Anda di halaman 1dari 9

1.

Sejarah Perkhemahan

Perkhemahan dapat didefinisikan sebagai mendirikan khemah untuk membina tempat kediaman
sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau kawasan yang lapang
menggunakan bahan sedia ada. Seterusnya, sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama
dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Khemah diperbuat daripada kain tebal, nilon dan
kain layer. Semua khemah yang didirikan akan ditegakkan menggunakan tiang besi atau tali. Hal
ini demikian kerana ia berfungsi bagi mengukuhkan khemah yang telah didirikan.
Di samping itu, kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang
nomad akan mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang nomad seperti kaum
Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah.

Pada tahun 1907, Lord Baden Powel iaitu pengasas pergerakan pengakap yang pertama di
dunia telah berjaya membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini
satu perkhemahan pengakap berjaya dilakukan.. Lord Baden Powell (1955) menyatakan bahawa
berkhemah merupakan kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang
pengakap. Kini, perkhemahan merupakan aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap
dan pandu puteri. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu perkhemahan
ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori atau rover mood atau lebih dikenali sebagai
korobori.
Pada zaman dahulu, berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum Dayak Merah di
Amerika Syarikat dan kemudiannya bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu.
Dewasa ini, perkhemahan merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang serta dapat
merehatkan fikiran dari segala masalah yang dihadapi.
Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat
manusia. Manusia didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam
sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Ia merupakan pengajaran
sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama tamadun
manusia yang tidak henti membinasakannya untuk selamanya.
1

2.0

Tokoh dalam Perkhemahan

Semua manusia kenal bahawa pekhemah ulung di dunia ini ialah Lord Baden Powell, iaitu
pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang
wajib. Apabila menyebut perkataan perkhemahan secara tidak langsung kita akan mengingati
namanya dan pengakap. Sebelum ini Lord Baden Powell mempopularkan perkhemahan sebagai
suatu kegiatan latihan yang sepadu dengan kesempurnaan pendidikan sahsiah manusia. Terdapat
tokoh-tokoh lain seperti Alexandar The Great, The Roman Legions dan berbagai ketumbukan
bala tentera dunia telah berkhemah semasa peperangan yang telah mengubah tamadun dunia.
Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang pekhemah
yang masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lain-lain negeri dalam urusan
perniagaannya. Satu bukti penting berkhemah ini dalam Islam adalah ia termasuk dalam salah
satu hubungan Rukun Islam yang kelima iaitu semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu
Rukun Haji umat Islam seluruh dunia berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah
dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota
Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah.

3.0

Ciri-ciri khemah unggul

Pada zaman dahulu tidak banyak pilihan selain dari khemah kanvas besar bewarna kipar yang
telah banyak meninggalkan kenangan kepada pekhemah-pekhemah veteran. Khemah-khemah
besar dan berat seperti itu memang sukar dipasang dan sukar pula dirombak, lagipun khemahkhemah tersebut baik dan berkesan pada hari yang sempurna cuacanya.Khemah ini mempunyai
satu macam bau, kadang-kadang bau getah beku. Sudahlah begitu duduk di bawahnya seakanakan berhampiran bara api, pada waktu panas terik. Pada masa itu berkhemah hanyalah menjadi
hobi bagi orang yang fanatik kepada hobinya itu dan pengakap sahaja.
Khemah zaman moden ini ringan, bermacam warna, mudah di bawa, mudah untuk
dipasang dan mudah dirombak. Walaupun ada bermacam- macam model, tiap-tiap satu
mempunyai mutu yang khusus dan tersendiri.

Pada zaman ini jarang sekali untuk mendapatkan khemah kanvas. Kalau adapun
kanvasnya digunakan untuk pelapik bumi sahaja. Kebanyakkan khemah diperbuat daripada
bahan-bahan ringan sahajadan kalis air seperti nilon, benang kapas, duck dan poplin.
Pastikan khemah lega untuk bilangan penghuninya. Gunakan yang lebih besar kerana
selain daripada penghuni, khemah juga digunakan sebagai ruang untuk bagasi, dapur dan lainlain alat yang tidak boleh didedahkan.
Di samping itu, kebanyakan orang berpendapat bahawa khemah yang tebal dan berat
adalah lebih selamat dari khemah yang nipis dan ringan. Cara memasang dan bukan berat
khemah yang menentukan kestabilannya. Khemah yang sesuai adalah paling ringan tetapi kuat.
Kebiasaannya khemah yang digunakan berukuran 2.45m 2.45m beratnya kurang dari 22.7kg
termasuklah pancang dan tiangnya.
Warna khemah hendaklah dipilih seperti mana pemilihan permaidani untuk ruang tamu
rumah. Warna yang cerah mempunyai fungsi yang sebenar dan estatika di samping membawa
lebih banyak cahaya matahari dan memantulkan cahaya lampu dan membiaskan haba matahari.
Di bawah adalah spesifikasi ciri- ciri khemah yang unggul:
3.1

Kalis api

Khemah anda mestilah kalis api yakni semua unsur dalam modulnya bukan sahaja fabriknya.
Kalau tidak anda akan bernaung di bawah perangkap api, kerana percikan api dari bara,
penggores api, rokok dan lingkaran ubat nyamuk bukan sahaja mencari nahas malahan
menempahbala yang besar.
3.2

Ventilasi

Khemah anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua jendela yang bertentangan. Jaringan
serangga hendaklah menutup jendela-jendela kecil itu atau di pintu khemah dan kalau boleh
khemah itu hendaklah dilengkapkan dengan juntaian (flap) untuk menyangga sinaran matahari
atau memendam haba. Jika tidak anda harus menggunakan ubat nyamuk, kelambu kiranya pintu

khemah itu dibiarkan terbuka pada waktu malam untuk ventilasi. Tanpa apa-apa lankah ventilasi,
anda mungkin berada dalam keadaan yang bahaya.

3.3

Jahitan Kukuh

Memanglah tidak dapat dielakkan regangan terhadap khemah, kerana ia adalah wajib dan
prinsip pemasangan khemah yang baik. Dari itu khemah mestilah dijahit dengan kuat disemua
bahagian regangan sepanjang bumbung, layar, dinding dan sudut. Lantai hendaklah dijahit atau
pasang terus kepada khemah sebagai perlindungan tambahan terhadap kerpasan atau tiris,
serangga, benda-benda merayap atau menjalar di bumi. Sebagai pekhemah backwoods
seseorang lebih gemar mencari tiang khemah di kawasanitu sendiri. Tetapi bagi pekhemah biasa
usahlah bimbang kerana kebanyakan model khemah sekarang datang bersama rangka-rangka
pasang siap.

3.4

Berzip

Pintu khemah patutlah memakai zip pencantum. Zaman khemah memakai pencantum tali barut
sudah berakhir. Zip yang kukuh seperti yang dibuat menggunakan nilon dapat mencantumkan
bukan sahaja dua layang pintu bahkan satu khemah dengan satu khemah yang lain (attachable
Tents) membuka dan menutup zip lebih mudah berbanding mengurai tali barut khemah.

4.0

Jenis-jenis khemah

Bil
.
4.1

4.2

Jenis-jenis khemah

Ciri-ciri

Ridge Tent

Mudah dijumpai.
Mempunyai tiang yang melintang di

sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada bahan nilon yang

ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.


Sangat sesuai untuk melakukan aktiviti

luar yang ramai ataupun sedikit.


Kapasiti bergantung kepada saiz

Khemah yang paling popular.


Mudah dipasang.
Berbentuk gelembung dan menggunakan

bahan yang sesuai dan fleksibel.


Ringan
Mudah dibawa
Sesuai digunakan untuk perkhemahan di

Dome Tent

sekolah dan sebagainya.

4.3

Frame Tent

Khemah rangka besar


Biasa digunakan untuk perkhemahan

keluarga
Rangka khemah akan dipasang dahulu

dan kanvas dipasang kemudian


Tidak sesuai dibawa untuk aktiviti luar
Banyak terdapat pada waktu kenduri
kahwin dan sebagainya.

4.4

Bell Tent

Selalu dijumpai semasa funfair


Mempunyai satu tiang tinggi di puncak

khemah
Khemah jenis ini agak kukuh kerana
disokong oleh tiang di tengah-tengahnya
dan ditambah dengan tali yang tegang

disekeliling.
Jarang digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis dome.

4.5

A-Frame Tent

Bingkai berkaki dua di bahagian luar

hujung khemah
Membentuk khemah bersegitiga.
Telah lama digunakan
Merupakan antara jenis khemah yang
terawal.

4.6

Hoop Tent

Menggunakan 1 hingga 3 gegelung


Khemah akan menjadi bentuk terbular.
Dinding khemah berbentuk melengkung
bagi membenarkan isipadu yang lebih

4.7

4.8

luas dengan permukaan yang sama.


Kukuh
kuat

mempunyai satu atau dua tiang tegak.


Flaysheet dibentangkan untuk menutupi

bahagian dalam
Selalu digunakan untuk perlindungan

yang cepat
Hanya untuk keadaan cuaca yang elok.

Dua

Avian Tent

Wedge Tent
gegelung

separa

bulatan

yang

disambungkan di tengah-tengahnya yang


membentuk khemah sama ada bentuk

petak atau bulat.


Khemah yang sangat popular
Menggabungkan kekukuhan
Mengurangkan penggunaan bahan yang
berat.

4.9

Pyramid Tent

Satu tiang di tengah-tengah


Flysheet ditarik dan dibentangkan
disekeliling

tiang

membentuk

poket

berbentuk piramid
Jarang digunakan untuk perkhemahan
Bentuknya tidak begitu sesuai untuk
melakukan perkhemahan.

5.0

Rumusan

Sebagai kesimpulannya aktiviti perkhemahan dapat memberikan kita banyak faedah seperti
meluaskan pengetahuan tentang alam semula jadi disekeliling kita, mendekatkan diri
dengan pencipta alam ini, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam semula jadi serta
merapatkan dan membaiki hubungan sosial diantara rakan sekerja, keluarga dan masyarakat.
Di samping itu, kesan daripada aktiviti perkhemahan ini selepas seseorang belia atau
remaja pulang daripada akiviti berkhemah, kita mengharapkan dia akan dapat menarik lebih
ramai anak-anak muda untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini. Ini lebih baik daripada
mereka melepak tidak tentu hala tanpa arah tujuan dan terjebak didalam kancah sosial yang tidak
bermoral seperti gejala mat rempit, menghisap dadah dan mengambil pil khayal serta melakukan
gejala-gejala vandalisme yang melampau dan eksterim.
Akhir sekali, kami berharap agar aktiviti perkhemahan ini dijadikan sebagai salah satu
mata pelajaran penting dan wajib diambil oleh semua pelajar dalam kokurikulum sekolah. Ini
penting bagi menentukan dan mencari serta melatih seorang pelajar yang mampu menjadi
menjadi seorang yang berdisiplin, berani dan matang dalam membuat keputusan dan mempunyai
daya kepimpinan yang tinggi. Ini semua tidak akan dapat dinilai melalui peperiksaan atau ujian
bertulis sahaja, melainkan kita mendedahkan mereka kepada alam sebenar dan melatih mereka

untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa bahawa mereka yang akan memacu negara
kita kelak kearah yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai