Anda di halaman 1dari 6

BERITA HARIAN ONLINE

Cari penyelesaian sesuai isu arak jenama


Timah

Kontroversi mengenai isu arak berjenama


'Timah' buatan Malaysia ini menjadi topik
hangat sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja
dipaparkan di dada akhbar dan media sosial di
Malaysia, namun ia turut dibahaskan pada
peringkat mesyuarat kabinet.

Ada yang menganggap perkara isu itu


menyentuh sensitiviti dan mengelirukan umat
Islam. Menurut pandangan ini, penggunaan
nama Timah merujuk kepada puteri Rasulullah
SAW, iaitu Fatimah Az Zahra dan juga nama
wanita Melayu Islam. Ada juga yang
berpendapat bahawa penggunaan gambar
orang berkopiah dengan janggut panjang
memaparkan individu berimej agama.
Di suatu sudut yang lain pula, ada pihak
berpendapat bahawa masyarakat perlu berfikir
secara logik dan rasional, selain isu ini juga
tidak sepatutnya dipolitikkan.

Tambahan pula, pelabelan nama Timah itu


berasal daripada perkataan 'bijih timah'
manakala, gambar lelaki berjanggut itu pula
dikatakan adalah imej Kapten Speedy, pegawai
Inggeris yang pernah berkhidmat di Larut
Matang, Perak.

Mengapakah ada dua sudut pandang yang


berbeza dalam isu ini? Hal ini disebabkan
manusia adalah hakim kepada kehidupan
sendiri yang mempertimbangkan sesuatu isu
sebelum membuat keputusan.
Moral dan kepercayaan dalam diri masing-
masing akan mempengaruhi sesuatu
keputusan yang dibuat. Kenyataannya, jika
seseorang itu tidak pernah membeli dan
meminum arak, dia tidak akan mengambil tahu
pun di mana produk sebegitu dijual.

Namun, bagi seorang yang meminum dan


penggemar minuman berkenaan, di pelosok
mana pun di dunia ini tentu sahaja mereka tahu
untuk mencarinya.

Justeru, semua ini pokok pangkalnya adalah


berbalik kepada soal keutuhan pegangan
agama dan moral di dalam diri seseorang.
Setiap orang dengan kepercayaan agama yang
kukuh dan baik moralnya akan dapat
membezakan baik dan buruk sesuatu hal itu
kepada diri mereka.
Ia bolehlah disamakan mengapakah dalam
menangani sesuatu kes, hakim mempunyai
keputusan kehakiman yang berbeza-beza,
walaupun merujuk kepada undang-undang,
fakta kes dan duluan kehakiman yang sama?

Menurut teori undang-undang Realisme,


keputusan kehakiman adalah satu amalan
subjektif. Salah satu idea utama yang dibawa
oleh gerakan realis undang-undang ialah,
keputusan sesuatu kes bukanlah dipengaruhi
oleh fakta dan undang-undang semata-mata,
namun ia turut dipengaruhi oleh moral dan
kepercayaan hakim itu sendiri.

Hakim juga adalah seorang manusia yang


mana dia bukanlah makhluk yang sempurna.
Sudah pasti keputusan yang dibuat itu mungkin
tidak akan lari daripada kesalahan kecil
mahupun besar.
Oleh itu, nilai agama dan moral dalam diri
seorang hakim itu menjadi panduan sebagai
asas kepada keputusan yang dibuat.

Seorang hakim juga perlu terdorong untuk


membuat keputusan berdasarkan kepentingan
dan kebaikan awam. Kesihatan dan
keselamatan awam hendaklah
dipertimbangkan sebelum membuat
keputusan.

Justeru, dalam hal arak berjenama Timah ini,


marilah bersama-samalah kita bermuhasabah
diri. Janganlah air yang setitik dilautkan, tanah
seketul digunungkan semata-mata untuk
meraih kepentingan peribadi.

Adalah lebih baik untuk kita bersama-sama


mengenal pasti punca masalah yang
sebenarnya dan mencari jalan penyelesaian
yang sesuai. Agar tidak timbul pelbagai isu
pada kemudian hari. Selain bersama menjaga
keharmonian sesama kita.

Nur Farhanim Harun dan Prof Madya Dr


Shahrul Mizan Ismail,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai