Anda di halaman 1dari 57

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Latihan Industri

Program Latihan Industri (LI) merupakan suatu komponen penting kokurikulum


program diploma dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terdahulunya dikenali
sebagai Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Program LI diwajibkan
kepada semua pelajar bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal
serta berupaya menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang bakal diceburi.

1.2 Matlamat Latihan Industri


Matlamat utama program Latihan Industri ini adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan yang bersesuaian mengikut
jurusan masing-masing. Berdasarkan latihan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri pelatih dan melahirkan keluaran graduan yang mampu berkhidmat
secara profesional bakal pekerja.

1.3 Objektif Latihan Industri

Program LI ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:

i) Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam


bidang masing-masing.
ii) Mengaplikasikan pelbagai bidang kemahiran, teknologi dan pengurusan
profesional dalam industri.
iii) Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi profesional.
iv) Membina pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi profesional.
v) Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
vi) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.

1.4 Objektif Laporan

Laporan harian merupakan catatan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar setiap
hari sepanjang tempoh latihan industri. Tujuan utama laporan adalah untuk
memastikan pelajar mendapat maklumat berkaitan kursus atau bidang yang diambil.
Selain itu, laporan juga dapat dijadikan panduan atau nota kepada pelajar apabila
berada pada peringkat atau semester yang seterusnya, disamping dapat memahami
2
modul yang dipelajari secara teori dan amali, laporan harian juga dijadikan rujukan
semasa bekerja nanti.

1.5 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Antara kepentingan latihan industri kepada pelajar adalah seperti berikut:

i) Pelajar dapat merasai atau mengalami sendiri bagaimana berada di alam


pekerjaan.
ii) Sebagai satu pengalaman sebelum memulakan alam pekerjaan.
iii) Dapat mempelajari bidang yang diceburi secara teori dan amali.
iv) Meningkatkan tahap pemahaman dalam bidang yang dipelajari.
v) Melatih cara komunikasi dan personaliti pelajar ketika bergaul dan bekerja di
firma tersebut.

1.6 Hasil Pembelajaran

Di akhir LI ini, pelajar dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk:

i) Mempraktikkan pengetahuan teori ke dalam kerja-kerja amali.


ii) Meningkatkan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang.
iii) Membentuk peribadi sebagai seorang pekerja yang berdisiplin.
iv) Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada
aplikasi kejuruteraan, teknologi dan pengurusan terkini dan masa depan.
v) Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.

3
vi) Meningkatkan kebolehan dan keberkesanan diri dalam kerja berkumpulan.
vii) Meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi
dengan berkesan.
viii) Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab
professional, etika dan sosial.
ix) Menyediakan diri terhadap pelbagai persekitaran dan cabaran alam pekerjaan.

1.7 Latar Belakang Organisasi

1.7.1 Pengenalan Terhadap Organisasi

Mat Tahir Konok merupakan salah satu industri kecil dan sederhana yang
dibangunkan di Pasir Puteh, Kelantan. Organisasi ini telah diketuai oleh pengurus iaitu
Mohd Faizul Bin Mat Tahir dan pekerja seramai 4 orang. Industri ini menjalankan
perkhidmatan membaiki, membuat dan lain-lain lagi berkaitan dengan kerja-kerja
mekanikal terutamanya dalam bidang kimpalan. Selain itu, industri ini lebih
menumpukan kepada pembuatan pagar.

4
1.7.2 Sejarah Penubuhan Mat Tahir Konok

Mat Tahir Konok dibangunkan oleh En. Mat Tahir pada tahun 1985 di Pasir Puteh,
Kelantan. Syarikat ini di berada di bawah bimbingan En. Mat Tahir selama 28 tahun.
Kemudiannya syarikat ini diserahkan kepada En. Mohd Faizul Bin Mat Tahir iaitu
anaknya pada tahun 2013 untuk mengambil alih syarikat ini sehingga kini.

1.7.3 Fungsi Mat Tahir Konok

Berikut merupakan kegiatan utama bagi Mat Tahir Konok:

i) Menjalankan pekerjaan berkaitan dengan bidang kimpalan dan fabrikasi logam.

ii) Memberi layanan yang mesra pelanggan dan diiringi dengan senyuman.

iii) Memastikan setiap projek yang dihasilkan berkualiti dan bercirikan keselamatan
sebelum dihantar ke pelanggan.

iv) Memastikan bahawa pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang


disediakan serta projek yang dihasilkan.

5
1.7.4 Lokasi Syarikat

Rajah 1.1 : Peta kedudukan organisasi

1.7.5 Carta Organisasi Mat Tahir Konok

Mat Tahir Konok dalam bidang kejuruteraan merupakan syarikat perniagaan dan
perkhidmatan yang melibatkan kerja-kerja besi yang diketuai oleh En. Mohd Faizul
Bin Mat Tahir. Oleh yang demikian, organisasi Mat Tahir hanya mempunyai seorang
pengurus dalam menbangunkan organisasi tersebut. Namun dalam organisasi yang
diusahakan oleh pengurus iaitu En. Mohd Faizul Bin Mat Tahir dan pekerjanya
mempunyai tali ikatan kekeluargaan. Mat Tahir Konok mempunyai seramai 4 orang
pekerja. Dalam syarikat ini pengurus sendiri melakukan aktiviti memantau dan

6
meninjau para pekerja dalam melakukan pekerjaan dengan gigihnya. Rajah 1.2
menunjukkan carta organisasi Mat Tahir Konok.

PEKERJA
Mustaza Azwan Bin Mustafa

PEKERJA
Mohd Rafidi Bin Mat Tahir
PENGURUS
En. Mohd Faizul Bin Mat
Tahir PEKERJA
Mohd Jusri Nassrullah Bin
Mohamad

PEKERJA
Nor Mazlan Bin Matail

Rajah 1.2 : Carta organisasi Mat Tahir Konok

1.7.6 Masa Kerja Mat Tahir Konok

Masa bekerja di Mat Tahir Konok adalah pada :

Waktu Waktu rehat Hari bekerja Cuti / cuti umum

1 hari cuti diberi bagi


8.00 pagi
seminggu bekerja iaitu
– 5.00 1 jam 6 hari seminggu
hari jumaat
petang

Jadual 1.1: Waktu bekerja di Mat Tahir Konok

7
BAB 2: SKOP LATIHAN

2.1 Pengenalan

Skop latihan ini merupakan satu rumusan tentang aktiviti kerja pelatih semasa
menjalani latihan industri selama 10 (sepuluh) minggu yang bermula dari 19 Jun 2017
sehingga 25 Ogos 2017. Ringkasan dibuat bagi setiap satu minggu di mana aktiviti
kerja dalam masa seminggu itu hendaklah dicatat dalam bentuk ringkasan. Melalui
skop kerja ini juga kita akan dapat melihat ringkasan kerja menyeluruh yang telah
dilaksanakan oleh pelatih sepanjang tempoh menjalankan latihan industri di Mat Tahir
Konok di Pasir Puteh, Kelantan.
Ringkasan ini juga hanyalah mencatatkan tentang aktiviti kerja dan bukannya
penjelasan yang menyeluruh tentang kerja tersebut dan yang pentingnya ringkasan ini
menyatakan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelatih bagi tempoh 10 minggu.

Tujuan latihan industri ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar


tentang suasana pekerjaan sebenar dalam bidang kimpalan dan fabrikasi logam.
Sepanjang menjalani latihan industri selama sepuluh minggu di Mat Tahir Konok telah
didedahkan dengan pelbagai kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang pengajian di
universiti. Antara kerja yang telah dilibatkan adalah:

Tempoh : 19 Jun sehingga 25 Ogos 2017 (10 Minggu)

Bidang Tugas :

i) Melakukan kerja-kerja memotong besi.


ii) Melakukan kerja-kerja mengimpal besi.
iii) Melakukan kerja-kerja mencanai projek.
iv) Membengkok besi.
v) Mengecat besi dan projek.
vi) Memasang projek.

Sepanjang menjalani latihan industri ini didapati berkebolehan dalam menjalankan


bidang tugas yang diberikan dan patuh pada setiap arahan yang diberikan tanpa
sebarang masalah.

9
BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (AKTIVITI
MINGGUAN)

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini membincangkan tentang ringkasan aktiviti latihan industri secara
keseluruhannya bagi sesi 2016/2017 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Di mana, format penulisan ringkasan aktiviti
latihan industri ini di pecahkan mengikut minggu agar penerangan setiap tugasan yang
di laksanakan oleh pelatih lebih jelas dan teratur.
3.1.1 Ringkasan Aktiviti Minggu Pertama
Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Harian Gambar
Pertama 19/06/2017 hingga 1. Melaporkan diri di Mat Tahir Konok.
22/07/2017 2. Taklimat daripada encik mohd faizul bin mat tahir
iaitu pengurus mengenai latar belakang organisasi,
(isnin hingga
masa berkerja dan skop tugas.
khamis waktu
3. Sesi perkenalan dengan pekerja yang ada di
bekerja)
bengkel tersebut.

. 4. Melakukan kerja memasang dan mengecat awning


menggunakan berus cat.
5. Melakukan kerja momotong besi menggunakan
mesin pemotong dan mengecat menggunakan
berus cat untuk dibuat grill longkang.
6. Melakukan kerja pemasangan pagar utama di
tempat pelanggan. Proses pertama melibatkan
pembancuhan simen untuk dibuat tapak untuk
menyediakan landasan pagar kemudiannya
diletakkan landasan besi yang sudah dibuat dan
ditimbang menggunakan penimbang air untuk
memastikan landasan seimbang sebelum pagar
dipasang.

11
3.1.2 Ringkasan Aktiviti Minggu Kedua
Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Harian Gambar
Kedua 02/07/2017 hingga 1. Pengurus memberi tugas untuk mengumpul
06/07/2017 kesemua besi lebihan atau sisa besi hasil daripada
(Ahad hingga kerja pemotongan besi di bengkel ke dalam lori
khamis waktu untuk dijual.
berkerja) 2. Melakukan kerja pemotongan besi hollow untuk
dibuat kotak besi speaker.

12
3. Melakukan kerja mencanai pada kotak besi speaker,
penyidai kain, pagar besi utama dan pagar tingkap
untuk meratakan permukaan kimpalan MIG
sebelum dicat.
4. Melakukan kerja pemasangan pagar tingkap yang
sudah siap dibuat di tempat pelanggan dengan
menebuk lubang menggunakan mesin penebuk
kemudian dipasang wall plug menggunakan tukul.
5. Melakukan kerja mengelap atau membersih pagar
besi utama untuk membuang sisa kotoran dan karat
menggunakan kain.
6. Melakukan kerja pemasangan 6 kotak besi speaker
di tempat pelanggan dengan menggunakan mesin
penebuk untuk dipasang wall plug pada dinding.
7. Melakukan kerja pemasangan pagar di tempat
pelanggan. Proses pertama melibatkan menggali
lubang untuk dipasang tiang penahan dan pemberat
pagar kemudian pembancuhan simen dilakukan dan
mensimen pagar.

13
3.1.3 Ringkasan Aktiviti Minggu Ketiga
Minggu Tarikh Ringkasan Kerja/Aktiviti Harian Gambar
Ketiga 08/07/2017 hingga 1. Melakukan kerja pemasangan pagar tangga stainless
13/07/2017 steel di tempat pelanggan. Proses pertama melibatkan
(sabtu hingga khamis menebuk lubang selepas pagar ditimbang
waktu berkerja) menggunakan alat penimbang air dan dipasang wall
plug. Selepas itu, wall plug itu dikimpal menggunakan
mesin MIG. Kemudiannya capping stainless steel akan
dikimpal menggunakan mesin TIG dan dicanai
menggunakan mesin pencanai dan kiwi untuk
membersihkan kesan kimpalan pada pagar tersebut.
2. Melakukan kerja mengelap atau membersih pagar
dinding, rangka awning, pagar utama, meja dan
pemyidai kain menggunakan kain dan berus besi untuk
membuang kesan kotoran dan karat sebelum dicat.
3. Melakukan kerja pemunggahan pasir ke dalam lori
menggunakan alat penggali.
4. Melakukan kerja kimpalan MIG pada penyidai kain.

14
5. Melakukan kerja mencanai rangka awning, meja besi,
pagar utama dan penyidai kain untuk meratakan
permukaan besi hasil daripada kimpalan MIG.
6. Melakukan kerja dua pemasangan awning di tempat
pelanggan. Awning pertama ialah menggantikan
awning lama proses kerja ini melibatkan membuang
atap lama menggunakkan mesin gerudi dan mesin
canai kemudian dipasang atap baru. Manakala
pemasangan awning kedua ialah membuat awning
baru. Proses kerja ini melibatkan memasang rangka
awning dan tiang terlebih dahulu dan menggunakan
mesin canai, mesin gerudi, mesin canai dan penimbang
air untuk memastikan ia sama dan seimbang.
Kemudiannya memasang atap zink menggunakan
mesin gerudi dan skru.

15
3.1.4 Ringkasan Aktiviti Minggu Keempat
Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Harian Gambar
Keempat 15/07/2017 hingga 1. Melakukan kerja mengelap pagar besi dan stainless
20/07/2017 steel menggunakain kain dan thinner bagi membuang
(sabtu hingga khamis kotoran dan karat.
waktu berkerja) 2. Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi
meratakan permukaan bekas kimpalan MIG dan
mencanai serta polish pada pagar stainless steel untuk
membuang kesan kotoran hasil daripada kimpalan TIG
menggunakan mesin canai, mata canai dan kiwi.
3. Melakukan kerja mengecat pada projek yang sudah
siap menggunakan mesin pemampat udara dan berus
cat.
4. Melakukan kimpalan MIG
5. Melakukan kerja pemotongan besi menggunakan mesin
pemotong.

16
3.1.5 Ringkasan Aktiviti Minggu Kelima
Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Harian Gambar
Kelima 22/07/2017 hingga 1. Melakukan kerja membuang karat pada pagar besi
27/07/2017 menggunakan berus besi dan kain.
2. Melakukan kerja pemotongan besi menggunakan mesin
(sabtu hingga khamis pemotong.
waktu bekerja) 3. Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi
meratakan permukaan bekas kimpalan MIG dan
mencanai serta polish pada pagar stainless steel untuk
membuang kesan kotoran hasil daripada kimpalan TIG
menggunakan mesin canai, mata canai dan kiwi.
4. Melakukan kerja mengambil pagar di tempat
pelanggan.
5. Melakukan kerja mengecat pada pagar.
6. Melakukan kerja pemasangan awning. Rangka awning
diangkat dan ditebuk menggunakan mesin penebuk dan
wall plug kemudia di ketuk menggunakan tukul

17
seterusnya dipasang zinz menggunakan skru dan mesin
penebuk.
7. Melakukan pemasangan pagar dinding menggunakan
mesin penebuk kemudian wall plug diketuk
menggunakan tukul untuk mengemaskan pagar
tersebut.

3.1.6 Ringkasan Aktiviti Minggu Keenam


Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Gambar
Harian
Keenam 29/07/2017 hingga 1. Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi
03/08/2017 meratakan permukaan bekas kimpalan MIG dan
mencanai serta polish pada pagar stainless steel untuk
(sabtu hingga khamis membuang kesan kotoran hasil daripada kimpalan TIG
waktu berkerja) menggunakan mesin canai, mata canai dan kiwi.
2. Melakukan kerja membuang karat pada pagar besi
menggunakan berus besi dan kain.
3. Melakukan kerja membengkok besi menggunakan
mesin pembengkok besi.
4. Melakukan kerja mengecat besi menggunakan mesin
pemampat udara dan berus cat.

18
5. Melakukan kimpalan MIG pada landasan pagar.
6. Melakukan kerja pemotongan stainless steel
menggunakan mesin pemotong.
7. Melakukan kerja pemasangan pagar stainless steel di
tempat pelanggan. Proses pertama melibatkan
pembancuhan simen untuk dibuat tapak atau landasan
pagar kemudiannya diletakkan landasan besi dan
ditimbang menggunakan penimbang air untuk
memastikan landasan seimbang sebelum pagar
dipasang.

3.1.7 Ringkasan Aktiviti Minggu Ketujuh


Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Gambar
Harian
Ketujuh 05/08/2017 hingga i) Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi meratakan
10/08/2017 permukaan bekas kimpalan MIG dan mencanai serta polish
pada pagar stainless steel untuk membuang kesan kotoran

19
(sabtu hingga khamis hasil daripada kimpalan TIG menggunakan mesin canai,
merupakan waktu mata canai dan kiwi.
bekerja) ii) Melakukan kerja mengecat pada besi hollow, pagar, trolli
dan rangka bumbung.
iii) Melakukan kerja kimpalan MIG pada rangka bumbung.
iv) Melakukan kerja pemasangan bumbung rumah.
Pemasangan rangka ini dengan menggunakan bracket dan
wall plug. Rangka tersebut perlu diukur sebelum dipasang
agar sama dan seimbang. Seterusnya pemasangan zink
menggunakan skru dan mesin penebuk, zink tersebut perlu
diukur agar sama sebelum dipasang.
v) Melakukan pemasangan papan sherapada rangka bumbung
menggunakan mesin penebuk, skru dan mesin canai.

3.1.8 Ringkasan Aktiviti Minggu Kelapan


Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Gambar
Harian
Lapan 13/08/2017 hingga 1. Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi
17/08/2017 meratakan permukaan bekas kimpalan MIG dan
mencanai serta polish pada pagar stainless steel untuk

20
(sabtu hingga khamis membuang kesan kotoran hasil daripada kimpalan
adalah waktu TIG menggunakan mesin canai, mata canai dan kiwi.
berkerja) 2. Melakukan kerja mengecat menggunakan mesin
pemampat udara dan berus cat.
3. Melakukan pemasangan pagar sliding di tempat
pelanggan. Pagar tersebut diukur sebelum ditebuk dan
dipasang menggunakn mesin penebuk dan wall plug.
4. Melakukan kerja pemasangan pagar stainless steel.
Kerja pemasangan ini melibatkan penebukan
menggunakan mesin penebuk kemudian pagar
stainless steel dipaku ribet dan wall plug
menggunakan tukul.
5. Melakukan pemasangan dinding kapur menggunakan
mesin penebuk skru, mesin canai, skru dan
aluminium. Papan diukur sebelum dipotong dan
dilekatkan dengan skru kemudian batang aluminium
dipasang pada hujung papan bagi menutup kesan
potongan.
6. Melakukan pemasangan pagar besi pada atas tiang
menggunakan bracket, mesin canai, mesin penebuk,
wall plug dan mesin kimpal. Pagar dinaikan dan

21
diukur sebelum ditebuk menggunakan mesin penebuk
kemudian dipasang braket.

3.1.9 Ringkasan Aktiviti Minggu Kesembilan


Minggu Tarikh Ringkasan Kerja / Aktiviti Gambar
Harian
Sembilan 19/08/2017 hingga 1. Melakukan kerja mencanai pada pagar besi bagi
24/08/2017 meratakan permukaan bekas kimpalan MIG dan
mencanai serta polish pada pagar stainless steel untuk
(sabtu hingga khamis membuang kesan kotoran hasil daripada kimpalan TIG
merupakan waktu menggunakan mesin canai, mata canai dan kiwi.
berkerja) 2. Melakukan kerja mengecat pada pagar menggunakan
mesin pemampat udara.
3. Melakukan kerja membengkok besi menggunakan
tukul.
4. Melakukan kerja pemasangan awning. Awning
diangkat dan ditebuk menggunakan mesin penebuk dan
wall plug kemudia di ketuk menggunakan tukul.

22
BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL

4.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan peralatan atau projek dan peraturan yang di pertanggungjawab
atau dilaksanakan sepanjang pelatih menjalani latihan industri. Melalui bab ini, skop
tugas yang telah dijalankan oleh pelatih akan diterangkan secara lebih terperinci
mengenai beberapa peralatan yang digunakan dan proses pembuatan projek di Mat
Tahir Konok.
4.1 Kimpalan Arka Logam Gas Lengai (MIG)

Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga
sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan
MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh
mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG
banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri
aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk
mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG
dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain
yang dibekalkan secara batang atau rod.

Mesin Kimpalan MIG

4.1.1 Prinsip asas kimpalan MIG

Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod
bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan
logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod san logam asas bercampur

24
membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai
kimpalan.Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk
gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam
leburan daripada udara atmosfera.

4.1.2 Mesin kimpalan dan aksesori

Antara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:

i. Panel kawalan

Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod
dan gas pelindung. Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.

Panel kawalan mesin kimpalan MIG

ii. Pemegang sumpitan (gun)

25
Pemegang sumpitan atau "gun" berfungsi menghantar dawai elektrod, gas pelindung
dan arus ke kawasan kimpalan. Terdapat suis untuk memula dan memutuskan arka,
memutuskan bekalan gas pelindung dan elektrod kimpalan.

Pemegang sumpitan Kimpalan MIG (gun)

iii. Muncung kimpalan

Muncung sumpitan menetapkan dawai elektrod dan gas lengai ke kawasan


kimpalan. Ia diperbuat dari keluli kalis karat dan boleh ditanggalkan dari sumpitan.
Terdapat dua jenis muncung sumpitan iaitu muncung sumpitan penyejukkan udara dan
muncung sumpitan penyejukkan air. Muncung sumpitan penyejukkan udara
digunakan untuk melakukan kerja ringan dengan arus kurang daripada 200 ampere,
manakala muncung sumpitan penyejukkan air digunakan untuk kerja-kerja berat
dengan arus yang digunakan melebihi 300 ampere. Terdapat dua jenis mekanisma
suapan dawai digunakan dalam muncung sumpitan iaitu jenis tolak dan jenis
26
tarik. Semasa mengimpal, penelitian hendaklah dibuat pada bahagian muncung
sumpitan terutama bahagian orifis, nozel dan cip yang mungkin terdapat percikan yang
melekat sehingga memenuhi nozel yang akan menganggu kelancaran proses
mengimpal. Semburan gel anti lekatan kepada bahagian muncung sumpitan akan
menyebabkan lekatan percikan mudah ditanggalkan

Spray dan gel anti lekatan percikan lampau

iv. Unit suapan dawai elektrod

Motor dalam unit suapan dawai secara automatik menghulur dawai elektrod dari
gulungan dawai kepada muncung sumpitan arka. Pelbagai kelajuan keluaran dawai
boleh dibuat dengan melaras suis pada panel kawalan. Terdapat dua suapan dawai
yang dibina dalam punca kuasa atau sebagai satu unit yang berasingan dari mesin
kimpalan. Unit berasingan sesuai digunakan untuk mengimpal di kawasan yang luas.

27
Unit suapan dawai berasingan

v. Silinder dan gas lengai

Gas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas
campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida.

vi. Pelarasan panel kawalan, pengatur dan meter alir serta kendalianya

Pengaliran gas lengai dari silinder ke kawasan kimpalan dilaras oleh panel kawalan,
pengatur dan meter alir. Gas lengai terus mengalir keluar untuk melindungi kawasan
kawah leburan Kimpalan walaupun suis pemetik pada muncung sumpitan telah di
"OFF" apabila proses kimpalan berhenti. Jangka masa keluaran gas ini dilaras pada
panel kawalan mesin kimpalan MIG. Pengatur silinder gas lengai mengandungi tolok
tekanan yang menunjukkan tekanan gas.

28
Pengatur dan meter alir

Pelarasan tombol pada pengatur ini akan menentukan tekanan gas yang keluar dari
silinder. Kadar pengaliran gas ke kawasan kimpalan diukur dalam unit liter per
minit. Kadar keluaran ini dilaras dengan memutarkan tombol pelaras pada meter
alir. Bebola akan terapung dalam tiub kaca bermeter untuk menunjukkan kadar aliran
gas yang keluar.

4.2 MESIN GERUDI

4.2.1 Jenis-jenis Mesin Gerudi

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga
digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat,
membenang dalam dan meratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis
mesin gerudi, seperti:

1. Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.

2. Mesin gerudi tiang

3. Mesin gerudi jejarian

29
4. Mesin gerudi mudah alih

5. Mesin gerudi kerja khas

i. Mesin Gerudi Tekan (Jenis meja dan lantai)

Mesin ini dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan,
jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan
yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada 2 jenisiaitu jenis meja dan
jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja,
sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai.
Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukannya. Mesin gerudi
ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz
sehingga 13mm sahaja.

ii. Mesin Gerudi Tiang

Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan
gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja

30
berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama
dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah
dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan
keljuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan
gear.

iii. Mesin Gerudi Jejari

Mesin gerudi jejari sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-
komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya
boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang
diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi
ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan benda kerja. Dengan itu kerja
tidak perlu diset berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang
dengan kepala universal yang boleh dikilas pada sebarang sudut. Ini membolehkan
lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah
pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini ialah:

a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.

31
b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi

c) pemilihan kelajuan lebih luas

d) tegap dan tidak bergegar

iv. Mesin Gerudi Mudah Alih

Mesin ini mudah dibawa ke sana kemari. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang
yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi
mudah alih, iaitu:

a) Jenis Pistol

Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk
kerja-kerja ringan.

b) Jenis Kerja Berat

32
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah tangan. Ia
digunakan untuk kerja-kerja berat.

v. Mesin Gerudi Khas

Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai
kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jeni-jenis mesin gerudi khas
ialah:

a. Mesin Gerudi berbilang Spindal

b. Mesin Gerudi Regu

c. Mesin Gerudi Turret

d. Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.

4.2.2 Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi Tiang

i. Tapak

Tapak diperbuat daripada besi tuang. Oleh sebab tapak tersebut berat, kedudukan
mesin mesti stabil. Terdapat lurah-lurah T yang berfungsi untuk memegang benda
kerja yang besar.

ii. Turus

Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang pada tapak. Di bahagian
hujung sebelah atas dipasang motor. Alatan lain yang dipasang pada turus ialah meja.

iii. Meja

33
Meja diperbuat daripada besi tuang, berbentuk segiempat bujur dan bulat. Lurah T
yang terdapat pada meja berfungsi untuk mengikat ragum mesin atau benda kerja.
Meja boleh digerakkan turun naik atau dikilas pada sebarang sudut. Ia juga boleh
ditempatkan di mana-mana kedudukan yang sesuai disepanjang turus

iv. Pengawal Kelajuan Motor

Alat ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Fungsi utamanya ialah memutarkan spindal
dengan perantaraan takal dan tali sawat. Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang
biasanya mempunyai empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang
dipasangkan gear belakang bagi menambahkan lagi pilihan kelajuan.

v. Spindal

Spindal diperbuat daripada keluli. Lurah-lurah gelugur diperbuat bagi membolehkan


ia berputar. Spindal juga boleh digerakkan turun naik dengan pertolongan rak dan gear
pinaan. Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse No. 2 untuk disesuaikan dengan
tirusan batang gerudi, cuk gerudi, adptor, soket dan liang sendi.

vi. Pengawal Hantaran

Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan. Bahagian hujung tuil penghantar


dipasang dengan gear pinan dan rak dipasang pada soindal. Dengan ini spindal boleh
bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan.Spring lingkar pula
dipasang bagi mengembalikan tuil penghantar kepada kedudukan asal.

vii. Tolok Pengawal Dalam

Kebanyakkan mesin dilengkapi dengan alat ini bagi memudahkan menggerudi


mengikut dalam lubang yang dikehendaki.

34
4.3 Gerudi

Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam.
Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesi gerudi atau
mesin pelarik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

4.3.1 Jenis-jenis Gerudi

Gerudi terdapat dalam pelbagai jenis iaitu:

1. Gerudi Pintal

2. Gerudi Lurah Lurus

3. Gerudi Rata

4. Gerudi Benam

5. Gerudi Pusat

6. Gerudi Melubang Senggat

i. Gerudi Pintal

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia
mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis
pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan di canai supaya dapat menghasilkan

35
sudut pemotongan dan sudut kelegaan. Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan
untuk kerja-kerja khas iaitu:

a. Gerudi Pintal Tiga Lurah atau empat Lurah

Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada
tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak, boleh
menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang
dengan lebih licin dan tepat.

b. Gerudi Pintal Lubang Minyak

Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ke tepi
pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan
lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja
pengeluaran.

c. Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang

Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja.
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-dua
jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

d. Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut Helixs Tinggi

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih
kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 300.
Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi
logam tempawan dan logam liat. Selain itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang
dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan
plastik, gentian, asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

ii. Gerudi Lurah Lurus

Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut
seperti loyang, tembaga dan aluminum dan juga logam nipis kerana ia tidak tersepit

36
atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus
yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.

iii. Gerudi Rata

Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai. Sudut
pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug
pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini
kerana banyak terdapat kekurangan. Antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak
berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.

iv. Gerudi Benam

Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan
berbentuk kon. Sudut matanya ialah 900 hingga 1200. Gerudi benam digunakan khas
untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh
dipasang. Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

v. Gerudi Pusat

Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasanya mempunyai
sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 600 dan
1200 di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada
3mm ke atas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada
mesin pelarik atau mesin gerudi.

vi. Gerudi Melubang Senggat

37
Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala
skru Allen serta untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat
kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

4.3.2 Bahagian-bahagian Gerudi Pintal:

i. Badan

Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada:

a. Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan
sudut kandung 1180, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini, dengan
masing-masing membentuk sudut 590 dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3
daripada garis pusat gerudi.

b. Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan
bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan
gerudi masuk ke dalam permukaan logam.

c. Bibir Pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk
daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
pemotong ini dibuat sama panjang.

d. Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah:

i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon

38
ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar

iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

e) Lengkang Lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang
belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih
tegap.

f) Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk
memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel.
Geseran ini bpleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja
ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

ii. Batang

Bahagian gerudi yang masuk ke dalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang
sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. Batang Lurus

Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia
dipegang dalam cuk gerudi.

b. Batang tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13
mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh dipasang pada
spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi
dan lubang spindalmesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan
Morse.

39
iii. Putting

Putting berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi. Putting terdapat pada
bahagian batang tirus sahaja. Putting berfungsi untuk memudahkan gerudi diputar
kerana putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin
atau soket atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah
dengan menggunakan alat perenggang.

iv. Sudut Pemotong dan Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

Terdapat tiga jenis sudut yang perlu diberi perhatian apabila mencanai mata gerudi:

1. Sudut Pemotongan

Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 590 dari paksi iaitu membahagi dua sudut
kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul dengan sendirinya bibir
pemoong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang dihasilkan akan menjadi lebih
besar, Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi.

2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

Sudut kelegaan bibir terbentuk dengan mencanaikan permukaan belakang hingga ke


tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ialah supaya permukaan hujung mata
tidak bergesel dengan benda kerja.

3. Sudut Heliks

Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah
sedi dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut heliks tinggi digunakan untuk
menggerudi logam.

v. Coolants

Ia digunakan untuk mengawal suhu komponen kerja dan peralatan. Selain daripada itu
ia juga digunakan untuk:

40
a) mencuci bahan yang diproses dan mengawal habuk

b) mengurangkan kuasa yang diperlukan untuk menggerudi

c) mengelakkan pengaratan keatas alatan dan bahan yang diproses.

Coolant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, mineral coolant dan latte oil coolants.
Coolants yang biasa digunakan ialah mineral coolants kerana kosnya lebih murah.

4.3.3 Langkah Keselamatan Ketika menggunakan Mesin-mesin Gerudi

i. Paastikan anda memakai pakaian yang sesuai ketika mengendalikan mesin-


mesin ini.

ii. Elakkan daripada memakai jam tangan dan barangan kemas. Ini kerana
barangan seperti ini boleh menarik perhatian mesin.

iii. Jangan bermain dan menggangu dengan rakan ada kerana peralatan mesin-
mesin ini amat merbahaya.

iv. Berikan tumpuan yang sepenuhnya ketika menjalankan aktiviti.

v. Ikut prosedur yang betul ketika menjalankan mesin

vi. Elakkan kerja berseorangan.

41
Berikut merupakan antara proses pembuatan projek yang dilaksanakan di Mat tahir
Konok.

4.4 Penyidai Kain

Penyidai kain merupakan salah satu alat yang biasa digunakan pada setiap rumah atau
sebarang kediaman yang lain seperti asrama. Penyidai kain ini dibuat berdasarkan
tempahan daripada pelanggan, harga untuk satu unit penyidai kain ini adalah
berdasarkan panjang penyidai.

4.4.1 Objektif

42
1. Dapat mengetaui cara mengguankan mesin dengan betul

2. Dapat mengetahui teknik mengimpal dengan betul

3. Dapat mengetaui cara menbuat penyidai kain

4.4.2 Bahan dan peralatan yang digunakan

1. Mesin pemotong

2. Mesin pencanai mudah alih

3. Mesin gerudi

4. Mesin kipalan M.I.G

5. Penghadang muka

6. Pita pengukur

7. Sesiku L kapur penanda atau pengarik

8. Besi hollow 1×2 inci

9. Cat berwarna maroon

10. Spray gun

11. Petrol

12. Kain

4.4.3 Langkah untuk menyiapkan projek

Untuk menyaiapka projek ini, beberapa langkah perlu diambil perhatian sebelum kerja
penhasilan dijalankan. Ini adalah untuk kekemasn dan kekesempurnaan sebuah projek.
Langkah tersebut adalah seperti berikut:

43
1. Bacadan fahami pelan yang disediakan

2. Pastikan semua besi dan alatan yang hendak digunakan adalah dalam keadaan
selamat

3. Langkah seterusnya, potong besi hollow mengikut saiz yang ditetapkan. Mesin
pemotong digunakan untuk kerja memeotong

4. Tebuk enam lubang setiap 2 batang besi yang panjang lima kaki untuk setiap unit
dan dua lubang pada besi yang bersaiz dua kaki untuk empat batang besi digunakan
pada setiap unit.

5. Besi-besi yang dipotong disususn mengikut sususan yang dirancang, besi yang
disususn dikimpal dengan jangkaan sudut 90° menggunakan sesiku L bagi
mendapatkan sudut yang tepat dan dikimpal paku.

6. Besi ¾ inci dipotong untuk dijadikan penyokong pada penyidai kain, setiap bucu
besi tersebut akan dipotong sudut 45° .

7. Besi untuk penyokong penyidai kain tersebut dipaku kimpal pada penyidai kain
dan disemak menggunakkan sesiku L untuk mendapatkan sudut yang tepat.

8. Penyidai kain tersebut dikimpal dengan penuh, setelah keseluruhan penyidai kain
sudah kimpal. Tayar dikimpal dengan air untuk mengelakkan kerosakkan bearing
pada tayar tersebut. Tanyar yang dilekatkan pada penyidai kain adalah bertujuan
untuk memudah proses mudah alih apabila hujan.

9. Setelah proses kimapal siap, kerja mencanai kumai dilakukan pada setiap
sambungan kimpalan. Kerja ini dilakukan kerana ia menengalak dari bahaya
kepada pengguna.

10. Penyidai kain yang siap dicanai akan dilapkan dengan kain yang dibasahkan
dengan petrol untuk menanggalkan kesan minyak dan karat. Ia jugak akan
memudahkan proses mengecat dan memberi ketahanan cat.

11. Langkah terakhir ialah proses mengecat dilalukan dengan menggunakan cat
berwarna maroon. Cat dibancuhkan dengan petro terlebih dahulu dan semburkan
menggunakan ‘air compressor’ ke penyidai kain dengan rata tanpa meneleh.

44
4.4.4 Langkah keselamatan diri

1. Sebagai pengguna, sesuatu peralatan yang terdapat didalam bengkel atau semasa
kita menggunakannya kita harus melaksakan langkah keselamatan untuk diri
sendiri. Ia adalah bagi mengelakkan sesuatu kejadian buruk berlaku.

2. Beberapa langkah keselamatan yang diambil semasa proses membuat penyidai


kain dijalankan:

3. Pekerja hendaklah menumpukan sepenuh perhatian semasamengendalikan mesin


mahupun alatan tangan.

4. Jangan bekerja ketika mengantuk, pening, deman, sakit ataupun terlalu letih.

5. Memetuhi peraturan yang ditetepkan semasa bekerja.

6. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.

7. Tidak mengendalikan mesin yang anda tidak tahu tentang cara penggunaan dan
fungsinya.

8. Tidak menggunakan peralatan yang tidak bersesuaian dengan kerja yang


dilakukan

9. Memakai kasut keselamatan (safety boot).

4.4.5 Kesimpulan

Penyidai kain merupakan salah satu alat yang biasa digunakan pada setiap rumah atau
sebarang jenis kediamanyang lain.

4.5 Membuat grille

Jeriji tingkap keselamatan atau ‘grille’ direka bertujuan untuk menjamin keselamatan
daripada penceroboh yang selalu menceroboh melaului tingkap. Grille rumah atau
berbagai jenis grille lain dapat diperolehi melalui proses atau kerja kimpalan. Kerja-

45
kerja menbuat grille perlu dibuat dengan menggunakan peralatan yang mencukupi dan
mengikut ukuran diambil di tapak projek yang ditempah oleh pelanggan.

Pembuatan grille ini memerlukan ukuran yang tepat untuk mengelakkan berlaku
kesusahan semasa kerja pemasangan dilakukan. Pembuatan grill ini boleh dikatankan
agak rumit kerana ian menitik beratkan pengukuran yang agak tepat.

4.5.1 Objektif

1. Dapat mengetahui cara penggunaan mesin dangan betul

2. Mengetahui cara mengimpal denagn baik dan betul

3. Dapat mengetaui cara menbuat grille denagan betutuk dan kemas

4.5.2 Peralatan yang digunakan

Untuk menyaipkan sebuat tempahan grille, banyak peralatan-peralatan yang


diperlukan untuk kerja-kerja tersebut. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti
berikut:

1. Mesin kimpalan M.I.G dan arka

2. Mesin pemotong

3. Mesin canai mudah alih

4. Pita pengukur

5. Seseku L

6. Kapur penanda

7. Pengarit

8. Besi angel

9. Besi hollow bersaiz berikut; 1 inci, ¾ inci,

46
10. Besi over tiub

11. Besi 3’8’ inci

12. Spray gun

13. Air compressor

14. Cat

4.5.3 Langkah kerja

Untuk menyiapkan projek ini, terdapat beberapa lankah yang perlu diambil perhatian
agar tempahan projek dapat di siapkan dengan sempurna dan menepati kehendak
pelanggan. Antara lankah untuk menyiapkan projek ini ialah:

1. Baca dan fahami projek yang dilakarkan didalam buku tempahan.

2. Buat rancangan untuk pemotongan

3. Ukur dan tanda pada besi hollow/angel. Setelah ukuran lebar dan panjang diambil.
Pemongan dibuat dengan tepat untuk dijadikan bingkai utama. Perkara yang paling
penting adalah pematongan kerana penhasilan produk yang sempurna adlah
bergatung padanya untuk kerja pemotangan mesin pemotang digunakan

4. Biasanya pada hujung setiap bucu besi hollow/angel dipotang serong 45° jankaan
sesiku L. tujuan pemotangan serong adalah untuk mendapatkan penyanbungan
yang baik dan sempurna.

5. Apabila besi hollow siap hollow/angel siap dipotong, temukan sudut serong 45°
yang dibuat dan dikimpal kan dengan arus yang rendah supaya ianya tidak
berlubang. Mulakan kimpalan dengan memaku kimpal sebelum kimpalan penuh
dilakukan. Tujuan kaedah ini dilakukan supaya sudut tepat mudah diperolehi dari
sesiku L.

6. Setelah siap, potang besi over tiub dan besi 3’8’ untuk dijadikan bilah didalm
kerangka grille. Bilah kimpalan dikimpal secara selang-seli dibahagian belakang
grille.

47
7. Setelah siap menbuat proses kimpalan, proses membuang kumai dijalankan
denagan menggunakan canai mudah alih. Tujuan proses ini dijalankan adalah
untuk mencantikkan dan memeudahkanproses penyemburan cat dilakukan.

8. Prose mengecat dijalankan mengikut warna yang ditetapkan oleh pelanggan.


Proses mengecat dijalankan dengan spray gun yang datang dari ‘air compressor’.

9. Akhir sekali, grille yang telah siap dibiarkan selama satu hari supaya cat kering
dan sama rata.

4.5.4 Pemasangan

Untuk kerja pemasangan grille, sekurang-kurang dua orang diperlukan untuk


memudahkan kerja pemasangan. Langkah kerja untuk proses pemasanga grille adalah
seperti berikut:

1. Tentukan kedudukan dan ukurana yang tepat bagi setiap ukuran denagan bingkai
grille tersebyt menggunakan pita pengukur.

2. Letakkan grille tersebut berhanbiran bingkai ynag hendak dipasang

3. Tepuk lubang pada diding menggunakan mesin gerudi mudah alih ‘impact drill’.
Mata gerudi yang digunakan adalah bersaiz antara 0.5mm-1mm. tujuan lubang
ditebuk adalah untuk memasukkan wallplug’ pada grille untuk dilekatkan pada
bingkai jendela.

4. Setelah grille dalam keadaan yang baik digantung, semua lubang ditebuk dan
masukkan semua ‘wallplug’. Ianya diketul dengan menggunakan tukul secara
berhati-hati sehingga kemas.

5. Peralatan yang digunakan semasa proses pemasangan adalah

6. Mesin gerudi mudah alih ‘impact drill’

7. ‘wallplug’

8. Tukul

9. Pita pengukur

48
10. Kapur penada

11. Tangga

4.5.5 Langkah keselamatan diri

Sebagai pengguna, sesuatu peralatan yang ada didalam bengkel atau semasa
menggunakannya kita haruslah melaksanakan langkah keselamatan untuk diri sendiri.
Ia adalah untuk mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku. Semua pihak haruslah
mengamalakn sikap berhati-hati dan sentiasa memestikan diri bebas daripada bahaya
semasa melakukan sebarang perkerjaan.

Beberapa langakah keselamatan diri semasa proses menbuat grille dilakukan,


antaranya adalah

1. Perkerja hendaklah menumpukan sepauhuh perhatian ketika mengendalikan mesin


mahupaun alatan tangan.

49
2. Jangan bekerja ketika menagtuk, pening, sakit deman atau terlalu letih.

3. Memetuhi peraturan yang ditetapkan semasa berkerja.

4. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.

5. Tidak mengendalikan mesin yang anda tidak tahu tentang cara penggunanan dan
fungsinya.

6. Tidak menggunakan peralatan yang tidak bersesuaian dengan kerja yang


dilakukan.

7. Memakai kasut keselamatan ‘safety boot’.

4.5.6 Kesimpulan

Grille atau jeriji tingkap keselamatan direka bertujuan untuk menjamin keselamatan
daripada penceroboah yang selalu menceroboh melalui tingkap. Pembuatan grille ini
memerlukan ukuran yang tepat untuk mengelakkan berlaku kesusahan semasa kerja
pemasangan. Pembuatan grille ini bolehlah dikatakan rumit juga kerana ia menitik
beratkan pengukuran yang tepat.

50
BAB 5: DAPATAN KOMEN DAN CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri di Mat Tahit Konok selama 10 minggu, banyak
pengetahuan dan pengalaman baru yang pelatih pelajari daripada syarikat ini dan hal
ini membuatkan pemahaman pelatih semakin bertambah mengenai kursus yang
pelatih pelajari dan tidak dipelajari semasa berada di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Sebagai pelatih yang telah menjalani latihan industri di bengkel ini, saya ingin
kemukakan cadangan mengenai Mat Tahir Konok, cadangan ini adalah untuk tujuan
penambahbaikan sistem pengurusan firma. Firma harus menambahkan lagi
perancangan tugasan dan kerja bagi pelajar yang menjalani di syarikat ini supaya
mendapat pengalaman yang lebih meluas dan pengetahuan yang lebih dalam lagi
mengenai dengan kerja-kerja di Mat Tahir Konok.

Seterusnya, cadangan juga kepada Pelatih yang selesai menjalani Latihan Industri
sebolehnya mendapat pengiktirafan dari pihak firma/syarikat sebagai contoh
penyerahan sijil penghargaan. Ini bertujuan untuk menghargai para pelatih yang telah
membantu dalam sistem pengurusan Mat Tahir Konok.

Disamping itu juga, para pelatih juga harus diberi peluang menjalani latihan industri
di syarikat/firma ini lebih lama lagi supaya pengalaman kerja dan pengetahuan para
pelatih dapat di pertingkatkan selain menambah keyakinan kepada pelatih untuk
berkerja di syarikat lain atau pun untuk persediaan mencari kerja pada masa akan
datang.

52
BAB 6: KESIMPULAN

Saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan mengenai skop tugas sebagai seorang
pengimpal di bawah bidang kimpalan dan fabrikasi logam melalui pengalaman
menjalani latihan industri di Mat Tahir Konok bermula daripada 19 jun 2017 hingga
25 Ogos 2017 iaitu selama 10 minggu

Di sini, saya dapat menimba pengalaman baru di mana pengalaman ini tidak semua
dapat saya perolehi dalam bidang pengajian saya di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Pengalaman yang amat bermanfaat dengan mengikuti kerja-kerja yang
berkaitan proses pembuatan melibatkan kimpalan dan fabrikasi logam seperti
mengimpal, membengkok, mencanai, memotong dan lain-lain. Selain itu, saya dapat
melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembuatan
logam atau besi bagaimana ia disediakan bermula daripada pemilihan bahan untuk
digunakan hingga ke proses memasang projek kepada pelanggan.

Di samping itu, saya dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri dari segi
berkomunikasi dengan pekerja sama ada pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat
dengan bengkel ini. Berpeluang memahami karenah-karenah atau pun sikap-sikap
pelanggan yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan dalam
kualiti dan reka bentuk yang dihasilkan. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri
ini dijalankan supaya pelajar memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang
yang diikuti iaitu bidang kimpalan dan fabrikasi logam.

Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri, ingin mencadangkan supaya
pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan industri agar sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab. Di samping itu, Pelajar harus juga didedahkan kerja-kerja di mana
memerlukan untuk pelatih terlibat secara lansung untuk memahami antara teori dan
amali supaya dapat di bimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang
bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan industri.

54
BAB 7: RUJUKAN

1) Consumable AWS Certificates:


www.lincolnelectric.com/products/certificates/
Material Safety Data Sheets (MSDS):
www.lincolnelectric.com/products/msds/
ANSI Z49.1 Safety in Welding and Cutting and Arc Welding
Safety Checklist:
www.lincolnelectric.com/community/safely/
Request E205 Safety Booklet:
www.lincolnelectric.com/pdfs/products/literature/e205.pdf
2) LINCOLN ELECTRIC GMAW WELDING GUIDE. pdf

3) GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK


(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

4) Gas metal arc welding - Wikipedia, the free encyclopedia

5) Kimpalan Gas & Arka


http://www.scribd.com/doc/35403922/Kimpalan-Gas-amp-Arka
BAB 8: LAMPIRAN
Lampiran 1 : Mat Tahir Konok

57

Anda mungkin juga menyukai