Anda di halaman 1dari 14

Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan keupayaan

menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata
lain aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia. Dengan adanya etika
pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relative yakni
dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman. Etika diertikan sebagai ilmu yang
mempelajari kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia khususnya perbuatan manusia
yang didorong oleh kehendak dan didasari pikiran yang jernih dengan pertimbangan
perasaan. Etik ialah suatu cabang ilmu filsafat. Secara sederhana dapat dikatakan bahwa etik
adalah disiplin yang mempelajari tentang baik dan buruk sikap tindakan manusia. Etika
merupakan bagian filosofis yang berhubungan erat dengan nilai manusia dalam menghargai
suatu tindakan, apakah benar atau salah, dan penyelesaiannya baik atau tidak. Dalam bahasa
Yunani, Etik diertikan sebaga Ethos, Kebiasaan atau tingkah laku, dalam bahasa Inggeris
pula Etik diertikan sebagai Ethic, tingkah laku / perilaku manusia yang baik atau tindakan
yang harus dilaksanakan manusia sesuai dengan moral pada umumnya.
Moral pula merupakan suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas
dari sifat lain, kehendak,pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar,
salah, baik, atau buruk. Jika pengertian etika dan moral tersebut dihubungkan satu dengan
yang lainya kita dapat mengatakan bahawa etika dan moral memiliki tujuan yang sama iaitu
saling membahas tentang perbuatan manusia untuk selanjutnya ditentukan samada baik atau
buruk. Namun demikian dalam hal etika dan moral memiliki sedikit perbezaan dengan etika
iaitu moral mempunyai sistem ukuran yang digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia
seperti dalam adat istiadat, kebiasaan, dan lainnya yang berlaku dalam masyarakat. Etika dan
moral sama ertinya tetapi dalam konteks kehidupan harian dua perkara ini mempunyai sedikit
perbezaan. Moral diguna dalam konteks perbuatan yang sedang di nilai, sedangkan etika di
pakai untuk sistem nilai yang sedia ada.
Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun, perubahan-perubahan yang besar
telah memberi banyak impak positif umpamanya dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan dan sebagainya. Bagaimana pula kita melihat tahap sosial
masyarakat di negara ini terutama sekali remaja?, di mana golongan inilah yang akan
memacu pembangunan negara di masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak
diperkatakan isu-isu yang berkaitan dengan masalah gejala sosial yang melibatkan remaja.
Pelbagai andaian, hujah, cadangan dan program dilaksanakan untuk menangani fenomena ini.

Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk perilaku gejala tidak sihat seharusnya merupakan
satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara
positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Secara
perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap
akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun
dan sebahagian besar daripadanya masih dalam alam persekolahan. Keruntuhan akhlak dan
moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu
buli dan juga isu-isu lain umpamanya seks bebas. Isu-isu ini sudah menjadi isu yang hangat
diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja harus diberi
penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah Negara itu adalah bergantung
kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan untuk
mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Di Malaysia, remaja
merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang
ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Statistik pembabitan
remaja paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda seperti mencuri, samun, rompak,
dan paling ketara sekali hubungan seks bebas. Terbaru, media massa telah memaparkan
fenomena

kelahiran

anak

luar

nikah

yang

kian

menjadi-jadi

di

Negara

ini.

Daripada data kajian dan statistik yang dibentangkan oleh para penganalisis, terbukti
isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak
ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut.
Yang pertama, perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Remaja ialah mereka yang berumur
18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan
mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan
mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut.

Perasaan

begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila
mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa,

keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka
melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara
tersebut.
Yang kedua ialah pengaruh rakan sebaya, kawan-kawan menjadi orang yang rapat
dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika
tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.
Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini
terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan
mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang
dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan
kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Seterusnya yang ketiga pula ialah perasaan dahagakan keseronokan, Sikap remaja
juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan
kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau
pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak,
mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah
keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. Yang keempat iaitu
pengaruh media, Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di
kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa
itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama
yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta
rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan
perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat.
Yang terakhir yakni sikap keluarga, Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi
pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua
keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu
mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja. Keluarga yang terlalu
mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga
itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh
setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja
memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja

yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan
kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada
suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana
para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan
mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sempurna.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang
teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik.
Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak
mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti
dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja
hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai
ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila
anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan.
Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa
untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan
merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan
ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersamasama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu
sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak
boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu
dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar
dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting
untuk kesejahteraan hidup anak-anak.
Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh
ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko
kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di
merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya,
masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan

ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di


kalangan orang lelaki. Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu
merokok secara terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi
dan sesetengahnya lengkap berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan
bagi mencegah remaja daripada terjebak kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan
samada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster. Ini menunjukkan
seriusnya masalah merokok di kalangan remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa
menghiraukan papan tanda larangan merokok samada di institusi pengajian atau di
tempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat
demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Faktor umur turut mempengaruhui
pandangan mereka terhadap tabiat merokok. Bagi remaja, kemungkinan mereka merokok
sekadar untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan kasan buruk akibat tabiat merokok.
Manakala orang dewasa merokok mungkin di sebabkan faktor kebergantungan atau
ketagihan. Mereka sedar tentang masalah yang sedang dan bakal di hadapinya tetapi terpaksa
meneruskan tabiat tersebut dengan pelbagai alasan. Perokok sentiasa mempertahankan
kepercayaan bahawa merokok mempunyai kebaikannya tersendiri seperti tumpuan perhatian
yang lebih baik, keupayaan berfikir yang lebih tajam, boleh mengurangkan tekanan,
ketegangan, dan berasa lebih tenteram. Griesar (2002) melalui kajian klinikal mereka
mendapati bahawa merokok memang boleh memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan.
Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Ini jelas
daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul
Berhenti Merokok (2001), yang menunjukan 20 % perokok terdiri dikalangan remaja.
Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang
remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Manakala menurut WHO dalam
Sufean (2004) menunjukan bilangan perokok di dunia diangarkan satu bilion. Statistik juga
menunjukkan bahawa 49% daripada lelaki dewasa di negara ini merokok dan jumlah ini
melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain 38 %, Amerika Syarikat 35 %
dan Sweden 30 %. Justeru itu, keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang
terdiri di kalangan remaja amat membimbangkan. Sebagaimana yang di ketahui, tabiat
merokok memberi kesan negatif seperti risiko kepada kesihatan tubuh badan.
Menurut Sallehuddin dalam Norlaila (1998), dari aspek fizikal, tabiat merokok boleh
mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian. Manakala dari aspek
kesihatan pula, pada peringkat awal merokok boleh memberi kesan seperti seseorang perokok
menjadi pelupa dan kurang selera makan. Manakala kesan jangka panjang dari aspek

kesihatan pula adalah boleh mengakibatkan penyakit kanser, mandul, gigi yang rosak dan
sebagainya. Walaupun masyarakat kita sedar tentang bahaya dan risiko merokok tetapi ia
masih diamalkan sebagai satu tabiat oleh segelintir masyarakat pada hari ini. Menurut Ahmad
(2004), pihak kerajaan pada tahun 2003 yakni sejak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
mengambil alih kepimpinan negara, beliau telah bersungguhsunguh melaksanakan kempen
anti merokok di setiap jabatan, daerah, kampung dan sebagainya. Yang menariknya dalam
kempen beliau itu, golongan yang menjadi sasaran utama ialah remaja yang berumur 13
sehingga 21 tahun. Ini kerana kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah
dikalangan remaja. Di samping itu, kajian ini turut mengambil kira sumbangan tabiat
merokok kepada gejala penagihan bahan. Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan
penagih dadah terdiri daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi,walaupun pelatih
berada di dalam pusat serenti tetapi mereka tidak putus bekalan tembakau. Ini disokong oleh
kajian Samsuddin dan Herman dalam Modul Kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang
menyatakan bahawa 99% penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat merokok dan
95% penagih dadah yang telah bebas mengamalkan tabiat merokok. Pendapat ini turut
disokong oleh Lee dalam Ahmad (2004), berkata kajian sumbangan tabiat merokok kepada
gejala penagihan dadah mendapati 99 % penagih dadah yang ditahan di semua pusat serenti
mempunyai pengalaman menghisap rokok ketika usia remaja.
Amalan tabiat merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia
merupakan salah satu fenomena semakin meruncing dan memerlukan perhatian yang serius
bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah. Surat Pekeliling
lkhtisas Bil:8/1968 Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa perbuatan merokok
di kawasan sekolah adalah melanggar tatatertib. Surat Pekeliling lkhtisas Bil: 5/1997 telah
menggazetkan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok. Kesungguhan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia menangani gejala amalan tabiat merokok dalam kalangan
pelajar juga dapat dilihat menerusi pengedaran Surat Pekeliling lkhtisas Bil:6A/1975
berkenaan disiplin pelajar menghisap rokok, Surat Pekeliling lkhtisas Bil: 1/1983 yang
menyatakan garis panduan kempen anti merokok di sekolah-sekolah dan Surat Pekeliling
lkhtisas Bil:4/1997 tentang hukuman terhadap pelajar menghisap rokok. Maklumat dan
arahan yang terkandung di dalam surat-surat pekeliling ikhtisas tersebut bertujuan
memudahkan tugas pihak pentadbir sekolah melaksanakan Polisi Kesihatan Sekolah iaitu
persekitaran sosial sekolah mestilah bebas asap rokok. Polisi ini termaktub di dalam Modul
Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat yang disediakan bersama oleh pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999. Polisi tersebut

telah menetapkan bahawa pihak sekolah perlu menyediakan prasarana Perkhidmatan


Kesihatan Sekolah bagi kemudahan pihak kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia
memberikan perkhidmatan kesihatan di sekolah. lni termasuklah mendapatkan kebenaran
pihak ibu bapa atau penjaga untuk rawatan kesihatan pelajar dan menyediakan bilik
pemeriksaan serta rawatan kesihatan. lni bermaksud pihak sekolah perlu melaksanakan
strategi yang berkesan untuk membasmi amalan tabiat merokok dalam kalangan pelajar
menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, khususnya pihak
Jawatankuasa Bina Insan dan Unit Kaunseling dengan kerjasama kakitangan jabatan
kesihatan yang berhampiran dengan sekolah.
Menurut bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (2005), amalan
tabiat merokok menyumbang satu kematian daripada setiap lima kematian di Malaysia.
Seramai 10,000 orang mati setiap tahun di negara ini kerana menghidapi pelbagai penyakit
akibat tabiat tersebut. Dzulkifli (1996) menyatakan merokok akan meninggalkan kesan akut
pada jangka masa pendek serta kesan kronik pada jangka masa panjang yang boleh
menyebabkan kematian. Kedua-dua kesan ini akan menular dalam kalangan perokok dan
individu bukan perokok yang terhidu asap rokok. Kesan akut ialah seperti penyempitan
saluran pemafasan, rangsangan otot-otot jantung serta saluran darah sehingga menyebabkan
peningkatan tekanan darah dan rerambut siliari saluran pemafasan akan terjejas. Selain itu
menurut beliau, kehangatan asap rokok yang masuk melalui kerongkong akan 'membakar'
serta merangsangkan sel-sel yang amat halus di dalam organ sistem pemafasan. Kesan kronik
tabiat merokok ialah seperti menghidap kanser peparu, kanser peptik, kanser mulut, sakit
jantung, asma dan osteoporosis. lni membuktikan tabiat merokok adalah amalan yang amat
berbahaya serta perlu dicegah mulai usia remaja. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005)
melaporkan bahawa jumlah perokok dalam kalangan rakyat negara membangun seperti
Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Perokok yang berumur 15 tahun ke atas di
Malaysia semakin bertambah daripada 21 % pada tahun 1985 kepada 31 % pada tahun 2000.
Laporan tersebut juga menyatakan pada masa kini 49% daripada lelaki dewasa dan 5%
daripada wanita dewasa di negara ini merokok. Sejumlah 14 batang rokok dalam tempoh
sehari dihisap oleh setiap orang dalam kalangan 5 juta perokok di Malaysia. Pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia menjangka bahawa separuh daripada jumlah perokok yang
hidup pada hari ini akan mati akibat menghisap rokok. Statistik ini membuktikan bahawa
semakin ramai kalangan remaja sekolah yang berumur 13 hingga 18 tahun terlibat dengan
amalan tabiat merokok. Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan
pelbagai polisi bagi menangani gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah, fenomena

tersebut masih terus berleluasa.


Menyedari hakikat betapa seriusnya ancaman amalan tabiat merokok terhadap
kualiti kesihatan rakyat di negara ini, kerajaan Malaysia telah menggubal Peraturanperaturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak Unit
Penguatkuasa Undang-undang Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh
negara. Peraturan 10(1) menetapkan bahawa kesemua premis kerajaan, institusi pengajian
tinggi, tadika, taman asuhan kanak-kanak dan sekolah adalah kawasan larangan merokok.
Peraturan 8 melarang seseorang menjual apa-apa hasil tembakau atau rokok kepada manamana orang yang berumur bawah 18 tahun. Peraturan 8A pula melarang seseorang yang
berumur bawah 18 tahun merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli
atau memiliki untuk kegunaan sendiri atau tidak dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda
tidak melebihi RM l000. Peraturan 13 menyatakan orang yang melanggar atau tidak
mematuhi mana-mana peruntukan di dalam peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Orang yang disabitkan melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM5000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Perkara 8
Peraturan 14 menyatakan bahawa menjual hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18
tahun boleh dikompaun sebanyak RM200 jika disabitkan kesalahan. Perkara 8A Peraturan 14
pula menyatakan bahawa remaja di bawah umur 18 tahun yang merokok atau mengunyah
apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau boleh
dikompaun sebanyak RM50 jika disabitkan kesalahan. Implikasi daripada Peraturan 10(1)
ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan sekolah sebagai Kawasan
Larangan Merokok menerusi edaran Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 5/1997. Maka pihak
pelaksana sistem persekolahan di Malaysia, ibu bapa atau penjaga pelajar, pihak pelajar,
pihak Penguatkuasa Undang-undang Kesihatan Awam dan pihak peniaga rokok atau apa-apa
hasil tembakau wajarlah melaksanakan peranan masing-masing supaya pelajar di negara ini
boleh membangunkan potensi kendiri masing-masing secara efisien dalam persekitaran
pembelajaran yang bebas daripada ancaman asap rokok.
Sufean, Lai, Mohd Firdaus dan Abd Rahim (2004) menyatakan bahawa hukuman
keras terhadap pelajar yang merokok tidak berkesan untuk menghentikan tabiat merokok. Ini
kerana merokok ialah kegiatan sosial bersama-sama rakan sambil bersembang dan
menceritakan pengalaman hidup. Remaja merokok bukan kerana hendak berlagak menjadi
hero atau menjadi dewasa. Sebenamya mereka hendak mengeratkan semangat setia kawan.
Maka beliau menyarankan program ceramah dan kaunseling mengenai kesan biologi serta
kesihatan akibat amalan merokok adalah berkesan untuk mendidik remaja mengenai tabiat

tersebut. Ini menunjukkan bahawa tindakan disiplin dengan merotan atau membuang pelajar
yang merokok di kawasan sekolah bukanlah cara yang terbaik bagi membasmi amalan tabiat
merokok dalam kalangan pelajar. Selain daripada pihak sekolah melaksanakan strategi
membasmi amalan tabiat merokok dalam kalangan warga sekolah, pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia juga dapat memainkan peranan menerusi Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah. Bahagian kawalan
penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) menyatakan merokok adalah tabiat yang
amat sukar untuk dihentikan. Kekuatan kendiri individu dan dorongan kehendak individu
adalah amat berkesan untuk menghentikan amalan tabiat merokok. Di samping itu pihak
kakitangan Jabatan Kesihatan dapat memainkan peranan membantu perokok menghentikan
ketagihan mereka terhadap bahan tembakau. Ini dapat dilakukan menerusi program
menghentikan amalan tabiat merokok yang dilaksanakan secara terancang dan diurus secara
profesional. Usaha murni ini perlulah disokong dengan penyediaan bahan bantu pengajaran
serta pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar. Pihak yang berkenaan
juga perlu merancang strategi, kaedah dan teknik serta isi kandungan rawatan Program
Pemulihan Amalan Tabiat Merokok yang sesuai dan berkesan bagi pelajar sekolah menengah.
Program Pemulihan Amalan Tabiat Merokok dalam kalangan pelajar sudah tentu dapat
dilaksanakan dengan jaya menerusi penggemblengan kerjasama antara pihak sekolah dan
pihak kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah. Contoh kerjasama yang boleh dijalin ialah pihak
Jabatan Kesihatan Daerah memberikan latihan khusus kepada guru-guru mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mengenai kaedah pemulihan amalan tabiat
merokok. Kakitangan Jabatan Kesihatan juga perlulah menjalankan program rawatan
pemulihan amalan tabiat merokok di sekolah-sekolah.
Program Pemulihan Amalan Tabiat Merokok ialah program rawatan kesihatan yang
dijalankan untuk memberhentikan tabiat merokok dalam kalangan perokok. Rawatan
bertujuan menamatkan pergantungan perokok terhadap apa-apa hasil tembakau supaya
mereka boleh menghentikan tabiat tersebut. Bahagian kawalan penyakit Kementerian
Kesihatan Malaysia (2005) menyatakan berhenti merokok sukar dilakukan. Ramai perokok
yang telah cuba berhenti merokok tetapi gagal kerana pergantungan mereka terhadap rokok
yang terlalu kuat. Dinyatakan juga bahawa pergantungan perokok terhadap hasil tembakau
akan memberi kesan ketagihan pada jangka masa panjang. Kebanyakan perokok bergantung
kepada rokok akibat kesan nikotin terhadap otak. Reseptor nikotin yang dinamakan
hippocampus terdapat pada bahagian otak yang menjana ganjaran serta emosi dan pada
bahagian yang menjana pembelajaran serta ingatan. Kewujudan reseptor nikotin dalam otak

yang berangkai secara terus dengan sistem ganjaran dalam otak menjelaskan bagaimana
nikotin yang terkandung dalam bahan tembakau mengupayakan kesan ketagihan. Ketagihan
merokok yang berterusan menyebabkan perokok menghidapi berbagai penyakit kronik yang
menjadi punca kematian. Bagi memberikan rawatan pemulihan tabiat merokok yang
berkesan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan buku Clinical Practice
Guidelines: Treatment of Tobacco Smoking and Dependence 2003. Buku ini mengandungi
protokol rawatan tabiat merokok yang terkini sebagai panduan serta rujukan kepada pihak
awam dan pihak kakitangan Jabatan Kesihatan.
World Health Organization (2003) pula mencadangkan rawatan pemulihan tabiat
merokok dijalankan dengan melibatkan kaedah modifikasi tingkah laku dan kaedah
farmakologi. Pihak WHO telah menegaskan bahawa kombinasi kedua-dua aspek ini dapat
menghasilkan rawatan yang lebih berkesan. Hal yang demikian ini dinyatakan dalam
cadangan dasar memberhentikan tabiat merokok dan rawatan pergantungan terhadap bahan
tembakau yang diterbitkan oleh pihak tersebut. Clark, Bailey, dan Rand (1998) menyatakan
perokok yang menghidapi penyakit kronik peparu memerlukan rawatan modifikasi tingkah
laku dan rawatan farmakologi supaya dapat berhenti merokok. Maka modifikasi tingkah laku
melalui kaunseling yang disokong dengan penggunaan ubatan tertentu akan dapat mengatasi
masalah merokok.Chen dan Sheu (2004) telah memetik pemyataan Glynn (1989) tentang
sembilan e1emen asas bagi melaksanakan program pencegahan tabiat merokok di sekolah
yang boleh menjadi rujukan bagi merancang strategi pelaksanaan Program Pemulihan
Amalan Tabiat Merokok di sekolah-sekolah.
Elemen pertama dari sembilan elemen yang disebutkan ialah, keberkesanan program
pencegahan amalan tabiat merokok di sekolah. kedua, fokus program sama ada terhad hanya
tentang tabiat merokok atau berkaitan juga dengan lain-lain isu. Elemen ketiga ialah,
kandungan program pencegahan tabiat merokok yang meliputi komponen- komponen
pengaruh masyarakat (kalangan rakan sebaya, ibu bapa serta pihak media) dalam penggunaan
hasil tembakau, latihan praktik kemahiran menyemai sikap enggan terhadap rokok dan akibat
gejala merokok terhadap kesihatan masyarakat. Seterusnya elemen keempat, tempoh dan
bilangan sesi dalam setahun pelaksanaan program pencegahan tabiat merokok di sekolahsekolah. kemudian elemen kelima, Kelompok umur pelajar yang menjadi sasaran program
pencegahan tabiat merokok. Keenam, Penglibatan pasukan yang terlatih untuk membantu
melaksanakan program pencegahan tabiat merokok secara berkesan. Ketujuh, penglibatan
aktif ibu bapa untuk meningkatkan keberkesanan program pencegahan tabiat merokok.
Kelapan, latihan dalam kalangan guru yang meliputi komponen-komponen latihan kemahiran

menyemai sikap enggan terhadap rokok, interaksi kumpulan secara terpimpin, main peranan
dan latihan adaptasi menyelenggara program. Ini penting bagi membolehkan guru-guru
mengambil bahagian melaksanakan program pencegahan tabiat merokok di sekolah. Akhir
sekali kesembilan, Kejayaan pelaksanaan program yang melibatkan pertimbangan tentang
penyertaan menyeluruh organisasi sekolah di samping pelbagai rintangan seperti penafian
kandungan kurikulum, tambahan beban tugas guru, perluasan kandungan fokus program,
biaya kewangan, kekangan peluang latihan perguruan dan konflik yang wujud di sekolah
tentang dasar berkenaan dengan rokok.
Merokok adalah tingkah laku yang memberi banyak kesan risiko kesihatan terhadap
perokok khususnya pelajar sekolah yang merokok. Banyak kajian telah dijalankan tentang
tabiat merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan adalah
berkaitan dengan rawatan pemulihan, pencegahan, intervensi dan memberhentikan amalan
tabiat merokok dalam kalangan pelajar. Chen dan Sheu (2004) menyatakan program rawatan
tabiat merokok di sekolahsekolah di Taiwan perlulah memberi tumpuan terhadap kalangan
remaja perempuan sebelum lebih ramai daripada kalangan mereka mula terlibat dengan tabiat
merokok. Ini kerana bilangan pelajar perempuan yang merokok masih rendah iaitu pada
kadar purata 3.07% berbanding pelajar lelaki pada kadar purata 24.87%. Beliau telah
memetik pernyataan Huang (1988) yang mendapati 13.8% pelajar senior sekolah tinggi di
Taipei mengamalkan tabiat merokok secara tetap atau sekali-sekala. Dapatan kajian ini
menunjukkan usaha membendung pelajar perempuan yang merokok amat berpotensi kerana
mereka yang terlibat tidak ramai bilangannya. Maka beliau menyarankan supaya kajian
mengenai fenomena tidak ramai pelajar perempuan yang merokok di Taiwan perlulah
dijalankan agar dapatan kajian tersebut dapat diadaptasi bagi memahami gejala merokok
dalam kalangan pelajar lelaki. Videmsek, Karpljuk, dan Debeljak (2003) yang mengkaji
tentang hubungan diantara tabiat merokok dengan jantina, latar belakang sosial dan
penglibatan dalam aktiviti sukan mendapati bahawa 47% pelajar lelaki dan 24% pelajar
perempuan daripada seramai 141 orang sampel yang tidak merokok menghabiskan banyak
masa melakukan aktiviti sukan. Tujuan utama mereka bersukan dan tidak mengamalkan
tabiat merokok ialah untuk menjaga kesihatan. Kajian ini juga mendapati pelajar le1aki
merokok secara berterusan pada jangka masa panjang dengan bilangan rokok di antara lima
hingga sepuluh batang seminggu. Pelajar perempuan pula merokok sekali-sekala pada masa
tertentu dengan bilangan rokok kurang daripada lima batang seminggu. Pelajar lelaki mula
terlibat dengan tabiat merokok semasa berumur 10 tahun manakala pelajar perempuan
merokok semasa berumur 13 tahun. Hasil kajian ini memaparkan bahawa penglibatan diri

dalam aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala mangamalkan tabiat merokok dalam
kalangan pelajar.
Austin dan Gortmaker (2001), menyatakan ramaja perempuan yang mengawal
pemakanan untuk menurunkan berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk memulakan
tabiat merokok. Hal yang demikian ini kerana mereka beranggapan merokok dapat
mengurangkan berat badan selain daripada langkah mengawal pemakanan. Memandangkan
kebanyakan remaja perempuan terlalu prihatin tentang penjagaan berat badan berbanding
pelajar lelaki, maka kerisauan tentang berat badan memberi kesan meningkatkan
kemungkinan merokok dalam kalangan mereka. Malahan kebanyakan wanita menganggap
merokok adalah strategi yang berkesan untuk mengawal berat badan. Banyak kajian telah
membuktikan tabiat merokok akan menyumbang kepada penagihan dadah yang dimulai
dengan tabiat menghisap ganja. Gregory (2003), menyatakan pada 1960-an hingga 1970-an
ramai dalam kalangan orang muda termasuklah remaja menghisap marijuana dan
seterusnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebenamya tabiat merokok mendorong
remaja terlibat dengan tingkah laku devian terutama penyalahgunaan bahan dadah dan
alkohol. Hal ini kerana remaja amat terdorong untuk mencuba sesuatu yang mengkhayalkan
untuk tujuan berseronok. Gregory mempertikaikan sikap pihak yang berkepentingan
meneruskan industri tembakau semata-mata kerana kepentingan ekonomi. Maka perlu
disedari bahawa pembangunan industri tembakau akan meningkatkan bilangan perokok
sekaligus menambah bilangan penagih dadah serta penagih alkohol.
kesimpulannya, Rawatan pemulihan amalan tabiat merokok perlu dilaksanakan pada
peringkat remaja lagi kerana kebanyakan perokok terdiri daripada kalangan remaja termasuk
para pelajar sekolah. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di dalam negara malahan di luar
negara juga. Penekanan kepada penguatkuasaan peraturan sahaja masih tidak mencukupi.
Langkah tersebut perlu dibantu dengan mengadakan pelbagai program pemulihan bagi
memulihkan remaja daripada terus ketagih merokok. Bagi memastikan keberkesanan
program pemulihan amalan merokok itu, perlu dikenal pasti terlebih dahulu beberapa elemen
asas yang telah diperkenalkan oleh Glynn (1989). Seterusnya pelbagai kaedah seperti yang
diperkenalkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh digunakan. Misalnya
kaedah intervensi bukan secara farmakologi dan intervensi secara farmokologi. Penyelidikan
tentang program pemulihan amalan tabiat merokok ini juga pemah dijalankan oleh beberapa
penyelidik di luar negara seperti Chen dan Sheu (2004), Videmsek et al. (2003), dan Austin
dan Gortmaker (2001). lni menunjukkan bahawa masalah merokok perlu ditangani dengan

serius supaya pelbagai perkara yang tidak diingini tidak berlaku dalam kalangan perokok
terutamanya dalam kalangan pe1ajar sekolah rendah.
Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada
pelajar sekolah bagi memastikan para pelajar menjadi pewaris dan golongan berguna pada
masa akan datang. Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai
murni, subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya subjek Pendidikan
Moral, pelajar akan dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum
mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan
kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami erti
nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insane yang cemerlang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam usaha membendung dan membanteras isu
merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah seperti yang dibincangkan diatas pengajaran
pendidikan moral amatlah penting. Subjek ini akan menerap nilai- nilai murni yang
bersesuaian dalam diri para pelajar, nilai-nilai murni yang tersemat dalam jiwa para pelajar
ini pula akan perlahan-lahan menjadi gaya hidup para pelajar. Nilai-nilai murni merupakan
amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai
murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional
negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di
sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting
untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi
generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia. Selain itu, perlu adanya nilainilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh
kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa
patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai
murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak.

Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk
masyarakat yang bersatu padu.
Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan
oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh
negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun
Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di
bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang
kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi
role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya
dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu
para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Tidak
dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan
kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih
sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar.
Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih
sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan
nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anakanak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu
sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang
harmoni.
Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilainilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan
bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah
untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang
produktif dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai