Anda di halaman 1dari 17

SULIT *

SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS


SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
946/2 STPM 2018
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
PENGAJIAN PERNIAGAAN
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
KERTAS 2
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
Satu jam empat
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS puluh lima minit
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS
SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTSSMKTSSMKTS SMKTS

SMK TINGGI SETAPAK, KUALA LUMPUR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2


PENGURUSAN

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam bahagian B. Anda boleh menjawab kedua-dua soalan ini
tetapi, hanya satu jawapan pertama akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan jawapan anda pada halaman baharu
helaian jawapan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

……………………………………. ……………………….. ………………………


(Pn Nik Adlina & Pn Siti Mariam

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Huraikan kemahiran pengurusan yang berikut:


i) konseptual [2]
ii) teknikal [2]
iii) pembuatan keputusan [2]

2. Jelaskan perbezaan antara pengurus dengan pemimpin. [6]

Aktiviti Januari Februari Mac April

Rajah 1: Alat Perancangan

3. i) Namakan alat perancangan di Rajah 1. [1]


ii) Berikan tiga kegunaan alat perancangan tersebut. [3]

Encik Abdul telah membuat tawaran untuk menjual keretanya kepada Encik Farid secara
tunai dengan harga RM30 000 walaupun harga pasaran kereta berkenaan ialah RM45 000.
Encik Farid bersetuju dengan tawaran tersebut.

4. Berdasarkan senario tersebut, terangkan dua elemen balasan dalam undang-undang kontrak. [4]

5. Berikan empat perkara yang menyebabkan sesuatu kontrak batal. [4]

6. Lakarkan gambar rajah proses komunikasi. [6]

7. Jelaskan dua halangan komunikasi. [6]

8. Berikan proses pembuatan keputusan yang diambil oleh pengurusan syarikat untuk
meningkatkan prestasi jualan syarikat. [6]

9. Nyatakan empat kebaikan e-dagang kepada perniagaan. [4]

2
10. Maklumat berikut diperoleh daripada Penerbitan HS Sdn. Bhd. bagi bilangan judul buku yang diterbitkan
pada bulan Januari- Jun pada tahun 2017.

Bulan Bilangan Judul Buku


Januari 15
Februari 21
Mac 22
April 25
Mei 25
Jun 6

Hitungkan min, mod dan median bagi judul buku yang diterbitkan
sepanjang Januari hingga Jun 2017. [4]

3
Bahagian B [ 50 markah ]

Jawab semua soalan.

Joel Neoh

11. Joel Neoh Eu adalah salah seorang usahawan, penceramah, dan pelabur yang berjaya di Malaysia. Beliau
merupakan pengasas Groupon Malaysia dan sebagai timbalan presiden bahagian antarangsa bagi Groupon Asia
Pacific. Beliau seorang pemimpin yang berkarisma semasa berkhidmat di Groupon Asia Pacific. Pada tahun 2015
pula, beliau mengasaskan KFit, sebuah platform kecergasan yang menghubungkan pengguna dan perniagaan
kecergasan di bandar-bandar utama di seluruh Asia Pasifik. KFit menawarkan pelbagai kelas dan aktiviti kepada
pengguna dengan pembayaran mudah keahlian bulanan. Beliau sentiasa memikirkan tentang bagaimana untuk
membuat kerja lebih bijak dan juga sentiasa akan mencipta teknik dan produk baharu.

Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Asia Pasifik di Groupon dari tahun 2013 hingga 2015, beliau
bertanggungjawab dalam mewujudkan model perniagaan yang dinamik. Joel Neoh percaya bahawa kepentingan
mewujudkan budaya kerja bertaraf dunia untuk memberi inspirasi kepada pekerja. Beliau mempunyai keupayaan
memberi inspirasi kepada pasukan pekerja supaya sentiasa peka dengan perubahan persekitaran bagi mencapai
matlamat syarikat. Beliau juga mempunyai pandangan yang jelas mengenai apa yang sedang berlaku dalam industri
dan sentiasa berkongsi matlamat yang hendak dituju bersama subordinatnya. Di bawah kepimpinannya, Groupon
Malaysia telah dinamakan “WorldBlu Most Democratic Workplace” pada tahun 2013. Joel juga seringkali
ditemuduga oleh beberapa media seperti The Star, The Sun Daily dan Asia Tatler tentang model perniagaan yang
diaplikasikan. Beliau juga merupakan penceramah dalam forum-forum “The London Speaker Bureau” dan “Asian
Business Angel Forum”. Joel Neoh merupakan ahli lembaga pengarah kepada Monash School of Business dan
AIESEC, sebuah organisasi persatuan pelajar terbesar di dunia. Beliau juga melibatkan diri dalam acara amal yang
diadakan oleh pihak-pihak NGO seperti “Malaysian Aids Foundation Charity Show, Tsunami Charity Event dan The
Force of Nature Aid Foundation”.

Semasa Joel Neoh memimpin syarikat KFit pada tahun 2015, beliau mendapat sokongan daripada beberapa pelabur
seperti 500 Startups, SXE Ventures and Founders Global; Daniel Shin, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiket
Monster Inc .; dan Danny Yeung, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Hong Kong. Dengan itu, KFit sentiasa
mengumpulkan pasukan pengurusan yang berpengalaman dengan kepakaran dalam industri IT dan kecergasan untuk
penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Joel Neoh berpendapat “kita hidup hanyalah sekali”, dengan itu
seseorang itu mestilah sentiasa proaktif dan sentiasa bersedia untuk menerima segala perubahan yang berlaku.

Dipetik dari: https://my.asiatatler.com dan


https://www.thestar.com.my

Berdasarkan kes di atas,

i. Jelaskan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh En Joel Neoh. [8]


ii. Jelaskan peranan pengurus En Joel Neoh. [22]

4
Jawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada soalan 12 atau 13.

12. Jelaskan lima unsur perancangan strategik [20]

13. Jelaskan lima alat membuat keputusan kualitatif [20]


SKEMA PEMARKAHAN

Bahagian A [50 markah]

11. Huraikan kemahiran pengurusan yang berikut:


iv) konseptual ii) teknikal iii) pembuatan keputusan [6]

i) Kemahiran Konseptual
1. Kemahiran konseptual melibatkan kemampuan pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhan. [1]
2. Kemahiran konseptual ialah keupayaan berfikir secara abstrak, mengenal pasti dan menganalisis masalah organisasi
serta hubung kait antara bahagian dalam sesebuah organisasi dalam pelbagai situasi. [1]
3. Kemahiran ini memerlukan seseorang pengurus itu memandang jauh ke hadapan. [1]
4. Contohnya, membentuk misi organisasi berdasarkan daya kreativiti, inovasi, dan inisiatif. [1]
ii) Kemahiran Teknikal
1 Kemahiran teknikal merujuk kepada kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur, dan teknik dalam bidang
masing-masing. [1]
2 Contohnya, pengurus kewangan perlu mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan, pengurus pemasaran
mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, pengurus operasi mempunyai kemahiran dalam bidang operasi. [1]
3 Kemahiran teknikal melibatkan ilmu pengetahuan yang khusus, kebolehan analisis dalam bidang tertentu, serta
kemahiran menggunakan alat dan teknik dalam bidang pengkhususan berkenaan. [1]
4 Kemahiran teknikal penting bagi seseorang pengurus untuk memberikan tunjuk ajar kepada pekerja-pekerjanya untuk
menggunakan peralatan atau mesin dengan cara yang betul. [1]
5 Kemahiran teknikal boleh diperoleh daripada latihan dan pendidikan. [1]
iii) Kemahiran Pembuatan Keputusan
1. Kemahiran membuat keputusan merujuk kepada kebolehan untuk menentukan sesuatu perkara secara cekap dengan
mengambil kira pelbagai faktor dalaman dan luaran organisasi.[1]
2 Kemahiran membuat keputusan penting kerana keputusan yang silap atau tidak cekap akan mendatangkan kesan yang
buruk kepada organisasi.[1]
1 Mengenal pasti masalah dan kaedah penyelesaian.[1]
2 Membuat keputusan berhubung dengan perancangan strategik organisasi.[1]
3 Contoh: Pengurus pembelian membuat keputusan dalam prose pembelian mesin yang baharu bagi meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan kualiti produk, pengurus memilih untuk mengurangkan bilangan kakitangan atau
menghentikan perkhidmatannya dalam mengatasi kemerosotan ekonomi yang dihadapi. [1]
[2H x 3 =6M]

2. Jelaskan perbezaan antara pengurus dengan pemimpin. [6]

Aspek Pemimpin Pengurus


Bidang kuasa Mementingkan hasil yang diperoleh Mementingkan kaedah yang digunakan
daripada tugasan yang dilaksanakan.[1] untuk menyiapkan tugasan. [1]
Peranan Buat kerja pengawalan dan penyelesaian Memberi motivasi dan inspirasi kpd
masalah.[1] masyarakat.[1]

Autoriti Kuasa kerana jawatan/kuasa sah.[1] Kuasa dari sumber peribadi/kuasa


rujukan.[1]
Hala tuju Bentuk perancangan dan belanjawan.[1] Bentuk hala tuju dan visi organisasi. [1]

Tanggungjawab Persiapan tugas ditekankan.[1] Hubungan interpersonal [interaksi] dan


harmoni di kalangan pengikut ditekankan.
[1]
Tahap pembuatan Lebih kepada penyelesaian masalah lebih kepada penyelesaian masalah
keputusan berkaitan masalah pengurusan dan tentang konflik pekerja dan menangani
pekerjaan.[1] perubahan dalam organisasi.[1]

tugas Melaksanakan fungsi pengurusan seperti Susun atur pekerja ke arah pencapaian
perancangan dan pengorganisasian.[1] matlamat.[1]

[(1F=1M) x 6= 6 M]

Aktiviti Januari Februari Mac April

Rajah 1: Alat Perancangan

3. i) Namakan alat perancangan di Rajah 1. [1]


Carta Gantt
ii) Berikan tiga kegunaan alat perancangan tersebut. [3]

Kegunaan dalam perancangan:

 Untuk menetapkan masa mula kerja dan masa tamat kerja dalam setiap kerja yang dilakukan bagi setiap projek untuk
mengenal pasti kemajuan projek mengikut jadual. [1]

 Dapat mengenal pasti urutan proses atau susunan kerja atau aktiviti sesuatu projek supaya kerja-kerja tersebut
dijalankan secara tersusun iaitu melakukan langkah demi langkah. [1]

 Memberi gambaran keseluruhan tentang sesuatu proiek yang harus disiapkan sebagai panduan untuk melihat
perkembangan sebenar pelaksanaan projek tersebut. [1]

 Menunjukkan anggaran tempoh masa pelaksanaan projek bagi mengelakkan kelewatan siap projek. [1]

 Untuk membolehkan perbandingan dilakukan bagi mengetahui setiap kemajuan sebenar kerja yang telah dijalankan.
[1]

 Untuk mengenal pasti penyelewengan yang berlaku sepanjang proses kerja dijalankan agar pembetulan dapat
dilakukan dengan serta-merta. [1]

 Membantu dalam mengawal sesuatu projek dari mula hingga tamat dan membuat pengubahsuaian jika perlu. [1]
[(1F=1M) x 3= 3 M]

Encik Abdul telah membuat tawaran untuk menjual keretanya kepada Encik Farid secara
tunai dengan harga RM30 000 walaupun harga pasaran kereta berkenaan ialah RM45 000.
Encik Farid bersetuju dengan tawaran tersebut.

4. Berdasarkan senario tersebut, terangkan dua elemen balasan dalam undang-undang kontrak.
[4]
a) Sesuatu balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik[1]

- Pembuat tawaran dan penerima tawaran masing-masing mestilah mendapat balasan terhadap sesuatu tawaran. [1]

-Contohnya, jika Encik Abdul membuat tawaran untuk menjual kereta dengan harga RM30 000, maka unsur balasan
wujud, iaitu Encik Farid ialah kereta yang dibeli daripada Encik Abdul, dan bagi Encik Abdul ialah wang sebanyak
RM30 000 itu. [1]

b) Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan[1]

"Berpadanan" bermaksud sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga dan
mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji. [1]

Contohnya: Encik Abdul telah membuat tawaran untuk menjual keretanya kepada Encik Farid secara tunai dengan
harga RM30 000 walaupun harga pasaran kereta berkenaan ialah RM45 000. [1]

(1F + 1H/1C) x 2= 4M)

5. Berikan empat perkara yang menyebabkan sesuatu kontrak batal. [4]

a) Perjanjian itu dilarang oleh undang-undang[1]

b) Perjanjian itu bersifat mengecewakan undang-undang iaitu dibuat untuk mengelakkan daripada peruntukan
undang-undang[1]

c) Perjanjian itu merupakan fraud atau penipuan[1]

d) Perjanjian itu mendatangkan bencana kepada diri dan harta orang lain[1]

e) Perjanjian itu tidak bermoral atau bertentangan dengan kepentingan awam[1]

f) Perjanjian itu dibuat untuk menjejaskan kebebasan dan kestabilan sesebuah perkahwinan. (seksyen 27, Akta
Kontrak 1950) [1]
g) Perjanjian itu menghalang seseorang daripada menjalankan profesion atau perdagangan atau perniagaan
lain yang sah. (seksyen 28, Akta Kontrak 1950) [1]

[(1P=1M) x 4 = 4 M]

6. Lakarkan gambar rajah proses komunikasi. [6]

[1]
[1] [1] [1]
[1]

[1]

Anak panah mesti betul


[(1F=1M) x 6 = 6 M]

7. Jelaskan dua halangan komunikasi. [4]

 Halangan Fizikal [1]

- Halangan kepada komunikasi secara fizikal iaitu gangguan secara nyata dan langsung seperti bunyi bising kenderaan,
bunyi bising mesin dalam kilang, bercakap dengan orang awam tanpa mikrofon, bunyi telefon bimbit dan lain-lain. [1]
-Hal ini menyebabkan penerimaan maklumat tidak sepenuhnya dan penerima akan memberi tafsiran yang berbeza terhadap
mesej yang disampaikan. [1]

 Halangan Psikologikal [1]

- Halangan komunikasi yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan, persepsi atau tanggapan berbeza antara
penghantar dengan penerima mesej. [1]
- Pemikiran, persepsi atau tanggapan seseorang dipengaruhi oleh taraf pendidikan, budaya, kepercayaan, ciri peribadi,
emosi, pengalaman hidup dan Iain-Iain. [1]
- Contohnya, bunyi letupan bagi sesetengah orang mungkin berpunca daripada mercun atau bagi sesetengah yang lain ialah
bunyi tembakan. [1]
 Halangan Semantik[1]

- Maksud - bahasa, istilah atau perkataan [1]


- Halangan semantik berlaku apabila sesuatu perkataan mempunyai makna yang berbeza atau banyak makna.[1]
- Contoh, perkataan 'daki' yang bermakna memanjat ataupun kotoran di kulit atau permukaan. [1]

 Halangan Sosiologikal [1]


- Maksud: komunikasi yang berlaku antara penyampai atau penghantar dan penerima atau pendengar. [1]
- Halangan antara yang berbeza daripada aspek status, tahap umur, pendidikan, atau budaya. [1]
- Contoh, Presiden sesebuah syarikat mungkin kurang memberi perhatian kepada cadangan yang diberikan oleh staf operasi
kerana staf bawahan kurang mampu memberikan cadangan yang baik. [1]

(1F + 1H/1C) x 2= 4M)

8. Berikan proses pembuatan keputusan yang diambil oleh pengurusan syarikat untuk meningkatkan prestasi jualan
syarikat. [6]
[1]

[1]

[1]

[1]

[1]

[1]

9. Nyatakan empat kebaikan e-dagang kepada perniagaan. [4]

(a) Modal yang dilaburkan oleh peniaga adalah kecil [1] kerana hanya menyediakan ruang pejabat yang bersaiz kecil, sebuah
gudang, dan laman web.

(b) Kos operasi dan pentadbiran perniagaan adalah murah [1] kerana hanya perlu menyediakan satu laman web dan sebuah
gudang menyimpan stok. Peniaga dapat menjimatkan pelbagai kos seperti sewa dan utiliti kerana ruang kedai tidak diperlukan.
Di samping itu. peniaga tidak perlu mengupah kakitangan pengurusan pertengahan yang banvak.

(c) Pasaran yang luas [1] kerana pengguna internet semakin hari semakin ramai dan meliputi pengguna di segenap pelusok
dunia. Produk yang dipaparkan dalam internet adalah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan masa, Oleh itu, perniagaan
dapat beroperasi dengan skala secara besar-besaran

(d) Peniaga tidak menanggung risiko hutang lapuk [1] kerana perniagaan mengamalkan sistem prabayar, iaitu pembeli
dikehendaki membayar sebelum mendapatkan barang.

(e) Menjimatkan kos, masa dan tenaga pelanggan [1] kerana mereka tidak perlu mengunjungi kedai untuk membeli barang.
Pelanggan hanya perlu laman web melalui internet untuk membeli barang yang dikehendaki tanpa membuang masa dan tenaga.

(f) Pelanggan mempunyai pilihan yang luas [1] terhadap barang yang dikehendaki dari segi jenis dan jenama dengan melayari
beribu-beribu laman web untuk memilih dan membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti.

[1 H x 4 = 4M]

Maklumat berikut diperoleh daripada Penerbitan HS Sdn. Bhd. bagi bilangan judul buku yang diterbitkan pada bulan Januari-
Jun pada tahun 2015.
Bulan Bilangan Judul Buku
Januari 15
Februari 21
Mac 22
April 25
Mei 25
Jun 6

10. Hitungkan min, mod dan median bagi judul buku yang diterbitkan sepanjang Januari hingga Jun 2015. [6]
a) Min ialah purata bagi jumlah semua nombor dibahagi dengan saiz sampel[1]

114/6=19[1]

b) Mod ialah nilai cerapan yang paling kerap berulang[1] iaitu 25 sebanyak dua kali. [1]
c) Median ialah nilai cerapan yang terletak di tengah data yang disusun dengan tertib menaik[1]
6, 15, 21 22,25,25
21+22/2 =21.5[1]

Soalan 11

Skema pemarkahan

a. Jenis-jenis kepimpinan:
Fakta [1m] Huraian [1m] Kaitan kes [1m x 2 KK]

Kepimpinan Kebolehan pemimpin 1. Joel percaya bahawa kepentingan


berwawasan memberi inspirasi dan mewujudkan budaya kerja
harapan kepada semua bertaraf dunia untuk memberi
pekerja tentang perubahan inspirasi kepada pekerja. Joel
yang perlu dilaksanakan pada mempunyai keupayaan memberi
masa hadapan. inspirasi kepada pasukan pekerja
untuk berjaya.
2. Beliau mempunyai pandangan
yang jelas mengenai apa yang
sedang berlaku dalam industri
dan sentiasa berkongsi matlamat
yang hendak dituju bersama
subordinatnya.
Kepimpinan Merupakan sumber inspirasi 1. Joel percaya kepentingan
karismatik kepada pekerja kerana mewujudkan budaya kerja
berupaya mempengaruhi bertaraf dunia untuk memberi
pekerja supaya setia dan inspirasi kepada pekerja.
patuh pada arahannya. 2. Di bawah kepimpinannya,
Memiliki sifat kendiri yang Groupon Malaysia telah
tinggi dan menjadi contoh dinamakan “WorldBlu Most
Democratic Workplace” pada
tahun 2013.
1F, 1H, 1KK = 8m

b. Peranan pengurus
Fakta [1m] Huraian [1m] Kaitan kes [1m x 2 KK]

Jurucakap Menyampaikan maklumat 1. Joel juga seringkali ditemuduga


kepada pihak lain di luar oleh beberapa media seperti The
organisasi berkaitan Star, The Sun Daily dan Asia
perancangan, polisi, tindakan Tatler tentang model perniagaan
dan keputusan yang diaplikasikan.
2. Beliau juga merupakan
penceramah dalam forum-forum
“The London Speaker Bureau”
dan “Asian Business Angel
Forum”.
3. Semasa Joel Neoh memimpin
syarikat KFit pada tahun 2015,
beliau mendapat sokongan
daripada beberapa pelabur seperti
500 Startups, SXE Ventures and
Founders Global; Daniel Shin,
pengasas dan Ketua Pegawai
Eksekutif Tiket Monster Inc .;
dan Danny Yeung, bekas Ketua
Pegawai Eksekutif Groupon
Hong Kong.

Lambang, orang Pengurus bertindak sebagai 1. Joel merupakan ahli lembaga


terpenting wakil organisasi dalam pengarah kepada Monash School
upacara tertentu of Business dan AIESEC, sebuah
organisasi persatuan pelajar
terbesar di dunia.
2. Beliau juga melibatkan diri
dalam acara amal yang diadakan
oleh pihak-pihak NGO seperti
“Malaysian Aids Foundation
Charity Show, Tsunami Charity
Event dan The Force of Nature
Aid Foundation”.

Ketua/pemimpin Mengarah dan menyelaraskan 1. Beliau merupakan pengasas


aktiviti pekerja GroupsMore, yang menjadi
Memberi motivasi kepada Groupon Malaysia pada tahun
pekerja 2010, dan pemimpin berkarisma
dalam Groupon Asia Pacific.
2. Pada tahun 2015, beliau
mengasaskan KFit, sebuah
platform kecergasan yang
menghubungkan pengguna dan
perniagaan kecergasan di bandar-
bandar utama di seluruh Asia
Pasifik.
Penghubung, Mendapatkan sokongan 1. Semasa memegang jawatan
pengantara/oran daripada pihak luar yang sebagai Ketua Kumpulan Asia
g tengah boleh mempengaruhi Pasifik dari tahun 2013 hingga
kejayaan organisasi 2015 di Groupon beliau
Mewujudkan hubungan bertanggungjawab dalam
antara pekerja mewujudkan model perniagaan
yang dinamik.
2. Joel percaya kepentingan
mewujudkan budaya kerja
bertaraf dunia untuk memberi
inspirasi kepada pekerja.
3. Di bawah kepimpinannya,
Groupon Malaysia telah
dinamakan “WorldBlu Most
Democratic Workplace” pada
tahun 2013.
4. Semasa Joel Neoh memimpin
syarikat KFit pada tahun 2015,
beliau mendapat sokongan
daripada beberapa pelabur seperti
500 Startups, SXE Ventures and
Founders Global; Daniel Shin,
pengasas dan Ketua Pegawai
Eksekutif Tiket Monster Inc, dan
Danny Yeung, bekas Ketua
Pegawai Eksekutif Groupon
Hong Kong.
Usahawan Meningkatkan kreativiti dan 1. beliau mengasaskan KFit, sebuah
inovasi bagi tujuan mencari platform kecergasan yang
sumber atau inovasi menghubungkan pengguna dan
perniagaan kecergasan di bandar-
bandar utama di seluruh Asia
Pasifik.
2. Beliau sentiasa memikirkan
tentang bagaimana untuk
membuat kerja lebih bijak dan
juga sentiasa akan mencipta
teknik dan produk baharu.

1 F, 1H, 1KK (min)


Soalan 12:

Huraikan lima unsur perancangan strategic [20]

1. Visi
- Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi.
- Merupakan sesuatu wawasan yang ingin dicapai oleh organisasi.
- Merupakan halatuju/ matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
- Jelas padat dan merangsang untuk bertindak
- Membantu fokus kepada perancangan strategik
- Contoh:
2. Misi
- Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
- Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran
utama, pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan masyarakat dan falsafah
pengurusan.
- Membentuk identiti dan imej organisasi.
- Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi
- Contoh:
3. Objektif
- Merupakan sasaran/ hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi
- Terbentuk daripada misi.
- Dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus berbanding misi organisasi
- Dimensi masa lebih jelas.
- Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masing-masing selari dengan misi organisasi.
- Ciri objektif – Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Realistik, Mempunyai tempoh masa.(SMART)
- Contoh:
4. Strategi
- Rancangan umum / pelan tindakan yang komprehensif
- Menjadi alat organisasi untuk mencapai visi, misi dan objektif
- Dibentuk dengan mengambil kira pandangan semua peringkat pengurusan
- Terdiri dpd strategi korporat,strategi unit perniagaan,strategi fungsian
- Contoh:
5. Taktik
- Pelan operasi yang spesifik
- memperincikan bagaimana, bila dan di mana sesuatu strategi itu akan dilaksanakan.
- Skop sempit dan mempunyai tempoh pendek.
- Jelas dan berorientasikan tindakan
- Contoh:
6. Dasar
- Garis panduan/ ketetapan / peraturan operasi berbentuk umum
- Penggunaannya meliputi semua peringkat pengurusan
- Panduan untuk tindakan
- Contoh: Dasar kenaikan pangkat
7. Prosedur
- Langkah-langkah yang disusun secara sistematik mengikut urutan
- sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat tertentu.
- Mempunyai kegunaan berterusan
- Contoh: prosedur permohonan cuti
8. Standard
- Piawaian yg ditetapkan untuk membuat perbandingan dengan pencapaian semasa.
- Sebagai tanda aras
- Mestilah jelas, boleh diukur, mudah difahami dan sesuai dengan objektif
- Contoh:

[5F x 1=5m]

[(mana-mana 2 Huraian +1 contoh) x 5F= 15m]

Soalan 13:

Huraikan lima alat membuat keputusan kualitatif [20]

a. Analisis tulang ikan


- Digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui
percambahan fikiran.
- Tafsiran dari kiri ke kanan
- Empat langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan. Iaitu kenalpasti masalah , kenalpasti sebab-
sebab utama, kenalpasti sebab-sebab kecili di bawah setiap sebab utama serta kenalpasti sebab sebenar
- Contoh gambar rajah/ situasi

b. Sumbangsaran
- Teknik yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk melahirkan seberapa banyak idea yang aneh dan ganjil
- Mematuhi peraturan semasa menggunakan kaedah sumbangsaran seperti topik perbincangan dimaklumkan
terlebih dahulu/ galakan idea yang banyak/ tiada kritikan atau perbahasan/semua idea mesti diterima/ menunggu
giliran
- Kumpulan ahli ada pelbagai latar belakang.
- Antara kebaikannya ialah idea bebas/jimat masa/kurang memerlukan bahan/menggalakkan kreativiti
- Antara kelemahannya ialah mungkin wujud pertelingkahan/ idea bukan pilihan majoriti/ kurang berkesan jika
ahli kumpulan tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan
- contoh

c. Kumpulan focus
- Individu daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman

- Berkumpul membincangkan suatu topik tertentu.dalam format berstruktur.

- Seorang fasilitator yang berpengalaman, seperti pengurus projek, akan mewujudkan persekitaran yang selesa
supaya setiap ahli kumpulan merasa bebas untuk mengeluarkan idea.
- Teknik kumpulan fokus akan memberikan hasil.yang terbaik sekiranya ahli-ahli kumpulan itu saling mengenali,
bekerjasama, mempunyai matlamat yang sama, dan saling menghormati.

- Ahli kumpulan fokus perlu bersikap terbuka dan sanggup menerima pendapat ahli kumpulan yang lain kerana ini
akan memberi kebaikan kepada kumpulan.

- Menghasilkan, satu pendapat majoriti.

- Antara kebaikannya ialah melibatkan kos yang rendah dan hasil segera/ menggalakkan interaksi/ada yang
bersedia memberi pendapat dalam kumpulan berbanding individu.
- Antara kelemahannya ialah perbincangan menemui jalan buntu jika ada ahli yang takut/ tidak selesa atau
tidak bersikap terbuka sebab maklumbalas adalah penitng
- contoh

d. Teknik Delphi
- Teknik ini menggembleng pendapat ahli-ahli panel (atau ahli kumpulan) yang pakar dalam bidang berkaitan bagi
mendapatkan keputusan yang baik dan kreatif.
- Setiap ahli akan ditinjau pendapat menerusi beberapa pusingan perbincangan untuk menghasilkan profil
maklumat, idea-idea, atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang telah ditakrifkan dengan jelas.
- ketua kumpulan atau fasilitator akan mengumpul pendapat atau idea ahli kumpulan dan seterusnya setiap ahli
akan diberikan peluang untuk mengemaskinikan atau menambah baik idea atau pendapat masing-masing.
- Proses ini berterusan sehingga persetujuan bersama dicapai.
- Apabila ketua kumpulan telah mendapat idea yang jelas daripada setiap ahli kumpulan, laporan akhir akan
disediakan oleh ketua kumpulan.
- Ahli-ahli tidak bertemu dan identiti ahli kumpulan kerana hanya memberi idea melalui email atau media lain.
- Antara kelebihan ialah berkesan untuk mendapatkan balasan atau idea berkenaan isu-isu sensitif/ situasi dengan ketidakpastian yang tinggi, atau
hal-hal yang berisiko yang tinggi.
- Antara kelemahan ialah mengambil masa lama,ahli mungkin bukan pakar/ jika soalan tidak jelas mungkin
respon tidak sesuai/ahli panel mungkin berubah (tarik diri/meninggal dunia/ bersara)kerana proses yang panjang
- contoh

e. Teknik Kumpulan Nominal

- Kaedah pembuatan keputusan yang boleh digunakan oleh kumpulan besar atau kecil yang mahu membuat
keputusan secara pantas tetapi dengan mengambil kira pendapat setiap ahli.

- Pada peringkat permulaan, ahli kumpulan tidak bercakap atau berbincang antara mereka.

- Fasilitator akan meminta setiap ahli untuk memberikan cadangan tindakan atau idea secara individu dengan
seberapa banyak yang mungkin sebelum suatu perbincangan diadakan.

- Dengan itu, ahli-ahli dalam kumpulan akan cuba mengenal pasti penyelesaian atau peluang-peluang alternatif
bagi masalah tersebut secara bebas tanpa pengaruh atau gangguan daripada ahli kumpulan yang lain.

- Hal ini bertujuan untuk mendapatkan idea yang unik, lebih berkualiti, serta meningkatkan penglibatan setiap ahli
dan kecekapan membuat keputusan.

- Seterusnya, semua idea atau cadangan daripada setiap ahli kumpulan akan disenaraikan di papan tulis sama ada
secara elektronik atau secara konvensional. Kemudian, ahli-ahli kumpulan akan mula berbincang dan bertukar
idea serta menilai setiap penyelesaian atau alternatif yang dicadangkan itu.

- Akhir sekali, ahli-ahli akan mengundi untuk memilih penyelesaian atau alternatif yang paling baik.
- Kadangkala sesuatu penyelesaian atau alternatif itu perlu diperbaiki untuk memperoleh persetujuan bersama
dalam kalangan ahli-ahlinya. Selepas semua cadangan diterima, cadangan yang bertindih akan diketepikan dan
ahli-ahli akan menyusun cadangan penyelesaian daripada yang terbaik kepada yang kurang baik: pertama, kedua,
ketiga, dan seterusnya.

- Antara kelebihannya ialah setiap ahli diberi peluang untuk memberikan cadangan masing-masing secara
individu/ semua ahli kumpulan sama-sama terlibat dalam membuat keputusan/ idea bernas /maklumat banyak
membolehkan lebih banyak alternatif dibentuk,ada komitmen ahli

- Antara kelemahannya ialah ambil masa lama / ada ahli menguasai perbincangan /rasa tidak puas hati kerana
alternatif yang dicadangkan tidak diterima/ peningkatan kos

- Contoh

[5F x 1=5m]

[(mana-mana 2 Huraian +1 contoh) x 5F= 15m]

Anda mungkin juga menyukai