Anda di halaman 1dari 6

Langkah membentuk sifat iffah

1) ilmu- mengetahui secara secara arif mengenai sifat iffah


( menjaga kehormatan diri)
-perlu diaplikasikan
2) Mengetahui kepentingan sifat iffah kerana sebahagian
besar masalah akhlak mempunyai kaitan dengan sifat
iffah
3)Menanam sifat iffah dalam diri –supaya berwaspada dan
berhati-hati dalam tindakan
4) Menunaikan ibadah yang fardhu dan sunat, kerana 
ibadat-ibadat ini dapat memuhasabah diri.  Firman Allah
dalam surah Al-Ankabut ayat 45 :
 “Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari
kejahatan dan kemungkaran”
• Bergaul dengan orang-orang mukmin yang
berakhlak mulia, pergaulan ini akan dapat
menularkan sifat-sifat mereka yang mulia itu
sedikit demi sedikit.  Rasulullah telah bersabda
:
 “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan
orang yang  beriman dan makanan kamu
janganlah di makan kecuali oleh orang yang
bertakwa”
Kesan
• sentiasa dapat menahan diri daripada
melakukan perbuatan mungkar yang boleh
mendatangkan keaiban pada dirinya atau
orang lain dan menyebabkan nama atau
kedudukannya tercemar
• sifat malu dapat membentuk akhlak
seseorang itu, sentiasa menjaga adab, tutur
kata, perangai dan kelakuan yang sopan serta
mendidiknya supaya suka melakukan perkara
yang baik lagi berfaedah
• Misalnya, jika kita malu dikatakan sebagai orang
yang tidak beramanah, maka pasti kita akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya
dapat menunaikan janji dan menunaikan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik
dan sempurna. jika kita malu untuk dikatakan
sebagai seorang yang tidak beradab, sudah pasti
kita akan menjaga akhlak dan tingkah laku serta
penampilan diri sama ada dari sudut pakaian atau
tingkah laku.
• Dapat mengelakkan sebarang bentuk gejala
sosial yang kian menular dalam kalangan
masyarakat kini.
• Dapat memelihara kehormatan diri,keluarga,
masyarakat dan agama.
• Membentuk individu dan masyarakat yang
memiliki akhlak yang mulia.
• Melahirkan insan yang berperibadi mulia dan
dihormati.
• Mewujudkan negara islam yang benar-benar
mengamalkan cara hidup islam.

Anda mungkin juga menyukai