Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Pembedahan plastik
Pembedahan plastik dedifinasikan sebagai satu operasi atau pembedahan bertujuan untuk
mempercantik atau memperbaiki satu bahagian di dalam anggota badan, baik yang nampak
atau tidak, dengan cara ditambah, dikurang atau dibuang, bertujuan untuk memperbaiki
fungsi dan estetika (seni) tubuh.
Memetik petikan daripada buku Perubatan Islam dan bukti sains moden karya Danial
Zainal Abidin, pembedahan plastik ialah cantik yang membunuh. Dunia moden telah berjaya
mempermainkan wanita dimana lelaki sangat memadang kepada kecantikan dan paras rupa
wanita. Mempunyai wajah dan potongan badan yang cantik dapat menarik perhatian lelaki.
Diterangkan dengan lebih jelas dimana pembedahan plastik mempunyai seribu satu risiko
namun ianya dipandang remeh oleh segolongan wanita yang hanya memikirkan kecantikan
mereka tanpa memikir kesan buruk daripadanya. Tanpa disedari wanita telah menjadi hamba
kepada kecantikan sementara dunia di atas nama kebebasan tanpa menghiraukan batas-batas
agama.
Dikisahkan lagi bahawa pada permulaannya pembedahan plastik hanya dilakukan oleh artis
artis yang terlibat dalam aksi-aksi lucah. Namun kini bukan sahaja artis bahkan suri rumah
juga melakukan pembedahan plastik semata mata ingin mendapat perhatian ramai dan
bermegah dengan kecantikan dunia yang bersifat sementara.
Kini industri pembedahan plastik telah menjadi sebuah industri besar terutamanya di barat.
Tahun ke tahun peratusan wanita yang melakukan pembedahan plastik semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, fenomena ini juga kini telah melebar luas ke seluruh dunia selari dengan
pengedaran masa dan pengaruh kuat daripada media massa.

Sejarah Pembedahan Plastik.

Walter Yeo adalah manusia pertama yang melakukan pembedahan plastik. Seorang tentera
laut yang mengalami kecacatan pada wajahnya semasa perang Jutland sewaktu perang dunia
pertama.
Kecatatan yang dialami ialah kehilangan kelopak mata pada wajahnya. Pembedahan plastik
yang dilakukan terhadapnya dilakukan pada tahun 1917 yang mana telah dikendalikan oleh
seorang doktor pakar kulit iaitu Dr. Sir Harold Gillies dari New Zealand yang melakukan
proses pencantuman kulit kebahagian anggota badan yang lain untuk kali pertamanya dalam
sejarah pembedahan moden. Pembedahan ini telah dilakukan di Plymouth, England.
Hasil daripada kejayaan pembedahan tersebut Dr. Sir Harold Gillies telah digelar sebagai
Father of Plastic Surgery

Wajah sebelum pembedahan.

Wajah sewaktu pembedahan dilakukan.

Wajah selepas pembedahan.

TRANSGENDER :
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang
menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki. ( Riwayat Bukhari )
Transgender adalah orang yang keliru dan perilaku tidak kena dengan jantina. Di mana
mereka yang dalam golongan ini 'melanggar' norma kehidupan dan bertentangan dengan
fitrah sebagai seorang manusia. Transgender ialah salah satu pecahan daripada Pembedahan
Kosmetik yang popular pada Era ini. Pada pandangan saya pembedahan ini merupakan
perubahan terbesar kepada diri seseorang. Golongan ini sanggup membelanjakan beratus
malahan berpuluh ribu untuk pembedahan ini. Transgender ialah pembedahan mengubah
jantina, juga terbahagi kepada 2 :
1. Lelaki kepada Perempuan : Membuang alat kelamin lelaki, zakar. Berperwatakan seperti
perempuan, lembut juga mereka ini dikenali sebagai Maknyah, dan Pondan.
2. Perempuan kepada Lelaki : Mengempiskan buah dada. Perwatakan kasar, ganas dan suara
garau seperti lelaki. Cenderung perhubungan kepada perempuan.
Pada apa yang saya teliti, bermula nya seseorang insan lelaki mahupun perempuan,
terjebaknya dengan pembedahan ini pastinya merubah 100 peratus, 360 darjah dari rupa asal
seseorang yang telah dikurniakan tuhan. Untuk memuaskan lagi keinginan, ada dalam
golongan ini makan pil hormon untuk menampakkan Pastinya anda terkejut melihat rupa
mereka dalam golongan ini kerana ada yang lebih nampak kelelakian atau lebih nampak
kewanitaan jika dibandingkan dengan kita yang mempunyai jantina asli.

Andreas-Krieger

PEMBEDAHAN

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz

Definisi :
Disebut Jirahah at-Tajmil iaitu memperbaiki penampilan satu anggota tubuh yang nampak,
atau untuk memperbaiki fungsinya, ketika anggota tubuh itu berkurang, hilang atau rosak
(Al- Mausu'ah at-Thibbiyah al-Haditsah, 3/454)
Pembedahan merupakan kepakaran perubatan kuno yang menggunakan kaedah-kaedah insani
dan peralatan operatif ke atas pesakit untuk menyiasat dan/atau merawat penyakit,
kecederaan atau sebagainya, ataupun mempertingkat fungsi atau rupa tubuh badan.

Jenis- jenis Pembedahan :


Pembedahan Kosmetik (Plastik) : bertujuan memperbaiki bentuk struktur badan yang normal
bagi meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri mengikut keinginan dan kepuasan
seseorang dengan harga yang sangat mahal.
Pembedahan rekonstruktif : bertujuan untuk memperbaiki bentuk badan dan fungsi tubuh
yang cedera akibat kemalangan yang teruk, penyakit dan kecacatan kelahiran. Contoh
pembedahan rekonstruktif ialah pembedahan mulut yang sumbing dan pembedahan
menampal kulit yang melecur

Pembahagian Pembedahan Plastik :


1. Bedah Kosmetik
2. Menegang Kulit
3. Memancung Hidung
4. Buang Lemak pada Mata
5. Meninggikan Pipi
6. Buang Lemak
7. Menegang Buah Dada
8. Mengubah Bentuk Muka seperti Telinga, Dagu dan Kening
9. Mengurangkan Kedutan
10. Mengembalikan Keaslian Diri
11. Transgender

Pembedahan Dagu :

Contoh Pembedahan Kosmetik :

Contoh Pembedahan Hidung :

Teknik dan teknologi:

Sejak dulu lagi penggunaan susuk emas merupakan salah satu cara untuk awet muda,
kelihatan jelita. tetapi kini, dengan kemajuan teknologi moden. Teknik yang digunakan
nampaknya lebih canggih. Antara teknik yang popular sekarang ialah pembedahan plastik,
botox, braces, filler, suntikan vitamin C, dan lain-lain.
1) Teknologi filter
Teknologi filler teknik terkini yang popular di kalangan orang ramai untuk menghilangkan
kedutan, parut dan lekuk di kulit , Kedutan, parut & lekuk. Filter juga dikenali sebagai
hyaluronic atau injectable implant. kehadiran hyaluronik boleh menggantikan tisu yang
hilang di dalam kulit kita akibat penuaan. Kulit yang berparut atau berlekuk bererti
kandungan kolagen dalam kulit sangat sedikit. Penggunaan filter akan menambah kolagen di
bahagian yang memerlukan seperti pipi dan kulit yang kendur. Apabila suntikan kolegen
dibuat, kulit kelihatan cantik semula. Masalah pipi yang tenggelam agak ketara bagi
seseorang yang terlalu kurus. Pipi tampak tersorong ke dalam dan wajah akan tampak kurang
menarik. Menutup kedutan yang ketara kedutan yang sukar dirawat seperti kedutan pada dahi
yang dalam dan di antara kedua kening sering memerlukan teknologi filler bagi menutupi
garisan yang ketara. Selain itu, teknologi filter juga digunakan untuk memnacungkan hidung.
Suntikan filler mampu membuat hidung lebih mancung berbentuk sangat natural.
Penggunaan filler mampu menjadikan bentuk dagu lebih runcing dan panjang. Wajah tampak
lebih tirus dan ayu. Masalah lemak bawah dagu turut dapat diatasi kerana dagu yang panjang
menjadikan lemak bawah dagu kurang kelihatan. Selain itu, teknologi filter juga digunakan
untuk mencantikan bibir. Penggunaan filler akan menyerlahkan semula bentuk bibir
menjadikan bibir lebih anggun dan tebal. Teknologi filter juga digunakan untuk
meningkatkan saiz payu dara dan juga punggung.
2) Botox
Suntikan botox adalah cara yang efektif untuk menghilangkan kedutan di sekitar wajah, iaitu
seperti kedutan alis, garis tertawa, lipatan di pinggir mata, lipatan dahi, dan leher. Cairan
yang digunakan dalam suntikan botox ini adalah cairan yang terbuat dari toksin bakteria
Clostridium botulinum atau yang biasa disebut Botox (Botulinum toxin). Botox merupakan
racun saraf yang dapat mencegah pelepasan neurotransmiter kimia yang ada di cabang
neuromuskular, dengan cara menghentikan kinerja otot-otot kecil.
3) Pembedahan plastik
Pembedahan plastic menggunakan rawatan seperti Liposuction adalah pembedahan plastik
menggungkan vakum untuk menghilangkan lemak dari perut, bokong, lengan atas atau
bahagian tubuh yang memiliki banyak kandungan lemak. Dermabrasi adalah operasi plastik
yang menggunakan sebuah roda atau sikat kasar untuk menghilangkan lapisan atas kulit,
merangsang pertumbuhan kulit yang baru dengan penampilan yang halus dan menghilangkan
kedutan. Rhinoplasty adalah operasi plastik yang dilakukan untuk membentuk tulang hidung,
dengan tujuan memperbaiki ukuran dan bentuk hidung dan pelbagai lagi. Augmentations
payudara adalah operasi plastik yang dilakukan untuk memperbesar payudara dengan cara
pembedahan dan menanamkan implant.

4) Implan payudara.
2 jenis implan payudara iaitu
saline dan silicon. Implan saline
merupakan implan yang terdiri
dari beg silikon yang berisi air
garam steril. Jenis kedua, terdiri
dari beg silikon yang sudah
diisi dengan gel silikon yang
melakat dan hampir menyerupai
lemak manusia. Proses
pembedahan dimulakan dengan
sayatan di bawah payudara,
lengan, dan di sekitar puting.
Seberapa banyak sayatan,
tergantung dengan jenis implan,
bentuk tubuh, serta seberapa
banyak perubahan yang
dilakukan pada payudara. Penanaman implan payudara dilakukan sekitar 1-2 jam. Implan
kemudian akan dimasukkan pada sebuah beg di atas atau di bawah otot dada. Setelah selesai,
ahli bedah kemudian akan menutup sayatan tersebut. Kesan daripada implant ini akan
menimbulkan rasa sakit dan infeksi
Implan kemudian akan dimasukkan pada sebuah kantong di atas atau di bawah otot dada.
Setelah selesai, ahli bedah kemudian akan menutup sayatan tersebut.
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan anganangan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang
ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah
ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya, barangsiapa yang menjadikan syaitan
menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata."
(Surah An-Nisaa' : Ayat 119)
Daripada Ibnu Masud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w; "Allah melaknat perempuan yang
membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi
untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah."
5) Pembedahan plastik (transgender)
Lelaki kepada wanita:
micheal Brownstein, MD, dari SAN FRANCISCO MEDICAL SOCIETY membincangkan
berlainan jenis pembedahan tugas kembali jantina. dalam prosedur biasa daripada lelaki
kepada pembedahan tukar wanita, insisi melengkung dibuat sekitar kantung buah zakar anda
dan testis dikeluarkan. pemotongan terdiri panjang zakar, kulit dikeluarkan dan tisu zakar
dipotong jauh. pakar bedah mengekalkan kepala zakar anda untuk membentuk kelentit pakar
bedah pembuang uretha anda (tiub air kencing) dan melekat ia di bawah kelentit baru dengan
kateter (tiub plastik) untuk memastikan ia terbuka semasa ia menyembuhkan. pakar bedah
membuat bukaan belakang di mana testis telah membentuk vagina, dan kulit yang telah
dibuang dari zakar (dan kadang-kadang beberapa kulit buah zakar) terbalik dan dijahit ke
dalam tiub, yang kemudian diletakkan di dalam pembukaan faraj yang baru untuk
mewujudkan faraj.

Wanita kepada lelaki:


langkah pertama dalam famale untuk lelaki pembedahan menukar jantina adalah
penyingkiran payudara, rahim dan ovari, dan menutup faraj. menggunakan prostesis untuk
memberi rupa zakar, atau boleh mempunyai "micropenis" dicipta (metoidioplasty). hormon
lelaki menambah saiz kelentit, dan kelentit atau uretra boleh dipotong dan dipanjangkan
untuk membentuk (4-7cm) zakar kecil. jika uretra adalah termasuk dalam zakar, anda boleh
berdiri untuk membuang air kecil, tetapi anda tidak boleh mendapatkan ereksi. pilihan
terakhir, phalloplasty mewujudkan zakar yang besar tetapi memerlukan bahawa kulit boleh
dipotong tapak penderma pada badan anda (sering anda lengan) untuk membuat zakar baru.
kulit itu digulingkan dalam tiub sekitar kateter plastik supaya yang uretra baru akan
terbentuk. pakar bedah jahitan zakar ke tempat, yang diberikan oleh saraf kelentit untuk
menyediakan beberapa sensasi. di peringkat kemudian, anda boleh mempunyai prostesis
zakar dimasukkan, biasanya prostesis kembung, supaya anda boleh mencapai ereksi.

Cantik yang dilaknat

Hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:





"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang
mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi
supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim No:3966.]
Apa yang dapat disimpulkan tentang tajuk utama daripada hadith di atas ialah manusia yang
mengubah ataupun menambah kecantikan luaran atas kehendak nafsu akan dilaknat Allah,
kerana wujud unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah. Lebih malang lagi turut mendapat
tempias yang manusia melaksanakan kehendak nafsu kepada yang meminta. Akan tetapi,
pembedahan plastik ini dibolehkan jika ia tidak melampaui batas ataupun melakukan
pembedahan plastik untuk menghilangkan aib daripada badan dan wajah akibat kemalangan
atau penyakit atau yang wujud sejak lahir.
Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan islam dan sama sekali bukan budaya islam.
Mereka yang terlibat tidak mensyukuri nikmat Allah lantas mengambil keputusan mudah
membuat pembedahan plastik seterusnya menyebabkan masyarakat tertipu.
Hukum :
Wajib jika bertujuan untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal
kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
Harus jika ia Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana
yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh. Contohnya menanam atau
menyamakan gigi untuk keselesaan, memakai inai untuk tujuan berubat dan sebagainya
Haram jika mengubah ciptaan Allah seperti mencantikkan wajah seperti mencukur kening,
membuang alat kelamin, membesarkan buah dada dan sebagainya tanpa darurat.

Sebagai muslim sejati, amat penting untuk kita mengambil berat akan hal ini. Sentiasa lah
bersyukur dan menghargai ciptaan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik Pencipta, dan
mungkin jika ada yang kurang pada diri itulah ujian dan sebagai tanda cinta Dia kepada kita.

Negara paling banyak melakukan pembedahan plastik

1)

Korea selatan

* Rata-rata warga negara ini melakukan pembedahan plastik untuk mencipta lipatan pada
kelopak mata, memperkecil rahang, memancungkan hidung dan ada sedikit yang
membesarkan payudara. Sebuah kajian pada 2009 menunjukkan, satu dari lima wanita yang
hidup di Seoul pernah melakukan pembedahan plastik. Wanita negara ini mencatatkan purata
paling tinggi dalam melakukan pembedahan payudara.
2)

Thailand

* Kualiti doktor bedah plastik sudah cukup terkenal dan dipercayai, bahkan sanggup
mengubah pandangan lelaki transgender menjadi sangat mirip dengan wanita. Operasi plastik
di Thailand juga dikenali dengan harganya yang cukup berpatutan. Maka tidak hairanlah
kalau prosedur kecantikan ini begitu popular. Dalam setahun, ada sekitar 55.642 kes
pembedahan plastik dan rata-rata untuk memancungkan hidung dan lipoplasty (pelantikan
lemak di bawah jaringan kulit menggunakan frekuensi gelombang bunyi).
3)

Brazil

Brazil terkenal dengan gadis-gadis cantik nan seksi. Selain itu, negara kelahiran supermodel
Gisele Bundchen ini juga popular dengan operasi plastik, terutama liposuction dan implan
payudara. Di Brazil, operasi plastik sudah jadi perkara yang sangat umum dan tidak ada yang
bermasalah dengan hal itu. Bahkan operasi plastik juga mendapat sokongan dari kerajaan
Brazil kerana permintaannya cukup tinggi
4)

Taiwan

Seperti Korea Selatan, Taiwan merupakan negara yang paling banyak operasi plastik,
terutama di kawasan muka. Rata-rata orang yang datang ke sana melakukan pembedahan
plastik untuk menghilangkan kerut dan lingkaran gelap bawah mata agar kelihatan lebih
muda, dan meniruskan pipi. Sebahagian besar prosedur operasi menggunakan Botox dan ada
221 ribu kes operasi plastik dalam setahun.

Hikmah Islam melarang pembedahan plastik semata-mata kerana


kecantikan.

1. Tidak besyukur atas apa yang Allah berikan ke atas diri kita. Allah telah
menciptakan makhluknya seadilnya, mempunyai kekurangan dan kelebihan. Memiliki
wajah yang cantik adalah satu anugerah tetapi itu bukan bermakna kita perlu
bermegah dengannya. Cemburu dengan kecantikan yang dimiliki orang lain dan ingin
cantik juga sehingga melanggar larangan Allah dengan merubah ciptaannya adalah
suatu perkara yang salah dan ianya adalah satu dosa besar.
2. Melahirkan perasaan sombong, riya' (menunjuk-nunjuk) dan takabur. Sifat ini
adlah salah satu sifat yang tidak baik yang perlu dihindarkan. Riak dengan kecantikan
diri sendiri akan menimbulkan sikap sentiasa tercabar dan akhirnya sanggup
berhabisan puluhan ringgit semata-mata ingin mencantikkan lagi paras rupa yang
sedia ada.
3. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh. Pembedahan plastik
adalah dilarang kerana bahan kimia yang digunakan sewaktu pembedahan tersebut
mampu memberi impak negatif kepada tubuh badan kita. Keinginan untuk menjadi
cantik mampu menukar paras rupa kepada yang lebih buruk dan mengundang kepada
penyakit berbahaya.
4. Bukan budaya hidup Islam. Islam adalah satu agama yang indah. Telah disusun rapi
dengan baiknya dari semua aspek termasuklah kehidupan seharian. Bersederhana dan
bersyukur amatlah dituntut dalam Islam. Jika kita sentiasa bersyukur atas kurniaan
Allah kita tidak akan melakukan laranganya seperti melakukan pembedahan plastik.
Ianya langsung tidak selari dengan garis panduan kehidupan Islam kerana itulah
melakukan pembedahan plastik secara suka-suka bukanlah budaya hidup Islam.

Hikmah islam mengizinkan pembedahan plastik.

1. Memberi kesempurnaan. Ada diantara kita yang dilahirkan serba kekurangan pada
paras rupanya seperti sumbing di bibir. Dengan melakukan pembedahan plastik dpat
lah mereka menjadi seperti insan-insan yang lain supaya mereka dapat hidup dengan
selesa dan gembira.
2. Menghilangkan keaiban. Bak kata pepatah melayu mulut tempayan boleh ditutup,
mulut orang mana boleh ditutup. Fitnah dan makian seta hinaan seperti tiada apa bagi
sesetengah manusia. Dengan kemudahan yg diberi dalam Islam dapatlah mereka
mengelak daripada dihina dan diaibkan masyarakat
3. Memgembalikan fungsi. Ada sesetengah kekurangan itu menyebabkan sesuatu organ
itu bermasalah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka dengan pembedahan
plastik dapat lah organ atau bahagian bermasalah itu dikembalikan berfungsi dengan
baiknya dan dapt lah melakukan pelbagai kerja harian dengan mudah.

Kesimpulan.

Setelah meniliti dan memahami mengenai pembedahan plastik dan transgander ape yang
mampu disimpulkan disini bahawa Islam itu sangatlah indah. Islam telah memudahkan
umatnya dan sentiasa memahami penganutnya.
Tidak semua perkara adalah larangan seperti permasalahan ini. Pembedahan plastik bukanlah
terus jatuh haram hukumnya tetapi ia mampu menjadi haram apabila dilakukan tanpa sebab
yang munasabah dan memudaratkan. Islam telah membuat garis panduan yang sangat
sempurna dalam meletakan sesuatu hukum.
Sebagai seorang Islam kita perlulah sentiasa menginguti semua garis panduan yang telah
ditetapkan Sang Pencipta. Janganlah kita mengingkari larangannya. Bersyukur atas apa yang
ada pada diri kita. Kerana kebahagiaan akan diperoleh kita kita bersyukur. Tidak bersyukur
akan menyebabkan kita sentiasa rasa kekurangan sehinggakan melakukan larangan Islam
tanpa memandang serius akan akibat dan azb yang akan diterima atas perbuatan tersebut.
Kecantikan luaran diri hanyalah sementara. Bila bila masa Allah boleh menarik semula
perberiannya itu. Sentiasalah mencantikan dalaman diri. Bukanlah itu bermaksud kita tidak
mencantikkan luaran diri tapi cukuplah sekadar yang patut dan cantik hanya untuk yang
dibolehkan sahaja seperti suami dan keluarga. Tidak perlulah bermegah dan riak kerana itu
juga menjadi pendorong kepada ketidakpuasan sehinggan melakukan pembedahan plastik.
Banyak dan dapat diperoleh setelah melakukan tugasan ini dan banyaklah juga kita dapat
pengajaran daripada pembedahan plastik mengikut Islam.

Contoh-contoh artis yang melakukan pembedahan plastik

Lampian

Buku / kitab :-

1. Betapa Wudahnya Wanita Terjerumus ke Neraka Desebabkan Oleh Dosa-Dosa


Ini m.s 63-66 terbitan Al Hidayah House of Publisher SDN BHD.
2. Perubatan dalam Islam dan Bukti Sains m.s 83-87 terbitan PTS

3. Kitab suci Al-Quran m.s 97


4. Tip Menjadi Individu Menarik terbitan PTS

Internet :-

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz3x5kYjoSI
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.slideshare.net/samydbl/pembedahan-plastik-dan-jantina
http://mengubah-ciptaan-allah.blogspot.my/2008/11/mengubah-ciptaan-allah_20.html

Anda mungkin juga menyukai