Anda di halaman 1dari 10

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam

dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Pada zaman pertengahan, kebudayaan Islam merangkumi aspek perubatan. Seiring dengan perubahan masa, pakar-pakar perubatan dan cendekiawan Islam telah mengembangkan bidang perubatan. Perubatan Islam dikembangkan

berdasarkan tradsi, terutamanya pengetahuan mengenai teori amalan perubatan yang telah dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawancendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates adalah tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks penterjemahan tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani mudah diajar dan senang difahami, para cendekiawan Islam telah menyusun semula pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan. Melalui teks-teks terjemahan Arab inilah dunia Barat telah mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuklah karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip ke seluruh Eropah telah mendapat pengaruh yang sama. Pada abad ke-15 dan ke-16, di Eropah Barat, karya tersebut telah diterbitkan melebihi 35 kali. Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota-kota utama seperti di Kaherah, Hospital Qalawun yang mempunyai kakitangan-kakitangan termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat yang boleh merawat sehingga 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahan penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang

katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini. Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas. Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates yang telah diterangkan di atas, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam. Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden. Mengikut catatan sejarah, kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap

tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifahkhalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademiakademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen. Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karyakarya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi dan farmakognosi masih ketara hingga kini. Bahan penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting. Prinsip yang pertama ialah dalam bidang

kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.Prinsip yang kedua pula ialah orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Manakala yang terakhir ialah umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi

farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu. ABU ALI AL-HUSEYN BIN ABDULLAH (ABU SINA) Beralih pula kepada sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam bidang perubatan. Tokoh yang pertama ialah Ibnu Sina. Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah beliau lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah berdekatan kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik,

matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Al- Qanun Fit-Tibb karya terkenal beliau telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi kuat atau lemah kadar denyutan, masa antara denyutan, dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh terpisah daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah

116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur, paling selalu dicetak di Eropah pada zaman

"Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M. ABDUL QASIM KHALAF IBN AL-ABBAS AL-ZAHRAWI (AL-ZAHRAWI) Seterusnya ialah sumbangan daripada Al-Zahrawi. Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini. Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah beliau sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia. Selain itu, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai caracara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. Sebagai seorang ahli bedah pula beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang

banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan. ALAUDDIN ABU AL-HASAN ALI IBN ABI AL-HAZAM AL-QARASYI (IBNU NAFIS) Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam alQrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M). Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali alDakhwar dan Imran al-Israili. Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaibaah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaibaah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada. Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital. Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi

bidang

pembedahan

ini,

Ibnu

al-Nafis menasihatkan

supaya

pembedahan

perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir. Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu alNafis dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran iaitu pergerakan darah dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai sistem sirkulasi pulmonari. Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri. Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu Sina . Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal

kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah disebar keseluruh badan. Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paruparu dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan teori sirkulasipulmonari. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama. Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau

memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan al-Mansuri.

JABIR IBNU HAYYAN (721-766M)

Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat.lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan eropah dan asia kecil hingga abad ke 14.Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku,malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk ialah Book of the seventy(disertasi), Book of the composition of alchemy, Book of sun perfection, kitab al-Rahmah, Kitab tajmik, Book of eastern Mercury. Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy(disertasi) ,Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan kedalam bahasa latin dan telah menulis secara saintifik tindak balas penurunan(reduction) serta pengkalsinan(calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari ini.

HUNAYN IBNU ISHAQ (810-878M)

Hunayn

merupakan

penterjemah

dan

pengamal

perubatan

yang

terkenal.Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di hirah(Iraq). Telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh khalifah almamun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manu skrip yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat manterjemahkan buku meteria medica, Aphorisma, seven books dan synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau juga telah menulis sendiri 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan(questions of medicine) yang sesuai oleh penuntut oftalmologi dan perubatan

THABIT IBNU QURAH (838-901M)

Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan.beliau telah menterjemah buku dalam bahasa yunani dan Siriak kapada bahas arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan

Gelen.Selain daripada terjemahan beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan yunani kedalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan,penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan)

ABU YUSOF IBNU ISHAQ AL-KINDI (809-873M) Beliau dikenali sebagai di Eropah dengan galaran al-Kindi.Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah(809M).Memperolehi pendidikan di Basrah dan sepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan al-mamun dan al-Mutasim. Hasil kerjanya yang meliputi pelbagai aspek bidang ilmu ,dengan ini bolehlah dikatakan beliau seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku.diantara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh(1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah The Books of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan sintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .

Anda mungkin juga menyukai