Anda di halaman 1dari 12

( a ) Sejarah dan sumbangan tokoh matematik utama dari tamadun Yunani,

Cina, India, Arab, dan Eropah kepada perkembangan matematik.



1. Tamadun Yunani
Pada mulanya, Matematik Greek yang dikaji sebelum Zaman Yunani
hanya merujuk kepada matematik Greece sahaja.
Sejak 323 sebelum masihi pula, Matematik Greek pula dikaji merujuk
kepada semua matematik yang ditulis dalam bahasa Greek.
Hal ini disebabkan oleh matematik Greek sejak masa itu bukan hanya
ditulis oleh orang-orang Greek malah juga oleh para cendekiawan bukan
Greek di seluruh dunia pada zaman Yunani hingga hujung timur
Mediterranean.
Matematik Greek mula bergabung dengan matematik Mesir dan Babylon
untuk membentuk satu matematik keyunanian.
Kebanyakan teks Matematik telah ditulis dalam bahasa Greek dan
ditemui di Greece, Mesir, Meso potamian, Asia Minor, Sicily dan Itali
Selatan.
Tetapi, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis
semasa dan sebelum zaman keyunanian. Walaubagaimanapun, tarikh-
tarikh penulisan matematik Greek adalah lebih tepat berbanding dengan
tarikh, tarikh penulisan matematik yang lebih awal. Hal ini disebabkan
oleh terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari
setahun ke setahun sehingga hari ini.
Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales iaitu kira-kira 624 SM
hingga 546 SM dan Pythagoras kira-kira 582 SM hingga 507 BC. Mereka
dipengaruhi oleh idea-idea Mesir, Mesopotamia dan India.
Thales telah menggunakan geometri untuk menyelesaikan masalah-
masalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai.
Menurut ulasan Proclus tentang Euclid, Pythagoras mengemukakan
teoram Pythagorus dan membina tigaan Pythagoras melalui algebra.
Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang
pertama bukan sahaja untuk memberi bukti kepada nisbah tetapi juga
untuk mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan
Eratosthenes untuk menentukan nombor perdana.
Mereka menggunakan kaedah ad-hoc untuk membina sebuah bulatan
atau elips dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh,
mengambil banyak formula yang berbagai untuk keluasan dan isi padu,
menyimpulkan kaedah-kaedah untuk mengasingkan formula yang betul
daripada yang salah, serta menghasilkan formula- formula am.
Bukti-bukti abstrak yang pertama adalah tercatat dalam bahasa Greek,
dan semua kajian logik yang masih wujud berasal daripada kaedah-
kaedah yang disediakan oleh Aristotle.
Dalam karyanya yang bertajuk Unsur-unsur, Euclid menulis sebuah buku
teks matematik di seluruh Eropah, Timur Dekat, dan Afrika Utara selama
hampir dua ribu tahun.
Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem
Pythagorus, Unsur-unsur merangkumi suatu bukti yang menunjukkan
bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah dan bilangan nombor
perdana adalah tidak terhingga.
Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang mengatakan askar
Rom semasa menulis formula-formula matematik pada debu ketika
berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak meninggalkan banyak bukti
tentang minat mereka terhadap matematik tulen.













2. Tamadun Cina
Pada zaman dahulu, orang Cina menganggap bahawa Matematik adalah
satu aspek daripada shu yang bererti nombor.
Shu sangat penting bagi perkembangan awal ilmu Sains di Eropah dan China.
Aspek-aspek lain yang dapat ditemui dalam Shu adalah seperti keagamaan,
muzik, ilmu memanah dan pernujuman.
Pada zaman pemerintahan Han, anak-anak bangsawan China diwajibkan
mempelajari Matematik.
Semasa kerajaan Wei, Liu Hui telah menulis komentar terhadap Nine
Chapters pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan
Putera Chenliu, lebih kurang 263 AD.
Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan
kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal
selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai.
Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah
penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya
penghampiran tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep
berhubung dengan topik differential and integral calculus.
Selain itu, Legenda China juga telah menunjukkan bahawa seni menipulasi
nombor telah dicipta oleh Lishou semasa Dinasti Huangdi. Antara buktinya
adalah seperti:
Tulisan dinding di Shandong yang telah dijumpai pada abad ke-2
menunjukkan bahawa kompas ( Fuxi ) dan segi empat ( Nuwa ).
Tulisan tersebut juga menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan
tali yang mempunyai simpulan-simpulan tertentu untuk menyatakan
nombor.
Selain itu, terbikar Banpo juga dijumpai pada 4800 SM iaitu
menggunakan sistem perpuluhan.
Pada 1500 1100 SM, kulit kura-kura dan tulang belakang binntang
untuk perjunaman telah dijumpai.
Bagi pengiraan pula, mereka telah menggunakan rod pembilang yang
diberi nama Chou / Ce / Suanzi. Contohnya:
o Seorang ahli matematik Han telah mengelaskan nombor 1985 seperti,





o Manakala seorang lagi ahli matematik Song mengelaskan nombor
1985 seperti:







o Pada peringkat awal, ruang kosong digunakan untuk menandakan
simbol sifar. Apabila kod pembilang digunakan, ternyata ia
menimbulkan kekeliruan seperti:









3. Tamadun India
Matematik di India telah muncul di Asia Selatan sejak zaman silam hingga
akhir kurun ke-18 dan bermula dalam tamadun Lembah Indus pada Zaman
Gangsa iaitu pada 2600-1900 SM dan kebudayaan Veda pada Zaman Besi
iaitu pada 1500-500 SM.
Sumbangan-sumbangan penting telah dibuat oleh sarjana-sarjana seperti
Aryabhatta, Brahmagupta dan Bhaksara II pada tempoh matematik India
klasik iaitu pada 400M 1200M.
Ahli matematik india telah membuat sumbangan terawal terhadap pengkajian
sistem nombor desimal, sifar, nombor negatif, aritmetik dan algebra.
Di samping itu, trigonometri yang berkembang di dunia Hellenistik dan telah
diperkenalkan ke India kuno melalui terjemahan buku Yunani, berkembang
lanjut di India dan khususnya takrifan-takrifan moden bagi sinus dan kosinus
dimajukan di sama.
Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada
zaman India purba.
Brahmagupta telah memperkenalkan konsep tentang asas matematik, di
mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk
punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan
matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan
jangkaan yang akan berlaku.
Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan
astronomi sehingga ke hari ini.
Bhaksara II telah menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra
Chudamani yang membawa maksud mutiara di kalangan ahli matematik .
Semua karya-karya matematik dipindahkan secara lisan sehinggalah sekitar
tahun 500 SM dan dipindahkan lagi secara lisan dalam bentuk manuskrip.
Dokumen matematik tertua yang dihasilkan di India yang masih wujud ialah
Manuskrip Bhaksara kulit kayu birch yang dijumpai pada tahun 1881 di
kampung Bakhshali di Pakistan.
























4. Tamadun Arab
Pada abad ke-8, empayar Islam diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara,
Iberia dan sesetengah bahagian India iaitu di Pakistan yang mengekalkan
dan menterjemahkan banyak teks matematik keyunanian dari bahasa Greek
kepada bahasa Arab.
Penterjemahan teks matemaatik India dalam bahasa Arab memberikan kesan
pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta
diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766.
Serupa dengan ahli-ahli matematik India pada zaman itu, ahli-ahli islam minat
akan astronomi khususnya.
Bahasa Arab telah dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-
cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam walaupun kebanyakan teks
matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab.
Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi.
Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi ialah seorang ahli astronomi Parsi abad
ke-9. Beliau telah menulis banyak buku yang penting mengenai angka Hindu-
Arab dan kaedah untuk menyelesaikan persamaan.
Perkataan algoritma berasal daripada namanya, manakala perkataan algebra
berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah, salah satu karyanya.
Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma
moden.
Abu Bakar al-Karaji ( 953-1029 ) telah memperkembangkan algebra dalam
karyanya iaitu al-Fakhri dengan memperluaskan kaedah algebra untuk
merangkumi kuasa kamiran serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak
diketahui.
Pada abad ke-10, Abdul Wafa telah menterjemahkan karya-karya Diophantus
dalam bahasa Arab dan mengembangkan fungsi tangen.
Omar Khayyam merupakan seorang pemuisi dan ahli matematik pada abad
ke-12. Beliau telah menulis Perbincangan mengenai Kesukaran dalam Euclid,
iaitu sebuah buku mengenai kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid.
Beliau memberi penyelesaian geometri untuk persamaan kuasa tiga yang
merupakan salah satu perkembangan yang paling asli dalam matematik
Islam.beliau juga amat terpengaruh dalam pembaharuan takwim.
Nasir al-Din Tusi telah mengembangkan trigonometri sfera dan menulis
sebuah karya yang berpengaruh mengenai postulat selari dengan Euclid.
Dalam abad ke-15, Ghiyath al-Kashi mengira nilai sehingga tempat
perpuluhan ke-16. Kashi juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa
ke-n yang merupakan kes yang khas untuk kaedah-kaedah yang diberikan
berabad-abad kemudian oleh Ruffini dan Horner.
Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15, perkembangan
matematik Islam menjadi lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan
perkembangan matematik ketika orang Rom menaklukkan dunia keyunanian.





















5. Tamadun Eropah
Pada bermulanya Zaman Pembaharuan Eropah, kebanyakan yang kini
dipanggil matematik sekolah kira-kira campur, kira-kira tolak, pendaraban,
pembahagian, dan geometri dikenali oleh orang-orang yang berpendidikan,
walaupun notasi mereka adalah besar dan memakan ruang: angka-angka
rumi serta perkataan-perkataan digunakan, bukannya simbol: tidak adanya
tanda plus, tanda persamaan, serta penggunaan x sebagai simbol untuk
kuantiti yang tak diketahui.
Pengetahuan angka Hindu-Arab telah dibawa ke Eropah melalui
penterjemahan teks Arab dalam bahasa Latin.
Karya-karya terawal Aristotle dikembangkan semula di Eropah, yang pada
mulanya dalam bahasa Arab dan kemudian dalam bahasa Greek. Penemuan
semula Organon, himpunan tulisan logik Aristotle telah disusun pada abad
ke-1.
Scipione del Ferro telah mencipta penyelesaian am bagi persamaan kuasa
tiga pada kira-kira tahun 1510 tetapi telah diterbitkan buat pertama kali oleh
Gerolamo Cardano dalam karyanya, Ars magna dan diikuti dengan cepat
oleh penyelesaian persamaan kuartik am oleh Lodovico Ferrari.
Pada tahun 1543 yang penting, Copernicus menerbitkan karyanya, De
revolutionibus, yang menegaskan bahawa Bumi mengelilingi Matahari, dan
Vesalius menerbitkan De humani corporis fabrica yang mengolahkan tubuh
manusia sebagai suatu himpunan organ.
Pada tahun 1595, Bartholomaeus Pitiscus merupakan orang pertama yang
menggunakan perkataan ini ketika beliau menerbitkan karyanya,
Trigonometria.
Pada tahun 1533, jadual sinus dan kosinus Regiomontanus telah diterbitkan.

Abad ke-17
Galileo Galilei, seorang Itali, mencerap bulan-bulan yang mengelilingi
Musytari dengan menggunakan sebuah teleskop yang berdasarkan mainan
yang diimport dari Holland.
Tycho Brahe telah mengumpulkan sejumlah data matematik yang besar
untuk memerihalkan kedudukan planet di langit.
Manakala Johannes Kepler telah memulakan kerjayanya dengan data.
Disebabkan sebahagian oleh keinginannya untuk membantu Kepler dalam
penghitungan, Lord Napier di Scotland merupakan orang pertama untuk
menyelidik logaritma tabii. Kepler berjaya dalam perumusan hukum-hukum
matematik mengenai gerakan planet.
Descaartes telah mengembangkan geometri analisis yang membenarkan
orbit-orbit diplot pada suatu graf.
Isaac Newton pula telah menemui hukum-hukum fizik yang menerangkan
orbit-orbit planet dan matematik kalkulus yang dapat digunakan untuk
menyimpulkan hukum-hukum Kepler daripada prinsip kegravitaan semesta
Newton.
Selain daripada penggunaan matematik untuk mengkaji langit, matematik
gunaan mula berkembang ke bidang-bidang yang baru, dengan surat-
menyurat antara Pierre de Fermat dengan Blaise Pascal.
Pascal dan Fermat telah menyediakan persediaan asas untuk penyelidikan
teori kebarangkalian dan hukum-hukum kombinatorik yang sepadan dalam
perbincangan-perbincangan mereka tentang permainan pertaruhan.

Abad ke-18
Salah satu cara untuk melihat perkembangan berbagai-bagai sistem nombor
matematik moden adalah untuk melihat nombor-nombor baru yang dikaji dan
diselidikkan bagi menjawab soalan-soalan aritmetik yang dilakukan pada
nombor-nombor yang lebih tua.
Pada zaman prasejarah, pecahan dapat menjawab soalan:
apakah nombor apabila dikalikan dengan 3, memberi jawapan 1.
Di India dan China dan lama kemudian di Jerman, nombor-nombor negatif
dikembangkan untuk menjawab soalan:
apakah hasilnya apabila anda menolak nombor yang lebih besar dengan
nombor yang lebih kecil.
Rekaan sifar mungkin menyusul daripada soalan yang sama:
apakah hasilnya apabila anda menolak sesuatu nombor dengan nombor
yang sama.
Lagi satu soalan yang lazim adalah:
apakah jenis nombornya untuk punca kuasa dua?
Orang-orang Yunani tahu bahawa hasilnya bukan sesuatu pecahan, dan
soalan ini mungkin memainkan peranan dalam perkembangan pecahan lanjar.
Tetapi jawapan yang lebih baik muncul dengan rekaan perpuluhan yang
dikembangkan oleh John Napier (1550 - 1617) dan kemudian dijadi sangat
baik oleh Simon Stevin.
Menggunakan perpuluhan dan idea yang menjangka konsep had, Napier juga
mengkaji pemalar baru yang Leonhard Euler (1707 - 1783) menamakan e.
Euler amat terpengaruh dalam pemiawaian istilah dan notasi matematik yang
lain.
Beliau menamakan punca kuasa dua bagi minus 1 dengan simbol I dan
mempopularkan penggunaan huruf Greek untuk nisbah lilitan dengan
diameternya.

Abad ke-19
Pada abad ini, metematik telah menjadi semakin abstrak.
Carl Friedrich Gauss telah mengetepikan banyak sumbangannya kepada
Sains dan mula membuat kerja revolusioner tentang fungsi pemboleh ubah
kompleks dalam bidang matematik tulen, dalam bidang geometri, serta
mengenai penumpuan siri.
Beliau telah mengemukakan bukti-bukti mengenai teorem asas algebra dan
hukum kesalingan kuadratik.
Nikolai Ivanovich Lobachevsky juga telah mengembangkan dan menyelidiki
geometri bukan Euclid manakala William Rowan Hamilton pula
mengembangkan algebra bukan kalis tukar tertib.
Penyelidikan Abel dan Galois tentang penyelesaian pelbagai persamaan
polinomial menyediakan persediaan asas untuk mengembangkan dengan
lebih lanjut teori kumpulan dan bidang-bidang algebra abstrak yang berkaitan.
Persatuan-persatuan matematik yang pertama pada abad ini adalah seperti:
Persatuan Matematik London pada tahun 1865
Socit Mathmatique de France pada tahun 1872
Circolo Mathematico di Palermo pada tahun 1884
Persatuan Matematik Edinburg pada tahun 1864
Persatuan Matematik Amerika pada tahun 1888


Abad ke-20
Pada 1910-an, Srinivasa Aaiyangar Ramanujan telah mengembangkan
melebihi 3000 teorem iaitu termasuk sifat-sifat nombor gubahan sangat tinggi,
fungsi sekatan serta asimptotnya, dan fungsi teta maya.
Srinivasa Aaiyangar Ramanujan juga membuat kejayaan cemerlang serta
penemuan yang utama dalam bidang fungsi gama, bentuk modular, siri
mencapah, siri hipergeometri, dan teori nombor perdana.
Seluruh bidang-bidang baru matematik seperti logik matematik, matematik
komputer, statistik, dan teori permainan mengubahkan jenis-jenis soalan
yang dapat dijawab dengan kaedah-kaedah matematik.
Bourbaki, ahli matematik Perancis, mencuba menggabungkan semua bidang
matematik menjadi satu keseluruhan yang koheren.
Kurt Gdel membuktikan bahawa di mana-mana sistem matematik yang
merangkumi integer, terdapat kenyataan benar yang tidak dapat dibuktikan

Anda mungkin juga menyukai