Anda di halaman 1dari 17

TAJUK EFOLIO : PEMBEDAHAN PLASTIK

NAMA PENSYARAH : USTAZ WAN MOHD FISOL


(MPU23052)
NAMA NOMBOR MATRIK
NURSHAMIRA BT ZAKARIA 16DGU20F1035
NUR AISYAH HUMAIRA’ BT 16DGU20F1036
MOHD SHAFIE
NUR NAJMINA BT CHE AHMAD 16DGU20F1040
YUSNI

ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat

1. PENDAHULUAN 2

2. TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK 3

3. MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK

4. PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT ISLAM 4-6


-HUKUM HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
5. PERBAHASAN HUKUM 7-9

6. HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN PRINSIP SYARIAH BESERTA HURAIAN. 9-10

7. HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN 10-11

8. SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM 11

9. JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK 12-14

10. CARA MENGATASI 15

11. KESAN BAIK DANBURUK PEMBEDAHAN PLASTIK 15

12. HIKMAH LARANGAN 16

13. PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN 16

14. PENGHAYATAN 16

15. KESIMPULAN 17

16. RUJUKAN 17

1
1. PENDAHULUAN

Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan
kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan keinginan manusia di dunia
ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti
mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan
mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat
terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada satu tahap yang tidak
terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan dunia
perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia
sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui
pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang
gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.

Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan


Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa
tanggungjawab. Alhamdulillah setakat ini ramai yang telah tampil dan membuat
kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukan oleh
masyarakat berkenaan hukum dan pekara-perkara yang berkaitan dengannya.

Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan
perubatan yang memerlukan pendapat dari segi fiqh untuk menjelaskan
kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan kosmetik.
Mengikut tajuk kertas ini, kami akan membawa dan memilih beberapa perbincangan
sebagai garis panduan kepada beberapa isu- isu perubatan moden masa kini dengan
pengkhususan tentang pembedahan.

Gambar rajah diatas menunjukkan seorang wanita disuntik bagi tujuan pembedahan

2
2. TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada


tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak
peribadi dan dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan
mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan
kepada bentuk kejadian manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan
untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan
memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk
melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan sematamata dan tiada niat lain
mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin
pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat mendapat
persetujuan pesakit dan wali.

3- MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK


Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik
berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau
memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang haram disisi Syarak?
Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat
menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada
keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti
mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau
mengecilkan bibir dan lain-lain lagi.

3
4-Pembedahan plastik Menurut Islam

Mengikut syariat islam, perkara ini telah berlaku pada zaman Rasulullah iaitu pada akhir
kurun ke 6- hijrah.
Antara isu  berkaitan dengan pembedahan plastik semasa zaman awal kemunculan  islam
ialah mengimplan benda lain sebagai ganti kepada anggota sepertimana Hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi yang berbunyi:

ْ‫ أَت َِّخ َذ أَ ْنفًا ِمن‬    ْ‫سو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم أَن‬ ٍ ‫ب فِي ا ْل َجا ِهلِيَّ ِة فَات ََّخ ْذتُ أَ ْنفًا ِمنْ َو ِر‬
ُ ‫ق فَأ َ ْنتَنَ َعلَ َّي فَأ َ َم َرنِي َر‬ ِ ‫يب أَ ْنفِي يَ ْو َم ا ْلكُاَل‬
َ ‫ص‬ِ ُ‫أ‬
ٍ ‫َذ َه‬
‫ب‬

Maksudnya :“Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya
mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku
menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikannya
dengan hidung yang diperbuat daripada emas.”

4.1-HUKUM HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Hukum melakukan pembedahan plastik terbahagi kepada 3 ;


1. Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit
terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

2. Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang


sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.

1.   Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya
adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut
menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan
atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu
dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya
maka hal itu dibolehkan.

2.   Bertujuan untuk mengembalikan bentuk anggota tubuh badan  kepada keadaan 


sebagaimana manusia dijadikan. (Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh

4
badan).                                 

 Firman Allah SWT:

‫لَقَ ۡد خَ لَ ۡقنَا ااۡل ِ ۡن َسانَ فِ ۡۤى اَ ۡح َس ِن ت َۡق ِو ۡي ٍم‬

Maksudnya:  Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang


sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai  dengan keadaannya).

                                                                                           (Surah at-Tin:4)            

 Jabir bin Abdullah R.A telah berkata:

‫طبِيبًا فَقَطَ َع ِم ْنهُ ِعرْ قًا ثُ َّم َك َواهُ َعلَ ْي ِه‬ ٍ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ِإلَى أُبَ ِّي ْب ِن َك ْع‬
َ ‫ب‬ َ ِ ‫ث َرسُو ُل هَّللا‬
َ ‫ " بَ َع‬: ‫ قال‬، ‫ ع َْن َجابِ ٍر‬.

“Rasulullah SAW telah menghantar seorang doktor kepada Ubay Bin Ka’ab lalu
doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.

  3.  Bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-‘uyub al-khalqiyyah) seperti


bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-‘uyub al-thari’ah)  akibat
kecelakaan, kebakaran, atau semisalnya, seperti wajah yang rosak akibat
kebakaran/kecelakaan.

                          ‫َما أَ ْن َز َل هَّللا ُ دَا ًء إِاَّل أَ ْن َز َل لَهُ ِشفَا ًء‬

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan


bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]

 4.   Menghilangkan kehodohan yang  mengakibatkan  jiwa dan raga seseorang itu
menderita. 

         CONTOH: Pemindahan kulit dan penempelannya, penanaman rambut khusus

5
bagi wanita kerana masalah rambut gugur.

3-HARAM

1.  Bertujuan semata untuk mempercantik atau memperindah wajah atau tubuh,
tanpa ada hajat untuk pengubatan atau memperbaiki suatu cacat.

CONTOH: Memperindah  bentuk hidung, dagu, buah dada, atau operasi untuk
menghilangkan  kedutan-kedutan tanda tua di wajah dan sebagainya.

َ ‫ضلَّنَّهُ ْم َوأَل ُ َمنِّيَنَّهُ ْم َولَٔـأََ[ ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُك َّن َءا َذانَ ٱأْل َ ْن َع ٰـ ِم َولَٔـأََ[ ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّر َُّن َخ ْل‬
ِ ‫ق ٱهَّلل‬ ِ ُ ‫ۚ َوأَل‬ 

‫ُون ٱهَّلل ِ فَقَ ْد َخ ِس َر ُخ ْس َرانًا ُّمبِينًا‬


ِ ‫َو َمن يَتَّ ِخ ِذ ٱل َّش ْيطَـٰنَ َولِيًّا ِّمن د‬

    Maksudnya: Dan pasti ku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga
binatang ternak, (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh
mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya).”
Barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia
menderita kerugian yang nyata.

(SURAH AN-NISAA’ 119)

[Syarh Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi XIII/107]

6
5-PERBAHASAN HUKUM.

5.1-HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARUS MENGIKUT


KEADAAN.

Tetapi sekiranya pembedahan plastik tersebut dilakukan untuk merawat


kecacatan pada tubuh badan dan untuk menutup aib pada seseorang manusia
sehingga boleh mendatangkan masalah gangguan mental, maka hukum bagi
melakukan pembedahan plastik adalah harus. Sebuah Hadis yang dirawayatkan oleh
Usamah Bin Syarik ada berbunyi:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Wahai hamba-hamba Allah


sekalian, berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu
penyakit itu melainkan dijadikannya ubat kecuali penyakit tua.

Jabir bin Abdullah R.A telah berkata:

‫طبِيبًا فَقَطَ َع ِم ْنهُ ِعرْ قًا ثُ َّم َك َواهُ َعلَ ْي ِه‬ ٍ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ِإلَى أُبَ ِّي ْب ِن َك ْع‬
َ ‫ب‬ َ ِ ‫ث َرسُو ُل هَّللا‬
َ ‫ " بَ َع‬: ‫ قال‬، ‫ ع َْن َجابِ ٍر‬.

“Rasulullah SAW telah menghantar seorang doktor kepada Ubay Bin Ka’ab lalu doktor itu
memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.

Berdasarkan  riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan
adalah diharuskan. Keperluan yang terkandung dalam  riwayat di atas ialah bagi
menyelamatkan nyawa dan menghilangkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh
pesakit.

7
5.2-HUKUM MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK ADALAH HARAM MENGIKUT KEADAAN

Sebilangan kecil ahli-ahli fiqh berpendapat melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan
adalah haram. Hal ini kerana perkara tersebut seperti menolak ketentuan takdir Allah SWT dan
mengubah ciptaanya. perkara ini telah disebut didalam surah An-Nisaa ayat ke 119 iaitu :

ِ ‫ُون هَّللا ِ فَقَد ْد‬


‫خَس َر‬ َ ‫ضلَّنَّهُ ْم َوأَل ُ َمنِّيَنَّهُ ْم َوآَل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُك َّن آ َذانَ اأْل َن ْن َع ِام َوآَل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّر َُّن خ َْل‬
ِ ‫ يَتتَّ ِخ ِذ ال َّش ْيطَانَ َولِيًّا ِّمن د‬   ‫ق هَّللا ِ ۚ َو َمن‬ ِ ُ ‫َوأَل‬
‫ُخ ْس َرانًا ُّمبِينًا‬

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),


dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan
demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu
mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

                                                                                                        (Surah al-Nisa’: 119)

Daripada  riwayat  Abdullah bin Mas'ud RA

َ ‫ت خَ ْل‬
‫ق هَّللا‬ ٍ ‫ لِ ْل ُح ْس ِن ُم َغيِّ َرا‬           ‫ت‬
ٍ ‫ت ُم ْبتَ ِغيَا‬ َ ‫ت َوال ُمتَنَ ِّم‬
ِ ‫صا‬ ِ ‫ت َوال ُم ْستَوْ ِش َما‬ َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم لَ َعن‬
ِ ‫الوا ِش َما‬ َّ ِ‫أَ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬

“Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu,
wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah."

Hadis diatas menerangkan bahawa perbuatan seperti melukis tatu di badan dan mencabut
kening untuk kelihatan cantik dan sempurna ialah perkara yang dilaknat oleh Allah SWT kerana
perkara tersebut mengubah ciptaan.

Hadis kedua berkaitan dengan pembedahan plastik diriwayatkan oleh HR Bukhari dan
Muslim.

8
Maksudnya: Daripada Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu
berkata: Aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah
jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya
itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya)? Lalu Nabi SAW  berkata: “Allah
SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk
menyambung rambut.” [HR Bukhari dan Muslim]

6) HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN PRINSIP SYARIAH BESERTA HURAIAN.

    6.1 - DARIPADA SEGI RABBANIAH


 
Antara hubungkait yang dapat dilihat daripada segi Rabbaniah iaitu ketuhanan ialah kita
sebagai umat islam perlu berpegang teguh akan didikan islam dan percaya bahawa segala
ciptaan dan kejadian yang berlaku telah ditetapkan dan disusun oleh Allah  S.W.T ke atas
hambanya  sebagai tanda kasih sayang ke atas mereka. Allah telah menciptakan manusia
dengan sebaik-baik kejadian tetapi manusia tidak mensyukurinya malah mempunyai keinginan
mengubah kejadian Allah sehingga sanggup mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk
mengubah ciptaan Allah seperti melakukan pembedahan plastik yang dilakukan dengan tujuan
untuk kecantikan semata mata dan menarik perhatian masyarakat sekeliling.

  
Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya juga antara perkara yang dilaknat oleh Allah
s.w.t. Allah menciptakan manusia dengan jantina lelaki dan perempuan untuk saling
melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang
kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Malangnya
perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari
ini tanpa segan silu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat kita mestilah saling ingat-mengingati
agar gejala ini tidak meluas sehingga memberi kesan yang sangat negatif kepada generasi yang
akan datang. 

   

 6.2- DARIPADA SEGI TETAP & ANJAL


Seterusnya, hukum menurut syariat telah tetap bahawa hukum bagi mengubah ciptaan
9
Allah adalah haram. Namun begitu, pengharaman bagi pembedahan plastik ini terkecuali dan
digugurkan menjadi harus kerana mempunyai keperluan syar'i bagi melakukannya. Kelonggaran
ini berlaku kerana bertujuan untuk menutup sesuatu kecederaan yang boleh menyebabkan ia
menjadi aib sehingga mengganggu pemikiran seseorang itu.

   

  6.2- MEMELIHARA MARUAH
    Tujuan pembedahan dan pemulihan seperti mengambil kulit peha untuk menutupi kulit muka
yang terbakar, kulit kepala menggantikan bibir mulut yang rosak dan sebagainya. Hal ini boleh
mengelakkan dari kutukkan dan hinaan masyarakat. Malah, seseorang itu akan berasa malu
tidak yakin jika hendak membuat sesuatu perkara di tempat awam.

 
  6.3 -MEMELIHARA NYAWA                                          
Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan membahayakan kesihatan
Contoh darurat iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan,pesakit akan mendapat
mudharatan seperti menangggung kesakitan.

Sebab lain pembedahan tidak boleh dilakukan secara paksaan hendaklah mendapat keizinan
dari pihak pesakit atau wali.

7)-HUBUNGKAIT  TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN

    Membaik pulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada
kecacatan dari lahir, penyakit atau kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan anggota
badan adalah harus. Hukum ini menjadi harus berdasarkan kaedah fiqh yang terlibat dan
digunakan.

7.1 -KAEDAH 1 (PERKARA YANG DIBUAT BERGANTUNG


 KEPADA NIAT)

10
Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati bagi melaksanakan sesuatu perkara. Dalam tujuan
pembedahan plastik, niat yang dibenarkan adalah membuat ia kerana Allah s.w.t. Namun, perlu
diingatkan juga bahawa bukan sekadar hanya niat kerana niat tidak menghalalkan cara. Jika
melakukan pembedahan plastik niat kerana Allah sedangkan tidak ada sebarang keperluan
untuk dirinya dalam melakukan pembedahan plastik, semestinya pembuatannya tidak diterima.
Hal ini kerana niat ketika melakukannya hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak serta
bergantung kepada keadaan.

7.2- KAEDAH 2 (KESULITAN MENGUNDANG KEMUDAHAN)


Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan dalam perkara
agama. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan
tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang itu melaksanakan ibadah dan kerja harian, maka
pembedahan plastik ini dibenarkan. Hal ini kerana ia termasuk dalam rukhsah yang dibenarkan
syarak iaitu pengguguran. Hukumnya digugurkan atas sebab yang boleh dianggap sebagai
kemudaratan bagi dirinya jika tidak melakukan pembedahan plastik.

8)-SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM

Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.

1. Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut.Orang


yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya.

2. Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai
matlamat pembedahan yang dilakukannya.

3. Tidak mempunyai alternatif lain yang kurang risiko selain darpada melakukan pembedahan.

11
Contoh gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik

9)- JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK

Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan


pemulihan yang dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut yang sumbing atau
pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya
dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini juga bertujuan yang
kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya.

12
 9.1-REKONSTRUKSI

1. Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin
melengkung)
2. hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).
3. Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah
dan retak tulang.
4. Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami
penderitaan yang teruk.
5. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan
bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.
6. Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan
pembuluh darah).
7. Transeksual

 PEMBEDAHAN PLASTIK (KOSMETIK)

1. Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat
menghilangkan kedutan pada wajah.
2. Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan
keinginan individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty
dapat membantu pernafasan yang tersumbat.

3. Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang
kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang
diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.

13
Proses pembedahan plastik

Contoh proses pembedahan hidung

14
10)- CARA MENGATASI

• Akta Kosmetik diperlukan bagi mengawal semua kegiatan termasuk penggunaan alat
perubatan secara haram daripada terus berleluasa dan memberi kesan tidak baik kepada
semua pihak

• Semua alat perubatan yang digunakan untuk memberi rawatan kepada pesakit perlu
didaftar di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) tetapi lampu laser yang
digunakan oleh pusat kecantikan tidak perlu berdaftar.

11)-KESAN BAIK DAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK.

11.1- KESAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK

1. Kecacatan pada bahagian yang dibedah.

2. Kesan sampingan jangka panjang.

3. Maut.

4. Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.

5. Membazir.

11.2-KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

1. Mengembalikan semula fungsi anggota badan.

2. Membina semula anggota yang cacat.

3. Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.

4. Menghilangkan keaiban.

5. Memberi keyakinan diri kepada mangsa.

6. Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna

15
12)- HIKMAH LARANGAN

1. Mengubah kejadian allah yang asal

2. Melahirkan perasaan sombong dan takbur

3. Tidak mensyukuri nikmat allah

4. Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan

5. Menyerupai amalan orang kafir

6. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh

7. Bercanggah dengan budaya islam

13)- PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN

1. Memakai inai dengan tujuan berubat hukumnya adalah sunat

2. Pembedahan mata dengan tujuan memulihkan penglihatan

3. Pembedahan jantung bertujuan menyelamatkan nyawa

4. Pembedahan buah pinggang bertujuan mengembalikan proses perkumuhan

5. Membaiki gigi yang rosak samaada menanam, menyamakan, dan sebagainya utk
keselesaan

14)- PENGHAYATAN

1. Sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan allah

2. Redha dengan kejadian diri

3. Yakin bahawa allah sebaik baik pencipta

4. Dapat menjauhkan diri dari sifat sombong dan takbur

16
15)- KESIMPULAN

Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik
yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang
bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram
dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang
mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat
membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau
kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama
yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara
spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang
hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum
kontemporari daripada ayat-ayatnya.

16)- RUJUKAN
https://bukanaku.com/kesihatan/9218/pembedahan -plastik-selebriti-yang-memusnahkan-
wajah-
mereka/#.XlKHKWgzbI
U
http://www.astroawani.com/topic/pembedahan-plastik
http://www.papisma.org/nota/fekah/isu.pdf
https://www.bharian.com.my/node/47975

17

Anda mungkin juga menyukai