Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KETIGA

Bilangan jurnal

:3

Minggu praktikum

: Ketiga

Tarikh peristiwa

: 14 Februari 2016 sehingga 18 Februari 2016

Tajuk jurnal

: Masalah sukar mengingat nama

1. Masalah
Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk mengingat nama
murid. Walaupun sudah minggu ketiga namun, hanya beberapa nama sahaja yang diingati
dengan baik. Kebanyakan murid yang diingati ialah mereka sering membuat masalah dan
sukar dikawal di dalam kelas.

Apabila saya mahu menyebut nama murid, saya perlu

merujuk kepada tanda nama yang ada pada baju murid-murid.

Hal ini menimbulkan

masalah setiap kali menjalankan aktiviti secara individu dimana saya memerlukan masa
yang agak lama untuk menyebut nama murid yang akan ditugaskan untuk menjalankan
aktiviti tersebut terutamanya murid yang berada di belakang.

Saya perlu bergerak ke

belakang atau bertanya kepada murid-murid yang lain tentang nama individu terbabit. Saya
juga kerap tertukar nama bagi beberapa orang murid.

2. Analisis
Berdasarkan pemerhatian saya, nama murid yang kurang disebut di dalam kelas
akan menyebabkan murid tersebut berasa terpinggir dan akhirnya murid tidak bersemangat
untuk belajar serta tidak menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan lagi, murid tersebut akan menimbulkan pelbagai masalah untuk
menarik perhatian guru seperti berbuat bising, mengganggu rakan, membuat kerja sendiri
dan sebagainya.
Menurut Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau
menyebut atau menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama.
Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada
pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadiankejadian penting, aktiviti-aktiviti harian tidak dapat berjalan dengan baik, teratur atau
sistematik.

Jika seseorang itu lupa ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap,

membaca, mengenal benda atau rakan-rakannya yang lain.

JURNAL MINGGU KETIGA


3. Cadangan untuk memperbaiki
Menurut Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov, ada empat fasa yang dilalui oleh
seseorang individu untuk menguasai ataupun mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa
tersebut ialah fasa perolehan, fasa penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi.
Pertamanya ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa permulaan
pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan.

Fasa perolehan ini

merupakan proses ulangan sesuatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan
sesuatu rangsangan.

Sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih kukuh lagi apabila teori

pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali.

Fasa kedua ialah fasa

penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang telah mempelajari sesuatu gerak
balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima rangsangan yang meneguhkan dan jika
sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim, maka perlakuan
tersebut tidak akan diulangi lagi.
Menurut majalah SOLUSI isu yang ke-26, berikut adalah beberapa teknik dan cara
yang disyorkan agar kita dapat mengingati nama seseorang dengan lebih mudah:
1. Dengar dengan betul
Fokus dan berikan tumpuan apabila seseorang memperkenalkan diri mereka.

Dengar

dengan penuh perhatian apabila nama disebut. Minta diulang jika nama yang disebutkan itu
kurang jelas.
2. Sebut berulang kali
Rasakan kemesraan semasa kita meneruskan perbualan itu dan sebutkan nama orang itu
beberapa kali dalam perbualan.

Sebagai contoh, Assalamualaikum. Terima kasih atas

kesudian Farish menjawab salam cikgu.

insyaAllah, dengan berulang-ulang kali

menyebutnya, kita akan mudah mengingati namanya.


3. Lihat kad nama (business card)
Jika seseorang itu memberi kad namanya, jangan terus memasukkannya ke dalam poket.
Lihat dengan penuh minat kad itu dan berikan respons yang positif. Mungkin kita boleh
memberikan sedikit pujian seperti, Wah, cantiknya reka bentuk kad anda. Dengan cara
begini, kita mampu mengingati namanya sekali gus dapat memberikan kegembiraan
kepadanya, sekali gus menimbulkan rasa mesra dengannya.
4. Tuliskan nama

JURNAL MINGGU KETIGA


Ketika kita bermesyuarat atau pertemuan dengan orang baru kita kenalli, kita tuliskan nama
mereka beserta pangkat atau panggilan yang berkaitan. Kita tuliskan mengikut susunan
tempat mereka duduk supaya kita tidak keliru apabila menyebut nama mereka nanti.
5. Ulangi ejaan
Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang memiliki nama yang agak pelik dan sukar
diingati. Untuk mengingatinya kita ulangi dalam fikiran kita ejaan nama itu.
6. Kaitkan nama dengan sesuatu
Cara ini memudahkan kita mengingati nama seseorang dengan lebih mudah dan berkesan.
Kita cuba kaitkan nama itu dengan nama-nama yang telah ada dalam fikiran kita atau
kaitkan dengan orang orang yang masyur sperti, Mohd. Jalaluddin kaitkan dengan pelakon
Jalaluddin Hassan.

4. Tempoh masa
14 Februari 2016 sehingga 18 Februari 2016

5. Tindakan susulan
Saya pula meletakkan target, beberapa nama murid yang perlu diingati pada setiap
kali sesi pengajaran di dalam kelas. Saya juga perlu melatih lidah dengan menyebut dan
memanggil nama murid yang ditarget berulang kali bagi menjalankan aktiviti dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Selain itu, saya juga perlu menyebut nama murid
berulang kali terutama semasa terserempak dengan murid di luar kelas. Disamping dapat
mengeratkan hubungan dengan murid, saya dapat mengingati nama murid berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai