Anda di halaman 1dari 4

Seliparlover's Blog

Just another WordPress.com site


stay updated via rss

Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras

Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu
memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun
kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di
kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada
jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: “
Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya:

1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di
kalangan orang-orang berakal.

2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.

3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.

4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.

5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan
isterinya tanpa disedari.

6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.

7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan
dan bau busuk arak yang diminumnya.

8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.

9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak
terangkat ke langit selama 40 hari.

10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan
kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak
dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak
boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan
perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu
kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh
keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

1.Kesan dari segi Kesihatan:


Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan
usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas
meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau
penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin,
jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada
orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:

a) Kesan pada otak


1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke
jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus
meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang
dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan
dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan
peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan


disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya
pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat
pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas
sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka).
Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi
dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan
ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia
menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan
darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak
lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis
mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut
(gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser
perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

c) Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-
sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi
pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:

1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri
kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang
penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran
tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi
kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat
seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka
mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan
kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan
vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun
yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat
pernafasan.

8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah
dalma perut.

9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan mengejut
( stroke ) dan penyakit jantung.

10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga
diri.

3.Kesan dari segi Keagamaan:

Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua kebaikan, mengabaikan dirinya dari
mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati Allah Taala dapat menghancurkan moral,
meruntuhkan akhlak dan melemahkan perasaan dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang manusia yang dipandang mulia, waras dan berakal.

Keimanannya makin lama akan berkurangan, segala maksiat dan kejahatan menjadi sebati dan
dianggap baik untuk dilakukannya. Dan jika mati dalam keadaan mabuk sudah pasti kerugian yang
amat besar diperolehnya kerana tidak sempat bertaubat dan memungkinkannya menjadi kufur,
sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al
Hakim:
Ertinya: “Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan lucutkan imannya dari
dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya”.

4.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga:

Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang perbelanjaan
keluarga akan dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering
terjadi di antara suami isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini
sudah pasti tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga
dengan baik. Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian
orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan yang sempurna
dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan tercicir dalam bidang pelajaran oleh
itu timbul masalah-masalah gejala sampingan antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal,
tidak lagi menghormati orang tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan keluarga yang
keadaannya sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara hidup yang betul dan hilanglah
kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh anak yang sangat bahaya.

5.kesan terhadap masyarakat:

Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus menerus, ini bererti ianya telah ketagihan
dan tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan
bertambah sesat, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya.
Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh mengakibatkan seseorang
penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini
hilang kesinambungan diri dan jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk
melakukan tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulnya permusuhan dan
kebencian di kalangan teman-teman dan masyarakat sekelilingnya. Keamanan dan keselamatan
masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkara-perkara sumbang, merosakkan rumahtangga
orang lain dan bermacam-macam lagi akibat buruk akan terjadi disebabkan oleh arak. Sebagaimana
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya: “Janganlah kamu meminum arak kerana arak adalah kunci segala kejahatan”.

6. Kesan terhadap keselamatan umum:

Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan
raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun
orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan
kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri
akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya
mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu
sendiri.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan
kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-
penagih arak wujud di dalam sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada
penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.

Advertisements

Anda mungkin juga menyukai