Anda di halaman 1dari 20

MODUL 5

RAWATAN HABA

KLIK DI SINI

Persembahan Unit Kfl SMT SHAS K. Lipis 2005


TOPIK

KLIK PETAK BERKENAAN UNTUK DESTINASI SETERUSNYA

PENGENALAN

PROSES-PROSES RAWATAN HABA

SESI KEFAHAMAN

SELAMAT BELAJAR & BERJAYA


< PENGENALAN >

Takrifan & Tujuan Rawatan Haba

Rawatan haba adalah proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu


yang tertentu dan diikuti dengan proses penyejukan pada kadar tertentu.

Tujuan proses rawatan haba dilakukan ke atas logam adalah untuk


mengubah sifat mekanikal logam.

Perubahan sifat berlaku hasil daripada perubahan struktur mikro logam.

Fikirkan !
Kenapakah rawatan haba perlu untuk merubah sifat mekanikal keluli ?
< PENGENALAN >

Hubungan Suhu Rawatan Haba & Peratus Karbon Dalam Keluli

Perubahan struktur mikro keluli dapat dijelaskan dengan mendalam


melalui kefahaman gambarajah keseimbangan besi-karbon.

Melalui taksiran gambarajah besi-karbon, hubungan antara suhu rawatan


haba dan peratus karbon dalam keluli dapat dikaitkan dengan perubahan
sifat yang berlaku ke atas keluli yang dipanaskan.

Klik Untuk Keterangan


Gambarajah Keseimbangan Besi-Karbon
GAMBARAJAH
< >
KESEIMBANGAN BESI-KARBON

˚c Nota:

908 F (Ferit)
A (Austenit)
800 P (Pearlit)
F+A C+A C (Simentit)
723
TGB
F
Teruskan
F +P C+P

0.4 0.83 % Karbon


GAMBARAJAH
< >
KESEIMBANGAN BESI-KARBON

Situasi 1
Pada suhu < 723 ˚C dan % Karbon < 0.83
Keluli bersifat lembut (hipoeutektoid)
Proses Struktur keluli adalah F + P
Pembentukan F adalah besi tulen mengandungi 0.006 % Karbon
Fasa P adalah lapisan F + C
Struktur Mikro
Keluli Situasi 2
Pada suhu < 723 ˚C dan % Karbon > 0.83
Keluli bersifat lembut (hipereutektoid/ sederhana/ keras)
Struktur keluli adalah C + P
C adalah gabungan karbon & F (Keras & Rapuh)
Situasi 3
Pada suhu 723 ˚C hingga 908 ˚C dan % Karbon < 0.83
Struktur keluli adalah F+ A
A adalah larutan pepejal karbon dalam besi
A mula terbentuk ketika berada pada julat kritikal TGB
A akan terbentuk sepenuhnya bila melepasi TGA
PROSES-PROSES
< >
RAWATAN HABA

Proses-Proses Yang Terlibat Dalam Rawatan Haba Ke Atas Keluli

Sepuhlindap

Penormalan

Pengerasan

Pembajaan

Klik Petak Berkenaan Untuk Keterangan


PROSES-PROSES
< >
RAWATAN HABA

Sepuhlindap

Prosesnya :
i. Pemanasan keluli kepada suhu > TGA ( 750 ˚C ) dalam ketuhar.
ii. Keluli disejukkan secara perlahan di dalam ketuhar.
iii. Struktur austenite yang terhasil berubah kepada F + P .
iv. Keluli bersifat lembut.

Tujuannya :
i. Melembutkan keluli supaya mudah dimesin.
ii. Melegakan tegasan dalam struktur mikro.
iii. Menghasilkan tegasan alah dan kekuatan tegangan yang rendah.
PROSES-PROSES
< >
RAWATAN HABA

Penormalan

Prosesnya :
i. Pemanasan keluli kepada suhu > TGA ( > 50 ˚C ) dalam ketuhar.
ii. Keluli disejukkan secara perlahan di udara.
iii. Struktur austenite terhasil.

Tujuannya :
i. Menghasilkan struktur bijian keluli lebih halus.
ii. Menghasilkan permukaan bahan yang lebih licin.
iii. Merubah sifat mekanikal bahan lebih keras, kekuatan tegangan
lebih tinggi dan kemuluran lebih rendah.
PROSES-PROSES
< >
RAWATAN HABA

Pengerasan

Prosesnya :
i. Pemanasan keluli kepada suhu TGA dalam ketuhar.
ii. Keluli disejukkan secara cepat ke dalam media penyejuk (Air / Minyak)
iii. Struktur austenite berubah kepada struktur martensite
iv. Perubahan struktur berlaku disebabkan haba terperangkap semasa
proses penyejukan cepat.
v. Keluli bersifat sangat keras dan rapuh.

Tujuannya :
i. Menghasilkan sifat kekerasan ke atas keluli.
ii. Menguatkan stuktur keluli
PROSES-PROSES
< >
RAWATAN HABA

Pembajaan

Prosesnya :
i. Merupakann proses rawatan semula ke atas keluli selepas proses
pengerasan dilakukan.
ii. Pemanasan keluli kepada suhu pembajaan dan dikekal pada suhu
berkenaan untuk jangkamasa tertentu.
iii. Keluli disejukkan di udara.
iv. Haba yang terperangkap akan meresap keluar sebagai zarah karbida
besi.

Tujuannya :
i. Melegakan keterikan struktur keluli.
ii. Mengurangkan sifat mekanikal kekerasan dan kerapuhan keluli.
< SESI KEFAHAMAN >

KLIK PETAK BERKENAAN UNTUK DESTINASI SETERUSNYA

LATIHAN PENGUKUHAN

CONTOH SOALAN SPM

KUIZ UJI MINDA

INFORMASI

SELAMAT BELAJAR & BERJAYA


< LATIHAN PENGUKUHAN >
Aras 1

Jawab SEMUA soalan berikut dalam buku nota anda.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan haba ?

2. Nyatakan tujuan rawatan haba dilakukan ke atas keluli.

3. Nyatakan tujuan proses-proses berikut dilakukan ke atas


keluli..
a) Sepuhlindap
b) Penormalan
c) Pengerasan
d) Pembajaan

4. Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembajaan


ke atas keluli ?
kepingan logam.
< LATIHAN PENGUKUHAN >
Aras 2

Jawab SEMUA soalan berikut dalam buku nota anda.

1. Terangkan perbezaan antara proses penyepuhlindapan


dengan proses penormalan ke atas keluli.

2. Kenapakah proses rawatan haba berikut dilakukan ke atas


keluli.
a) Pengerasan
b) Pembajaan

3. Huraikan bagaimana proses rawatan haba berikut dilakukan.


a) Sepuhlindap
b) Penormalan
c) Pengerasan
d) Pembajaan
< LATIHAN PENGUKUHAN >
Aras 3

Jawab SEMUA soalan berikut dalam buku nota anda.

Rajah 1

1. Rajah 1 menunjukkan alat tangan yang digunakan dalam kerja kejuruteraan.


Setelah kerapkali digunakan alat tersebut mengalami kehausan pada
bahagian permukanya.
a) Namakan jenis proses rawatan haba yang sesuai untuk memperbaiki
masalah yang dihadapi.
b) Huraikan bagaimana proses rawatan haba 1(a) di atas dapat dilakukan.
SEKIAN

Suatu Persembahan P & P


Unit Kimpalan & Fabrikasi Logam SMT SHAS
Kuala Lipis 2005

Hingga Jumpa Lagi


FASA DAN SIFAT MEKANIK
< >
STRUKTUR MIKRO BESI KARBON

Ferit ( F )
Merupakan besi tulen.
% mak. karbon boleh larut dalam sturuktur mikro
adalah tidak melebihi 0.022% pada suhu 723 ˚C.
Bersifat lembut & mulur.
Sesuai bagi penghasilan produk yang memerlukan
(F) 90x dibesarkan
daya yang tinggi.

Austenit ( A )

Merupakan larutan pepejal karbon dalam besi.


% mak. karbon boleh larut dalam sturuktur mikro
adalah 2.14% pada suhu 1147˚C.
Bersifat lembut, mulur dan tidak magnetik.
(A) 325x dibesarkan
FASA DAN SIFAT MEKANIK
< >
STRUKTUR MIKRO BESI KARBON

Pearlit ( P )
Merupakan lapisan Ferit dan Simentit.
Bersifat lebih keras daripada struktur mikro Austenit.
Sesuai bagi pembuatan komponen berjitu tinggi.

(P) 100x dibesarkan

Simentit ( C )
Merupakan struktur mikro yang terbentuk apabila
% karbon Ferit melebihi 0.022% di bawah suhu
723 ˚C, dan ia juga terbentuk dalam Austenit pada
suhu antara 723 ˚C dan 1147˚C.
Bersifat sangat keras dan rapuh (bergantung pada
(S) + (P) 500x dibesarkan kadar pertambahan karbon).
HUBUNGAN SUHU & PERATUS KARBON DALAM
< >
PEMBENTUKAN FASA STRUKTUR MIKRO KELULI

Suhu (˚C) Pemanasan Peratus ( %) Karbon Fasa Struktur Mikro

800 0.83 Austenit

730 1.0 Simentit + Austenit

730 0.4 Ferit + Austenit

400 0.4 Ferit + Pearlit

400 1.0 Pearlit + Simentit

Pembentukan fasa yang berlaku pada struktur mikro keluli bergantung


kepada takat suhu pemanasan dan peratus kandungan karbon yang
tambah ke atas keluli.
PEMBENTUKAN FASA
< >
STRUKTUR MIKRO KELULI

˚c

908
A
800
F+A C+A
723
TGB
F

F+P P C+P

0.4 0.87 % Karbon

Anda mungkin juga menyukai