Anda di halaman 1dari 9

CIRI-CIRI MANUSIA UNGGUL

Oleh: Bahagian Penerbitan JAKIM

Pendahuluan

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang
sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek
kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah
memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal lbadat yang
meliputi lbadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang
merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan Yang Utuh

Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan


ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan
masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi
kebaikan dania dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian


kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan
dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”:( Surah al-
Asr : 1-3)

Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung
ialah mereka yang beriman dan beramal salih.

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada


menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta
tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.

Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam,


kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini
akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan
ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani
manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada
melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal lbadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal lbadat adalah sia-sia.


Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya
melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika
dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya
beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :

1
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk
beribadat”: ( Surah az-Zariat : 56)

lbadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku


beriman kepada Tuhannya. lbadat yang dimaksudkan di sini
termasuklah lbadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga
fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.

Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya


baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah
dianggap ibadat. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu


orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yang
menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna,
orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga
kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba
yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela”. ( Surah al-Mukminun : 1-6 )

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental.
Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu
dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang
diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah
masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam.
Rasulullah s.a.w adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam
sebuah hadith, baginda s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak


Yang mulia”( Riwayat Ahmad )

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan
bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. la
adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan,
kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:

“Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan


umanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”. ( Surah
al-Baqarah : 283 )

b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:

2
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-
Nya”:(Surah al-Bayyinah: 5)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat


yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan
akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan,
persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:

"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang


bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi
apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita
hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara
orang yang zalim ".( Riwayat Imam al-Baihaqi )

c) Tekun
Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan
sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah
s.a.w.

"Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu


bekerja dia melakukan dengan tekun ". ( Riwayat Abu daud )

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan


suasana kerja yang aman dan member) kesan yang baik kepada
masyarakat.

d) Berdisiplin

Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan


mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang
akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi.

Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan


pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja
yang cemerlang.

e) Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan:


pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang
diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua;
bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt
supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt
berfirman:

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan


tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ". ( Surah Ibrahim : 7 )

3
f) Sabar

Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk


membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt Firman
Allah swt :

“Wahai arang-orang yang beriman, bersabarlah kamu


(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara
perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih
daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu
berjaya”: (Surah All Imran : 200)

g) Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama


membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri
sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah


ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada
ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan
senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan
dirinya sendiri”. (Riwayat Abu Syeikh)

Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan

Seorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung


kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini
membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam
sekeliling.

Kesan Kepada Diri Sendiri

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab


dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan
rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani
manuisa yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh,
jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah
sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk
istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi
ini.

Akal fikiran yang diciptakan Allah swt merupakan mahkota berharga yang
menampilkan imej manusia. la berkeupayaan menerima ilmu, berfikir,

4
membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh
menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat
hidayah dan petunjuk Allah swt menerusi pemerhatian dan penghayatan
terhadap kejadian-kejadian alam dan aiaran-ajaran yang disampaikan oleh
orang lain.

Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati


dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini
mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan
mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannnya akan menemui
hakikat kebesaran Allah swt sebagai Pencipta yang Maha Agung. Dengan itu
la selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk
patuh kepada kekuasaan Allah swt dengan penuh kesedaran dan akan
melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan
Allah swt.

Roh dan nyawa adalah komponen utama manusia. Adalah terlalu sulit untuk
diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah swt Walaupun demikian ia
amat mustahak kerana dengannya manusia boleh hidup, bernafas,
mendenyutkan nadi, rnemberikan dorongan dan kekuatan perasaan.

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot,
urat, darah, tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing
mempunyai fungsi tersendiri dan meyempurnakan antara satu sama lain iaitu
sesuai dengan kejadian manusia yang dijadikan Allah swt sebagai sebaik-balk
kejadian. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai unggul, jasadnya akan
bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya
melakukan kerja-kerja yang balk, rehat dan tidur dengan seimbangnya,
memakan makanan yang bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna
dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudharatan, dosa dan
sebagainya. lni sesuai dengan firman Allah swt:

“ ... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam


bahaya kebinasaan” (Surah al-Baqarah : 195 )

Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan,


penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut
membantu keunggulan hidup seseorang.

Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat.


Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar,
bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Sekiranya nafsu dapat dididik dan
dikawal, la akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan diri
manusia. Tetapi sekiranya la tidak dididik dan dikawal, dengan mudah la
menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa sahaja kemahuan
yang lebih cenderung kepada keburukan. Firman Allah swt;

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan


kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh

5
Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu)”. ( Surah
Yusuf ; 53 )

Bagi menenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan.


Dengan demikian umat manusia akan membiak dan berkembang dengan
cara yang betul di samping sebagai salah satu pengecapan kurniaan nikmat
Allah swt dalam hidup berkeluarga.

Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu melaksanakan


tanggungjawab, khususnya kepada diri sendiri adalah bergantung kepada
berjaya atau gagalnya la memenuhi tuntutan keempat-empat perkara
tersebut. Aspek-aspek ini adalah asas pembangunan keluarga, masyarakat
dan negara.

Kesan Kepada Keluarga

Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan hidup


keluarganya. la dapat merencanakan soal-soal penddikan, saraan, pergaulan
dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. la dapat
menjalankan tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam masa
yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga
hubungannnya dengan Allah swt.

Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu.


Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung
rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah
lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan
yang sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut oleh syarak
perlulah dilaksanakan dalam keadaan yang teratur. Umpamanya dalam
pemilihan makanan mestilah yang bersih, balk dan dari sumber yang halal.
Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum
minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi.
Sekiranya ketentuan in] tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan teriejas dan
boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

Pendidikan rohani pula adalah aspek yang penting. la merangkumi keimanan,


pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim
serta pembangunan mental dan spiritual. Seorang ketua keluarga
bertanggungjawab membentuk dan mendidik keiuarganya mengamalkan
tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Dalam masa yang sama
menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh. la juga mestilah
memastikan ketulenan akidah keluarganya dan membersihkannya dari
sebarang bentuk kekufuran dan kesyirikan serta mengikis jiwa dari kekotoran
dan penyakit rnelalui amalan dan latihan yang mantap serta berterusan.
Firrnan Allah swt:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang ( setelah menerima


peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan
amal soleh) dan menvebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan

6
nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang ( dengan
khusyuk)”:( Surah al-A' la : 14-15 )

Seperti yang telah dinyatakan akal fikiran sangat berharga bagi manuisa.
Islam juga menuntut umatnya supaya menggunakan akal fikiran dengan
betul. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu yang bermanfaat dan
ilmu itu pula hendaklah disebarkan melalui proses pengajaran dan
pengembangan.

Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak adalah amat


mustahak. Seseorang ketua yang unggul adalah model yang berkesan dalarn
pendidikan akhlak kehiarganya. la perlu membimbing ahli keluarganya
dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada
padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan akhlak
islamiah kebanyakannya berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau
ibu bapa masing-masing yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti
yang ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah ibu bapa perlu membentuk
keunggulan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat
diperturunkan kepada anak-anak mereka.

Seorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan
sosial keluarganya berpandukan nilai-nilai yang balk, la akan mempunyai
rasa tanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya
dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya. la
berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang
perlu ditunaikan. Dengan demikian la akan membawa keluarganya keluar
dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang
boleh membawa kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah s.a.w:

“Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran”. (Riwayat


Abu Naim )

Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan


dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip
hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada
panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah swt:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama


Islam) dan janganlah kamu bercerai berai…” ( Surah All Imran : 103 )

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu


mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga
yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga
hamba sahaya yang kamu miliki” : ( Surah an-Nisa' : 36 )

7
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adatah


seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain”.
(Riwayat at-Tabarani).

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang


pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan
memudahkan usaha dan perancangan untuk meningkatkan kualiti
masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.

Penghayatan agama juga sangat mustahak. Merekalah yang akan


mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti-aktiviti yang
berfaedah melalui cara-cara yang formal atau tidak formal. Susasana ini
bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin,
tetapi juga akan menampakkan masyarakat yang mempunyai imej yang
tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Seperti yang diketahui, keterampilan seseorang individu atau masyarakat


dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang
tidak sempurna. Dalam erti kata lain, seseorang muslim perlu mendapatkan
pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu
agama yang menjadi keperluan asasi. la meliputi ilmu ekonomi, politik dan
sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing
dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab
itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan diceburi secara
bersungguh-sungguh sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas.
Bidang-bidang ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting
yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti yang dijelaskan dalam firman
Allah swt:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh


Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan jangan
lah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekatanmu ) dari
dunia”: ( Surah al-Qasas : 77 )

Selain bidang sosial dan ekonomi, bidang politik juga menjadi perkara yang
penting dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik sesebuah negara
adalah berpunca daripada keunggulan dan kekuatan yang ada pada diri
setiap individu, yang kemudiannya membentuk satu ikatan warga negara
yang kukuh.

Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh


berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok
masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-
sifat unggul sebagai pemimpin. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan
supaya masyarakat dan negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat
kemakmuran hidup dan keredhaan Allah swt seperti yang dapat difahami
daripada kisah negeri Saba' ( Yaman Tua ) yang diceritakan di dalam al-Quran
:

8
“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba' satu tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat
tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)
yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung
mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : “Makanlah dari rezeki
pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya, (negeri karnu
ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu
adalah) Tuhan yang Amat Pengampun” : ( Surah Saba' : I5 ).

Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang unggul akan
mampu memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin
negara akan diikuti oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang
berwibawa di arena antarabangsa ini diperintahkan oleh Islam supaya
memberikan sumbangan untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu
tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi ini.

Penutup

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang


unggul dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat,
negara dan ummah hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai
unggul seperti yang telah dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai