Anda di halaman 1dari 5

JURNAL REFLEKTIF

JURNAL
MINGGUAN REFLEKSI
MINGGU KEDUABELAS
(6 MEI -10 MEI 2019)

NAMA PELAJAR : UMAIRA BINTI RAMLEE


OPSYEN/ KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM / PAI SR 3
NAMA SEKOLAH : SK KAMPUNG TITINGAN
TAJUK JURNAL : MASALAH KURANG YAKIN MURID UNTUK BERCAKAP
DIHADAPAN KELAS

1 ISU/ MASALAH/ PERISTIWA


Masalah minggu ini berkaitan dengan tindakbalas murid apabila
disuruh tampil kehadapan kelas dan memberikan pandangan. Mereka
hanya berdiam diri dan mengatakan tidak tahu kerana tiada
keyakinan untuk mengutarakan pendapat sendiri..

2 ANALISIS ISU/ MASALAH/ PERISTIWA

Ketika sesi pdpc berlangsung di dalam kelas, murid-murid tidak


menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti yang telah saya
rancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik dan jayanya.
Namun demikian, apabila ada aktiviti yang melibatkan
pembentangan dihadapan kelas, agak sukat untuk mendapatkan
murid secara sukarela membuat pembetangan dihadapan kelas.
Antara kepentingan pembentangan dikalangan murid ini adalah
untuk melatih mereka untuk berkomunikasi di hadapan umum. Apa
yang mereka perlu buat adalah membaca teks atau memberikan
pendapat mereka yang tidak mempunyai hokum salah atau betul.
Aspa yang berlaku biasanya adalah kebanyakan murid akan mula
menundukkan kepala atau ada yang menuding jari kea rah murid-
murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta
mengutarakan dihadapan kelas.
3 KAJIAN LAMPAU

Page 1|5
JURNAL REFLEKTIF
MINGGUAN
Menurut Nurabadi (2007)
anatara sebab murid malu untuk bertanya ialaha kerana tidak yakin
dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain, begitu
juga untuk bercakap dihadapan kelas. Melalui pemerhatian saya,
persamaan dua perkara ini ialah orang yang bercakap dihadapan
akan menjadi tumpuan seluruh kelas. Jadi apa yang dilakukan akan
menjadi tontonan umum. Kalua salah atau ada yang tidak kena pasti
akan ditertawakan. Selain itu, mereka juga mungkin tidak biasa untuk
bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Perkara ini
akan berlaku apabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan
murid-murid. Aktiviti pembelajaran ini dipanggil pembelajaran
bercorak pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murid-murid
hanya mendengar
Menurut teori Psikososial Erikson (1963) pada usia 9 tahun murid
mengalami fasa industry lawan rasa rendah drii. Bagi membantu
murid menguasai kemahiran bercakap dikhalayak, guru perlu
memberi bimbingan dan galakan supaya murid tidak berasa rendah
diri dalam pencapaian akademik kelak bahkan dalam hubungan
social dengan individu di persekitaran mereka.
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu


yang telah saya kenal pasti, dapatlah saya mencadangkan beberapa
alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Antaranya ialah :

1. Saya perlu bergerak di tempat di mana murid tersebut duduk


dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambal mengatakan
kepadanya yang guru akan menemaninya di hadapan. Jika dia
berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa yang

Page 2|5
JURNAL REFLEKTIF
MINGGUAN

sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa


yang guru ucapkan.
2. Saya harus memberikan galakan kepada murid-murid yang
telah membentang dihadapan. Contohnyaarahkan semua
murid memberi tepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi
galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif
seperti “bagus”! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah
contohnya coklat atau apa sahaja juga boleh membantu
menggalakkan murid-murid untuk bercakap dihadapan kelas.
Ia perlu diberikan sejurud selepas murid tersebut telah
bercakap di hadapan agar dapat menyuntik motivasi
ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya mahu
bercakap dihadapan kelas.
3. Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai
aktiviti rutin dalam pdpc juga boleh membantu murid
memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di
khalayak. Apabila ia telah menjadi sesuatu yang rutin, secara
tidak langsung keyakinan dalam diri murid-murid akan
terbina.

5 TEMPOH MASA
. Saya akan menangani isu ini sepanjang tempoh saya menjalani
praktikum kerana saya akan cuba mengaplikasikan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
6 TINDAKAN SUSULAN
. 1. Aktiviti berpusatkan murid pada setiap rancangan pengajaran
harian dengan aktiviti berbentuk ‘outspoken’ iaitu melibatkan
murid bercakap dan berkongsi aktiviti yang dibuat dihadapan

Page 3|5
JURNAL REFLEKTIF
MINGGUAN kelas,

kolaboratif dan
pembentangan dalam menghasilkan idea yang menjurus
objektif pembelajaran
2. Guru perlu merancanag aktiviit yang memerlukan murid-murid
menulis beberapa ayat pendek tentang sesuatu topik. Kemudia
apabila melakukan pembentangan guru hanya perlu meminta
murid-murid membaca kembali apa yang telah ditulis di
hadapan kelas dengan suara yang kuat.
3. Menggunakan model dan strategi pengajaran yang berasaskan
teori pembelajaran sosio konstruktivis seperti wawancara
sumbangsaran perbincangan, seminar sokratik, kontraversi
bersturktur, inkuiri jurisprudential, perbahasan dan main
peranan.
7 RUJUKAN

-Guru sebagai pakar, strategi pengajaran dan pembelajaran


abad ke-21. James Ang Jit Eng, ED.D, Lim Siew Ngen, M.SC
(2019) PTS Media Group Sdn.Bhd Selangor Darul Ehsan
8 KESIMPULAN

Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan mereka


untuk bercakap atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan
dengan orang ramai walaupun pendengarnya merupakan rakan
sekelas yang telah mereka kenali. Namun aktiviti sebegini yang
seharusnya mendapat pengelibatan dari semua murid bagi membina
keyakinan diri,keberanian bercakap di khalayak dan berani
meluahkan apa yang mereka rasakan dan fikirkan. Dek kerana
ketidakbiasaan melakukanya, maka murid-murid enggan dan berasa
malu apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan
perhatian ditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar
untuk dimulakan dan dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk
memberi peluang dan galakan kepada murid-murid untuk mencungkil
Page 4|5
JURNAL REFLEKTIF
MINGGUAN dan

menggunakan diri kearah


yang lebih baik.

Page 5|5

Anda mungkin juga menyukai