Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGHARGAAN
1. 3
1.1 OBJEKTIF
2.0 PENGENALAN
2. 4-5
2.1 KLASIFIKASI KOMPOSIT
3.0JENIS BAHAN KOMPOSIT DAN CIRI - CIRINYA
3.1 KOMPOSIT MATRIKS POLIMER
3.1.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS POLIMER
3.1.2 BENGKELAIAN TANGAN
3.2 KOMPOSIT MATRIKS LOGAM
3. 6-10
3.2.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS LOGAM
3.2.2 KAEDAH PEMPROSESAN
3.2.3 KAEDAH TUANGAN
3.2.4 METALURGI SERBUK
3.3 KOMPOSIT MATRIKS SERAMIK
3.3.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS SERAMIK
4.0 KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT DALAM SEKTOR
4. 11-12
INDUSTRI

5. 5.0RUMUSAN 13

6. 6.0 LAMPIRAN 14

7. 7.0 RUJUKAN 15

1
1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Serta saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang
sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini iaitu
Pn. Rafidah Binti Bakar. Dan tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa
mendoakan kesejahteraan juga kesihatan saya agar saya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan sebaiknya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang membantu dan
sentiasa memberi sokongan dalam menyiapkan tugasan ini Walaupun terdapat
banyak rintangan dalam menyiapkan tugasan ini dapat saya hadapi untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin memberi penghargaan kepada diri saya kerana dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sedaya upaya saya.

1.2 OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini adalah untuk mengetahui tujuan bahan-bahan komposit
dibuat. Mengenali jenis-jenis bahan komposit, ciri-ciri bahan komposit serta kegunaan
bahan komposit di dalam sector perindustrian.

2
2.0 PENGENALAN
Bahan komposit atau komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan
dua atau lebih bahan material campuran yang tidak homogen, dimana sifat mekanik
dari setiap material bentuknya berbeza. Dari campuran tersebut akan dihasilkan
material komposit yang mempunyai sifat mekanik dan ciri yang berbeza dari
bentuknya. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca,
Kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil
sementara bahan lain biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy
yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh.
Mengapa penting memerlukan bahan-bahan komposit adalah kerana sifat versatile
mereka yang membolehkan mereka digunakan dalam banyak bidang. Sebab-sebab
lain adalah ringan, ia juga dapat menghalang rintangan hakisan dan ketahanannya
yang kuat membolehkan ia digunakan dimana mana. Kini, bahan komposit banyak
digunakan dalam bidang kejuruteraan secara meluas seperti penerbangan, kereta
dan robotika. Hasil paling maju digunakan di kapal angkasa lepas dalam persekitaran
membebankan. Komposit mempunyai fungsi yang sangat banyak pada kehidupan
seharian. Baik pada kepentingan rumah tangga hingga kepentingan industri yang
besar. Dari pembelajaran tentang komposit ini, paada bidang industri komposit dapat
dihasilkan dengan proses dan bahan yang lebih tepat sehingga mempunyai nilai
kekuatan serta nilai jual yang lebih baik.

3
2.1 KLASIFIKASI KOMPOSIT
Terdapat dua jenis komposit bertetulang iaitu komposit bertetulang gentian
berterusan dan komposit bertetulang tak berterusan. Gentian berterusan ialah gentian
panjang dengan nisbah panjang per garis pusat yang tinggi. Gentian tak berterusan
pula ialah merupakan gentian pendek, hablur sesungut dan partikel.
Seterusnya, komposit bertetulang gentian tidak mempunyai taburan partikel secara
rawak. Taburan yang seragam akan memberikan sifat mekanikal yang lebih baik.
Manakala komposit bertetulang serat pula seratnya boleh disusun secara rawak bagi
serat tak berterusan. Serat ini juga boleh disusun secara pelbagai lapisan bagi
membentuk komposit apitan dan komposit hibrid.
Bahan komposit lebih dikenali berdasarkan kepada bahan matriks yang digunakan.
Sekiranya bahan matriks yang digunakan ialah polimer, maka bahan komposit yang
dihasilkan dikenali sebagai komposit matriks polimer. Sebagai contoh polietilena
digunakan sebagai bahan matriks dan ditetulangkan dengan gentian kaca yang keras
dan rapuh. Sekiranya bahan matriks yang digunakanialah logam maka komposit yang
terhasil dikenali sebagai komposit matriks logam.

4
3.0 JENIS BAHAN KOMPOSIT DAN CIRI - CIRINYA

3.1 KOMPOSIT MATRIKS POLIMER

Bahan polimer atau polimer secara amnya kurang kuat tetapi liat dan lebih
bekonomi berbanding bahan lain seperti logam atau seramik. Bahan polimer juga
mempunyai ketahanan yang kurang baik terhadap suhu tinggi. Oleh yang demikian,
penggunaan bahan polimer adalah terhad hanya kepada penggunaan pada suhu
rendah dan kurang sesuai digunakan untuk menanggung beban tinggi. Sifat bahan
polimer ini perlu diperbaiki ini perlu diperbaiki lagi dan salah satu kaedah yang
digunakan ialah dengan mencampurkan bahan tetulang ke dalam bahan polimer ini,
iaitu dengan menjadikannya sebagai komposit.
Bahan matriks polimer yang digunakan boleh samada bahan polimer haba,
polimer termoset atau pun elastomer. Penggunaan polimer termoset sebagai bahan
matriks boleh memberikan sifat ketahanan suhu yang baik. lni adalah kerana sifat
polimer ini yang tidak peka kepada haba. Hampir tiga suku dari bahan matriks polimer
yang gunakan adalah terdiri daripada bahan polimer termoset. Di antara contoh
polimer termoset yang sering dipilih termasuklah epoksi, poliester, fenolik dan
poliamida. Manakala contoh bahan matriks polimer haba yang digunakan pula
termasuklah polikarbonat, nilon, polietilena dan polipropilena.
Bahan tetulang yang dipilih pula ialah seperti gentian aramid atau polipropilena,
gentian karbon, kaca, silikon karbida, aluina dan sebagainya. Proses percampuran
bahan tetulang ke dalam bahan polimer ini dilakukan ketika bahan polimer ini dalam
keadaan leburan. Produk komposit matriks polimer biasanya dihasilkan dalam bentuk
kepingan ataupun sebagai bentuk komponen hampir siap. Keadah pemprosesan yang
juga digunakan untuk pembuatan komponen polimer biasa seperti pengacuanan
suntikan, dan pengacuanan mampatan juga boleh digunakan untuk membentuk
komponen polimer bertetulang.

5
3.1.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS POLIMER
Komposit matrik polimer adalah komposit yang tersusun dari polimer (resin) dan
dikombinasikan dengan serat sebagai penguatnya. Komposit matrik polimer (Polymer
Matrix Composite – PMC) memiliki keuntungan yaitu lebih ringan, stiffnes spesifik
tinggi dan strength spesifik tinggi. Polimer polyester memiliki sifat-sifat sebagai berikut.
Polyester memiliki ketahanan panas kira-kira 110-140oC. Jika dibandingkan dengan
resin termoset lainnya, suhu deformasi termal polyester lebih rendah, karena polyester
banyak mengandung monomer stiren. Dalam larutan stiren, polyester mudah
mengembang. Lemah terhadap alkali, tetapi relatif tahan terhadap asam kecuali asam
pengoksid. Tahan terhadap cuaca, khususnya terhadap kelembaban dan
sinar Ultraviolet.

3.1.2 BENGKELAIAN TANGAN


Bengkelaian tangan merupakan kaedah pembentukan komposit matriks polimer
bertetulang gentian berterusan yang paling mudah dan murah. Ini juga adalah kaedah
tertua, sangat perlahan dan menggunakan tenaga pekerja yang intensif. Kaedah ini
dilakukan dengan tangan hanya dengan penggunakan peralatan yang sangat asas.
Kaedah ini memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman dan mahir terutamanya
untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di celahan di antara bahan gentian dan
matriks di dalam produk yang dihasilkan. Kaedah penyusunan tangan ini sering
digunakan untuk membentuk badan bot, sampan, tangki air dan sebagainya.

6
3.2 KOMPOSIT MATRIKS LOGAM
Logam yang sering digunakan sebagai bahan matriks ialah logam mulur seperti
aluminium, magnesium, nikel dan kuprum. Manakala di antara bahan yang digunakan
sebagai bahan tetulang pula ialah seramik seperti sotrop karbida, alumina dan grat.
Komposit matriks logam ini banyak digunakan dalam sotropi ruang angkasa, bidang
pengangkutan, ketenteraan dan sukan iaitu dalam menghasilkan komponen atau
peralatan yang ringan, kekerasan dan kekuatan tinggi, serta dapat mengekalkan
kekuatanya pada suhu yang lebih tinggi berbanding keupayaan logam matriks asal.
Penggunaan bahan tetulang dalam bentuk gentian berterusan akan menghasilkan
komponen yang mempunyai sifat mekanikal yang lebih baik, tetapi kaedah
penghasilkannya adalah lebih sukar. Penggunaan bahan tetulang partikel pula
memberikan peningkatan kekuatan yang sederhana tetapi 7sotropic, murah dan
mudah dihasilkan.

3.2.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS LOGAM


Ciri-ciri komposit matriks logam ialah transfer tegangan dan regangan yang baik.
Tahan terhadap suhu yang tinggi. Tidak menyerap kelembapan. Tidak mudah
terbakar. Kekuatan tekan dan geseran yang baik. Ketahanan haus dan muai termal
yang lebih baik.
Kekurangan matriks logam ialah kos yang mahal. Standarisasi material dan proses
yang sedikit. Matrik pada komposit matriks logam mempunyai ketulenan yang tinggi.
Mempunyai titik lebur yang rendah. Mempunyai densitas yang rendah. Contoh
Almunium beserta paduannya, Titanium beserta paduannya, Magnesium
beserta paduannya.

3.2.2 KAEDAH PEMPROSESAN


Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan
komposit maatriks logam ini. Disebabkan skop kajian yang terhad hanya dua kaedah
sahaja yang akan dibincangkan.Dua kaedah pemprosesan ini ialah kaedah metalurgi
serbuk dan kaedah tuangan. Kaedah metalurgi serbuk lebih sesuai jika menggunakan
bahan tetulang tak berterusan. Penggunaan bahan tetulang berterusan adalah kurang
sesuai kerana bahan tetulang ini akan rosak semasa peringkat percampuran dan
pemadatan.
Kaedah metalurgi serbuk ini juga sesuai digunakan untuk mengabungkan bahan
tetulang yang boleh larut dalam logam matriks. Sebagai contoh silikon karbida boleh
larut dalam aloi titanium. Kaedah metalurgi serbuk ini juga boleh menghasilkan
komposit matriks logam yang mempunyai sifat mekanik yang lebih baik dan
menghasilkan kemasan permukaan yang lebih baik berbanding kaedah tuangan.

7
3.2.3 KAEDAH TUANGAN
Boleh digunakan untuk menghasilkan komponen komposit matriks logam
bertetulang berterusan dan tak berterusan. Walau bagaimanapun kaedah ini
melibatkan penggunaan suhu yang sangat tinggi. Kaedah pemprosesan ini
melibatkan penggunaan suhu tinggi untuk jangka masa yang agak lama. Keadaan
pemproses seperti ini memungkinkan berlakunya tindak balas kimia di antara bahan
matriks dan bahan tetulang.
Walau bagaimanapun kaedah tuangan ini lebih murah dan lebih mudah dilakukan
dan berkeupayaan menghasilkan komponen yang lebih besar berbanding kaedah
metalurgi serbuk. Kaedah tuangan untuk menghasilkan komponen komposit matriks
logam ini menggunakan kaedah yang sarna seperti yang digunakan oleh foundri untuk
menghasilkan keluaran tuangan logam biasa.

3.2.4 METALURGI SERBUK


Kaedah membentuk komposit matriks logam secara metalurgi serbuk ini samalah
seperti kaedah metalurgi serbuk yang dilakukan untuk logam dua unsur. Melalui
kaedah ini serbuk logam matriks dan serbuk bahan tetulang diadun dan proses
percampuran ini dilakukan di dalam peralatan khas. Tempoh percampuran ini agak
lama di antara 4 ke 10 jam untuk memastikan serbuk bahan tetulang tertabur dengan
seragam dalam serbuk logam matriks. Campuran ini kemudiannya dimasukkan ke
dalam acuan dan dilakukan proses pemadatan bagi mendapatkan bentuk komponen
kekuatan hijau.
Kekuatan hijau ini hanyalah cukup kuat untuk dipegang untuk membolehkan
komponen tersebut dikeluarkan daripada acuan dan membawanya untuk ke peringkat
pembentukan pensinteran. Proses pemadatan boleh dilakukan samda dalam keadaan
sejuk atau panas, melalui kaedah penekanan eka-arah biasa ataupun kaedah
penekanan sestatik. Proses pensinteran ini dilakukan dengan memanaskan
komponen tersebut di dalam relau ke suhu tinggi tetapi di bawah sedikit daripada takat
lebur logam matriks. Semasa proses pensinteran ini campuran sebuk komposit ini
akan mengalami proses resapan keadaaan pepejal yang menjadikannya kuat dan
lebih padat.
Komponen yang diperolehi melalui kaedah pemadatan panas biasanya tidak lagi
perlu disinter. lni adalah kerana proses pensinteran atau ikatan antara partikel
telahpun berlaku semasa peringkat pemadatan panas tersebut. Komponen yang telah
disinter ini kemudiannya dilakukan proses penyudahan seperti dirawat haba, digilap,
disalut dan sebagainya.

8
9
3.3 KOMPOSIT MATRIKS SERAMIK
Secara amnya komposit ini mempunyai kekuatan, kekakuan dan ketahanan suhu
tinggi yang sangat baik. Walau bagaimanapun sifat asal bahan seramik yang keras
dan rapuh masih mempengaruhi sifatkomposit matriks seramik ini. Penambahan
bahan tetulang ke dalam seramik bertujuan untuk memperbaiki sifat keliatan bahan
seramik. Disebabkan suhu lebur seramik yang sangat tinggi ini maka tersangat sedikit
produk seramik dihasilkan melalui kaedah peleburan dan tuangan.
Kaedah yang digunakan untuk membentuk komponen seramik secara amnya
boleh digunakan untuk membentuk produk daripada komposit matriks seramik.
Kaedah ini adalah seperti kaedah pemprosesan basah iaitu termasuklah tuangan
buburan, dan kaedah metalurgi serbuk. Terdapat juga kaedah lain iaitu seperti kaedah
mendapan wap kimia, pengacuanan matriks pindah, dan pemprosesan gel.

3.3.1 CIRI-CIRI KOMPOSIT MATRIKS SERAMIK


Bahan komposit matrik seramik adalah sejenis bahan komposit yang disusun
dengan pelbagai gentian dengan seramik sebagai matriks. Substrat seramik boleh
berupa seramik struktur suhu tinggi seperti silikon nitrida dan silikon karbida. Seramik
canggih ini mempunyai sifat yang sangat baik seperti rintangan suhu tinggi, kekuatan
dan kekakuan tinggi, berat yang agak ringan, dan ketahanan kakisan. Kelemahan
maut mereka adalah kerapuhan. Apabila berada dalam keadaan tertekan, mereka
akan retak, malah pecah dan menyebabkan kerosakan bahan. Penggunaan gentian
kekuatan tinggi, elastik tinggi dan komposit matriks adalah kaedah yang berkesan
untuk meningkatkan ketahanan dan kebolehpercayaan seramik. Serat dapat
mencegah penyebaran retakan, sehingga memperoleh komposit matriks seramik
yang diperkuat dengan serat dengan ketangguhan yang sangat baik. Komposit
matriks seramik mempunyai ketahanan suhu tinggi yang sangat baik dan terutamanya
digunakan sebagai produk tahan suhu dan haus. Suhu operasi maksimum bergantung
kepada ciri-ciri substrat.

10
4.0 KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT DALAM SEKTOR INDUSTRI
Pada umumnya pemilihan bahan matriks dan serat memainkan peranan penting
dalam menentukan sifat-sifat mekanik dan sifat komposit. Gabungan matriks dan serat
dapat menghasilkan komposit yang mempunyai kekuatan dan kekakuan yang lebih
tinggi dari bahan konvensional seperti keluli. Bahan komposit mempunyai density
yang jauh lebih rendah berbanding dengan bahan konvensional. Ini memberikan
implikasi yang penting dalam konteks penggunaan kerana komposit akan mempunyai
kekuatan dan kekakuan spesifik yang lebih tinggi dari bahan konvensional. Implikasi
kedua ialah produk komposit yang dihasilkan akan mempunyai kerut yang lebih
rendah dari logam. Pengurangan berat adalah satu aspek yang penting dalam industri
pembuatan seperti automobile dan angkasa lepas. Ini kerana berhubungan dengan
penjimatan bahan bakar.
Dalam industri angkasa lepas terdapat kecenderungan untuk menggantikan
komponen yang diperbuat dari logam dengan komposit karena telah terbukti komposit
mempunyai rintangan terhadap fatigue yang baik terutamanya komposit yang
menggunakan serat karbon. Kelemahan logam yang agak terlihat jelas ialah rintangan
terhadap kakisan yang lemah terutama produk yang keperluan sehari-hari.
Kecenderungan komponen logam untuk mengalami kakisan menyebabkan kos
pembuatan yang tinggi. Bahan komposit sebaiknya mempunyai rintangan terhadap.
kakisan yang baik. Bahan komposit juga mempunyai kelebihan dari segi versatility
(berdaya guna) yaitu produk yang mempunyai gabungan sifat-sifat yang menarik yang
dapat dihasilkan dengan mengubah suai jenis matriks dan serat yang digunakan.
Contoh dengan menggabungkan lebih dari satu serat dengan matriks untuk
menghasilkan komposit hibrid ia lebih kuat dan lebih ringan. Perbandingan kekuatan
dan berat yang menguntungkan. Ia juga tahan terhadap cuaca. Mudah diproses
(dibentuk).
Antara sektor industri penting yang menggunakan komposit ialah industri
automobile ini kerana setiap daripada bahagian kenderaan akan menggunakan
komposit matriks polimer. Sebagai contoh pembuatan aci pacu atau aci kipas. Ini
kerana sifatnya yang lebih kukuh dan mempunyai kekuatan tegangan dan lesu yang
baik. Seterusnya ialah rod penghubung komposit ini kerana ia mempunyai rintangan
daripada suhu tinggi. Selain itu, sistem kotak injak dan bumper mempunyai daya tahan
hakisan yang baik.

11
Selain daripada itu, didalam industri pembinaan juga menggunakan bahan
komposit. Sebagai contoh jambatan, terowong, rumah dan tank. Ini kerana ia tahan
pada kakisan, kuat dan tidak rapuh. Oleh kerana itu, struktur sesuatu objek akan lebih
tahan dan jangka hayat sesebuah bangunan atau objek akan lebih lama.
Seterusnya, industri angkasa lepas juga menggunakan bahan komposiit untuk
pembinaan komponen kapal terbang, helikopter dan komponen satelit. Bahan
komposit digunakan untuk penstabil mendatar, aileron, ekor menegak dan struktur
lain. Juga menggunakan bahan komposit untuk struktur utama kapal terbang
dan kotak sayap. Penggunaan bahan komposit mempunyai kelebihan iaitu
mengurangkan berat struktur pesawat sebanyak 10% -40% dan mengurangkan kos
reka bentuk struktur sebanyak 15% -30%. kelebihan bahan komposit yang dapat
mengurangkan berat pesawat sangat penting.

12
5.0 RUMUSAN
Bahan komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua
atau lebih bahan. Kompisit dibentuk melalui gabungan beberapa bahan bersama-
sama untuk membentuk struktur keseluruhan yang lebih baik berbanding
komponen individual.
Material komposit adalah material yang sangat penting karena mempunyai sifat-
sifat yang khusus. Sifat-sifat tersebut diantaranya adalah kekakuannya, kekuatannya,
ringan, tidak terkorosi serta usia fatikyang lebih baik dibanding bahan konvensional
lainnya.
Komposit juga sering digunakan didalam banyak sektor antara salah satunya ialah
sektor industri. Komposit juga antara komponen yang penting dalam pembuatan
sesebuah objek.

13
6.0 LAMPIRAN
Gambaran secara skema bentuk komposit bertetulang adalah seperti dibawah.

Bahagian pembinaan kapal terbang yang menggunakan bahan komposit

Struktur mikro komposit matriks

14
7.0 RUJUKAN
https://materialengineeringranggaagung.wordpress.com/2017/07/09/komposit/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_komposit
http://eprints.usm.my/3088/1/TA418.9.C6_J94_2003_f_rb-
Penghasilan_dan_pencirian_komposit_matriks_Zn_diperkuat_partikel_SiC_melalui_
kaedah_metalurgi_serbuk-Julie_Juliewatty_Mohamed-PPKBahan-
Microfiche_7546.pdf
https://www.slideshare.net/almaarij/komposit-matrik-logam

15

Anda mungkin juga menyukai