Anda di halaman 1dari 26

Sebagaimana warga USM sedia maklum, insiden yang telah berlaku ke atas salah seorang kakitangan

Pejabat Perhubungan Awam USM pada 20 Ogos lalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam
ke atas setiap individu yang mengenalinya. Pemergiannya penuh tragis akibat daripada sikap tidak
bertanggungjawab pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Langkah drastik yang diambil oleh USM dengan mengadakan Kempen Anti Alkohol adalah wajar bagi
menunjukkan tentangan warga kampus terhadap sikap individu yang memandu di bawah pengaruh
alkohol. Selain daripada itu, ia juga memupuk warga USM khasnya dan masyarakat umum tentang
padahnya akibat penagihan alkohol. PenawaRacun kali ini mengambil kesempatan berkongsi
maklumat tentang bahaya penagihan alkohol.
Larangan agama sememangnya berasas. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut
di kalangan para penganutnya. Selain memabukkan alkohol juga memudaratkan kesihatan diri sekiranya
diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang
diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol
iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu
kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam
masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh
keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover
alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 12 jam kemudian.
Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan
utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan
kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit
jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan
dan pembunuhan diri.

Kesan pada otak


Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus
dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia
terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting
yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang
dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan
peminumnya

Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan
disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula
agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan
membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak
tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum
alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut
ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan
menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa
maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia
menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan
darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak
lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis
mereka akan bercampur dengan darah
Kesan pada perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa
kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi
semakin teruk.

Kesan pada saraf

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan
sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi
pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri
kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang
penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.
Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh.
Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke
kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman
jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap
penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh
merencat hormon penahan kencing.
Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan
ketandusan vitamin.
Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya
pada bahagian mulut dan tekak.
Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah
ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan
keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan
sebagainya.
Oleh itu hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi
kebaikannya.

PENAGIHAN DADAH
KEPADA
KETURUNAN
KANAK-KANAK

(DARI SUDUT PERUBATAN

IBU MENAGIH
IBU MENAGIH
. Menyalurkan bahan-bahan yang
tidak sihat kepada bayi

Meransang janin mengalami


ketagihan- dadah yang diambil
akan dimetabolisma oleh tubuh dan
kesan dadah akan dihantar terus
melalui plasenta kepada janin.

Kesan Kepada Bayi


Pandangan Perubatan
Menurut laporan National Clearing House
Of Alcohol And Drug Information(NCADI)
Bayi yang dilahirkan oleh seorang penagih akan
mengalami Sindrom NAS (Neonatal Abstinence
Syndrome)
Syndrome)
Simtom Sindrom NAS
* badan menggigil unk jangkamasa tertentu
* menangis tida k henti-henti
* Rencat perkembangan sejak dlm kandungan-
(kurang berat bdn,ketinggian tidak normal,saiz
otak yang abnormal)
Pandangan Perubatan
Kajian oleh Lucile Packard Children Hospital dan
National Institute on Drug Abuse (NIDA)
-masalah dikenalpasti mengikut jenis dadah:
KOKAIN
Lahir pra matang- kecacatan fizikal dan organ dalaman

Mengalami sindrom SIDS (Sudden Infant Death Syndrom)-

meninggal scr tiba-tiba


Masalah usus yang bilazim,kerosakan otak yang

serius,buah pinggang tidak berfungsi, dan tekanan darah


yang tidak normal.
Saiz kepala kecil serta anak mata yang tidak boleh fokus

scr normal
Perkembangan psikomotor yang lemah

Tingkahlaku yang bilazim(hiperaktif)

* mengalami masalah penyusuan


Pandangan Perubatan
HEROIN
HEROIN
Masalah kekejangan otot

Demam yang berpanjangan

Cirit birit, masalah kesukaran bernafas

Kelakuan hiperaktif,kerencatan mental

Kurang daya koordinasi

MARIJUANA
Sindrom NAS

Lemah daya ingatan


PENYALAHGUNAAN DADAH

PENYALAHGUNAAN DADAH PENDAHULUAN


Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat
mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang
agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat
Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar
kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia
menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk

menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk
membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk
akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit kronik yang dikenali sebagai HIV
(Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome).
Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat
ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.

