Anda di halaman 1dari 15

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

NAMA
MOHD KHAIRUL ANOR BIN SELAMAT MOHD RAHIMAN BIN JALALUDIN KELAS NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : DKM 2A : :

NO. PEND 14DKM05F013 14DKM05F015

MARKAH

KIMPALAN GAS
Tajuk: Mengimpal sambungan tindih @ lekap Sambungan kembi Tee Meloyang
TUJUAN @ OBJEKTIF

1. Boleh mengimpal sambungan tindih, sambungan kembi T dan meloyang dengan betul dan baik. 2. Mengetahui cara cara mengimpal tindih, sambungan kembi T dan meloyang pada plat 50mm x 100mm x 1.5mm 3. Mengetahui langkah langkah keselamatan semasa menjalankan kerja kimpalan tindih, sambungan T dan meloyang.

PERALATAN @ BAHAN 1. Kelengkapan kimpalan gas oksigen dan gas asetilena. 2. Gogle 3. Berus dawai 4. Glove / sarung tangan 5. Pakaian keselamatan 6. Logam penambah ( mild steel ) 7. Logam penambah jenis loyang . 8. Pemetik bunga api ( spark lighter ) 9. 6 keping plat keluli lembut dan 1 keping plat tembaga berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm 10.Bahan lakur / fluks 11.playar / penyepit logam 12.muncung sumpitan

TEORI SAMBUNGAN TINDIH / LEKAP

1. Sediakan dua plat keluli lembut berukuran 50mm x 100m x 1.5mm. 2. Sediakan kelengkapan asa kimpalan oksi-asetilena . 3. Letakkan dua plat keluli yang telah dibersihkan diatas meja, sepertimana membuat sambungan temu. Kemudian, letakkan yang satu lagi diatas kedua dua logam yang diletakkan awal tadi. Tentukan kedudukan logam yang diatas terletak di setengah bahagian yang sama atas kedua dua logamdibawahnya. 4. Buatkan paku kimpal pada hujung kedua dua lpgam atas dan bawah.
5. Lakukan kimpalan sepertimana mengimpal sambungan kambi.

TEORI SAMBUNGAN KEMBI TEE (T- WELD) 1. Sediakan dua plat keluli lembut berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm 2. sediakan kelengkapan oksi asetilena 3. Letakkan satu plat keluli diatas meja dan satu lagi didirikan mengikut panjang logam yang dibaringkan itu, pada sudut 90 di atas logam tersebut. 4. Dengan menggunakan sesiku L, periksa ketepatan sudutnya. 5. Dengan menggunakan pengapit, buatkan paku kimpal di kedua dua hujung logam asas itu. 6. Tanggalkan penyokong dan mulakan kimpalan pada sudut sumpitan 60 mengarah ke hujung logam sambungan pada keadaan melintang. 7. Perhatian : kedua dua logam asas itu perlu dicairkan pada satu masa yang sama untuk mendapatkan andoh kimpal, baharulah di bubuhkan logam penambah.

8. Semasa proses menginpal, elakkan kimpal daripada makan bawah. Untuk mengelakkannya, tentukan logam penambah sentiasa berada diatas andoh kimpal. 9. Gerakkan sumpitan kimpaln pada bentuk bulatan atau pusingan serta gerakkanya dari arah kanan ke kiri.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KIMPALAN GAS

Jangan nyalakan kimpla arka pada selinder gas. Jangan membuat kimpalan pada bahan yang mudah terbakar. Jangan mengimpal bekas bekas yang mengandungi bahan pembakaran. Jangan mengimpal dalam ruang yang terkurung tanpa alat pernafasan. Jangan memengang bahan kimpalan yang masih panas. Jangan halakan nyalaan api pada hos oksigen dan asetilena Pastikan sambungan pada setiap peralatan kimpalan gas disambung dengan ketat dan baik. Jangan menggunakan mancis untuk menyalakan sumpitan api Mestilah memakai pakaian keselamatan seperti gogal, sarung tangan, safety boot dan baju keselamatan.

LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

Bahan bahan di dalam bengkel mestilah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan pensyarah. Jangan bawa apa-apa peralatan daripada bengkel. Jangan menguji apa-apa tanpa rahan daripada pensyarah Jika masuk sesuatu kedalam mulut, keluarkan dengan segera.selepas itu berkumur dengan air. Asid atau alkali yang terkena kulit atau pakaian mesti dibasuh dengan segera menggunanakan air yang banyak. Sebarang luka,melecur atau melepur atau lain-lain kemalangan hendaklah dilaporkan kepada pensyarah. Jika berlaku kebakaran,peraturan bomba Politeknik Merlimau hendaklah dipatuhi di dalam bengkel. Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kehadiran pensyarah.kelalaian akan mengakibatkan kemalangan yang teruk.

LANGKAH KESELAMATAN DIBENGKEL BAGI PELAJAR

Bengkel kawasan terhad,pelajar tidak boleh masuk tanpa kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ketempat asal. Semua peralatan bengkel hanya boleh digunakan atas panduan dan arahan pensyarah. Senua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Ujukaji tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan pensyarah. Setiap kerosakan, pecah atau kemalangan perlu dulaporkan dengan segera kepada pensyarah atau staf yang berada dibengkel. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel. Bengkel hendaklah kemas dan bersih selepas setiap waktu digunakan. Sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam sinki tetapi hendaklah dibuang didalam tong sampah yang disediakan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bengkel atau bilik persediaan. Beg atau topi keledar pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bengkel.

Dinasihatkan, air paip dikawasan bengkel jangan diminum. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan pensyarah. Leangkah-langkah keselamatan didalam bengkel mesti dipatuhi setiap masa.

PROSEDUR KERJA SAMBUNGAN TINDIH ( BUTT WELD)

1. Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm denagan menggunakan berus dawai. 2. Buka injap gas oksigen dan asetilena. 3. Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan yang sesuai iaitu nyalaan pertengahan. 4. Plat disusun diatas meja secara bertindih dengan kedudukan logam yang diletakkan di setengah bahagian yang sama atas kedua dua logam di bawahnya 5. Lakukan kimpal paku di kedua dua hujung plat logam. 6. Lakukan kimpalan gas dengan mencairkan kedua dua plat logam sehingga menjadi satu sambungan yang kuat. 7. Bersihkan plat logam setelah selesai proses kimpalan sambungan tindih dengan menggunakan berus dawai.

PROSEDUR KERJA SAMBUNGAN KEMBI TEE (FILLET WELD)

1. Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm dengan menggunakan berus dawai. 2. Buka injap gas oksigen dan asetilena. 3. Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan api yang sesuai iaitu nyalaan api pertengahan. 4. Letakkan satu plat keluli diatas meja dan satu lagi didirikan mengikut panjang logam yang dibaringkan itu, pada sudut 90 diatas logam tersebut. 5. Lakukan kimpal paku di kedua dua hujung plat logam tersebut. 6. Lakukan proses kimpalan sambungan kembi T pada sudut sumpitan 60 mengarah ke hujung logam sambungan pada keadaan melintang. 7. Kedua dua plat logam hendaklah dicairkan pada satu masa yang sama untuk mendapatkan andoh kimpalan , barulah dibubuh rod penambah. 8. Gerakakan sumpitan api hendaklah sekata untuk mendapatkan kumai yang baik.

PROSEDUR KERJA MELOYANG ( BRAZING WELD)

1. Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm dengan menggunakan berus dawai. 2. Buka injap hos oksigen dan asetilena. 3. Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan api yang sesuai iaitu nyalaan api pertengahan. 4. Letakkan kedua dua plat keluli yang telah dibersihkan di atas meja dengan kedudukan logam yang satu diatas logam yang satu lagi. Kedudukan logam yang diatas terletak disetengah bahagian yanga sama atas kedua dua logam di bawahnya. 5. Lakukan kimpal paku dikedua dua hujung plat tersebut. 6. Lakukan proses meloyang dengan memanaskan kedua dua kepingan plat logam sehingga merah. Setelah merah bubuhkan rod meloyang yang telah disalut dengan bahan lakur keatas logam tersebut. 7. Loyang yang dihasilkan mestilah cair bukan berbiji biji.

LANGKAH LANGKAH MENGHIDUPKAN SUMPITAN API

1. Pastikan sumpitan diketatkan dengan sempurna 2. Pakai pakaian bengkel yang sempurna 3. Tentukan injap-injap pada sumpitan ditutup. Kemidian laraskan alatur untuk mendapatkan tekanan gas yang sesuai. 4. Buka injap asetilena pusingan dan nyalakan dengan menggunakan pemetik api. 5. Setelah api dinyalakan buka injap asetilena dengan keseluruhannya. 6. Kemudian buka injap oksigen secara perlahan lahan sehingga memperolehi nyalaan api neutral. 7. Dengan hujung sumpitan dalam keadaan menyala laraskan api kepada nyalaan neutral dan tekan tuas pancutan oksigen beberapa kali untuk menyasuaikan nyalaan. 8. Untuk memadamkan nyalaan , Lepaska tuas tutup injap asetilena dahulu dan diikuti dengan injap oksigen.

PERBINCANGAN 1. Semasa proses mengimpal, letupadam dan nyalabalas sering berlaku.

2. Sudut sumpitan api semasa mengimpal tidak sekata. 3. Kelajuan pergerakan tangan tidak stabil dan sekata. 4. Muncung sumpitan api cepat tersumbat. 5. Logam belum betul- betul panas.

KESIMPULAN 1. Pelajar dapat menggunakan nyalaan yang sesuai bagi setiap kerja kimpalan yang di jalankan.

2. Setelah menjalani beberapa proses kimpalan, pelajar memperoleh pelbagai ilmu untuk mengimpal dengan baik dan sempurna. 3. Untuk mendapatkan kumai yang baik, pergerakan tangan hendaklah sekata, nyalaan api yang betul dan logam mestilah bersih daripada karat. 4. Pelajar dapat mempraktik segala langkah keselamatan semasa menjalakan kerja amali di bengkel kejuruteraan am.

Anda mungkin juga menyukai