Anda di halaman 1dari 19

RENJATAN

DEFINISI
Suatu keadaan di mana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan
saluran darah menyebabkan organ-organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik
Berlaku apabila sistem pendarahan gagal berfungsi menyebabkan darah tidak dapat
sampai ke tisu-tisu badan
Kegagalan sistem peredaran darah ATAUkekurangan bendalir dalam tubuh kepada organ-
organ penting dalaman disebabkan gangguan sementara perjalanan darah ke organ-organ
penting seperti:-
Otak Otak
Jantung Jantung
Buah pinggang
Kulit Kulit
SEBAB RENJATAN
Pendarahan yang berlebihan >1000ml
Kekurangan plasma – terbakar/melecur (terbakar 20%)
Kekurangan air dalam badan – cirit-birit dan muntah yang teruk
Serangan sakit jantung
Tekanan emosi – terlampau takut, terkejut dan berita buruk
Darah terkumpul banyak pada kaki
Kejutan elektrik
Kejutan urat saraf – terlampau sakit, alahan
Kuman berlebihan dalam darah
TANDA DAN GEJALA
Kulit kelihatan pucat atau kuku kebiruan
Kulit sejuk dan berpeluh/melekit
Nadi cepat dan lemah
Nafas cepat dan sesak
Dahaga
Terasa loya dan lemah
Pening dan hendak muntah
Resah dan gelisah
Pandangan kabur
Kemungkinan tidak sedar/pengsan
Tekanan darah rendah
KLASIFIKASI
RENJATAN SEJUK
 Kehilangan plasma (darah)
 Cecair (cirit/muntah/peluh)

RENJATAN PANAS
 Terlampau sakit
 Alahan (ubat/makanan/gigitan tebuan)
PENGENDALIAN RENJATAN
Baringkan/terlentangkan mangsa
Tinggikan kedua-dua kaki daripada paras jantung (8-12 inci) untuk menggalakkan
pengaliran darah ke otak.
Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher, pinggang dan kaki. Bagi
mangsa perempuan, tanggalkan pakaian dalaman wanita di dada untuk memudahkan
aliran darah ke jantung.
Kenalpasti kecederaan yang ada dan beri bantuan kecemasan yang sewajarnya
 Hentikan pendarahan sekiranya ada
 Tuap (splint) sekiranya ada kepatahan
 Jika tiada kecederaan, tetapi mangsa pengsan atau tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dalam posisi
pemulihan

Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi)


 TIDAK BERNAFAS – bantuan pernafasan
 TIADA DENYUTAN NADI – CPR
 BERNAFAS – Baringan pemulihan
Sekiranya mangsa sedar, tenangkan dan berikan keselesaan serta keyakinan kepada mangsa
Tahap kesedaran - AVPU
Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas.
Pastikan selimut tersebut tidak terlalu tebal.
JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh
menyebabkan muntah
JANGAN membiarkan mangsa merokok
Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih
Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas
Dapatkan bantuan ambulans dengan seberapa segera
RUJUKAN
Latihan dan tenaga manusia Bulan Sabit Merah Malaysia, UKM
Mohd Ali bin Jemali, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor
Bahru
Noraane PBSM
RENJATAN ELEKTRIK
DEFINISI
Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca
elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir
elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada
bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada
otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan
renjatan (cardiogenic shock).

Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan
elektrik berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan
percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan
untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua
tajuk ini akan ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.
SEBAB
Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca elektrik
semasa kerja. Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan aktiviti
berisiko yang mendedahkan remaja ini kepada bahaya renjatan elektrik. Bayi dan kanak-kanak
kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana menganggap perkakasan elektrik
sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).

Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:

Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian)


Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian)
Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi)
Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian)
TANDA DAN GEJALA
Kecederaan akibat bahagian tubuh yang terbakar (Electrical burns wounds)

Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh (sumber elektrik dan pembumian). Selain daripada kecederaan luaran, kontraksi otot boleh berlaku dan
mengakibatkan kecederaan pada tengkuk, tulang belakang atau organ dalaman. Sebarang perubahan bentuk (deformity) mungkin berlaku akibat kepatahan tulang.

Keseriusan kecederaan bahagian tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa elektrik. Kecederaan voltan tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui proses
pemanasan dalaman. Hakikatnya lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar berbanding kesan arus elektrik itu semata-mata.

Serangan Jantung (Venticular Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika terkena pada kawasan dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan
jantung (ventricular fibrillation). Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to 500 mA diperlukan. Serangan jantung jika tidak dirawat serta merta boleh mengakibatkan
kematian.

Kesan kepada Sistem Saraf

Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru. Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan kerosakan saraf atau
neuropati.

Arus elektrik yang melalui otak boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri. Arus yang melalui jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di atas.
Kesan radiasi haba pancaran (Arc-flash Hazards)
Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada renjatan elektrik atau panahan petir adalah pancaran berhaba tinggi.
Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran
kawasan kulit yang berhampiran.

Kesan Panahan Petir


Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:

Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung(jarang berlaku)


Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan(pengalir letrik) yang terkena petir(contoh talian telefon di rumah atau besi
tempat berlindung dari hujan)
Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak
Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek berhampiran yang disambar petir
Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau kesan dari kesan dentuman(barotrauma)
KESAN
Kulit – bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar(body surface area) dan di
mana ianya berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)
Otot – kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu
yang mati malah adakalanya amputasi diperlukan.
Organ dalaman – bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga
melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan
bervoltan tinggi.
Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan
kematian.
Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan
berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami
sawan, kelumpuhan, atau perubahan personaliti
KESAN ARUS
Arus dari 0 hingga 10 miliAmpere (mA) memberikan kesan seperti mencucuk-cucuk yang amat ringan dan
tidak menyebabkan kecederaan, sebaliknya arus dari 10 mA hingga 40 mA menyebabkan kontraksi otot.

Disebabkan itu mangsa renjatan elektrik tidak boleh melepaskan peralatan yang menjadi sumber kepada
renjatan kerana otot tangannya kejang. Contohnya, mangsa yang terkena renjatan semasa memegang
pemancur air ketika mandi menggunakan pemanas air atau mangsa memegang pengering rambut.

Bagi arus 40 mA hingga 100 mA, renjatan boleh menyebabkan tisu terbakar dan kulit melecur sehingga
meninggalkan kesan pada badan. Malah, arus dengan kekuatan ini turut menyebabkan masalah pernafasan.

Arus dengan kekuatan 100 mA hingga 900 mA menyebabkan masalah pada rentak jantung sama ada laju
atau perlahan (aritmia). Mangsa juga boleh mengalami gangguan rentak jantung sepenuhnya iaitu fibrilasi
ventrikular (VF) yang menyebabkan jantung berhenti mengepam dan renjatan dengan arus 1,000 mA sudah
cukup menyebabkan maut.
PENGENDALIAN RENJATAN ELEKTRIK
Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau
di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.
Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik
Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti
kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas
bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa
jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi.
Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung.
Jika tiada, lakukan CPR .
Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir
sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka
terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.
Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan
tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan
kecemasan kepada kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa.
JANGAN LAKUKAN INI
Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis
dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku
Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar
Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit
Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik
LANGKAH PENCEGAHAN
Kanak-kanak di bawah 12 tahun:
Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan kabel elektrik
dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan.
 Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik
 Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan(diukur dalam amps) yang disyorkan oleh peralatan elektrik tersebut
 Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini(grounded 3 pronged system). Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan
basah (sinki, bilik mandi) atau dapatkan nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini diperlukan.

Kanak-kanak 12 tahun dan ke-atas:


Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan ingin tahu kumpulan remaja. Kejadian melibatkan remaja berlaku
apabila mereka menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau di landasan tren elektrik berkuasa tinggi.
Pendedahan kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah ataupun di sekolah.
Warga Dewasa
Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan dengan peralatan elektrik. Pastikan suis
dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan sistem elektrik. Jika tidak pasti, libatkan professional dalam sebarang
sambungan di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah dan jangan berdiri di kawasan berair
semasa mengendalikan peralatan elektrik.
Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa berlindung di luar,
elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya
mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.
RUJUKAN
Estate worker in freak accident loses his hands: Wed, Jan 19, 2011-New Straits
Times
Lelaki curi kabel TNB hampir hangus: 29 April 2011- Berita Harian
Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel 26 Mei 2010 – Berita Metro
Electrical injuries. In: Tintinalli JE, Kelen GD, Stapczynski JS, Ma OJ, Cline DM, eds
Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide. 6th ed. New York, NY:
McGraw-Hill; 2004: chap 201.
Sumber rujukan bacaan dan gambar yang
disediakan: http://www.emedicinehealth.com/electric_shock.

Anda mungkin juga menyukai