SERANGAN MUSUH ISLAM

Kita tahu bahawa musuh-musuh kita amat tidak suka melihat perkembangan Islam yang
begitu maju dan terkehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari berbagai cara
bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat
Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang
dibawa oleh musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kehidupan kita kadangkala
terlupa tentang jerat yang menanti kita.

APA ITU DADAH?

Mengikut Risalah kecil 'Islam Memusuhi Dadah' yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas
Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993,
telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan
mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang
berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama Islam. Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang
juga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah
atau mengubati penyakit.

JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu : 1. Depresan - termasuk heroin,
morfin, candu, kodein dan barbiturat. 2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam ,
pelarut organik seperti benzin dan cat. 3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD,
PCP,Crack dan bahan yang mengandungi psilosibin.
MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH D

alam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan


panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang
gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini
semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara

akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut :


'D9BD 'D3DJE AJ 'D,3E 'D3DJE
Maksudnya :' Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat'. Ini bermakna
hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akan
memberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa
umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan
berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang
ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang
memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual
maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam,
kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis bahan kotor, najis, jijik dan keji yang
boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/
mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Quran surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi :
HD' *DBH' (#J/JCE 'DI 'D*GDC)
Maksudnya : ' Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan '

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan
kepada arak. Dalam al Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil

pengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Quran dan al hadith)


kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, yang
menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu
memabukkan atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan

masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :


CODQO EO3RCP1M .NER1L HNCODQO .NER1M -N1N'EL
Maksudnya :' Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram'.
(Riwayat Muslim) KESAN PENGAMBILAN DADAH i. Dadah Menghancurkan
Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan
berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang
diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk
membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli
keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah
at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :
BH' 'FA3CE H'GDJCE F'1'
Maksudnya : '...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka '. Rasulullah s.a.w
bersabda :
CAI ('DE1!I '+E' 9F J6J9 EF JBH*
Maksudnya : ' Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya '. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah :
Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber
kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang
punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan
jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh. iii. Dadah
Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang
sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat
mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai
tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri
dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup,
dibenci masyarakat dan membebankan negara. iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :
Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang

berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui


umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan
berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada
anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum
dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya,
hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan.

Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa
penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri
termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit
tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana
berada dalam keadaan serba salah.

v. Dadah Membunuh Diri Sendiri :

Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan

membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh
membawa kepada kematian

Halusinogen

Pengenalan

Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan


visual - susah untuk membezakan yang benar
atau tidak

HALUSINOGEN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Lysergic Acid Lysergie Acid Amerika Syarikat


Diethylamide Mexico
(LSD)
Phencyclidine
- Phenlyclidine
(PCP) Phencyclidine
Daun Piptadenia Peregrina
- Dimethyltryptamine
(DMT) 2- Chlovophenrl,
2- Methylamine Cyclohexanonec
- Ketamine

KESAN PENGAMBILAN
CARA TANDA
NAMA/BENTUK JANGKA
PENGAMBILAN PENGAMBILAN
JANGKA PENDEK
PANJANG

HALLUCENO- GENIC Di makan Anak mata Pencerapan Tidak dapat


MUSHROME dalam bentuk membesar, deria yang mengawal
tablet/kapsul, tekanan darah berubah, diri, tidak
LYSERGIC ACID dicampurkan meningkat, menyeronokan, dapat
DIETTHYLAMIDE (LSD) dalam penerapan menakutkan, membezakan
minuman deria yang keadaan antara yang
DIYMETHYLTRYPTAMINE berubah, 'flashback' benar atau
(DMT) pengalaman dimana tidak, panik,
psikik penagih masih paranoia,
PHENLYCLIDINE (PCP) menyeronokan dipengaruhi psikosis
dan oleh
KETAMINE menakutkan. hallucinogen.

Opiat

Pengenalan

Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan


kesakitan.

Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.

OPIAT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Candu Getah bunga popi Amerika Selatan


Columbia
- Heroin Acetic, Anhydride, Acetone Guatamala
Acetic Acid (glacial) Mexico
Calcium Oxide Asia Tenggara
Potassium Carbonate Burma
Sadium Carbonate Laos
Sadium Hydroxide Thailand
Sadium Hypoclorite Asia Barat
Afganistan
- Morfin Opium Alkaloid Pakistan

- Kodein Opium Alkaloid

KESAN PENGAMBILAN
NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN JANGKA
JANGKA PENDEK
PANJANG

Asli Dihisap dengan paip,telan, Khayal- halusinasi, Euforia - Mengantuk, Ketagihan,


- CANDU makan kesugulan, pemikiran/ badan menjadi kelemahan fizikal
- Candu pertimbangan berkurangan lemah, dan mental
mentah mengalami
- Candu gangguan jiwa
masak
- Tahi candu

MORFIN Dicairkan, Disuntik kedalam Pergerakan tidak seimbang, Rasa resah, cirit HIV/AIDS,
- White powder pembuluh darah dengan tindakbalas lambat, mata birit, sakit perut, gangguan jiwa,
- White stuff jarum suntikan. hitam mengecil, hidung berair, rasa sejuk, lebih dose, mati
- Morfin mual/muntah, hilang selera berpeluh
mentah makan
- Base morfin
- Pil morfin

HEROIN NO.3 Masuk dalam rokok, Muka jadi merah, mata hitam Tanggapan Hepatitis,
HEROIN NO.4 dihisap,chasing the dragon, menjadi kecil, tiada Menjadi kurang Kancing gigi,
BROWN HEROIN disuntik, dicair pertimbangan, hilang selera terang, tidak Keracunan
HEROIN BLACK TAR makan, bersifat hyperaktif, dapat darah, HIV /
bertambah risau dan terlalu menumpukan AIDS. Mati
sensitif, tekanan darah, suhu perhatian penuh
KODEIN Diminum dlm ubat batuk badan, diameter anak mata dan pengguna
mengalami perubahan, akan menjadi
keseluruhan penagih tidak sedar,
mengalami emosi yang bingung/ berkela-
negatif. kuan seperti
orang mabuk,
Ambil berlebihan
kekejangan,
tiada wujud
muforia, menjadi
ketagih,
berlebihan
kepada dadah
pengurusan diri
lebih mudah
Kanabis

Pengenalan

Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus


cannabis.

o THC(Tetra Hydrocannibol)

KANABIS BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Ganja Pokok Genus Cannabis Laos


- Marijuana Bahan Kimia THC (Tetra Thailand
- Hashish Hydrocannabinol) Cambodia
- Hashish oil Filipina
Indonesia

KESAN PENGAMBILAN
NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN
JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG

GANJA Dihisap dalam rokok Khayal, Pergantungan, Peribadi


HASHISH dan dikunyah, sugul/kecewa, ketagihan, merosot dan
MARIJUANA dicampur dalam tindakbalas kelakuan tekanan jiwa, kadang kala
makanan seperti nasi berubah macam halusinasi, sakit otak akan
Dikenali sebagai dan biskut mabuk, bila berdepan bertambah menyerang
ganja, marijuana dengan rasa cemas selera makan, sekiranya
atau kanabis. dan takut, mata pergerakan penyalah-
Ganja merujuk merah, tidak boleh tidak agresif gunaannya
kepada bahagian tidur, sakit perut, berpanjangan,
daun dan pucuk hilang selera makan kerosakan
berbunga pokok dibahagian
kanabis yang di paru-paru,
jadikan dalam jantung, otak
bentuk blok atau
sate. Ia Lelaki
menyerupai Pengeluaran
tembakau . hormon
merosot, kurang
bilangan
sperma, mati
pucuk

PEREMPUAN
Kedatangan
haid tidak
menentu,
kurang bilangan
telur dalam
ovari,
melemahkan
daya penyusuan
kepada bayi.

Depresen

Pengenalan

Bahan perubatan ubat penenang, untuk menukarkan


system saraf pusat.

DEPRESEN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Methaqualone Acetic Anhydride, Acetone, India, Jepun, Benua Eropah


Antranitic Acid, Ethyl Ether,
Toluene.

- Tranquliser Benzodiazephine Amerika Syarikat


Diazepam, Mexico
Chlorochazepoxide, Columbia
Aprazolam, Triazolam,
Nimetrazepam,
Flunitrazepam

- Eremin 5 Triazolam, Nimetrazepam China, Taiwan, Myanmar

KESAN PENGAMBILAN
NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN
JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG
- Methaqualone Dimakan dalam bentuk Pertuturan kurang Tidak boleh Mengurangkan
- Traquliser tablet/kapsul, kapsul jelas, berjalan tidur, kegiatan urat
barbiturat dipecah, terhuyung-hayang, lemah /lesu, saraf / otot /
dilarut ke dalam air hilang pertimbangan, suhu badan jantung,
dan disuntik, dicampur hilang daya ransangan meningkat, penafasan.
dengan heroin, tekanan
dimakan dalam darah Menurunkan
bentuk/kapsul. rendah, tekanan darah,
muntah- tidak sedar
muntah, diri, anak mata
tidak sedar membesar,
diri tekanan darah
meningkat ,
mati.

- Rohypnol Muntah, susah tidur, Mati apabila


Pil / Kapsul ketakutan, perasaan bahan itu
sensitif dicampur
Bimbang, dengan
ketakutan, alkhohol
susah tidur

Stimulan

Pengenalan

PHETAMINE KOKAIN
o Daun koka

o Paste koka

o Kokain freebase

o Crack kokain

STIMULAN BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Phentermine Daun Koka Peru, Bolivia, Columbia,


- Kokain Pokok Erythroxylon Pergunungan Andes,
Campuran bahan alkohol/benzol Amerika Selatan
Asid Sulfuric dan Natrium
Karbonat, Acetone

- Ephedra Ephedrine China


KESAN PENGAMBILAN
NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN JANGKA
JANGKA PENDEK
PANJANG

Kokain juga Disuntik, dimakan, Depresi, ketagihan Kurang selera Boleh


dikenali sebagai dihidu, dihisap teruk, keletihan makan, berjaga tanpa
kokain rock mental, fizikal, degupan tidur 2-3 hari,
adalah nama keresahan dan fikiran jantung yang penurunan
untuk sejenis sering terganggu laju, suhu berat badan,
kokain tulen badan yang tingkahlaku
(freebase) yang tinggi, tidak yang agresif,
dihisap. Crack dapat tidur, kesan
kokain adalah halusinasi, psikologi
campuran kokain paranoia, halusinasi
dengan powder tidak dan paranoid,
yang hasilnya menghiraukan kesan pada
berbentuk kesihatan dan otak,
granules. Crack kebersihan kematian
yang mempunyai diri
ketulenan
sehingga 90%
adalah sangat
berbahaya kerana
ia mendatangkan
ketagihan teruk
selepas
penggunaan yang
agak singkat..

Inhalant

Pengenalan

Tidak ditakrifkan sebagai dadah.

Walau bagaimana pun banyak persamaan


dengan dadah dari segi kesannya.

INHALANT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Petrol, Thinner, Hydrocarbon, Nitrous Oxide


Pemetik Api

NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN KESAN PENGAMBILAN

JANGKA PENDEK JANGKA


PANJANG

Gam, ubat Dihidu melalui hidung. Bertindak di atas Loya, bersin, Susut berat
nyamuk, minyak sistem saraf pusat, hidung badan,
petrol, cat cair, Nota : khayal, halusinasi berdarah, pendarahan
thiner, cecair Kebanyakan letih tidak dalam otak,
pemetik api, spray pengambilan ini bertenaga, hapetitis B,
rambut, krim dilakukan oleh remaja hilang selera sistem saraf
pencuci dan belia makan, tubuh tunjang
mengeletar, rosak,
ganguan
paru-paru dan
saluran
penafasan,
mati.

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri
berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom simptom yang lain.

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di
sekolah/tempat kerja.
Marah marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak
dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan di tengah malam
berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari
orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang
tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan
saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang
tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi
(kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli
keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan perubahan ini selalunya mempunyai
hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan
dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Akta & Undang-undang Dadah

Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA

1. AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang
1952 lebih baik untuk mengawal pengimportan,
pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan
candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya
tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan
bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan
yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan
Mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH. Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983
(RAWATAN DAN (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi
PEMULIHAN) rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah.
1983 - (PINDAAN) 1998 Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik
beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan
memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan
mereka.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan
(LANGKAH-LANGKAH pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-
PENCEGAHAN KHAS) 1985 apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat
pengedaran dadah berbahaya.

4. AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan


(PERLUCUTHAKAN mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta
HARTA) 1988 dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang
berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan
kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya
1952.

5. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan,


pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun"
bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan
disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-
apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang
mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan
atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual
Kedua Akta ini.

Statistik HIV/AIDS

NO. OF NEW HIV INFECTIONS, AIDS CASES AND AIDS DEATHS

BY GENDER PER YEAR REPORTED IN MALAYSIA

(1986 DECEMBER 2004)

YEAR HIV INFECTION AIDS CASES AIDS DEATH


Male Female Male Female Male Female
TOTAL TOTAL TOTAL
1986 3 0 3 1 0 1 1 0 1

1987 2 0 2 0 0 0 0 0 0

1988 7 2 9 2 0 2 2 0 2

1989 197 3 200 2 0 2 1 0 1

1990 769 9 778 18 0 18 10 0 10

1991 1741 53 1794 58 2 60 10 9 19

1992 2443 69 2512 70 3 73 44 2 46

1993 2441 66 2507 64 7 71 50 5 55

1994 3289 104 3393 98 7 105 74 6 80

1995 4037 161 4198 218 15 233 150 15 165

1996 4406 191 4597 327 20 347 259 12 271

1997 3727 197 3924 538 30 568 449 24 473

1998 4327 297 4624 818 57 875 655 34 689

1999 4312 380 4692 1114 86 1200 824 50 874

2000 4626 481 5107 1071 97 1168 825 57 882

2001 5472 466 5938 1188 114 1302 900 75 975

2002 6349 629 6978 1068 125 1193 823 64 887

6083 673 6756 939 137 1076 633 67 700


2003
5,731 696 6427 1,002 146 1148 951 114 1,065
2004
59,962 4,477 64,439 8,596 846 9,442 6,661 534 7,195
TOTAL

TOTAL NUMBER OF HIV/AIDS CASES AND RELATED DEATHS REPORTED IN MALAYSIA

(1986 - DECEMBER 2004)

Factor Classification HIV AIDS


Infection Cases

Sex / Gender Male 59,962 8,596


Female 4,477 846
TOTAL 64,439 9,442
Age Groups < 2 years 158 42
2 - 12 years 385 110
13 - 19 years 957 194
20 - 29 years 23,350 1,961
30 - 39 years 27,538 4,216
40 - 49 years 9,450 2,180
> 50 years 1,886 704
No Data 715 35
TOTAL 64,439 9,442
Ethnic Groups Malay 46,806 5,703
Chinese 9,532 2,571
Indian 5,354 675
Bumiputra Sarawak 162 66
Bumiputra Sabah 207 68
Original 39 0
Others in Peninsular 370 111
Foreigner 1,912 240
No Information 57 8
TOTAL 64,439 9,442
Transmission based on IDU 48,369 5,672
risk factor Needle prick 0 0
Blood receiver 25 17
Organ receiver 3 3
Homo/Bisexual 816 208
Heterosexual 8,768 2,488
Mother to child (vertical) 466 123
No Information 5,992 931
TOTAL 64,439 9,442
Sector / Occupation Unemployed 10,530 2,460
Government staff 379 97
Student 112 28
Uniformed bodies 519 110
Fisherman 2,635 329
Factory worker / Industry 3,214 480
Private sector staff 1,792 423
Sex worker 387 48
Housewives 1,482 273
Long distance driver 1,536 243
Others 19,362 2,376
Odd Jobs 22,490 2,575
TOTAL 64,439 9,442

TOTAL NUMBER OF HIV/AIDS CASES AND RELATED DEATHS REPORTED IN MALAYSIA

(1986-2003 and DECEMBER 2004)

1986 - 2004 1986 - 2004


2003 2003
Factor Classification HIV AIDS
Infection Cases

Sex / Gender Male 54,231 5,731 59,962 7,594 1,002 8,596


Female 3,781 696 4,477 700 146 846
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
Age Groups < 2 years 131 27 158 35 7 42
2 - 12 years 333 52 385 99 11 110
13 - 19 years 902 55 957 190 4 194
20 - 29 years 21,295 2,055 23,350 1,729 232 1,961
30 - 39 years 24,793 2,745 27,538 3,722 494 4,216
40 - 49 years 8,281 1,169 9,450 1,882 298 2,180
> 50 years 1,596 290 1,886 608 96 704
No Data 681 34 715 29 6 35
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
Ethnic Groups Malay 42,066 4,740 46,806 4,997 706 5,703
Chinese 8,746 786 9,532 2,333 238 2,571
Indian 4,886 468 5,354 584 91 675
Bumiputra Sarawak 128 34 162 58 8 66
Bumiputra Sabah 137 70 207 27 41 68
Original 39 0 39 0 0 0
Others in Peninsular 335 35 370 108 3 111
Foreigner 1,628 284 1,912 182 58 240
No Information 47 10 57 5 3 8
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
Transmission based IDU 43,891 4,478 48,369 5,027 645 5,672
on Needle prick 0 0 0 0 0 0
risk factor Blood receiver 25 0 25 17 0 17
Organ receiver 3 0 3 3 0 3
Homo/Bisexual 594 222 816 170 38 208
Heterosexual 7,497 1,271 8,768 2,140 348 2,488
Mother to child 399 67 466 102 21 123
(vertical)
No Information 5,603 389 5,992 835 96 931
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
Sector / Occupation Unemployed 9,062 1,468 10,530 2,166 294 2,460
Government staff 325 54 379 83 14 97
Student 85 27 112 22 6 28
Uniformed bodies 468 51 519 101 9 110
Fisherman 2,418 217 2,635 303 26 329
Factory worker / 2,982 232 3,214 405 75 480
Industry
Private sector staff 1,391 401 1,792 345 78 423
Sex worker 347 40 387 43 5 48
Housewives 1,120 363 1,483 217 56 273
Long distance driver 1,328 208 1,536 216 27 243
Others 16,847 2,515 19,362 2,012 364 2,376
Odd Jobs 21,639 851 22,490 2,381 194 2,575
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442

Source: AIDS/STI Unit, Ministry of Health Malaysia

Prepared by: Resource Center. Malaysian AIDS Council

Halusinogen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Dadah Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria
persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi,
fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran neurotoksin ensefalus.

Dalam takrifan asas, tiada perubahan kuantitatif dalam aktiviti atau kecergasan seseorang yang
mengambil dadah halusinogen. Bagaimanapun dadah halusinogen mungkin memberi kesan
sampingan selain khayal (hanya beberapa jenis dadah mempunyai kesan tunggal pada badan
manusia). Seperti kebanyakan dadah, sifat kimia dan jumlah dos menentukan sama ada dadah
halusinogen tersebut bersifat mengubat ( medicinal ), narkotik, atau beracun. Kebanyakan dadah
seperti ini turut dikenali sebagai psikedelik ("psychedelics") atau ("entheogens").

[sunting] Etimologi

Pelbagai nama diberikan kepada dadah halusinogen. Antaranya ialah Phantastica, perkataan
Inggeris yang diberikan oleh Loius Lewin pada 1928 dalam monograf beliau yang turut bertajuk
Phantastica. Istilah ini sebenarnya ditujukan kepada tumbuhan yang menyebabkan pengujaan
serebrum ( cerebral excitation ) dalam bentuk halusinasi, ilusi, dan penglihatan yang diikuti
dengan pitam atau simptom kefungsian serebrum terubah ( altered cerebral functioning ) yang
lain. Walaubagaimanapun, Lewis tidak berpuas hati dengan penggunaan Phantastica kerana
perkataan tersebut tidak menerangkan sepenuhnya maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.

Penemuan D-Lysergic Acid Diethylamide atau akronimnya LSD dan kaedah eksperimentasi
saintifik mengenainya telah membantu pembentukan istilah istilah baru seperti halusinogen,
psikedelik, psikotomimetik, psikolitik, schizophrenogenic, cataleptogenic, mysticomimetic, dan
psychodysleptic

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh
badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau
organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait
2. Perangsang (stimulants)

3. Penekanan (Depressants)

4. Hallucinogen

5. Ganja (Cannabis)
OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli,
Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya,
yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan
psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-
lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau
badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan.
Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu
bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa.
Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau
cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas
penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.

3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya


dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.

7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.

10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.

11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya.

12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan
pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN
yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal
daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan
di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang
terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan
oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

a. ICE
b. GLASS

c. CRACK METH

d. HIROPONG

e. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka
panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless
rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan
yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi
kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III
Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara
bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak
perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu
berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk
tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-
askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak
manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah
supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala
boleh mendatangkan maut;

2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh
pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di
Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri
telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah
ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan,
Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan
oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad
Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar
syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar
Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-
pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);


3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram
dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah
Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke
Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P.
Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula
masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei
melalui daerah Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan
itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding
dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti
berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;


4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga
beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang
dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk
menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;


5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya
dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di
"underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah.
Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika
dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang
dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam
bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah
lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di
atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar
tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan
tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk
dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones


Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa
panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;


b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;

c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan


d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);


b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;

c. Keracunan pada sistem saraf tunjang;

d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;

e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan

f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar
diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan
berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

RM 20,000/-atau penjara tidak


Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya
20gm keatas tetapi Tidak kurang 2 tahun penjara
39A (1) Memiliki kurang daripada berat tidak kurang 3 kali dan
50gm tidak melebihi 10 kali.
Penjara seumur hidup atau
50gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 6 tahun dan
kurang dari 200gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
Menanam pokok Tidak kira berapa Penjara seumur hidup dan
6B
ganja pokok sebatan tidak kurang 6 kali
39B Mengedar 200gm ke atas MATI
RM20,000/- atau penjara tidak
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya
Tidak kurang 2 tahun penjara
100gm ke atas tetapi
39A(1) Memiliki dan sebatan tidak kurang 3 kali
kurang dari 250gm
tetapi tidak lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
250gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 1000gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm RM20,000/- atau penjara tidak
Monoacetyl melebihi 5 tahun atau kedua-
Morphine duanya
Tidak kurang 2 tahun penjara
2gm ke atas tetapi
39A(1) Memiliki dan sebatan tidak kurang 3 kali
kurang dari 5gm
tetapi tidak lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
5gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 15gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Memiliki / menjual RM3,000/- atau penjara tidak
Ubat Batuk 9(1) / menyimpan / - lebih dari 1 tahun atau kedua-
mengedar duanya
Memiliki / menjual RM10,000/- atau penjara tidak
Pil 30(3) / menyimpan / - kurang 4 tahun atau kedua-
mengedar duanya
RM20,000/- atau penjara tidak
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya
Tidak kurang 2 tahun penjara
5gm ke atas tetapi
39A(1) Memiliki dan sebatan tidak kurang 3 kali
kurang dari 30gm
tetapi tidak lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
30gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 50gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
50gm ke atas atau
39B MENGEDAR MATI
lebih

Anda mungkin juga menyukai