Anda di halaman 1dari 18

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Hari Tarikh Masa Tingkatan Bilangan Pelajar Tajuk Sub tajuk : : : : : : : Khamis 6 Disember 2012

8.40 pagi 10.00 pagi 4 PD1 20 orang Bab 5 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 5.1 e. Kaitan IKS dengan industri berat f. Masalah IKS g. Cara mengatasi masalah IKS Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan IKS dalam sesi pembelajaran yang lepas. Di akhir pengajaran, pelajar dapat : Kognitif : Membezakan maksud pemasaran bersepadu, subkontrak dan pengaturan kontrak khas. (Aras Analisis) Menyenaraikan masalah yang dihadapi dalam IKS dan cara mengatasinya. (Aras Pengetahuan) Afektif : Memahami tentang kepentingan IKS kepada Industri Berat dalam pertumbuhan ekonomi negara ( Aras aplikasi) Psikomotor : Melibatkan diri dalam program pembangunan dan peningkatan kemahiran yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawan di sekolah. (Aras Aplikasi) Pendekatan Teknik / Kaedah Aktiviti Bahan Bantu mengajar : Nilai murni KBKK : : : : : : Koperatif Sumbangsaran dan soal jawab Menyelesaikan masalah, mencari isi-isi penting Kertas edaran,Kertas Mahjong, Pen marker dan pita pelekat Bekerjasama,Kerajinan Menjana idea, memberi pendapat.

Pengetahuan sedia ada Hasil Pembelajaran

: :

LANGKAH Set induksi [ 5 minit ]

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

PENDEKATAN/ STRATEGI

KAEDAH/TEKNIK/ BBM/NILAI/KBKK Kaedah/ Teknik: Sumbangsaran BBM: Lirik lagu

1. Guru mengedarkan lirik lagu 1. Pelajar menyanyikan lagu kepada pelajar dan meminta dengan diiringi muzik pelajar untuk menyanyikan lagu. 2. Guru meminta pelajar memberikan pendapat tentang lirik lagu yang dimainkan. Soalan: Bolehkah anda terangkan apa yang terkandung di dalam lirik lagu yang telah diedarkan tadi 3. Guru mengaitkan dengan pembelajaran 3. Pelajar mendengar penerangan tentang tajuk yang ingin diajari oleh guru. 2. Pelajar memberikan pendapat berdasarkan soalan yang dikemukan oleh guru.

Aktiviti 1 [ 30 minit ]

Kaitan IKS Industri Berat:

dengan 1. Guru menerangkan kepada pelajar 1.Pelajar mendengar penerangan Kognitif tentang hubung jalin antara IKS guru. dan industri berat 1. Pemasaran bersepadu - IKS membekalkan 2. Guru mengedarkan satu contoh 2. Pelajar mencari isi penting barang siap dan separa kajian kes dan membimbing berdasarkan petikan. siap kepada firma yang pelajar dalam mencari isi penting besar berdasarkan petikan. 2. Pengaturan Kontrak Khas - Perjanjian antara sebuah firma kecil dengan sebuah firma dimana firma kecil berjanji untyuk membekalkan keluaran mereka kepada forma besar mengikut syarat yang ditetapkan. 3. Guru menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan. 4. Guru membentuk pelajar kepada 4 kumpulan ( 5 orang). 4. Guru akan mengedarkan satu kertas edaran kajian kes kepada pelajar untuk mencari isi-isi penting yang terkandung di 3.Pelajar mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan dijalankan. 4. Pelajar membentuk 4 kumpulan. . 5. Pelajar mencari isi-isi penting.

Kaedah/ Teknik: Perbincangan BBM: Kertas Edaran Kertas Mahjong Pen Marker Pita Pelekat Nilai: Bekerjasama KBKK: Memberi pendapat

dalam lembaran. 3. Subkontrak - Perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran syarikat besar kepada syarikat IKS Arahan Aktiviti: Pelajar dikehendaki mengenal pasti hubung jalin IKS dengan Industri Berat yang sesuai berdasarkan kajian kes yang diedarkan dan menerangkan ciri-ciri hubung jalin tersebut. 4. Guru mengarahkan pelajar untuk membuat pembentangan di hadapan kelas. Aktiviti 2 [30 minit] Masalah IKS: a. Masalah modal dan Pembiayaan -merupakan masalah utama dalam IKS kerana memerlukan modal yang besar untuk membuat modal pusingan dan sukar mendapatkan pinjaman dari bank di atas sebabsebab tertentu seperti: -Tiada cagaran yang kukuh -Kos pentadbiran tinggi. b. Produktiviti dan teknologi yang rendah -Tenaga buruh yang kurang mahir dan kekurangan skim latihan menyukarkan IKS untuk meningkatkan produktiviti. 1. Guru mengadakan aktiviti regangan untuk mengaitkan subtopik yang ingin diajar iaitu tentang masalah IKS dan cara mengatasinya. 2. Guru menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan. 4. Pelajar membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas. 1. Pelajar melakukan aktiviti regangan. Koperatif Kaedah/ Teknik: Perbincangan BBM: Kertas Edaran Kertas Mahjong Pen Marker Pita Pelekat Nilai: Bekerjasama KBKK: Menjana Idea

2. Pelajar mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3..Guru akan mengedarkan kertas 3. Wakil kumpulan mengambil edaran yang mengandungi satu kertas edaran. situasi kepada setiap kumpulan 4. Guru mengarahkan pelajar untuk 4.Pelajar memulakan aktiviti mengenal pasti masalah dan perbincangan secara berkumpulan. mencadangkan penyelesaian untuk mengatasi maslah yang dihadapi berdasarkan situasi yang diberi. 5.Guru meminta wakil kumpulan 5. Wakil kumpulan membentangkan untuk membentangkan hasil hasil perbincangan. perbincangan, 6. Guru memberi peneguhan tentang 6. Pelajar mendengar penerangan

c. Kekurangan bahan mentah -Sumber yang tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan. d. Masalah pemasaran -Kekurangan modal, sumber dan teknologi membataskan pengeluaran dan peluang meluaskan produk ke pasaran yang lebih luas. e. Masalah pengurusan -Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah menyukarkan pengusaha IKS untuk menguruskan perniagaan mereka f. Masalah lokasi -Kos sewa tapak yang tinggi membantutkan peluang IKS untuk mendapatkan tapak bangunan perniagaan yang lebih baik Cara mengatasi masalah IKS : a. Program Rantaian Industri (ILP) -Merapatkan hubung jalin IKS dengan syarikat besar dan multinasioanal dengan menjadikan IKS

pembentangan pelajar dan menerangkan dengan lebih jelas tentang masalah dan cara mengatasi masalah IKS

guru.

sebagai pengeluar komponen penting dan kritikal kepada industri besar dalam sektor elektronok, aeroangkasa dan semikonduktor. b. Program Penyelidikan dan Pembangunan -Mempertingkatkan kemampuan teknologi IKS melalui pembangunan reka bentuk, produk dan proses. c. Program Pembangunan Infrastruktur -Menyediakan prasarana yang baik dan tapak kilang yang sesuai bagi IKS. d. Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran -Meningkatkan kemhiran pekerja IKS e. Pembangunan Pemasaran -Membantu IKS meluaskan pasaran domestik dan antarabangsa melalui ekspo, pameran dan sebagainya.

f. Program Bantuan Kewangan -Menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman untuk IKS Penilaian [ 10 minit ] Latihan (Formatif) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi perkataan tersembunyi sebagai latihan pengukuhan. 2. Guru mencabut nama pelajar melalui kotak yang disediakan untuk menjawab soalan Rumusan [ 5 minit ] 1. Guru meminta seorang pelajar merumuskan hasil pembelajaran pada hari itu. Soalan: Apa yang kita telah pelajari pada hari ini? 2. Guru merumuskan hasil pembelajaran pada haru itu. Ulasan pensyarah / guru pembimbing: ........................................................................................................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................................................................................................... Refleksi guru: ........................................................................................................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................................................................................................... 2.Pelajar mendengar rumusan daripada guru. 1. Pelajar mencari perkataan tersembunyidalam lembaram kerja yang telah diedarkan oleh guru secara individu. 2. Pelajar yang terpilih dikehendaki menjawab soalan yang diberikan. BBM: Kertas Edaran Nilai: Kerajinan KBKK: Menjana Idea Soal jawab

1. Wakil pelajar menjawab soalan tersebut.

LAMPIRAN

SET INDUKSI

LAGU: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA Industri Kecil Dan Sederhana Menceritakan hubungan dua saudara Industri berat peneraju utama IKS pembantu yang setia. Pengaturan kontrak khas yang pertama Pemasaran bersepadu yang kedua Subkontrak termasuk akhirnya Penyatuan terpatri selamanya. Oh..oh..IKS(3x) Industri Kecil Sederhana Oh..oh..IKS (3x)singkatannya SMIDEC, SIRIM, PAKSI dan juga MARA Badan penjana ekonomi negara Meringankan masalah peniaga Modal, bahan mentah, teknologi semasa. Diadaptasi daripada Lagu Balik Kampung (Sudirman Haji Arshad)

AKTIVITI 1 KAJIAN KES 1 Ruang IKS di Mydin bantu usahawan terus bernafas Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) komited menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ianya bertujuan bagi membantu usahawan-usahawan dalam industri berkenaan memasarkan produk-produk mereka. Apa yang berlaku ketika ini adalah kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS sekiranya ia dijual dahulu di Mydin, katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. Tiada cadangan untuk memperbanyakkan jumlah SKU (unit simpanan stor) pada tahun ini kerana keutamaan diberikan kepada matlamat untuk meningkatkan jualan. Bilangan SKU tidak boleh ditambah ketika ini kerana ruangan untuk IKS sudah sedia ada, tetapi jualan produk usahawan IKS boleh dipertingkatkan terutama dalam keadaan ekonomi ketika ini melalui galakan Kempen Beli Barangan Malaysia, katanya. Terdahulu, Ameer Ali berkata, Mydin juga bakal membuka dua cawangannya di Ipoh yang sedang dalam pembinaan iaitu di Meru Raya serta di Gugusan Manjoi. Katanya, dengan pembukaan dua cawangan itu kelak, ianya sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada lebih 600 pekerja termasuk membuka ruang perniagaan kepada orang ramai, khususnya usahawan dalam IKS. Konsep ini sama seperti dengan pembukaan cawangan Mydin di seluruh negara yang sentiasa mengutamakan produk IKS -Sinar Harian. Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Mydin dan IKS ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

KAJIAN KES 2 Encik Farid berhajat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan Syarikat Farid dan Rakan Enterprise. Sebagai sebuah syarikat kecil, Farid menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kekurangan modal dan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank. Namun dengan keazaman yang kuat, syarikatnya berjaya mendirikan sebuah bengkel besi yang mengeluarkan skru dan nat untuk kegunaan industri. Baru-baru ini, syarikatnya dilantik oleh Proton untuk membekalkan skru dan nat sebagai alat ganti untuk memenuhi keperluan Proton. Syarikatnya diberi kontrak untuk membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Proton. Syarikatnya juga diberi bantuan kewangan dan teknikal daripada Proton. Encik Farid berasa syukur dengan kontrak yang diberi oleh Proton. Kedudukan perniagaannnya kian pulih dan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Farid dan Rakan Enterprise dan Proton ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

KAJIAN KES 3 Puan Lina merupakan seorang usahawan pembuatan baju sukan yang berjaya . Dengan modal sebanyak RM200,000, beliau telah menubuhkan sebuah kilang baju sukan di pinggir bandar Kuala Lumpur. Pada awal operasi, beliau menghadapi kerugian untuk memasarkan baju sukan keluaran syarikatnya. Baru-baru ini, syarikatnya telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas. Syarikatnya diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas. Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit. Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian. Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilkan bahan yang berkualiti.

Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Lina dan dan Adidas ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

AKTIVITI 2

LATIHAN PENGUKUHAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

U L P A H W A R A S

K A R T N O K B U S

D I I K Z C Y B I M

V R G S P M H R S B

E T N H N C T O A A

N S U I A E B S R H

D U Y L R D G K E A

O D A A S I C A N N

R N P D K M S D E M

N I P O I S Y O G E

E P E M A S A R A N

V M S D T N A M P T

L S N A H C O K P A

F E O M I R I S O H

I S K A P I S T O L

PEMBAYANG 1. ____________ melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran daripada syarikat besar kepada syarikat IKS. 2. Hubung jalin ini bertindak sebagai pelindung kepada IKS dengan cara memberi pasaran terjamin kepada IKS. 3. Syarikat Anchor (PROTON Syarikat A (IKS) Syarikat B ( syarikat _____ ) Kontrak Subkontrak

4. Salah satu badan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran pekerja ialah ________. 5. Masalah kekurangan ______ berlaku apabila tiada sumber yang mencukupi di pasaran untuk memenuhi permintaan. 6. Firma besar menyerahkan subkontrak kepada IKS untuk pengeluaran unit-unit kecil dikenali sebagai ________. 7. _______ ialah badan yang member khidmat kejuruteraan, elektronik, reka bentuk dan sebagainya. 8. Program pembangunan _______ membantu meluaskan pasaran IKS dengan mengadakan ekspo, pameran, lawatan dan sebagainya. 9. Masalah ____________ melibatkan penempatan aktiviti perniagaan IKS dari segi ruang pejabat, bangunan atau tanah. 10. ___________ yang dilancarkan oleh SMIDEC menyediakan 2 jenis kemudahan pinjaman iaitu pembiayaan projek dan modal pusingan .

SKEMA JAWAPAN AKTIVITI 1 KAJIAN KES 1 Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) komited menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ianya bertujuan bagi membantu usahawan-usahawan dalam industri berkenaan memasarkan produk-produk mereka. Apa yang berlaku ketika ini adalah kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS sekiranya ia dijual dahulu di Mydin, katanya kepada Sinar Harian, barubaru ini. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. Tiada cadangan untuk memperbanyakkan jumlah SKU (unit simpanan stor) pada tahun ini kerana keutamaan diberikan kepada matlamat untuk meningkatkan jualan. Bilangan SKU tidak boleh ditambah ketika ini kerana ruangan untuk IKS sudah sedia ada, tetapi jualan produk usahawan IKS boleh dipertingkatkan terutama dalam keadaan ekonomi ketika ini melalui galakan Kempen Beli Barangan Malaysia, katanya. Terdahulu, Ameer Ali berkata, Mydin juga bakal membuka dua cawangannya di Ipoh yang sedang dalam pembinaan iaitu di Meru Raya serta di Gugusan Manjoi. Katanya, dengan pembukaan dua cawangan itu kelak, ianya sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada lebih 600 pekerja termasuk membuka ruang perniagaan kepada orang ramai, khususnya usahawan dalam IKS. Konsep ini sama seperti dengan pembukaan cawangan Mydin di seluruh negara yang sentiasa mengutamakan produk IKS Jawapan: Pemasaran Bersepadu Industri berat menjadi pelindung kepada IKS dengan memberi jaminan terjamin.
- Mydin menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi untuk memasarkan produk-produk mereka.
- Mydin memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk

keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. Pendapatan dan aliran modal pembeli dapat mengembangkan perniagaan IKS
- Kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS

sekiranya ia dijual dahulu di Mydin

KAJIAN KES 2 Encik Farid berhajat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan Syarikat Farid dan Rakan Enterprise. Sebagai sebuah syarikat kecil, Farid menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kekurangan modal dan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank. Namun dengan keazaman yang kuat, syarikatnya berjaya mendirikan sebuah bengkel besi yang mengeluarkan skru dan nat untuk kegunaan industri. Baru-baru ini, syarikatnya dilantik oleh Proton untuk membekalkan skru dan nat sebagai alat ganti untuk memenuhi keperluan Proton. Syarikatnya diberi kontrak untuk membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Proton. Syarikatnya juga diberi bantuan kewangan dan teknikal daripada Proton. Encik Farid berasa syukur dengan kontrak yang diberi oleh Proton. Kedudukan perniagaannnya kian pulih dan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda berbeza dengan keadaan sebelum ini. Jawapan : Subkontrak Proton memberi kontrak kepada Syarikat Farid dan Rakan Enterprise yang berfungsi sebagai vendor

Syarikat Farid dan Rakan Enterprise membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Proton. Syarikat Farid dan Rakan Enterprise juga diberi bantuan kewangan dan teknikal daripada Proton

KAJIAN KES 3 Puan Lina merupakan seorang usahawan pembuatan baju sukan yang berjaya . Dengan modal sebanyak RM200,000, beliau telah menubuhkan sebuah kilang baju sukan di pinggir bandar Kuala Lumpur. Pada awal operasi, beliau menghadapi kerugian untuk memasarkan baju sukan keluaran syarikatnya. Baru-baru ini, syarikatnya telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas. Syarikatnya diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas. Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit. Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian. Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilakna bahan yang berkualiti. Jawapan: Pengaturan Kontrak Khas

Syarikat Puan Lina telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas Syarikat Puan Lina diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit. Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian. Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilkan bahan yang berkualiti.

AKTIVITI 2

AKTIVITI PENILAIAN (LATIHAN PENGUKUHAN)

1. SUBKONTRAK 2. KONSEP PAYUNG 3. VENDOR 4. SMIDEC 5. BAHAN MENTAH 6. ANCHOR 7. SIRIM 8. PEMASARAN 9. LOKASI 10. PAKSI

Anda mungkin juga menyukai