Anda di halaman 1dari 7

CIRI-CIRI PEMIMPIN HEBAT

Pertama, harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh

Allah SWT.
Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama(religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya, menfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di kehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu pemimpin haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al0Quran dan Sunnah Nabi. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya.

Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibubapa.


Pemimpin hebat tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Pemimpin haruslah membuktikan kepada ibubapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Ketiga ialah mampu mengawal nafsu.


Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan pensyarah kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al_Quran(bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. `Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka? Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Keempat, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakanrakan nya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran `Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi my aitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah(Surah AlAhzab, 21)

Kelima, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong sematamata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama. Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul yang di gariskan oleh pimpinannya.

Keenam, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk pemimpin yang hebat melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi kita kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Pemimpin boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai. Apa yang perlu bagi seseorang pemimpin yang mahu menjadi pemimpin yang hebat ialah dengan memulakan perubahan daripada dalam dirinya.

Anda mungkin juga menyukai