Anda di halaman 1dari 47

RAWATAN HABA

(HEAT TREATMENT
OF STEEL)
PENGENALAN
Topik ini membincangkan bagaimana keluli
karbon mengalami perubahan struktur
dan sifat apabila melalui proses rawatan haba.

Secara amnya, rawatan haba adalah satu


proses dimana sesuatu logam pepejal
dikenakan dengan beberapa pusingan suhu
(melibatkan pemanasan dan penyejukan)
untuk mendapatkan sesuatu sifat mekanikal
yang dikehendaki (dengan menukar saiz,
bentuk hablur serta taburan komposisi.)
TUJUAN
Tujuan utama rawatan haba dikenakan ke
atas logam adalah seperti berikut :-

i. Melembutkan keluli dan memperbaikkan


lagi kebolehmesinannya (machinebility).
ii. Menghapuskan tegasan dalaman yang
dihasilkan dari rawatan terdahulu
seperti gelekan (rolling), tempaan
(forging) dan kadar penyejukan yang
tidak seragam.
iii. Menghaluskan bijian-bijian yang kasar.
PENERANGAN
JENIS-JENIS PROSES RAWATAN HABA
YANG BOLEH DILAKUKAN KE ATAS
KELULI KARBON

1. Sepuh lindap (annealing).


2. Sepuh lazim atau penormalan (normalising).
3. Pengerasan (hardening).
4. Pembajaan (tempering).
5. Perubahan atau penjelmaan sesuhu
(isothermal transformations) yang dilakukan
pada "suhu yang tetap" dalam masa yang
diperuntukkan. Proses ini biasanya bagi keluli
aloi.
PENERANGAN
Dalam proses rawatan haba terhadap keluli karbon biasa,
beberapa pusingan haba di kenakan terhadap keluli
tersebut iaitu :-

i. dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga suhu


yang ditetapkan iaitu bergantung kepada kandungan
karbon.

ii.  kemudiannya direndamkan atau dibiarkan pada


suhu itu dalam jangkamasa yang tertentu bergantung
kepada saiz komponen yang dirawat-haba.

iii. disejukkan dalam media yang dikhaskan dengan


kadar yang tertentu.
PENERANGAN
 Langkah-langkah tersebut merupakan satu
pusingan rawatan haba dan biasanya kadar
penyejukanlah yang menentukan struktur
muktamad dan sifat-sifat keluli yang
dihasilkan dengan syarat pemanasan yang
dilakukan adalah secara perlahan dan keluli itu
telah mencapai keseimbangan struktur pada suhu
yang ditetapkan dalam proses tersebut.

 Beberapa prinsip yang berkait rapat dengan


rawatan haba perlu difahamkan sebelum
membincangkan proses tersebut terhadap keluli
karbon biasa.
PENERANGAN
PENGHABLURAN SEMULA

 Semasa logam dikerja-sejuk, bijian-bijian pada


logam terherot dan tegasan dalaman dikenakan
terhadap logam tersebut.
 Jika logam itu dipanaskan kepada suhu yang
sesuai, penukleusan berlaku iaitu "benih-benih
hablur" terbentuk pada sempadan bijian yang
mengalami tegasan dalaman yang tinggi.
 Jika lebih banyak kerja sejuk dilakukan, tegasan
dalaman semakin meningkat dan suhu
penukleusan semakin turun.
PENERANGAN
PENGHABLURAN SEMULA

 Suhu yang minima di mana berlakunya


pertumbuhan bijian dinamakan suhu
penghabluran semula.
 Pada suhu ini, tenaga kinetik atom-atom pada sisi
hablur yang terherot meningkat.
 Atom-atom ini akan mengasingkan diri dan
bergabung untuk membentuk nekleus-nukleus
yang baru.
 Nukleus ini kemudiannya tumbuh menjadi
bijian yang baru.
PENERANGAN
PENGHABLURAN SEMULA

 Proses ini seterusnya berlaku sehingga semua


atom-atom pada hablur yang terherot
dipindahkan dan membentuk bijian yang baru
berpandukan Rajah Fasa Proses
Penghabluran Semula

 Apabila proses penghabluran tamat, struktur


bijian yang didapati biasanya lebih halus
daripada struktur bijian yang asal sebelum
dikerja-sejuk seperti Rajah Penghabluran
semula Loyang
PENERANGAN
PENGHABLURAN SEMULA
Rajah Fasa
Proses
Penghabluran
Semula
PENERANGAN
PENGHABLURAN SEMULA
Penghabluran Semula Loyang

a) Loyang selepas dikerja sejuk


b) 3 saat pada suhu 580 °C

c) 4 saat pada suhu 580 °C d) 8 saat pada suhu 580°C


PROSES RAWATAN HABA
Rawatan haba ialah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu yang tertentu dan diikuti
dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu ini boleh ditunjukan melalui Rajah Fasa Rawatan
Haba Bagi Keluli
Proses ini bertujuan untuk mengubah sifat mekanik logam seperti kekerasan, kekuatan dan sebagainya.
Perubahan sifat mekanik ini adalah hasil        daripada proses perubahan struktur mikro logam tersebut
terutamanya keluli.
PROSES RAWATAN HABA
Rajah Fasa Rawatan Haba Bagi Keluli
PROSES RAWATAN HABA
 Berdasarkan Rajah Fasa Rawatan Haba Bagi
Keluli didapati beberapa proses boleh dilakukan
ke atas keluli karbon dan proses tersebut berkait
rapat dengan suhu bagi menghasilkan sifat-sifat
yang dikehendaki.
 Rawatan haba bagi menghasilkan keadaan
struktur yang seimbang seperti Sepuh Lindap
(Annealing) dan Sepuh Lazim
(Normalising) boleh dilakukan.
 Manakala untuk menghasilkan keadaan struktur
yang tidak seimbang proses yang boleh
dilakukan seperti Pengerasan (Quenching)
dan Pembajaan (Tempering).
SEPUH LINDAP
(ANNEALING)
Sepuh lindap ditakrifkan sebagai pemanasan keluli
kepada suhu yang melebihi suhu kritikal atas dan diikuti
dengan proses penyejukan yang perlahan dalam ketuhar.
Sepuh lindap biasanya dilakukan ke atas kepingan logam
atau komponen-komponen yang telah dikerja-sejuk,
tempaan dan tuangan dan bertujuan:

 melembutkan keluli dan memperbaikkan lagi


kebolehmesinannya (machinebility).
 menghapuskan tegasan dalaman yang dihasilkan dari
rawatan terdahulu seperti gelekan (rolling), tempaan
(forging) dan penyejukan yang tidak seragam.
 menghaluskan bijian-bijian yang kasar.
SEPUH LINDAP
(ANNEALING)
Langkah pengendalian Sepuh Lindap terdiri
dari:
SEPUH LINDAP PENUH
(FULL ANNEALING)
 Tujuan proses ini ialah untuk menghapuskan
keterikan yang dihasilkan dari proses
tempaan dan tuangan, memperbaiki
kebolehmesinan (machinability), melembut
dan menghaluskan struktur hablurnya.

 Sepuh lindap penuh melibatkan pemanasan


dan rendaman (biasanya 2 jam) bergantung
kepada tebal komponen dan diikuti dengan
penyejukan yang amat perlahan.

 Proses penyejukan dilakukan dalam relau.


SEPUH LINDAP PENUH
(FULL ANNEALING)
Struktur Mikro 0.4% C .x 500 selepas Proses
Sepuh Lindap Penuh.
SEPUH LINDAP PROSES/
SUB KRITIKAL
 Proses ini biasanya dilakukan ke atas keluli
berkarbon rendah (kurang daripada
0.83%C). Pemanasan dilakukan pada suhu
650-700oC selama beberapa jam untuk
melembutkan keluli.
 Rawatan ini biasanya dilakukan ke atas aloi
yang mengalami ketegasan-ketegasan teruk
setelah dikerja-sejuk bagi mengembalikan
kemulurannya supaya kerja-kerja sejuk yang
selanjutnya dapat diteruskan.
SEPUH LINDAP PROSES/
SUB KRITIKAL
Bentuk Struktur Mikro 0.15% karbon selepas
Sepuh Lindap Sub Kritikal 400°C.
SEPUH LINDAP PENGSFERAAN
(SPHEROIDISING)
 Lebih kurang serupa dengan sepuh lindap
penuh tetapi untuk keluli berkarbon tinggi
(> 0.83%C ). Pemanasan dijalankan pada
suhu 650-700oC.

 Sepuh lindap yang dipanjangkan masanya


boleh menambahkan kemuluran dan
mengurangkan kekuatan disebabkan oleh
perubahan bentuk sementit di dalam lapisan
pearlit menjadi sfera (bola).
SEPUH LINDAP PENGSFERAAN
(SPHEROIDISING)
Bentuk Struktur Mikro 0.6% karbon selepas
Sepuh Lindap Pengsferaan
SEPUH LAZIM/PERNORMALAN
(NORMALISING)
 Proses ini hampir sama dengan proses sepuh
lindap KECUALI proses penyejukannya
dilakukan di udara.
 Tujuan utama proses ini ialah untuk
menghasilkan hablur yang halus bagi
memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti
kemuluran dan keliatan.
 Sepuh lazim sama seperti sepuh lindap penuh
tetapi penyejukan dilakukan dalam udara
yang tetap, dan pemanasannya pula dilakukan
pada 50oC di atas garis kritikal atas untuk
semua kandungan karbon.
SEPUH LAZIM/PERNORMALAN
(NORMALISING)
 Struktur dan sifat yang dihasilkan berubah-ubah
menurut tebal logam yang dirawati. Maka adalah
penting suhu dan masa dikawal/dihadkan untuk
mengelakkan pertumbuhan hablur kerana hablur
halus perlu diperolehi.
 Biasanya ini merupakan proses rawatan haba yang
terakhir sebab selepas proses sepuh lazim, keluli
yang diperolehi adalah lebih kuat dari sepuh lindap
penuh disebabkan strukturnya yang lebih halus.
 Tegasan, kekuatan tegangan, titik alah dan nilai
tenaga hentaman (impact) adalah lebih tinggi dari
yang didapati melalui sepuh lindap penuh.
SEPUH LAZIM/PERNORMALAN
(NORMALISING)
Bentuk Struktur Mikro 0.45% karbon selepas
Sepuh Lazim/Penormalan
LINDAP-KEJUT (QUENCHING) -
PROSES PENGERASAN 
 Pengerasan adalah proses pemanasan sehingga
suhu kritikal atas dan kemudian diikuti dengan
proses penyejukan pada kadar yang pantas.
 Untuk mengeluarkan haba yang pantas boleh
dilakukan dalam air garam, air sejuk (paip),
larutan garam, larutan air dan minyak, atau
udara termampat mengikut keberkesanannya.
 Apabila keluli (< 0.83%C) dipanaskan 10oC di
atas titik kritikal atas dan di atas garis kritikal
bawah bagi keluli (> 0.83%C), semua ferit akan
berubah menjadi austenit sebelum
dilindapkejutkan di dalam media kuenc.
LINDAP-KEJUT (QUENCHING) -
PROSES PENGERASAN 
 Apabila keluli mengalami proses penyejukan yang
cepat, austenit tidak sempat berubah menjadi pearlit
tetapi menghasilkan satu larutan pepejal celahan
yang mempunyai kesisi 'body-centred-tetragonal'
di mana atom-atom karbon terperangkap di
dalamnya.
 Struktur yang terhasil ini dinamakan martensit.
 Oleh sebab kekisinya terterik dan diherot,
strukturnya berbentuk seperti jarum.
 Ia mempunyai sifat mekanikal yang sangat keras dan
rapuh. Sifat-sifat ini bergantung kepada kandungan
karbon, suhupemanasan, tempoh pemanasan, suhu
permulaan penyejukan dan kadar penyejukan.
LINDAP-KEJUT (QUENCHING) -
PROSES PENGERASAN 
 Untuk memastikan terhasilnya struktur
martensit (untuk pengerasan), proses
penyejukan (kuenc) terhadap keluli mestilah
melebihi "kadar penyejukan kritikal".
 Kadar ini adalah kadar terendah sekali untuk
mendapatkan satu struktur martensit
keseluruhannya bila lindapkejutkan
dijalankan.
 Jika sesuatu kadar yang lebih kecil daripada
ini digunakan dalam penyejukan, sedikit
pearlit halus akan terbentuk.
LINDAP-KEJUT (QUENCHING) -
PROSES PENGERASAN 
Bentuk Struktur Mikro 0.45% karbon selepas
Sepuh Lazim/Penomalan
PENGERASAN PERMUKAAN
(SURFACE HARDENING)
 Keliatan sesuatu bahan akan berkurangan apabila
bertambahnya kekerasan dan kekuatanya.
 Terdapat banyak syarat-syarat servis di mana
memerlukan satu bahan yang liat serta
mempunyai kekerasan yang tinggi di
permukaanya. Contohnya, komponen keluli seperti
gear, aci dan sesondol. Penyelesaian pada
masalah tersebut ialah dengan membentuk satu
lapisan yang mempunyai kekerasan yang tinggi
pada permukaan tetapi liat pada terasnya (di
dalam).
 Proses pembentukan lapisan permukaan yang
keras ini dikenali sebagai pengerasan permukaan
dan ia boleh dilakukan dengan beberapa cara.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
 Merupakan salah satu cara yang digunakan untuk
menghasilkan satu permukaan yang keras atas keluli
yang mulur.
 Proses ini menambahkan kandungan karbon ke dalam
permukaan sesuatu keluli lembut, dan seterusnya
menghasilkan dengan berkesan satu rencaman
(composite) yang terdiri daripada keluli berkarbon
rendah dengan kulit nipis yang berkarbon tinggi
(dalamnya 0.5-0.7mm).
 Atom-atom karbon diresap ke dalam besi pada suhu
melebihi 910oC.
 Ketebalan selongsong karbon yang dihasilkan adalah
bergantung kepada masa dan suhu pengkarbonan.
 Bahagian-bahagian yang tidak dikeraskan disalut dengan
kuprum atau abestos.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
 Dua cara utama digunakan;

i. penyusuk karbon bungkus (pack carburizing)


ii. penyusuk karbon gas (gas carburizing)

 Dalam penyusuk karbon bungkus, komponen -


komponen hendak dirawat akan dipanaskan ke
suhu atas Garis Kritikal Atas dan bersentuh dengan
bahan karbon seperti kayu, kayu arang atau barium
carbonate dalam bekas besi tuangan. Dalam
penyusuk karbon gas, komponen-komponen
dipanaskan ke suhu atas Garis Kritikal Atas dalam
satu relau yang dipenuhi dengan methane atau gas-
gas campuran hidrocarbon.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
Rawatan Selepas Penyusukkarbon
 Keluli yang telah melalui proses penyusuk-
karbon tidaklah keras seperti yang
disangkakan.
 Apa yang terjadi hanyalah penambahan
kandungan karbon pada bahagian luar (kulit)
komponen tersebut dan pada bahagian
dalamnya (teras) pula adalah seperti disepuh
lindap penuh dengan struktur bijian yang
kasar.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
Rawatan Selepas Penyusukkarbon
 Rawatan haba selanjutnya perlu dijalankan
bagi mengeraskan kulit/selongsong dan
seterusnya menghaluskan bijian supaya
keliatan dan kekuatan yang sempurna
diperolehi.
i. penghalusan (bijian) teras (core refining)
ii. pengerasan permukaan/kulit (case
hardening)
iii. pembajaan permukaan (case tempering)
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
Penghalusan Teras
 Jika kandungan karbon pada terasnya kurang
daripada 0.3%, suhu sepuh lindap yang
sesuai ialah 8700C.
 Setelah memanaskan komponen itu pada
suhu tadi, ianya dilindapkejutkan dengan air
bagi memastikan struktur bijian yang halus
diperolehi dengan itu keliatan yang sesuai
dihasilkan.
 Suhu 870oC adalah sesuai untuk teras, tetapi
tidak sesuai untuk kulit.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
Pengerasan Permukaan/Kulit

 Kandungan karbon pada kulit adalah 1.0%


maka suhu yang sesuai untuk proses
pengerasan ialah 760oC.
 Komponen tadi dipanaskan semula ke suhu
760oC dan kemudiannya dilindapkejutkan.
 Suhu ini tidak sesuai bagi pertumbuhan
hablur pada teras, tetapi pemanasan di antara
650-750oC hendaklah dipercepatkan dan
rendaman pada suhu ini haruslah dielakkan.
PENGERASAN SELONGSONG
(CASE HARDENING)
Pembajaan Permukaan

 Pembajaan permukaan dilakukan pada suhu


200oC untuk melegakan tegasan dalaman
yang dihasilkan semasa melindapkejutkan
komponen itu.
PEMBAJAAN
(TEMPERING)
 Proses ini bertujuan untuk melegakan keterikan
dalaman yang terhasil dari pengerasan kuenc,
sambil memperbaiki keliatan dan kemulurannya
tetapi mengurangkan kekerasan dan
kekuatannya.
 Proses pemanasan dilakukan sehingga ke suhu
pembajaan dan dikekalkan pada suhu tersebut
untuk suatu jangka masa tertentu.
 Pembajaan melibatkan pemanasan semula keluli
ke suhu di bawah garisan kritikal bawah dan
menyebabkan perubahan rupabentuk martensit
yang terhasil selepas kuenc menjadi struktur
yang lebih lembut tetapi liat.
PEMBAJAAN
(TEMPERING)
 Lebih tinggi suhu pembajaan digunakan, lebih
hampir struktur itu menjadi struktur pearlit yang
stabil dan bahan itu menjadi lebih lembut dan liat.
 Pembajaan mesti dilakukan selepas sahaja selesai
kuenc supaya tidak terjadi retak kuenc.
   Struktur menjadi troostite yang bentuknya berpasir
(granular) - satu campuran ferit halus dan sementit
berwarna hitam bila diputarkan. Jika suhu
pembajaan pada 400-600oC, struktur sorbite akan
terhasil.
 Kedua-dua struktur ini sebenarnya serupa dalam
bentuk asalnya dan hanya berbeza dari segi saiz
bijianya, dan dikenali juga sebagai Martensit Terbaja
(Tempered Martensite)
PEMBAJAAN
(TEMPERING)
Bentuk Struktur Martensit Terbaja pada suhu
600°C
PEMBAJAAN
(TEMPERING)
 Suhu pembajaan perlu dikawal rapi untuk
mendapat hasil yang baik.
 Suhu pembajaan maksima (yang dibenarkan) tidak
boleh melampaui garisan kritikal bawah bagi
mengelakkan dari berlakunya mendakan sementit
yang membawa kesan rapuh (embrittlement).
 Suhu melebihi garisan ritikal bawah juga
membenarkan pertumbuhan bijian menjadi
bertambah kasar yang akan menjejaskan kekuatan.
 Bagi kebanyakan keluli, penyejukan dari suhu
pembajaan dilakukan samada dalam udara, atau
dilindapkejut dalam minyak atau air.
PEMBAJAAN
(TEMPERING)
Suhu pembajaan dan penggunaan yang
disyorkan.
PENITRIDAAN
(NITRIDING)
 Proses ini dilakukan untuk memberikan satu
salutan yang keras dan boleh merintang
kehausan kepada komponen yang dibuat
daripada keluli aloi.
 Nitrogen diresapkan ke dalam permukaan logam
untuk membentuk nitrid. Kejadian ini dicapai
dengan memanaskan komponen dalam
atmosfera gas ammonia pada suhu 500 - 600 oC
melebihi 40 jam.
 Pada suhu ini, ammonia akan berpecah dan
atom nitrogen diresap dengan cepat ke dalam
keluli. Permukaan yang tidak dikeraskan ditutup
dengan saduran nikel.
PENITRIDAAN
(NITRIDING)
 Proses ini tidak sesuai untuk keluli karbon biasa
sebab nitrid besi yang dihasilkan adalah kurang
stabil dan sangat rapuh.
 Keluli aloi yang biasa digunakan ialah keluli yang
mengandungi kromium dan aluminium.
 Nitrid yang dihasilkan adalah lebih stabil dan kuat
daripada nitrid besi.
 Keluli aloi yang digunakan juga mengandungi
sedikit molibdenum (Mo) bagi mempertingkatkan
lagi keliatan pada teras komponen.
 Contoh-contoh komponen yang dinitridkan ialah
blok acuan, aci pam, acuan percetakan, gandar
dan gelendong brek (drum brake).
PENITRIDAAN
(NITRIDING)
Antara kelebihan-kelebihannya ialah:
 
i. Retakan dan herotan dapat dihapuskan sebab
tiada proses kuenc terlibat.
ii. Rintangan hakisan bertambah.
iii. Kekerasan yang dihasil boleh dikekalkan sehingga
suhu 500oC berbanding 220oC yang dikeraskan
dengan cara pengerasan selongsong.
iv. Nilai kekerasan komponen dapat ditingkatkan
sehingga 1100 HV.
v. Proses ini adalah sesuai untuk merawat bilangan
komponen yang banyak supaya kos pemprosesan
boleh diturunkan.
PENITRIDAAN
(NITRIDING)
Kelemahan-kelemahannya ialah:

i. Kos kapital bagi loji adalah tinggi.


ii. Keluli aloi yang diperlukan dalam proses ini
mempunyai kos yang tinggi.
iii. Proses ini mengambil masa yang lama dan
memerlukan kawalan yang rapi. Sebagai
contoh, untuk ketebalan 0.2mm, rendaman
pada suhu 500oC dijalankan selama 36 jam.
SEKIAN….

Anda mungkin juga menyukai