Anda di halaman 1dari 8

NO KONTRAK: JKR/IP/CSFB/21/2020

NAMA KONTRAKTOR: NIAT SUCI SDN BHD

SAFETY PROGRAMME

TAJUK: RENJATAN ELEKTRIK


(NOVEMBER 2021)
PENGENALAN

Kecederaan renjatan elektrik agak kerap berlaku dan hampir kesemuanya tidak disengajakan.
Ia berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang
melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan
individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns),
berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung
yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).

Kecederaan renjatan petir, salah satu subset kepada kecederaan renjatan elektrik,
merupakan kecederaan yang disebabkan oleh panahan petir.

Tiada perangkaan yang tepat bagi kecederaan atau kematian yang berlaku akibat renjatan
elektrik dan petir di Malaysia. Banyak cerita berkenaan renjatan elektrik atau panahan petir
didedahkan melalui berita-berita akhbar khasnya tentang kemalangan yang berlaku di tempat
kerja atau kejadian kabel elektirk.

Di Amerika syarikat, hampir 40% kecederaan renjatan elektrik membawa maut dengan
anggaran 1000 kematian setahun. Untuk kecederaan panahan petir, purata 300 kecederaan
dan 100 kematian setahun di Amerika Syarikat.

PUNCA RENJATAN

Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca
elektrik semasa kerja. Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan
aktiviti berisiko yang mendedahkan remaja ini kepada bahaya renjatan elektrik. Bayi dan
kanak-kanak kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana menganggap
perkakasan elektrik sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).

Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:

1. Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian)


2. Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian)
3. Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi)
4. Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian)
GEJALA/TANDA

Seseorang yang terkena renjatan elektrik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda luaran
atau dengan jelas mengalami gejala kecederaan akibat kesan terbakar. Ada mangsa renjatan
yang pengsan/tidak sedarkan diri akibaT renjatan pada saraf ataupun jantung (cardiac
arrhythmia). Secara umumnya, kecederaan akibat elektrik terbahagi kepada:

1. Kecederaan akibat bahagian tubuh yang terbakar (Electrical burns wounds)

Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh (sumber
elektrik dan pembumian). Selain daripada kecederaan luaran, kontraksi otot boleh berlaku
dan mengakibatkan kecederaan pada tengkuk, tulang belakang atau organ dalaman.
Sebarang perubahan bentuk (deformity) mungkin berlaku akibat kepatahan tulang.
Keseriusan kecederaan bahagian tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa
elektrik. Kecederaan voltan tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui
proses pemanasan dalaman. Hakikatnya lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar
berbanding kesan arus elektrik itu semata-mata.

2. Serangan Jantung (Venticular Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika terkena
pada kawasan dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan
jantung (ventricular fibrillation). Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to
500 mA diperlukan. Serangan jantung jika tidak dirawat serta merta boleh mengakibatkan
kematian.

3. Kesan kepada Sistem Saraf

Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru.
Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan kerosakan saraf
atau neuropati.

Arus elektrik yang melalui otak boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan
diri. Arus yang melalui jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di
atas.

4. Kesan radiasi haba pancaran (Arc-flash Hazards)

Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada renjatan elektrik atau panahan
petir adalah pancaran berhaba tinggi. Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran
teruk pada bahagian tubuh badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran kawasan
kulit yang berhampiran.
5. Kesan Panahan Petir

Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:

o Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung(jarang berlaku)


o Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan (pengalir letrik) yang terkena
petir(contoh talian telefon di rumah atau besi tempat berlindung dari hujan)
o Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak
o Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek berhampiran yang disambar petir
o Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau kesan dari kesan
dentuman(barotrauma)
Majoriti kecederaan berpunca daripada kesan dentuman (barotrauma) kepada
persekitaran seperti pada bumi, dahan pokok dan lain-lain objek yang berhampiran.
Kecederaan yang berpunca dari panahan petir secara langsung atau kecederaan akibat
kebakaran dalaman jarang berlaku. Kematian akibat panahan petir berpunca daripada
kesan renjatan kepada sistem denyutan jantung atau kerosakan pada sistem saraf.

KOMPLIKASI

Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada kecederaan


yang dialami seperti yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:

a. Kulit – bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar (body surface area) dan di
mana ianya berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)
b. Otot – kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-
tisu yang mati malah adakalanya amputasi diperlukan.
c. Organ dalaman – bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga
melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan
renjatan bervoltan tinggi.
d. Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya
mengakibatkan kematian.
e. Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan
mangsanya mengalami sawan, kelumpuhan, atau perubahan personaliti
RAWATAN

Rawatan di rumah

Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang
kemudharatan atau hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi semua
renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian tubuh terbakar,
rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut
untuk rawatan atau suntikan tetanus jika perlu.

Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat
pemeriksaan susulan dan rawatan di hospital.

Rawatan Doktor

Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volts ke atas) perlu mendapat rawatan di Unit
Kecemasan di Hospital

Perkara berikut perlu diberi perhatian:

• Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulit


• Sejarah pengsan sewaktu terkena renjatan
• Sebarang aduan kekebasan, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada pergerakan,
penglihatan, pendegaran atau masalah bertutur
• Semua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas
• Lain-lain gejala yang serius

Ujian Klinikal

Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya sebarang kecederaan


pada organ dalaman, sistem otot/tulang, jantung dan sistem saraf.

Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah insiden
yang berlaku dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan.

• Ujian ECG bagi memeriksa jantung


• Ujian Full Blood Count bagi mengenalpasti kepekatan darah (jika berlaku perdarahan atau
kemungkinan jangkitan)
• Ujian air kencing UFEME bagi melihat kehadiran enzim otot (myoglobinuria) bagi
kecederaan otot yang serius
• Ujian X-ray sekiranya diperlukan bagi melihat sebarang kemungkinan berlakunya
kepatahan semasa terkena renjatan
• CT scan jika diperlukan apabila kecederaan kepala berlaku atau mangsa renjatan separa
sedar.

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan

1. Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah
atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.
2. Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik
3. Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering
seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. Pastikan
berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba
menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi.
4. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan
jantung. Jika tiada, lakukan CPR.
5. Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir
sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa
kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.
6. Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik,
pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang.
Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti
biasa.

JANGAN LAKUKAN INI:

• Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan
sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku
• Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar
• Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit
• Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik
Rawatan Perubatan Seterusnya

Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound) dan
jika berlaku kecederaan-kecederaan sampingan.

• Kecederaan akibat terbakar (burns wound):


o Minor: rawatan krim antibiotik dan dressing.
o Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tisu-tisu
mati atau bagi tujuan skin grafting.
o Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan pembedahan
untuk membuang otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada amputasi sekiranya
diperlukan
o

• Lain-lain kecederaan yang memerlukan perhatian


o Kecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mata
o Kepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan seterusnya
(splinting, casting atau pembedahan).
o Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad atau pembedahan jika
diperlukan.

PENCEGAHAN

Langkah-langkah pencegahan daripada terkena renjatan elektrik bergantung kepada usia:

• Kanak-kanak di bawah 12 tahun:

Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan
alat-alat elektrik dan kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu
dibaiki atau digantikan.
o Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik

o Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan(diukur dalam amps) yang


disyorkan oleh peralatan elektrik tersebut
o Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini(grounded
3 pronged system). Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan basah (sinki,
bilik mandi) atau dapatkan nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini
diperlukan.
• Kanak-kanak 12 tahun dan ke-atas:

Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan ingin tahu kumpulan
remaja. Kejadian melibatkan remaja berlaku apabila mereka menceroboh masuk sistem
janakuasa bervoltan tinggi TNB atau di landasan tren elektrik berkuasa tinggi. Pendedahan
kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah
ataupun di sekolah.

• Warga Dewasa

Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan


dengan peralatan elektrik. Pastikan suis dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti
dengan sistem elektrik. Jika tidak pasti, libatkan professional dalam sebarang sambungan
di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah dan jangan
berdiri di kawasan berair semasa mengendalikan peralatan elektrik.

Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam
bangunan atau jika terpaksa berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau
berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya
mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

REHABILITASI

Pemulihan daripada renjatan elektrik bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan
yang dialami. Bagi mereka yang mengalami kecederaan pada bahagian kulit yang
terbakar(superficial burns wounds), kepulihan bergantung kepada peratusan tubuh yang
terbakar (body surface area) dan tahap intensitinya.

Mereka yang tiada sebarang kecederaan teruk pada bahagian yang terdedah atau terkena
renjatan elektrik, pesakit akan pulih seperti biasa tanpa masalah dan tidak memerlukan
rehabilitasi.Harus diingati bahawa jangkitan kuman pada luka terbakar akibat renjatan
elektrik adalah punca utama kematian bagi mangsa yang sempat dimasukkan ke hospital.

Kecederaan pada otak baik kesan langsung daripada renjatan atau kerana terjatuh atau
terhantuk yang serius boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak yang mengakibatkan
sawan, lumpuh atau perubahan personaliti.

Kecederaan akibat kepatahan tulang kerana terjatuh, terhumban dan sebagainya, dirawat
seperti mana dijelaskan di bawah tajuk rehabilitasi kepatahan.

Anda mungkin juga menyukai