Anda di halaman 1dari 21

KPP 3014 – PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN R


PENSYARAH : DR. SUPPIAH A/L NACHIAPPAN

TAJUK :
ISU-ISU DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 5 DI SEKOLAH MENENGAH
AHLI KUMPULAN NAMA ID MATRIK

MOHAMMAD SHAFIQ BIN ROSMAN D20181082373

MUHD NUR SYAMIL BIN MOHD HALIM D20181082376

MUHAMMAD RIDHUAN FIRDAUS BIN D20181082379


AZHAR

MUHAMMAD KHAIRI BIN NOR AZMAN D20181082382

AHMAD FAIZ BIN ABD RAZAK D20181082392

MUHAMMAD AKMAL MIRZA BIN MOHD D20181082393


TARMIZI

FATHIN NURUL EZZATI BINTI D20181082394


IRWAHAND

1.0 PENGENALAN
Melalui kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia,
Pendidikan Jasmani juga merupakan satu subjek penting ( Safani dan Hamdan, 2005 )
dan diiktiraf sebagai salah satu kegiatan paling penting untuk membangunkan tabiat
aktiviti fizikal semasa remaja ( Sallis dan Mc Kenzi, 1991 ). Subjek Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan juga direka bentuk untuk mewujudkan dan menyemai
keyakinan diri, mematuhi peraturan, meningkatkan kemahiran dan menanam
semangat kerjasama antara pelajar. Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan merupakan
mata pelajaran yang bertujuan untuk mendidik pelajar untuk terlibat aktif dalam
aktiviti bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Sehubungan dengan
itu, secara tidak langsung pelajar akan dapat mengaplikasikan ke dalam gaya hidup
sihat mahupun waktu kecemasan dengan kemahiran yang diperoleh daripada mata
pelajaran ini. Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan mempunyai sasaran iaitu
menggalakkan para pelajar mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal yang aktif. Menurut Eleanor Ann et al. ( 2014 ) Pendidikan
Jasmani membantu meningkatkan kemampuan pelajar melalui aktiviti fizikal, sosial,
emosi dan kognitif. Hal ini berketepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam
membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi. Rohani, Intelektual dan
Sahsiah ( JERIS ). Melalui pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Sains Sukan ini, terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh dengan melibatkan diri
dalam aktiviti yang dirancang seperti membina keyakinan, bersosialisasi,
bekerjasama dan sebagainya. Mata pelajaran ini telah biberi peranan utama di dalam
sistem pendidikan negara ini, bagi melahirkan warganegara yang sihat, kuat dan
cergas disamping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan
apabila terpilih menyertai pasukan sukan sekolah. Matlamat pelajaran Pendidikan
Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2001. Pada asasnya mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan diwujudkan untuk menjaga kesihatan.
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan merupakan satu-satunya mata pelajaran yang
bentuk pembelajaran yang bersifat menyeluruh kerana mata pelajaran ini
menyediakan elemen-elemen yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelajar.
Mata pelajaran ini holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek
dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan ( Colfer, 1986 ).
2.0 HURAIAN MASALAH
2.1 Isu Akauntabiliti Akademik
Isu yang pertama dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani di sekolah
ialah akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani. Hal ini kerana
kebanyakan golongan pendidik pada masa kini mempunyai persepsi yang
negatif tentang subjek ini. Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul
sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya. Selain itu, ada
sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat
akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Hal ini menunjukkan bahawa
pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat tentang subjek ini dan
menanggap semua guru boleh mengajar subjek ini. Jadi apabila guru yang
tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar pendidikan
jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah
kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu
pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organan, pertumbuhan sosial dan emosi
dan meningkatkan pengamatan dan persefahaman dikalangan pelajar.

2.2 Isu Persediaan Peralatan


Isu yang kedua ialah persediaan peralatan oleh pihak sekolah. Untuk
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, ia memerlukan kawasan yang
lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan ruang-ruang yang
agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankannya. Tetapi
kebanyakan sekolah di Bandar mempunyai masalah untuk menyediakannya
kerana faktor nilai hartanah yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan Kawasan
sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan
kemudahan agak terhad. Lain pula ceritanya apabila di sekolah pedalaman
yang sukar untuk menyediakan kemudahan peralatan yang tidak mengcukupi.
Hal ini kerana peruntukan yang diberi oleh kerajaan banyak dihabiskan untuk
pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan peralatan
yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk
digunakan. Namun ada juga pentadbir sekolah yang tidak berminat dengan
bidang sukan. Jadi, ia akan kurang diberikan tumpuan yang menyebabkan
kesukaran dalam pembelian peralatan sukan.

2.3 Isu Guru Berkelayakan


Isu yang ketiga ialah guru yang berkelayakan. Mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya diajar oleh guru-
guru yang berkelayakan dalam bidang Pendidikan Jasmani (guru opsyen)
kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa
dalam kursus pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang
bukan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan
opsyen) diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Perkara ini berlaku
kerana kurangnya guru opsyen Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah
menengah. Hal ini kerana pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata
pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih
kepada bermain-main. Tanggapan tersebut tidak berasas kerana peranan guru
ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada
murid untuk mereka menimba pembelajaran yang berkesan Persoalannya,
adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya.

2.4 Isu Risiko


Isu yang terakhir ialah bahaya dalam pendidikan jasmani. Sebagaimana
yang diketahui, pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan
pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk
mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Kefahaman berkenaan keselamatan dalam pendidikan jasmani amat penting
bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran
atau latihan yang lebih baik. Ia juga dapat melindungi pihak sekolah daripada
tindakan undang-undang yang tidak perlu akibat kecederaan yang ringan.
Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan. Jadi, pihak sekolah seharusnya
peka dalam memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan yang
baik.

3.0 CARA-CARA MENANGANI MASALAH


3.1 Akauntabiliti Akademik

Bagi mengatasi masalah ini, jurang akauntabiliti akademik subjek


pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan.
Guru-guru pendidikan jasmani perlu mengubah pemikiran sebagai pendidik
yang selama ini menganggap PJK dan sukan itu hanyalah perkara remeh
dengan berusaha menggalakan pelajar terlibat secara aktif disamping memberi
penekanan dalam akademik yang seimbang. Guru perlu memandang serius
tentang kepentingan subjek pendidikan jasmani ini kerana subjek ini akan
mengajarkan kepada murid untuk hidup dengan gaya yang sihat. Subjek ini
jugak akan membuatkan pelajar berfikiran dengan lebih terbuka kerana ia
melibatkan persekitaran luar iaitu alam semula jadi yang mana berbeza dengan
subjek-subjek lain yang lebih memfokuskan kepada teori.

Selain itu, strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek


pendidikan jasmani ialah mesti melaksanakan proses pengajaran dan
pendidikan yang betul oleh guru yang berkelayakan. Seseorang guru
pendidikan jasmani yang berkelayakan dapat menerangkan dan menunjukkan
kemahiran sukan dengan mudah dan jelas supaya pelajar lebih mudah untuk
memahami. Sebagai contoh dalam membuat renjaman dalam sukan merenjam
lembing. Guru perlu menerangkan teknik teknik yang yang betul untuk
mendapatkan renjaman yang sah dan jauh yang mana teknik ini hanya boleh
diterangkan oleh guru yang perpengetahuan dan berkelayakan. Justeru itu, hal
ini akan mengelakkan murid terbiasa melakukan kemahiran yang salah. Murid
yang belajar kemahiran yang tidak betul akan membuatkan murid itu tidak
dapat memberikan prestasi yang terbaik dalam sukan atau permainan yang
dimainkan oleh nya.

Seterusnya, subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses


penilaian yang berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan dan kad
kemajuan pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Guru pendidkan
jasmani perlu merekod setiap pencapaian yang murid dapat lakukan. Hal ini
akan memudahkan guru untuk melakukan analisis tentang kelemahan yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan seterusnya dapat memberikan perhatian
yang lebih kepada pelajar tersebut supaya murid itu dapat menguasai
kemahiran tersebut. Selain itu, kaedah yang telah diperkenalkan oleh
kementerian iaitu ujian SEGAK adalah satu kaedah yang berkesan dalam
menilaian kescergasan setiap pelajar. Ujian SEGAK ini diperkenalkan di
setiap sekolah yang mewajibkan semua pelajar untuk membuat ujian ini.
Sekoi. Selain itu, pihak sekolah juga patut mewujudkan satu ujian untuk
menguji kemahiran sukan yang dilakukan oleh setiap pelajar. Oleh itu, pelajar
bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam pendidikan jasmani, malah dapat
menguasai kemahiran dalam sukan dan permainan.

Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai


subjek yang mempunyai akauntabiliti akademik sebagaimana subjek-subjek
lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Guru
pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa
untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
dengan betul dan tepat. Adalah digalakkan supaya guru-guru PJK dan sukan di
setiap daerah atau bahagian membuat perjumpaan khas untuk berkongsi
kaedah baru dalam pengajaran. Untuk meningkatkan potensi anak didik, para
pendidik tidak seharusnya mementingkan diri sendiri untuk mengejar nama
atau pencapaian peribadi.

Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam


pendidikan jasmani guru pendidikan jasmani juga perlu melaksanakan proses
pengujian, pengukuran dan penilaian subjek pendidikan jasmani. Ianya sangat
penting untuk memberi maklum balas terhadap pembelajaran pendidikan
jasmani bagi membangunkan akauntabiliti akademik pendidikan jasmani.
Diantara kepentingan penilaian ialah dapat memotivasikan pelajar untuk terus
belajar. Menurut Veal (1991), bagi memotivasikan pelajar belajar, guru
mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan memastikan pelajar dapat
mencapai dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang setimpal.
Sebagai tenaga pengajar, guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu
memiliki kemahiran dan pengetahuan serta memahami prosedur untuk
melakukan sesuatu pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian,
pengukuran dan penilaian ini adalah merupakan cara untuk mengesan sama
ada matlamat dan objektif telah tercapai atau tidak. Hasil daripada maklumat
ini dapat membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Masalah perbezaan penggredan berlaku dalam Pendidikan Jasmani


yang mana pengukuran tidak dapat mewujudkan penghasilan kebolehan
prestasi sebenar pelajar. Penggredan seharusnya melihat kepada kemampuan
dalam melakukan kemahiran yang dilatih. Oleh itu, pelajar harus diberi
peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti fizikal serta masa yang
mencukupi untuk berlatih kemahiran, seterusnya mencapai gred yang lebih
baik. Penekanan betapa pentingnya hubungan antara penilaian dan pengajaran
dan ketepatan sesuatu penilaian yang dibuat akan memberi kesan yang besar
terhadap pengalaman pengajaran yang dialami pelajar. Setiap guru perlulah
bijak menguji kemahiran yang dikehendaki kerana guru merupakan penguji
yang layak kerana mereka tahu tentang prestasi pelajarnya berbanding penguji
luar atau ujian yang serupa. Masalah utama yang dihadapi oleh guru
pendidikan jasmani ialah untuk membuat pemarkahan (grading) terhadap
pendidikan jasmani kerana tiada prosedur dan kaedah yang jelas untuk
melaksanakannya.

