Anda di halaman 1dari 2

Warga asing menetap lebih tempoh

'rompak' hak rakyat


Disember 3, 2023 @ 8:03am

Belalang tertarik dengan pendedahan seorang wanita warga Indonesia yang


mengakui masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial pada 2018, namun
kemudian tinggal lebih masa, bertemu jodoh dengan kenalan senegara sehingga
mempunyai anak lelaki berusia dua tahun.

Kisah paling menarik apabila dia mengakui selama lima tahun berada di negara ini,
keberadaannya tidak pernah diperiksa pihak berkuasa. Pendedahan wanita ini
mendedah kelompangan dan kelemahan aspek penguatkuasaan serta sistem rekod
keluar masuk warga asing ke negara kita.

READ MORE

Foto hiasan. - Foto fail NSTP


Pendedahan wanita ini sepatutnya menyedarkan kerajaan, khususnya pihak atasan
kementerian dan jabatan berkaitan bagaimana seorang warga asing tanpa dokumen
sah yang sepatutnya, boleh berada di negara ini dan bebas bergerak termasuk
bekerja, berkahwin dan melahirkan anak.

Belalang yakin, masih banyak lagi warga asing yang 'bernasib baik' seperti wanita
terbabit iaitu dapat bekerja, membantu menyara keluarga di negara asal dan hidup
berumahtangga dengan aman tanpa dikesan pihak berkuasa.

Kerajaan tidak boleh membiarkan 'normalisasi' ini terus berlaku kerana ia bukan
sahaja melanggar undang-undang, bahkan turut 'merompak' hak rakyat Malaysia
seperti subsidi bahan api dan bekalan makanan serta kemudahan lain.

Anda mungkin juga menyukai