Anda di halaman 1dari 9

alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau

digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan
wiski.

Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan
seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras
mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain,
bir, wiski dan lain-lain.

Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan
pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi
amat berbahaya kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis arak iaitu:

Rum
Wine
Scotch
Wiskey
Khamar
Samsu

1.0 KESAN-KESAN BURUK TERHADAP PENGAMBILAN ALKOHOL


1.1 Kesan Terhadap Kesihatan
1.1.1 Kesan jangka pendek

Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi
, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak
lancar (slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan
diri.

1.2 Kesan jangka panjang

1
1.2.1 Ketagihan
a. Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:
Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan
yang sama (toleran).
Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol.
Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu berhenti atau
kurang mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang
lama. Antara tanda-tanda withdrawal adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian
(craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan
meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut.

1.2.2 Kesan pada system saraf

Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan (amnesic syndrome)
dan kebas.

1.2.3 Kesan-kesan pada sistem penghazaman


a. Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
b. Penyakit ulser peptic (peptic ulcer) dan radang gaster (gastritis).
c. Muntah darah
d. Radangan kelenjar pankreas (pancreatitis).
e. Kanser gaster
f. Anemia
g. Kekurangan zat makanan

1.2.4 Kesan pada sistem kardiovaskular


a. Tekanan darah tinggi (hipertensi)
b. Strok (Angin ahmar)
c. Kerosakan otot jantung (kardiomiopati)
d. Mati pucuk(impoten)

1.2.5 Kesan pada sistem reproduktif


a. Mati pucuk (impoten)

2
b. Kurang nafsu seks

1.2.6 Kesan psiko-sosial


a. Cemburu buta (pathological jealousy)
b. Murung (depression)
c. Bunuh diri
d. Perubahan personaliti
e. Penderaan terhadap keluarga

1.2.7 Kesan-kesan sosial


a. Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan
tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.
b. Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama
wanita dan kanak-kanak secara fizikal dan mental.
c. Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan
sumbang muhrim.
d. Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya
berlaku penceraian.
e. Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga
terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.
f. Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan
masalah dengan cara membunuh diri.

1.2.8 Kesan-kesan ekonomi


a. Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan.
Individu yang terlibat dengan ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering
kali cuai dalam menjalankan tugas dan kerapkali terlibat dalam kemalangan di tempat
kerja. Akibat dari keadaan ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak
dapat lagi menghasilkan produktiviti seperti yang diharapkan.
b. Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada pekerja sendiri di
mana dia akan kehilangan pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi
masalah ekonomi yang serius.

3
1.2.9Kesan alkohol pada wanita
a. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan
gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan meningkatkan risiko terjadinya
keguguran / abortion dan juga kelahiran yang premature.
b. Pengambilan alkohol oleh wanita mengandung dapat menimbulkan kesan negatif
terhadap bayi yang dikandungnya. Dalam keadaan yang berat, dapat terjadi apa
yang disebutkan sebagai fetal alcohol syndrome, dimana keadaan bayi tersebut:
Dilahirkan dengan berat lahir yang rendah.
Ukuran kepala yang kecil.
Terencat akal / mental retardation.
Rupa paras yang cacat / abnormal facies

1.2.10 Kesan-kesan alkohol kepada remaja

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan
mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan para remaja tersebut.
Diantara kesan negatif tersebut adalah:

a. Terhadap kesihatan

Berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan di atas juga akan terjadi kepada
para remaja yang terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana pengambilan
dimulakan pada peringkat umur yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang
kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan lebih teruk.

b. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan


kepada pelajaran.
c. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
d. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan /
delinquency. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan
aktiviti negatif yang lain.

4
e. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan
mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan
lain-lain.

2.0 BERITA TENTANG PENYALAHGUNAAN ALKOHOL

Utusan 27 Mac 2015

5
Utusan 1 September 2013

Utusan 23 September 2009

6
Utusan 28 Februari 2013

Utusan 5 Februari 2014

7
Utusan 12 April 2015

Utusan 24 Februari 2011

8
9

Anda mungkin juga menyukai