mewujudkan peluang kerja dan mengurangkan pengangguran (1m)
-menarik minat lebih ramai pelabur tempatan dan luar negara melakukan
pelaburan dalam ekonomi ( 1m)
-mengatasi masalah kemiskinan melalui peningkatan pendapatan (1m)

b.Kestabilan tingkat harga umum ( 4m)


-hendak mengekalkan kuasa beli dan kos sara hidup rakyat ( 1m)
-hendak meningkatkan pertumbuhan ekonomi kerana AE meningkat (1m)
-hendak menggalakan perkembangan pelaburan ( 1m)
-hendak mengekalkan kestabilan nilai aset kewangan (1m)
-menggalakkan perkembangan tabungan ( 1m)
-menggalakkan eksport dan mengurangkan import. (1m)

c. Imbangan pembayaran yang memuaskan ( 3m)


-hendak meningkatkan rizab mata wang asing ( 1m)
-meningkatkan kemampuan membayar import negara. (1m)
-hendak mengukuhkan nilai mata wang tempatan. ( 1m)

22a.Terangkan tiga alasan mengapa negara menghitung pendapatan negara .(6m)


i.Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi ( 0.5m) – Data sesuai untuk ukur pertumbuhan ekonomi
adalah KDNK benar. Formula kadar pertumbuhan ekonomi adalah
Kadar pertumbuhan ekonomi tahun T = KDNK benar T – KDNK benar T-1 x 100
KDNK benar T-1
Jika nilainya positif maka dapat dirumuskan berlaku pertumbuhan ekonomi atau pertambahan
dalam output negara berbanding tahun sebelum. ( 1.5m)

ii.Mengukur taraf hidup rakyat (0.5m) – Data sesuai untuk ukur taraf hidup rakyat adalah KDNK
perkapita benar. Formula mengukur taraf hidup rakyat adalah
KDNK perkapita benar T = KDNK benar T
Jumlah Penduduk
Jika KDNK perkapita benar meningkat berbanding tahun sebelum maka dapat dirumuskan taraf
hidup rakyat telah meningkat ( 1.5m)

iii.Mengukur sumbangan pelbagai sektor ekonomi ( 0.5m) – Sumbangan setiap sektor ekonomi
misalnya sektor utama, kedua dan ketiga dapat ditentukan bagi sesuatu tahun berdasarkan nilai
pendapatan yang dihasilkan oleh sesuatu sektor kepada KDNK harga pasaran.
Misalnya
% sumbangan sektor utama = Nilai Keluaran Sektor Utama X 100
KDNK harga pasaran
Ini membantu kerajaan mengenalpasti sumbangan setiap kegiatan atau sektor ekonomi negara
( 1.5m)

9
iv.Membuat perancangan ekonomi ( 0.5m) – Data pendapatan negara setiap tahun memberi
maklumat penting kepada kerajaan untuk merancang perkembangan ekonomi negara untuk
masa depan. Jika sumbangan sesuatu sektor ekonomi berkurangan secara ketara maka
tumpuan dan usaha yang lebih boleh diberikan kepada sector berkenaan untuk diperbaiki. Ini
secara tidak langsung dapat membantu penduduk yang terlibat dengan kegiatan ekonomi
berkenaan. Kerajaan dapat memastikan semua sektor ekonomi dalam negara berkembang .

v.Mengetahui perubahan struktur ekonomi ( 0.5m) – prestasi sektor ekonomi beberapa tahun
memberi maklumat tentang perubahan struktur ekonomi negara. Misalnya sumbangan sektor
perkhidmatan negara yang semakin meningkat pada masa kini menunjukkan ekonomi Negara
telah berubah dari sektor pertanian tahun 1960an kepada sektor perkilangan dan seterusnya
kepada sektor perkhidmatan ( 1.5m)
Mana-mana 3 isi

b. Terangkan dua sebab mengapa nilai pendapatan negara yang dihitung dalam sesuatu tahun
kurang tepat. ( 4m)

i.berlaku masalah pengiraan dua kali ( 0.5m) – sukar membezakan barang perantaraan
dan barang akhir – misalnya tepung gandum bila dibeli oleh isi rumah maka ia
merupakan barang akhir tetapi jika dibeli oleh pengilang kek maka ia merupakan
barang perantaraan. Ini menyebabkan nilai pendapatan kurang tepat. ( 1.5m)

ii.Keluaran produktif tetapi tidak dipasarkan (0.5m) – sukar untuk menentukan semua
keluaran produktif dipasarkan . Berlaku keadaan dimana hasil keluaran adakalanya
digunakan sendiri oleh pengeluar. Ini menyebabkan nilai pendapatan negara yang
diperolehi lebih rendah daripada nilai yang sebenarnya.(1.5m)

iii. Kegiatan produktif tetapi haram ( 0.5m) – ada kegiatan ekonomi yang produktif tetapi
tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara kerana menyalahi undang-
undang negara. Misalnya keluaran ganja ,todi ataupun pembalakan haram ( 1.5m)

iv.Kegiatan produktif tetapi tidak dibayar dengan wang. (0.5m) – Ada kegiatan yang
produktif misalnya kerja yang dilakukan oleh suri rumah ataupun kegiatan gotong
royong yang dilakukan oleh masyarakat tidak dibayar dengan wang . Maka nilai
pendapatan negara yang dihitung menjadi kurang tepat. ( 1.5)

v.Berlaku masalah pengumpulan data. ( 0.5m) – maklumat kegiatan ekonomi dan


pendapatan yang diperolehi oleh faktor pengeluaran tidak dinyatakan dengan tepat
Ini untuk mengelakkan daripada membayar cukai . Misalnya hasil pendapatan yang
diperolehi oleh peniaga-peniaga misalnya peniaga pasar malam tidak dinyatakan dengan
tepat untuk elakkan pembayaran cukai pendapatan. Ini menyebabkan nilai pendapatan
negara yang dihitung menjadi kurang tepat.

vi.Masalah menentukan harga barang ( 0.5m) – harga barang berbeza mengikut kawasan
dan masa . Sukar untuk menentukan mana satu harga yang sepatutunya digunakan. Ini
boleh menyebabkan nilai pendapatan negara yang diperolehi kurang tepat. (1.5m)

vii. Masalah menganggarkan susut nilai ( 0.5m) – susutnilai yang dihitung adalah satu
anggaran sahaja dan ia bergantung kepada kaedah penganggaran susut nilai yang
digunakan oleh syarikat. ( 1.5m)
Mana –mana 2 isi .

10
23a.Terangkan maksud nilai ditambah. Dengan contoh berangka terangkan
bagaimana nilai ditambah dihitung. ( 8m)
Nilai ditambah bermaksud pertambahan nilai output atau keluaran selepas melalui proses
pengeluaran ( 1m) Formula nilai ditambah = Nilai Jualan – Nilai Belian / Contoh ( 1m)
Proses Pengeluaran Nilai Keluaran Nilai Ditambah
Bil ( RM ) ( RM )
1 Kayu balak 100 100
2 Papan 200 100
3 Meja 300 100
4 Jualan runcit meja 400 100
Jumlah nilai ditambah 400
Huraian jadual – tiga peringkat ( 2m) Jadual ( 2m)
Nilai ditambah dalam proses menghasilkan kayu balak daripada pokok balak adalah sebanyak
RM 100 ( RM100 – RM 0 ).
Nilai ditambah dalam proses menghasilkan papan daripada kayu balak adalah sebanyak RM 100
( RM200 – RM 100 ).
Nilai ditambah dalam proses menghasilkan meja daripada papan adalah sebanyak RM 100
( RM100 – RM 0 ).
Dengan menjumlahkan nilai ditambah semua peringkat proses pengeluaran maka jumlah nilai
keluaran dapat diperolehi iaitu sebanyak RM400 .( 1m) Nilai ini bersamaan dengan nilai barang
akhir iaitu jualan runcit meja sebanyak RM 400.(1m)

b. Terangkan bagaimana masalah pengiraan dua kali dapat diatasi melalui


kaedah nilai ditambah ( 2m)
Kaedah nilai ditambah dapat mengatasi masalah pengiraan dua kali. Berdasarkan jadual
di atas jika nilai keluaran dihitung maka jumlah nilai keluaran adalah RM 1000
sedangkan jika kaedah nilai ditambah digunakan maka nilai keluaran adalah RM 400
sahaja. Masalah ini berlaku kerana sukar untuk membezakan barang perantaraan dengan
barang akhir.

24a.Terangkan bagaimana proses pengganda berlaku dalam ekonomi dua sektor ( 6m)
Pengganda merujuk kepada nisbah antara perubahan pendapatan negara yang berlaku akibat
perubahan perbelajaan agregat.( 1m) *
Formula pengganda dua sektor = K = Perubahan Y atau 1 atau 1 ___
Petubahan AE 1-MPC 1 – MPS ( 1m)
Contoh ( 1m ) Pertambahan pelaburan I = RM 100 MPC = 0.6 *

Tahap pengganda Perubahan Pendapatan Perubahan Penggunaan Perubahan Tabungan


1 100 60 40
2 60 36 24
3 36 21.6 14.4
Lain-lain tahap 54 32.4 21.6
Jumlah 250 150 100
( 2m ) *
+ pelaburan RM100 meningkatkan Y negara sebanyak RM 100 . + Y negara RM100 meningkat C
sebanyak RM 60 ( 0.6 x 100 ) dan tabungan RM 40 ( 0.4 x 100 )
+C sebanyak RM 60 meningkat Y negara RM60. + Y negara RM60 meningkat C sebanyak RM 36
dan tabungan RM 21.60 ( huraian 2 tahap - 1m) * ( huraian 3 tahap – 3m)
Keseimpulan : Tambahan I sebanyak RM 100 meningkat Y negara sebanyak RM 500 . Ini
menandakan nilai pengganda dalam ekonomi adalah 2.5 ( 1m) *

11
atau melalui rajah

AE
Y=AE

G H AE1 =C+ I 1
D
B C F

Perubahan I
AE= C+I
E

( rajah 2m)
Y Y1 Y2 Y3 YN

Keseimbangan asal dicapai pada titik E dimana Y = C+I dan keseimbangan pendapatan adalah 0Y
+ I meningkat keluk AE kepada AE1 = C+I1.
Pada pendapatan OY berlaku lebihan perbelanjaan AE sebesar BE dan berlaku kekurangan stok
dan mendorong firma meningkatkan keluaran sebesar BC dan pendapatan Negara meningkat
kepada OY1
Pada pendapatan OY1 berlaku lebihan perbelanjaan AE sebesar CD dan berlaku kekurangan stok
dan mendorong firma meningkatkan keluaran sebesar DF dan pendapatan Negara meningkat
kepada OY2 ( 1M) (huraian 3 peringkat – 2m)
Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan perbelanjaan agregat dan keseimbangan baru dicapai
pada titik H di mana Y = AE1 = C+I1 dan keseimbangan Y adalah OY3

Kesimpulan : Pertambahan I meningkatkan Y dari OY kpd OY3 . Peningkatan I pada peringkat awal
akan meningkatkan Y dengan jumlah yang lebih besar berbanding peringkat seterusnya kerana
kesan pengganda lebih besar pada peringkat awal berbanding seterusnya. ( 1m)

Maksud 1m , rajah 2m , huraian 2 m dan kesimpulan 1m

12
b. Dengan bantuan rajah bocoran=suntikan , terangkan kesan kenaikkan eksport melebihi import
terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi empat sektor.(4m)

Bacoran = Suntikan S+T+M1


S+T+M
E1
I+G+X1

E I+G+X

Y Y1 YN

(1M)

+ X menyebabkan keluk I+G+X beralih ke I+G+X1 dan + M menyebabkan keluk


S+T+M beralik ke S+T+M1 ( 1M)
Peralihan keluk suntikan lebih besar dari peralihan keluk bocoran kerana kenaikan
X melebihi M ( 1M)
Keseimbangan baru dicapai pada E1 dimana S+T+M1 = I+G+X1 dan
keseimbangan pendapatan dicapai pada OY1 ( 1M )

25a.Terangkan teori kuantiti wang Fisher ( 4m)


TKW menunjukkan hubungan antara penawaran wang dengan tingkat harga umum melalui
persamaan MV=PT ( 1m) dimana M = bekalan wang, V =halaju edaran wang , P =tingkat harga
umum dan T = jumlah urusniaga ( 1m)
Andaian V dan T adalah tetap ( ekonomi capai guna tenaga penuh )( 1m)
Bila M naik maka P naik dengan kadar yang sama . ( 1m)

b.Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi penciptaan kredit bank perdagangan( 6m)
1.Keperluan cagaran bank ( 0.5m) – kurangkan pinjaman dan tiada deposit dari
pinjaman baru maka pk berkurangan ( 1.5m)
2.Kurang minat meminjam (0.5m) – semasa kemelesetan eko kurang permohonan
untuk pinjaman misalnya untuk pelaburan . Maka tiada deposit dari pinjaman baru
maka pk berkurangan.(1.5m)
3.Penggunaan kad kredit ( 0.5m) – kurang deposit tunai dan cek maka kurangkan
pinjaman bp dan kurangkan pk bank perdagangan. (1.5m)
4.Pemegangan rizab tunai berlebihan bp( 0.5m) – demi keselamatan dan menjaga
keteguhan kecairan bp. Kurangan pinjaman diberikan maka pk berkurangan ( 1.5m)
5.Kebocoran wang tunai (0.5m) – urusniaga guna wang tunai dan bukanya cek –
maka jumlah deposit bp berkurangan – pinjaman turun – pk turun. ( 1.5m)

13
26a.Terangkan tiga kebaikan perdagangan antarabangsa. ( 6m)
i.Meluaskan pasaran keluaran tempatan ( 0.5m) - keluaran boleh ditingkatkan dan menikmati
ekonomi bidangan – kos purata lebih rendah dan barang dijual dengan harga lebih rendah(1.5m)

ii.Meningkatkan tingkat kebajikan rakyat ( 0.5m) – PAB membolehkan barang yang tidak
dikeluarkan dalam negara dapat menikmatinya. Pilihan penggunaan barang yang lebih banyak
dapat meningkat kebajikan rakyat kerana kepuasan mereka meningkat (1.5m)

iii.Meningkatkan kecekapan pengeluaran ( 0.5m) – Pengkhususan keluaran melalui faedah mutlak


dan faedah berbanding akan meningkatkan kecekapan pengeluaran dan secara langsung
meningkatkan jumlah keluaran dan pendapatan negara. Selain itu , ia juga dapat meningkatkan
kualiti keluaran yang dihasilkan ( 1.5m)

iv.Penggunaan teknologi moden yang diimport ( 0.5m) – PAB membolehkan negara-negara


membangun dan membangun meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran dengan mengimport
teknologi moden dari negara maju . Ini membolehkan negara mundur dan membangun
berkembang seiring dengan negara maju.

( Isi – 0.5m Huraian yang sesuai – 1.5m)

b.Terangkan dua jenis sekatan berikut


i. Sekatan tarif ii. Sekatan bukan tariff ( 4m)

i.Sekatan tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import.(0.5m) Tarif akan
menaikkan harga barang import(0.5m) Permintaan barang import berkurangan (0.5m)
dan permintaan barang tempatan meningkat ( 0.5)

ii.Sekatan bukan tarif meliputi sekatan seperti kuota, kawalan pertukaran asing,embargo
dan subsidi eksport.(1m)

Kuota merujuk kepada kuantiti maksimum barang yang boleh diimport dalam
sesuatu tempoh masa tertentu. ( 1m) atau

Embargo ialah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk menghalang
kemasukan barang import dari negara tetentu atas faktor politik dan keselamatan.(1m)
atau
Subsidi eksport ialah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar
tempatan yang terlibat dalam kegiatan eksport. ( 1m) atau

Kawalan pertukaran asing ialah tindakan kerajaan melalui bank pusat menghadkan
penjualan mata wang asing kepada pengimport tempatan .(1m)

14
28.Jadual di bawah menunjukkan data KDNK pada harga pasaran mengikut kaedah keluaran
bagi Malaysia pada tahun 2009 dan 2010 (Tahun 2000 ialah tahun asas )
Butiran Tahun 2009 ( RM juta ) Tahun 2010 ( RMjuta)
Pertanian,perhutanan dan perikanan 40 083 40 916
Perlombongan dan kuari 39 209 39 270
Pembuatan 138 784 154 640
Pembinaan 17 329 18 220
Perkhidmatan 302 045 322 611
Cukai import 6 449 7 068
Jumlah tenaga buruh ( juta orang ) 12.1 12.4
Jumlah guna tenaga ( juta orang ) 11.6 11.9
Jumlah penduduk ( juta orang ) 27.9 28.3

a.Hitung KDNK pada harga pasaran bagi tahun 2009 dan 2010. ( 2m)

Butiran Tahun 2009 ( RM juta ) Tahun 2010 ( RMjuta)


Pertanian,perhutanan dan perikanan 40 083 40 916
Perlombongan dan kuari 39 209 39 270
Pembuatan 138 784 154 640
Pembinaan 17 329 18 220
Perkhidmatan 302 045 322 611
Cukai import 6 449 7 068
KDNK harga pasaran 543 899 582 725
( 1m) (1m)

b.Hitung peratus sumbangan sektor kedua kepada KDNK pada harga pasaran bagi tahun
2009 dan 2010 serta terangkan arah alirannya. ( 3m)

2009 2010
138784+17329 x100 ( 0.5m)
% sumbangan sektor kedua 543899 29.66% ( 0.5m)

= 28.70 % ( 0.5m) ( dua jawapan betul 1.5m)


Peratus sumbangan sektor kedua menunjukkan peningkatan dari 28.70% tahun 2009
kepada 29.66 % tahun 2010. ( 1m)

c.Hitung kadar pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 ( 2m)


Kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2010 = KDNK 2010 – KDNK 2009 X 100 ( 0.5m)
KDNK 2009
= 582725 – 543899 X 100 ( 0.5m)
543899
= 7.14 % ( 1m)

d. Hitung KDNK perkapita pada tahun 2009 dan 2010 serta kesannya terhadap taraf hidup
(3m)
2009 2010
RM543899juta (0.5m) RM 20590.99 (0.5m)
KDNK perkapita 27.9 juta =RM 19494.59(0.5m) (dua jawapan betul –( 1.5m)
Taraf hidup dikatakan meningkat kerana KDNK perkapita meningkat dengan andaian faktor
lain tidak berubah. (1m)

15
29.Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran di Malaysia pada tahun 2011.
Butir Tahun 2011 ( RM juta )
Eksport barangan 696 614
Import barangan 548 543
Pengangkutan -25 792
Perjalanan 27 033
Perkhidmatan lain -8 728
Urus niaga kerajaan - 527
Pendapatan -21971
Pindahan semasa -20979
Pindahan modal - 74
Aset bukan kewangan bukan pengeluaran -119
Pelaburan langsung -10 072
Pelaburan portfolio 25 798
Derivatif kewangan -76
Pelaburan lain 6 604
Kesilapan dan ketinggalan -24 487
i.Apakah maksud pelaburan langsung dan pelaburan portfolio dalam imbangan pembayaran

ii.a)Imbangan akaun perkhidmatan


Butir Tahun 2011 ( RM juta )
Pengangkutan -25 792
Perjalanan 27 033
Perkhidmatan lain -8 728
Urus niaga kerajaan - 527
Imbangan akaun perkhidmatan -8014
b.Imbangan akaun semasa (2m)
Butir Tahun 2011 ( RM juta )
Eksport barangan 696 614
Import barangan 548 543
Pengangkutan -25 792
Perjalanan 27 033
Perkhidmatan lain -8 728
Urus niaga kerajaan - 527
Pendapatan -21971
Pindahan semasa -20979
Imbangan akaun semasa 97107

16
c.Imbangan akaun pembayaran ( 2m)

Imbangan akaun semasa 97107


Pindahan modal -74
Aset bukan kewangan bukan pengeluaran -119
Pelaburan langsung -10 072
Pelaburan portfolio 25 798
Derivatif kewangan -76
Pelaburan lain 6 604
Kesilapan dan ketinggalan -24 487
Imbangan Pembayaran 94681

iii.Terangkan imbangan pembayaran yang diperolehi dalam jawapan di atas ke atas


a. aset rizab ( 1m) b. kadar pertukaran asing (1m)
a.Aset rizab di bank pusat akan meningkat (1m)
b.Kadar pertukaran asing menurun ( Nilai RM naik / Nilai mata wang asing turun (1m)

30.Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing dan haluan perdagangan antara
Malaysia dengan Kesatuan Eropah dan Thailand dari tahun 2007 hingga tahun 2009 .

Malaysia – Kesatuan Eropah Malaysia – Thailand


Tahun RM / € 1 Eksport Import RM / TB Eksport Import
(RM juta ) ( RM juta ) 100 ( RM juta) (RM juta)

2007 4.8756 77 708 59 428 9.8159 29 576 26 977


2008 4.8759 74 805 61 611 9.9398 31 625 29 152
2009 4.9191 59 968 50 761 10.2714 29 853 27 308

a.Jelaskan kedudukan nilai RM berbanding dengan mata wang Euro dan Baht dari tahun
2008 hingga tahun 2009 ( 2m)
- Nilai RM turun berbanding Euro(0.5m) kerana lebih banyak RM diperlukan untuk
mendapatkan 1€ Euro yang sama ( 0.5m)
- Nilai RM turun berbanding Baht (0.5m) kerana lebih banyak RM diperlukan untuk
mendapatkan TB100 yang sama.(0.5m)

b.Berdasarkan jawapan pada ( a) , jelaskan secara teori kesan yang mungkin berlaku ke atas
eksport bersih antara Malaysia dengan Kesatuan Eropah dan Thailand ( 2m)
Eksport bersih Malaysia dengan Kesatuan Eropah dan Thailand seharusnya bertambah baik
( 1m)kerana eksport negara seharusnya meningkat dan import negara merosot.(1m)

c.Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Kesatuan Eropah dan Malaysia ke Thailand pada
tahun 2008 dan tahun 2009 . ( 2m)
Tahun Eksport bersih Malaysia dengan Eksport bersih Malaysia dengan
Kesatuan Eropah Thailand
2008 Eksport bersih = 74805- 61611 Eksport bersih = RM 2473 juta (0.5m)
= RM13194 juta(0.5m)

2009 =RM9207 juta (0.5m) =RM2545 juta (0.5m)

17
d.Berdasarkan jawapan pada ( b) dan ( c) , adakah perubahan nilai RM selaras dengan
perubahan eksport bersih secara teori ?. Jelaskan ( 2m)
Tidak . Walaupun eksport bersih adalah positif tetapi nilainya positif semakin berkurangan

e.Hitung kadar pertukaran seunit Euro berbanding dengan Baht pada tahun 2009 ( 2m)

Euro : Bath
4.9191 : 0.102714 (1m )
4.9191 4.9191

1€ : 0.02088 Bath ( 1m)

18

Anda mungkin juga menyukai