1. Objektif Umum
Untuk mencegah remaja daripada memulakan amalan pengambilan alkohol.
2. Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi latihan ini remaja akan dapat:
i. Menjelaskan apa itu minuman beralkohol.
ii. Menghuraikan kesan - kesan pengambilan alkohol.
iii. Menjelaskan faktor - faktor yang mendorong pengambilan alkohol.
iv. Menjelaskan salah persepsi mengenai pengambilan alkohol
v. Menggunakan maklumat yang diberikan untuk membuat keputusan supaya tidak mengambil alkohol.
vi. Mengenalpasti alternatif yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi
3. Bahan Maklumat Pendidikan Mengenai Alkohol Dan Kesan Penggunaannya
3.1.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen alkohol abuse / alcohol
dependence adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22
tahun.
3.2.
3.3.
3.4.
Ketagihan
Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada
anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.
Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan kanakkanak secara fizikal dan mental.
Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang
muhrim.
Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku
penceraian.
Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus
melakukan jenayah di luar rumah.
Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah dengan
cara membunuh diri.
Pengambilan alkohol oleh wanita mengandung dapat menimbulkan kesan negatif terhadap bayi
yang dikandungnya. Dalam keadaan yang berat, dapat terjadi apa yang disebutkan sebagai fetal
alcohol syndrome, dimana keadaan bayi tersebut:
Dilahirkan dengan berat lahir yang rendah
Ukuran kepala yang kecil
Terencat akal / mental retardation
Rupa paras yang cacat / abnormal facies
Terhadap kesihatan
Berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan di atas juga akan terjadi kepada para remaja yang
terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana pengambilan dimulakan pada peringkat umur
yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan
lebih teruk.
i. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
ii. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan
terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan / delinquency.
Berkawan dengan pelajar yang bgermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.
iv. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar
untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, saperti mencuri dan lain-lain.
3.5.
Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi,
pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini.
Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari
membeli minuman beralkohol.
ii. Harga yang murah
Walau pun cukai atau duti impot ke atas minuman beralkohol ditingkatkan dari tahun ke tahun,
namun harga minuman ini masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat negara ini khususnya
remaja, terutamanya minuman bir, samsu dan todi.
iii. Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media
yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan
minuman beralkohol. Sebagai contoh imej kedewasaan dan kejayaan yang didakyahkan dalam
iklan-iklan memberi kesan ke atas kaum remaja untuk mengambil minuman beralkohol.
iv. Penguatkuasaan undang-undang
Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan penjualan dan penggunaan minuman keras /
alkohol, antaranya adalah:
pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda
sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya akan digantung selama
setahun
Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda tidak kurang
RM8000.00 - RM20,000.00.
Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976
Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman samsu.
Akta Makanan (Food Act)1983
Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah 18 tahun.
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau
ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta
mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.
Genetik
Individu dari keluarga yang mempunyai sejarah pengambilan alkohol mempunyai kecenderungan
yang lebih tinggi untuk mengambil alkohol sebelum mereka mencapai umur 20 tahun. Faktor
genetik menyumbang kepada tabiat pengambilan alkohol di kalangan kedua-dua jantina ini. Menurut
satu kajian, kebanyakan wanita yang menagih alkohol mempunyai ibu bapa yang ketagihan alkohol.
ii. Jantina
Secara global kebanyakan penagih alkohol terdiri daripada kaum lelaki, walau bagaimana pun tren
pengambilan alkohol di kalangan wanita telah meningkat sejak 30 tahun kebelakangan ini. Kaum
wanita mempunyai kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol pada peringkat umur yang lebih
tua berbanding dengan lelaki.
iii. Ethnik
Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika asli dan mereka dari keturunan Irish, mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk menagih alkohol berbanding dengan rakyat Amerika keturunan Yahudi dan Asia. Di
Malaysia, masalah pengambilan alkohol lebih ketara di kalangan kaum India berbanding dengan
kaum-kaum yang lain.
iv. Ciri-ciri Personaliti dan masalah psikiatri:
Kajian-kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol berkait rapat dengan tingkah laku yang
impulsif, mudah terangsang (excitable) dan suka mencari keseronokan. Mereka yang mempunyai
tingkah laku kurang upaya menumpukan perhatian (attention deficit hyperactivity disorder) juga
menambahkan risiko ke arah penagihan alkohol.
3.6.
Fakta sebenar
i)
Mengambil
alkohol
melambangkan
kedewasaan,
kematangan dan macho.
Keseronokan
yang
disangka
hanyalah
sementara dan boleh diperolehi melalui aktivitiaktiviti rekreasi dan hobi bersama. Sebaliknya
keadaan mabuk boleh mengakibatkan loya dan
murung.