Anda di halaman 1dari 25

SAINS,TEKNOLOGI

DAN KEJURUTERAAN ISLAM


MPU 23052

NAMA NUMBER PENDAFTARAN

NOR AIMAN SYAFIQ BIN AHMAD FADLY 03DEE20F1068


QATRUN NADA BINTI ASPUNIZAM 03DEE20F1010
NURUL NADHIRAH ALYA BINTI MOHD
NIZAM 03DEE20F1032
NUR LISA ATHIRAH BINTI NOOR
AZIZAN 03DEE20F1065
PENSYARAH:USTAZ MUHAMMAD
LUTHFFI AMEER B ABDULLAH 1
PENGENALAN

E-folio ini menceritakan tentang beberapa isu


semasa berkaitan dengan islam dan bioteknologi
dan bagaimana prinsip & hukum, peranan syariat
Islam,etika Islam dalam mendepani isu-isu
berkenaan dan kebaikkan dan keburukkan perkara
itu.Isu yang kumpulan kami pilih adalah isu
pembedahan plastik.Isu pembedahan plastik ini
tidak lah begitu besar pada zaman 90an kebelakang
dahulu tetapi pada zaman kini ia menjadi semakin
besar dan menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam
kalangan masyarakat kita.

2
TUJUAN

Tujuan penulisan E-folio ini adalah untuk


menerangkan tentang isu pembedahan plastik
dari persepsi islam sendiri.Penulisan ini juga
akan menceritakan bagaimana cara prinsip,
peranan syariat Islam dan etika Islam dalam
mendepani isu-isu berkenaan.Semoga segala
pertanyaan yang bermain di dalam minda
selama ini terjawab .

3
PEMBEDAHAN
PLASTIK
1
MAKSUD PEMBEDAHAN
PLASTIK Let’s start!

5
MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK
MENURUT PERSPEKTIF SAINS
MENURUT WIKIPEDIA Pembedahan plastik ditakrifkan sebagai pembedahan khusus
untuk pembinaan semula kecacatan muka dan badan akibat
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan gangguan lahir, trauma, terbakar, dan penyakit lain.
tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Pembedahan plastik adalah bertujuan untuk membetulkan
Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau kawasan fungsi kawasan badan dan pembentukan semula
pembedahan untuk merawat kulit yang melecur. dalam alam semula jadi. Walaupun ramai pakar bedah plastik
Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu dan memilih untuk menamatkan latihan tambahan dan melakukan
sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup bahagian pembedahan kosmetik juga, asas latihan pembedahan mereka
yang mengalami kecatatan. Pembedahan ini juga kekal pembedahan plastik rekonstruktif. Malah, pada tahun
bertujuan untuk kecantikan seperti memancungkan 1999, American Society of Plastic Surgeons dan
hidung, membesarkan mata dan sebagainya. rekonstruktif menukar namanya kepada Persatuan Amerika
Doktor Plastik untuk lebih kuat menyampaikan mesej
bahawa "plastik dan Pakar Bedah rekonstruktif adalah satu
kaitan yang sama.

MENURUT BAHASA
Pembedahan plastik (plastic surgery) atau dalam bahasa Arab disebut Jirahah at-tajmil adalah pembedahan untuk memperbaiki
penampilan satu anggota tubuh yang nampak, atau untuk memperbaiki fungsinya, ketika anggota tubuh itu berkurang, hilang /
lepas, atau rosak. 6
2
DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN
ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG
DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKAN
Next Page…

7
DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG
DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKAN

Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan diantara pembedahan kecantikan yang diharuskan dan yang
diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah saw:

ِ ‫ق هَّللا‬ ْ ‫ت‬
َ ‫خَل‬ ِ ‫ت لِ ْل ُح ْس ِن ْال ُم َغيِّ َرا‬
ِ ‫ت َو ْال ُمتَفَلِّ َجا‬ َ ‫ت َو ْال ُمتَنَ ِّم‬
ِ ‫صا‬ ِ ‫ت َو ْال ُم ْست َْو ِش َما‬
َ ‫ت َوالنَّا ِم‬
ِ ‫صا‬ ِ ‫لَ َع َن هَّللا ُ ْال َوا ِش َما‬
"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening)
dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadis yang bermaksud : "Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis
belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga
mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu
ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur kening.

8
Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh
janggut (seperti lelaki.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat"
adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih
indah. Kerana jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah
bertambah tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan
agar kelihatan masih muda.
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya
tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi
kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu,
materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini
jelas sebuah penyimpangan. Kerana pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan
berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan
bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:

‫َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّر َُّن َخ ْل َق هَّللا ِ ۚ َو َمن يَتَّ ِخ ِذ ال َّش ْيطَانَ َولِيًّا ِّمن ُدو ِن هَّللا ِ فَقَ ْد َخ ِس َر ُخ ْس َرانًا ُّمبِينًا‬
"Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang
mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata."
[An-Nisa' 4:119][7]

9
3
HUKUM PEMBEDAHAN
PLASTIK Next Page…

10
HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT ISLAM

HARUS HARAM
Pembedahan plastik yang mubah adalah bertujuan untuk Pembedahan plastik yang diharamkan, seperti seseorang itu
memperbaiki kecacatan sejak lahir (al-uyub al-khalqiyyah) berniat semata-mata untuk mencantikkan wajah atau tubuh,
seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al- tanpa ada niat untuk rawatan atau memperbaiki sesuatu
uyub al-thari`ah) akibat kemalangan, kebakaran, atau kecacatan. Contohnya, pembedahan untuk membentuk
seumpamanya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran hidung, dagu, buah dada, atau pembedahan untuk
atau kemalangan. menghilangkan kedutan-kedutan penuaan di wajah, dan
Hukum pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan sebagainya.
yang dialami oleh seseorang itu adalah mubah, Berdasarkan
dalil yang diharuskan untuk menjalani pembedahan plastik
adalah. Nabi SAW bersabda, "Tidaklah Allah menurunkan
suatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya." (HR
Bukhari)

11
4
JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK

Next Page…

12
JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK

▪ Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)


▪ Liposuctions
▪ Pembedahan Plastik Payudara
▪ Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)
▪ Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)

13
Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)
Apabila kita semakin berusia, perubahan kepada kulit,
lemak, otot dan tulang sekeliling mata menyebabkan
terjadinya eyebag. Perubahan ini menyebabkan kami
kelihatan lebih tua dan wajah yang nampak letih sepanjang
masa. Walaupun terdapat teknik-teknik kurang invasif untuk
merawat eyebag, pembedahan eyebag (Lower
Blepharoplasty) masih menjadi pilihan popular kerana
keberkesanannya. Walaupun pembedahan ini perlu 4-6
minggu untuk pemulihan yang sepenuhnya, kebanyakan
pesakit yang menjalani pembedahan ini dapat meneruskan
aktiviti harian secara biasa selepas kira-kira 1 minggu
selepas pembedahan. Pembedahan lower blepharoplasty
kekal menjadi salah satu pembedahan plastik popular di
Malaysia.

14
Liposuctions
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kes Obesiti
yang amat tinggi. Maka, adalah tidak mengejutkan bahawa
liposuction adalah salah satu daripada pembedahan plastik
yang paling popular di Malaysia. Liposuction atau Lipo
adalah satu prosedur dimana pakar bedah menyedut lemak
berlebihan daripada bahagian tubuh untuk memulihkan
lengkung cantik badan kita. Lelaki secara umumnya
menjalani liposuction untuk menyingkirkan gynecomastia
(payudara lelaki) manakala wanita menjalani rawatan ini
untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan
menarik. Tidak kira apa dorongan anda untuk melakukan
pembedahan liposuction, pastikan anda membuat konsultasi
dengan doktor yang bertauliah dan terlatih dalam bidan
liposuction.

15
Pembedahan Plastik Payudara
Pembedahan pembesaran payudara adalah antara
pembedahan plastik yang popular di Malaysia. Pembedahan
patu dara boleh dilakukan, sama ada menggunakan implan
atau pemindahan lemak. Terdapat beberapa sebab-sebab
yang mendorong seseorang wanita untuk memilih
pembedahan payudara. Selain keinginan untuk mencapai
rupa bentuk fizikal yang lebih besar, kebanyakan wanita
memilih prosedur pembesaran payudara sebagai satu cara
meningkatkan keyakinan diri Sesungguhnya, setiap wanita
mempunyai hak untuk berasa yakin dengan penampilan
beliau. Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan
untuk pembesaran payudara, adalah penting anda dapat
nasihat dari pakar bedah plastik yang sah.

16
Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)
Berikutan kebangkitan budaya K-POP, pembedahan
Rhinoplasty, atau “pembedahan plastik hidung” telah
mendapat banyak sambutan yang mendadak. Ramai rakyat
Malaysia inginkan hidung lebih menonjol, yang sering
dilihat sebagai satunya ciri-ciri pada muka yang menarik.
Pembedahan rhinoplasty boleh dijalankan sama ada dengan
menggunakan implan silikon atau mengunakan tulang rawan
pesakit sendiri. Walaupun ini adalah satu prosedur yang
mudah, terdapat juga risikonya. Oleh itu, pastikan anda
berbincang dengan seorang pakar bedah yang bertauliah
sebelum melakukan prosedur ini.

17
Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)
Tidak dapat dinafikan bahawa, pembedahan kelopak mata atau upper
blepharoplasty adalah pembedahan plastik yang paling popular di kalangan
rakyat Malaysia. Pembedahan ini secara tradisinya adalah untuk merawat
kulit kelopak mata yang longgar yang boleh mengakibatkan penghalangan
kepada visual kita. Walau bagaimanapun, pembedahan ini sekarang biasanya
digunakan untuk mengubah apa yang dikenali sebagai “monolid” kepada
“double eyelid”. Ianya lebih dikenali sebagai pembedahan “double eyelid”
atau “Asian Blepharoplasty”. Pakar bedah yang terlatih boleh menggunakan
beberapa teknik pembedahan untuk membina kelopak mata yang berganda
“Double eyelid”. “Double eyelid” membuat mata seseorang kelihatan lebih
besar dan lebih cantik. Walaupun prosedur ini nampaknya mudah, anda perlu
mendapatkan rawatan daripada pakar bedah yang terlatih dan bertauliah
supaya anda dapat mengurangkan risiko pembedahan.

18
5
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Next Page…

19
KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

▪ Mengembalikan semula fungsi anggota badan


▪ Membina semula anggota yang cacat
▪ Memberi kesempurnaan fizikal mangsa
▪ Menghilangkan keaiban
▪ Memberi keyakinan diri pada mangsa
▪ Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna

20
KEBURUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

▪ Kecacatan pada bahagian yang dibedah


▪ Kesan sampingan jangka panjang
▪ Maut
▪ Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT
▪ Membazir

21
KESIMPULAN
Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah
diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram
dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan
masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan
ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa.
Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha
daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.

22
PENUTUP
SEBAGAI PENUTUP KAMI INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MELUANGKAN MASA DAN
BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN DAN MENYIAPKAN E-FOLIO INI.PENGHARGAAN ISTIMEWA KEPADA
PENSYARAH KAMI IAITU USTAZ MUHAMMAD LUTHFFI AMEER B ABDULLAH YANG TELAH MEMBERI KAMI
MASA DAN RUANG JUGA KEBEBASAN UNTUK MEMILIH TAJUK DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG
MASA INI.
SECARA KESELURUHANNYA KAMI MENYIAPKAN E-FOLIO INI DALAM MASA SEMINGGU.KAMI MENJADIKAN
INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI KERANA PADA ZAMAN INI SEGALA MAKLUMAT BOLEH
DIDAPATI DI INTERNET TANPA PERLU KE PERPUSTAKAAN BAGI MENJIMATKAN MASA.JADI,KAMI MENJADIKAN
INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI .
KAMI MEMILIH TAJUK PEMBEDAHAN PLASTIK KERANA IA NAMPAK MENARIK DAN IA JUGA ISU YANG BESAR
DALAM DUNIA PADA ZAMAN KINI.SEBELUM INI KITA MELIHAT PEMBEDAHAN INI DARI SKOP YANG KECIL DAN
MEMBUATKAN KITA CEPAT MENGHUKUM SESEORANG ITU MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK.KINI KITA
DAPAT LIHAT ADA PEMBEDAHAN YANG DIBENARKAN DAN DIHARAMKAN DALAM ISLAM.
KESIMPULANNYA,ISU PEMBEDAHAN PLASTIK INI KAMI SUDAH KUPAS DAN MEMBERI HUJAH DARI PELBAGAI
ASPEK.DIHARAPKAN,E-FOLIO INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PEMBACA.

23
RUJUKAN

▪ - https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembedahan_plastik
▪ - http://www.my.hyaluronic-acid-filler.com/info/what-s-the-difference-between-plastic-surgery-17397701.html
▪ - https://www.slideshare.net/syeimy/pembedahan-plastik-menurut-islam
▪ - https://www.slideshare.net/syeimy/pembedahan-plastik-menurut-islam
▪ http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalam-persepsi-islam.html
▪ https://iluminasi.com/bm/7-jenis-pembedahan-plastik-paling-mahal-di-dunia.html

24

Anda mungkin juga menyukai