3.2 Kemudahan Infrastuktur dan Peralatan


Untuk menangani isu kedua yang timbul bagi melaksanakan PdPc bagi
subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Sains Sukan iaitu kekurangan
kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan
jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan
ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankan
sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah
mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor
nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang
untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad. Sebaliknya, sekolah-
sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan
peralatan. Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar, jumlah
peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk pembangunan
sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan peralatan yang agak uzur,
alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk digunakan. Seandainya
pihak pentadbir sekolah kurang berminat dalam bidang sukan, maka tumpuan
yang agak kurang diberikan, begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa
menggunakan kreativiti masing-masing dalam pengajaran mereka bagi
menarik minat pelajar. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada
kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan
kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk
kegunaan kelas pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran.
Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu
aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk
kurikulum Pendidikan Jasmani. Penglibatan pelajar akan menjadi lebih aktif
sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi (Mohd Sofian, 2006).
Seterusnya, pengajaran akan dipermudahkan sekiranya terdapat banyak
peralatan yang boleh digunakan. Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan
tanpa peralatan yang lengkap. Mengajar Pendidikan Jasmani tanpa peralatan
samalah seperti mengajar subjek akademik tanpa buku dan bahan-bahan
sokongan yang diperlukan bagi membantu para pelajar lebih memahami
dengan teliti dan mendalam tentang apa yang telah diajarkan oleh para guru.
Oleh itu, untuk penyelesaian jangka pendek bagi masalah ini, guru
boleh cuba untuk meminta peruntukan daripada pihak sekolah untuk membeli
peralatan yang diperlukan bagi sesi pembelajaran yang dirancang berjalan
dengan lancar. Contohnya, guru meminta dana dan peruntukan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, guru juga boleh meminjam
peralatan ataupun prasarana daripada sekolah yang bersebelahan dan
berdekatan sekiranya pihak sekolah tidak dapat menyediakan dana bagi
membeli peralatan yang diperlukan dalam jangka masa yang pendek bagi
menjimatkan kos. Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai
jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. Ini
akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu
peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal
peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan
dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh
membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih banyak jenis permainan
sukan. Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya
peralatan dan kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru
untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya.
Cara menangani masalah ini bagi jangka masa panjang pula ialah
dengan mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan lain-lain.
Dari aspek susun atur prasarana pula, guru harus memastikan setiap susun atur
kemudahan dalam kelas adalah sesuai dan berada dalam keadaan yang tidak
mengancam keselamatan dan menasihatkan para pelajar agar tidak terlalu
agresif semasa melakukan aktiviti yang telah dirancang. Seterusnya, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia juga haruslah menyediakan peruntukan yang
secukupnya kepada pihak sekolah agar pihak sekolah dapat membeli dan
menyediakan peralatan yang bermutu tinggi dan berkualiti agar peralatan
tersebut dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Contohnya, bola
untuk sukan bolasepak yang berjenama dan bermutu tinggi seperti Adidas,
Nike dan sebagainya.

3.3 Guru Berkelayakan


Pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan
Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini tidak berunsur
peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan
tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba
pembelajaran yang berkesan Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan
opsyen yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah mempunyai ilmu konten dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.

Seseorang guru pendidikan jasmani perlu menguasai teras pengetahuan


terutamanya ilmu konten untuk mengajar dan kemahiran dengan berkesan
dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten sangat penting kerana
matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik
mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih
menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam
aktiviti aktiviti Pendidikan Jasmani. Guru menggunakan kemahiran
profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan
kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang
mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang diajar.
Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten daripada ilmu
pedagogi am dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar di
sekolah.

Guru opsyen Pendidikan Jasmani merasa kecewa dengan kualiti


pengajaran guru bukan opsyen kerana pengajaran mereka bersifat “ikut apa
yang cikgu suruh buat” daripada pengajaran yang berpusatkan ‘bagaimana nak
lakukan dan mengapa perlu lakukan kemahiran itu”. Peranan guru Pendidikan
Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan
sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal dalam
membudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan. Kementerian
Pendidikan Malaysia pula menjelaskan bahawa peranan guru bestari ialah
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sebagai
aspek penting bagi menjamin tercapainya matlamat pendidikan negara
seterusnya wawasan negara.

3.4 Risiko

Terdapat beberapa langkah mengatasi yang boleh diambil bagi mengekang


isu ini daripada berterusan dan memberi impak negatif kepada pelajar
khususnya. Antaranya ialah guru pendidikan jasmani perlu menghadiri kursus.
Latihan kemajuan tenaga pengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Sains
Sukan perlu dititikberatkan bagi membentuk guru yang mempunyai
pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal. Antara kursus yang diadakan ialah
kursus profisiensi berkaitan kemahiran pendidikan jasmani. Kursus ini perlu
bagi guru yang mengajar subjek pendidikan jasmani yang mempelajari
pelbagai kemahiran sesuatu permainan yang menjadi opsyen guru tersebut.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi. Guru opsyen
pendidikan jasmani boleh mencari inisiatif sendiri untuk mempelajari dan
mendalami subjek yang hendak diajar itu. Pada zaman era globalisasi ini, ilmu
sangat mudah untuk didapati. Semuanya ada di hujung jari sahaja.
Sebagaimana artis di kaca televisyen boleh menjadi versatil, kenapa tidak
guru? Guru boleh mengajar apa-apa subjek sekiranya guru tersebut
mempunyai tekad dan keyakinan yang tinggi untuk mempelajari dan
mengajar. Dan sudah semestinya guru seperti ini mampu mencapai tahap
profesional dalam masa yang singkat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa berfikiran positif. Guru
pendidikan jasmani ini perlu menganggap guru opsyen ini merupakan cabaran
yang perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bahkan, ilmu guru tersebut juga
boleh diperkembangkan kepada beberapa bidang baru yang mungkin asing
bagi mereka sebelum ini. 

Langkah seterusnya ialah menempatkan lebih ramai graduan Pendidikan


Jasmani di setiap sekolah. Kementerian pendidikan mengambil langkah ini
dengan menempatkan sekurang-kurangnya empat orang guru atau dua guru
lelaki dan dua guru wanita bagi sekolah mengikut keperluan dan bilangan
pelajar sekolah itu. Bilangan ini bukan satu masalah besar kerana setiap tahun
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) dan Universiti Malaya (UM) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) mengeluarkan graduan PJ yang berkelayakan. Langkah ini akan dapat
memastikan setiap sekolah mempunyai guru-guru opsyen Pendidikan Jasmani
yang berkemahiran dan ianya dapat mengasah dengan mendalam bakat
pelajar di sekolah.Langkah ini juga bukan sahaja dapat mengatasi isu guru
berkelayakan malah ia juga mampu mengurangkan lambakan graduan
Pendidikan Jasmani.

Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru


pendidikan jasmani. Mereka bukan sahaja perlu cekap dalam setiap aktiviti
yang dikendalikan, malah mereka hendaklah berkeupayaan untuk mengawasi
murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru pendidikan
jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya semasa proses pdp
dijalankan. Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam atau kurang mahir mengenai aktiviti yang
dijalankan ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan
berhati-hati. Oleh itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan
keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum
melakukan akitiviti.

Selain itu, guru juga seharusnya mempunyai rancangan pengajaran


atau program latihan yang teliti. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dapat
memastikan kelancaran perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Perkara ini hendaklah meliputi aspek pengetahuan dan
perancangan tentang bahan yang diajar, tahap kebolehan pelajar atau pelatih
serta membantu dan mengingatkan pelajar supaya peka terhadap kemalangan
yang mungkin berlaku. Semasa proses pengajaran berlangsung, guru juga
seharusnya tidak meninggalkan kelas atau tempat aktiviti dijalankan tanpa
pengawasan disebabkan masalah peribadi seperti ingin mendengar telefon,
menjaga anak di tepi gelanggang atau bercakap dengan orang lain agar para
pelajarnya tidak terdedah kepada bahaya.

Seterusnya, guru pendidikan jasmani mestilah memakai pakaian yang


sesuai dan sentiasa bersama pelajar semasa aktiviti fizikal dijalankan agar
dapat menyelamatkan pelajar sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi.
Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan jasmani tetapi tidak
memakai pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan pelajar bermain
dipadang tanpa pengawasan yang rapi. Perkara ini sepatutnya tidak patut
berlaku kerana pelajar yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan
jasmani seharusnya sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Guru juga tidak
boleh membiarkan pelajar menggunakan kemudahan pendidikan jasmani
tanpa pengawasan guru pendidikan jasmani. Sebagai contohnya ialah
penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya ada seorang penjaga
yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti pelajar supaya dapat menghalang
pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang membahayakan dalam bilik
tersebut. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan jasmani dan aktiviti
angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong untuk
membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar pelajar cara
menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika
perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah
diubahsuai mengikut kreativiti guru agar lebih selamat.
        Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan
semasa sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan
alatan sukan, guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah
sentiasa selamat. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada
pelajar seperti pelindung muka untuk penjaga gol hoki dan mesti sentiasa
dalam keadaan yang baik.

Pelajar diwajibkan untuk memakai pelindung dalam apa-apa keadaan


sekali pun. Sebagai contoh yang lain ialah pelajar mesti memakai shin-
guard dalam hoki dan penjaga lutut dalm bola tampar. Namun terdapat
pentadbir sekolah yang meletakkan guru tidak berkelayakan dan berkebolehan
untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Hal ini telah meningkatkan
lagi risiko berlakunya kecederaan akibat kekurangan pengetahuan dan
kefahaman guru tersebut untuk mengendalikan kelas pendiidkan jasmani. Oleh
itu, guru yang ditugaskan untuk mengajar pendidikan jasmani tetapi kurang
kebolehan dan pengetahuan dalam sukan seharusnya memberitahu pihak
pentadbir tentang tahap kebolehannya. Guru pendidikan jasmani seharusnya
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan kebolehan diri
kerana guru tidak seharusnya mengajar aktiviti tanpa pengetahuan yang
mencukupi.

     Secara kesimpulannya, bagi setiap pengajaran dan pembelajaran


pendidikan jasmani, guru harus bijak memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko
kecederaan dalam pendidikan jasmani akan meningkat jika guru gagal
memilih aktiviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur, saiz dan tahap
keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi
dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah jelas
terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan
kesilapan yang mungkin boleh mendatangkan kecederaan. Guru hendaklah
memastikan semua pelajar memahami dengan jelas setiap arahan yang
diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal. Aktiviti ysng dipilih mestilah
sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti yang sesuai amat penting
untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai.  

4.0 APLIKASI

Antara isu- isu pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran (PdP) sains


sukan di sekolah yang dimana antara contohnya adalah murid-murid tidak
dilibatkan dalam kegiatan sukan kerana menumpukan pada pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, pihak sekolah boleh mendekati jalan
penyelesaian ini dengan menekankan dan membuka minda pelajar akan
kepentingan sains sukan sama dengan subjek lain dalam kurikulum sekolah.
Manakala, penyelesaiaan jangka panjang pula pihak sekolah harus
memberitahu kebaikan sains sukan kepada kesihatan dan kecergasan pelajar
amnya. Sains sukan amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum
sekolah.

Kepentingan sains sukan dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat


dinafikan lagi. Berikut merupakan beberapa huraian mengenainya yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan pelajar di sekolah. Pertama sains sukan
membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan
kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains sukan dapat membantu murid-murid meningkatkan
kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam
aspek pembangunan emosi dan sahsiah sains sukan membantu murid
meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang
dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Sains sukan yang diajar di
sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai
budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Ini kerana,
sains sukan mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Sains sukan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri


sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Ia juga memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan
mereka mengamalkan gaya hidup sihat, memberi kefahaman kepada kanak-
kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti dan
mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.
Objektif sains sukan adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran
dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu kognitif,mengetahui
dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan
seharian.
Seterusnya, adalah isu penekanan ibu bapa yang lebih kepada akademik.
Pihak sekolah harus membantu dalam menyedarkan ibu bapa bahawa selain
sains sukan dapat membantu dari menekankan aspek kecergasan dan kesihatan
ianya juga adalah usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan pelajar yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini
bagi melahirkan pelajar di sekolah yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Selari dengan aspirasi yang disuratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
tunjang fizikal dan estetika merupakan tunjang yang mendukung hasratkan
iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan
intelek.

Kesihatan murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain


yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan
keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang
pembelajaran yang berkaitan ilmu sains sukan dan kesihatan merupakan teras
ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain daripada aspek fizikal,
potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Pendidikan sains sukan ini
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan bebas bergerak
serta melakukan aktiviti mengikuti kreativiti mereka tersendiri berdasarkan
saranan yang disampaikan oleh guru-guru sebelum mereka memulakan
aktiviti. Murid-murid di sekolah rendah sudah semestinya lebih berminat dan
tertarik dengan subjek sains sukan kerana mereka mampu bergerak tanpa perlu
duduk di atas kerusi dan menghadap buku yang secara fitrahnya bukan
termasuk dalam minat mereka yang sedang membesar.

Selain itu, sains sukan juga menekankan proses pengajaran yang


berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan
penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka
ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi
penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang
sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali.
Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif
perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat
murid untuk belajar dengan berkesan. Jelaslah bahawa sains sukan itu penting
kerana merupakan salah satu mata pelajaran yang dimuatkan di sekolah yang
mampu untuk memenuhi aspek pengajaran menyeluruh dari segi teori dan
amali.

Melalui sains sukan nilai estetika atau nilai murni yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dan dipraktikkan.
Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan di dalam subjek ini dan menekankan
memerlukan tentang disiplin dan ketepatan masa. Selain itu, pergaulan baik
dapat diwujudkan ketika melakukan aktiviti lebih-lebih lagi yang memerlukan
penglibatan di dalam pasukan. Disamping itu, nilai kerjasama juga dapat
dibentuk. Pendidikan fizikal ini juga merupakan sebahagian darupada proses
pendidikan yang memeberi focus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual,
sosial, emosi melalui pengalaman aktiviti fizikal.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang dapat diperolehi oleh pelajar


dengan mempelajari sains sukan dan membawa aplikasi kepada perkembangan
hidup pelajar sepanjang waktu pembelajaran dan sepanjang hidup mereka.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan


mempunyai sasaran yang positif dengan melahirkan pelajar cergas dan aktif
melalui pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan
disamping itu juga pelajar diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Walau
bagaimanapun, terdapat banyak isu yang sering dipersoalkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan yang memberi keraguaan
kepada pihak sekolah yang lain. Ini kerana, tanggapan serong terhadap mata
pelajaran ini yang tidak penting berbanding mata pelajaran lain yang terdapat
dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Oleh itu, ramai pihak yang mengambil
mudah dengan mata pelajaran ini malahan subjek ini mempunyai banyak
manfaat dalam kehidupan seharian kita. Melalui mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan , pelajar dapat mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor dengan menguasai
kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Pelajar
dapat melakukan senaman dan aktivti fizikal sebagai rutin harian. Melalui
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan juga, pelajar dapat membentuk sahsiah
diri dan displin. Selain itu, pelajar dapat seimbangkan dari segi jasmani,
rohani, intelek, dan sosial ( JERIS ). Aktiviti sukan dan rekreasi merupakan
salah satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecergasan dan
kemahiran dalam sesuatu permainan. Negara Malaysia juga dapat melahirkan
atlet sukan yang cemerlang di peringkat dunia seperti Datuk Nicol Ann David
iaitu ratu skuash negara juga Azizulhasni Awang iaitu permata dalam dunia
berbasikal yang telah banyak menempah kejayaaan. Kewibawaan dan
kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain memberi manfaat peluang yang
berharga untuk berbakti kepada negara. Oleh sebab itu, pihak kerajaan
mahupun masyarakat perlu bekerjasama mempertingktkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di Malaysia daripada perkara-perkara
yang dapat menjatuhkan nama negara di persada dunia.

6.0 RUJUKAN

Amira Farhanah. (2014, January 3). Isu dan permasalahan pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Retrieved from

http://amirafarhanah.blogspot.com/2014/01/isu-dan-permasalahan-

p-pj-di-sekolah.html?m=1.
Ilae Zaind. (2014, September 23). Kepentingan Pendidikan Jasmani

terhadap murid-murid dalam memenuhi aspirasi yang disuratkan

oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from

http://physicaleducationforyouth.blogspot.com/2014/09/kepentinga

n-pendidikan-jasmani-terhadap.html.

Mohd Rashid Muda. (2009, November 4). Masalah pelaksanaan

Pendidikan Jasmani. Retrieved from http://ekspresiminda-

rashid.blogspot.com/2009/11/masalah-pelaksanaan-pj.html.

Nur Amalin Bt Husain. (2014, December 17). Isu dalam Pendidikan

Jasmani dan Sukan. Retrieved from

http://amalinhusain.blogspot.com/2014/12/isu-dalam-pendidikan-

jasmani-dan-sukan.html.

Ummi Najwa, Nurul Izzah, Anis Shahira, Alia Nur Azmina, Sarah Farisya,

Syafiqah, & Amirah Fazilla. (2012, August 26). Langkah-langkah

menggalakkan pelajar menyertai pelajar menyertai aktiviti sukan

di sekolah. Retrieved from

http://teamfourseason.blogspot.com/2012/08/langkah-langkah-

menggalakkan-pelajar_26.html.

Wan Azlan Wan Ismail, & Tajul Arifin Muhamad. (2015,

March). Hubungan faktor penghalang terhadap penglibatan

pelajar dalam pendidikan jasmani di sekolah menengah. Paper

presented at International Conference on Language, Education and

Innovation. Retrieved from https://icsai.org/procarch/1iclei/1iclei-

49.pdf.
7.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai