Anda di halaman 1dari 11

SCIENCE AND TECHNOLOGY IN

ISLAM
(CTU211)
PEMBEDAHAN PLASTIK DAN BOTOX MENURUT
ISLAM

PREPARED FOR : USTAZAH NURUL HIDAYAH BINTI


AWANG @ AB RAHMAN

PREPARED BY : D1CS1103A

NAME NO. MATRIC

NUR FATIN SYAZWINA BINTI NORDIN 2018429616


SITI KHAIRIYAH BINTI SHAARI ALAMIN 2018247308
NURZALIKHA IZZATIE BINTI ZAIDI 2018236092

1|Page
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


PENDAHULUAN 3
PEMBEDAHAN PLASTIK
I. DEFINISI
II. HUKUM
III. SYARAT
IV. JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK
4-9
V. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
VI. TUJUAN
VII. KESIMPULAN

BOTOX

RUJUKAN

ETIKA DAN MORAL

2|Page
PENDAHULUAN

Alhamdulillah hirabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi


dengan limpah dan kurnianya dapat menyelesaikan tugasan kerja khusus ini yang bertajuk,
“Pembedahan plastic dan Botox menurut perspektif Islam” dengan penuh jayanya. Kami
menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Nurul Hidayah Binti Awang @ Ab
Rahman, Pensyarah CTU211 bagi kelas kami,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada kami dan rakan sekelas yang lain. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku..Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang
telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada kami. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era
globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal generasi muda di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Perubahan di dalam penggunaan
teknologi juga amat penting kepada mahasiswa. Sekian terima kasih.

3|Page
PEMBEDAHAN PLASTIK

DEFINISI

DARI SEGI BAHASA

Bahasa Arab : Jirahah at-tajmil.

 Memperbaiki penampilan satu anggota tubuh yang Nampak atau untuk membaiki
fungsinya ketika anggota tubuh itu berkurang, hilang atau rosak.
 Pembedahan plastik terbahagi kepada dua :
I. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.
II. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

Bahasa Yunani : Plastikos

 Perkataan plastik berasal daripada perkataan Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud
“membentuk” atau membentuk.

DARI SEGI ISTILAH

 Pembedahan plastik dari segi istilah bermaksud kebolehan perubatan yang menggunakan
sifat kemanusiaan dan peralatan moden keatas pesakit untuk menganalisis bagi tujuan
merawat penyakit. Pembedahan plastik juga boleh ditakrifkan sebagai pembedahan
dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan sebagai contohnya, pembedahan untuk
mulut sumbing bertujuan menutup kecatatan. Selain itu, pembedahan ini juga bertujuan
untuk kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan lain-lain lagi.
Mengikut Kamus Dewan pula, pembedahan plastik pula diistilahkan sebagai pembedahan
tisu, sama ada untuk tujuan rawatan, memulihkan kecacatan atau supaya kelihatan lebih
cantik dan menarik (Kamus Dewan Edisi Kedua).

4|Page
HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK

 Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit
terbakar pada wajah dan anggota yang dapat dilihat.
 Harus – Menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh badan sebagaimana
yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.
 Haram – Mengubah ciptaan Allah SWT dengan sengaja. Contohnya, perempuan
melakukan pembedahan plastik untuk mecatikkan wajahnya dengan memancungkan
hidung atau membulatkan mata.

DALIL HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK

Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang dinukilkan daripada Arfajah ibn As’ad yang
berkata :

“Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya
mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika)
hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk
menggantikannya dengan hidung yang diperbuat daripada emas.”

Diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari melalui Alqama, telah berkata Abdullah:

“Allah SWT melaknat ke atas perempuan yang membuat tatu (Washimat), yang
meminta dibuat tatu untuknya (Mustawshimat), seseorang yang mencukur bulu yang
tumbuh pada mukanya atau kening kedua matanya (Mutanammisath), dan
perempuan yang menjarangkan gigi-gigi hadapannya  (Mutafallijat) untuk
kecantikan, dan mereka mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah SWT.”

5|Page
SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM
PERSEPSI ISLAM

 Pembedahan yang diperlukan oleh pesakit.


 Pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut
dan orang yang merawat mempuyai kelayakan untuk melakukan pebedahan yang
akan dijalankan.
 Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu
mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya,
 Tidak terdapat alternative lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan
itu.

JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK

REKONSTRUKSI

Rekonstruksi bermaksud perbuatan membentuk gambaran , tentang sesuatu peristiwa


lalu dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang dapat diperolehi.

Antara contoh rekonstruksi adalah :

 Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langit, hipospadi (alat kelamin
melengkung).

 Hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).

 Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan
retak tulang.

 Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami


penderitaan yang teruk.

 Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan


bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.

 Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan


pembuluh darah).

6|Page
PEMBEDAHAN PLASTIK KOSMETIK

Pembedahan plastik kosmetik bermaksud kebolehan perubatan yang menggunakan


sifat kemanusiaan dan peralatan moden keatas pesakit untuk menganalisis bagi tujuan
merawat penyakit.

Antara contoh pembedahan plastik kosmetik adalah :

  Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga


dapat menghilangkan kedutan pada wajah.

  Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan


keinginan individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki
penampilan. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.

  Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang
kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang
diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.

KEBAIKAN & KEBURUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

KEBAIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

1. Untuk menutup aib yang ada dibadan, atau kerana kejadian yang menimpanya seperti
kecelakaan, kebakaran atau yang lainya. Maka pembedahan ini dimaksudkan untuk
perubatan. Maksudnya adalah pembedahan yang dilakukan hanya untuk perubatan untuk
menutup aib (cacat) yang ada dibadan, contohnya cacat dari lahir (bawaan) seperti bibir
sumbing, jari tangan atau kaki yang berlebih.

2. Atau untuk mempercantik diri, dengan mencari bahagian badan yang dianggap
mengganggu atau tidak selesa untuk dilihat orang, istilah yang kedua ini adalah untuk
kecantikan dan keindahan. Maksudnya adalah pembedahan yang tidak disebabkan oleh
penyakit bawaan (turunan) atau kerana kecelakaan, akan tetapi atas keinginannya sendiri
untuk menambah keindahan dan mempercantik diri.

7|Page
a. Pembedahan anggota badan

 Diantaranya adalah pembedahan telinga, dagu, hidung, perut, payudara, pantat (maaf)
dengan ditambah, dikurang atau dibuang, dengan keinginan agar terlihat cantik.

b.Pembedahan mempermuda

 Adapun pebedahan bagian kedua ini diperuntukkan bagi mereka yang sudah berumur
tua, dengan menarik kerutan diwajah, lengan, pantat, tangan, atau alis.

KEBURUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

1. Operasi plastik yang merubah ciptaan Allah Swt

2. Adanya unsur pemalsuan dan penipuan.

Cth: Menggunakan silikon untuk memperbesarkan payudara juga diharamkan kerana ia


berbahaya, selain bukan untuk tujuan kesihatan. Botox pula haram bukan saja kerana
bahan digunakannya bernajis dan berbahaya tetapi ia memiliki unsur penipuan.

3. Dari sisi lain, keburukannya lebih banyak dari manfaatnya, karana bahaya yang akan
terjadi sangat besar apabila pembedahan itu gagal, ia boleh menyebabkan kerosakan anggota
badan bahkan boleh membawa kepasa kematian.

4. Penggunaan botox untuk lebih muda diharam.

 ISLAM melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan
asal Allah SWT.

 Penulis buku ‘Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam’, Ahmad Dahlan


Salleh, berkata pembedahan plastik dan kosmetik hanya dibenarkan Islam untuk
tujuan perubatan dan kesihatan semata-mata manakala tujuan selain itu tidak
dibolehkan serta haram mengikut syariat Islam.

8|Page
TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK MENGIKUT ISLAM

Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh
manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan
dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan
mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian
manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik,
pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki
keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan
semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu,
doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat
mendapat persetujuan pesakit dan penjaganya.

KESIMPULAN

       Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan


plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan
plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan
kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak
memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah
ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada
tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau
kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu
semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-
ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan
cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.

9|Page
SUMBER RUJUKAN

 http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalam-persepsi-islam.html
 http://hukumpembedahanplastikmenurutislam.blogspot.com/2015/08/pembedahan-
kosmetik-atau-pembedahan.html
 https://mykhilafah.com/soal-jawab-hukum-syarak-mengenai-pembedahan-plastik-
kosmetik/
 http://pakreatif.blogspot.com/2011/03/pembedahan-plastik.html
 Nurul Hidayah Awang@Ab Rahman.Nurul Izzah Noor Zainan.Mohd Khairul Anuar
Ismail.2019.Pengenalan Sains dan Teknologi Islam. Akademik Pengajian Islam
Konteporari(ACIS).

ETIKA DAN MORAL

Kami melihat tajuk kertas kerja ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasa
dibahaskan dan kebanyakan kita masih lagi keliru dengan hukum pembedahan plastik dan
botox bagi situasi yang berbeza. Kebiasaannya kita melihat isu pembedahan plastik ini dalam
skop yang terlalu kecil dan kita mudah menghukum seseorang apabila melakukan
pembedahan plastik. Wahal dalam Islam itu sendiri sudah menetapkan hukum yang
sepatutnya dan alasan disebalik setiap hukum yang ditetapkan. Di Malaysia sendiri isu ini
bukanlah perkara asing lagi apabila semakin ramai mula mengalihkan perhatian terhadap
fenomena ini. Sebagai buktinya, seseorang terutamanya selebriti mula terikut-ikut dengan
pengaruh barat apabila ada sesetengah golongan mula taksub melakukan pembedahan plastik
bagi mendapatkan bentuk anggota badan yang diingini seperti melakukan pembededahan
plastik untuk mendapatkan hidung yang mancung. Namun begitu, harus kita ingat bahawa
pembedahan plastik juga membawa banyak kebaikan kepada insan tertentu yang
memerlukannya. Dengan melakukan pembedahan plastik, kehidupan seseorang insan kembali
normal dan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa ada rasa rendah diri. Hal ini biasanya
terjadi kepada mereka yang mengalami kecatatan mahupun kemalangan teruk yang
menjejaskan fungsi anggota badan mereka.

10 | P a g e
11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai