Anda di halaman 1dari 11

Transkripsi Temubual Temubual pertama Berikut merupakan transkrip temubual bersama Puan Yak Ak Ijon , penghuni rumah panjang

di Bintangor. Ditemubual oleh Puan Norazerina Bt Yakup. Sampel Tarikh Masa Tempat : : : : Yak ak Ijon (Responden 1) 10 Januari 2013 1.30 2.00 petang Rumah Panjang

Q : Selamat petang puan. Hari ini saya akan menemubual Puan Yak iaitu salah seorang penghuni rumah panjang. Puan Yak ini berkerja sebagai pengawai am rendah di sebuah sekolah di Sibu. Beliau berumur 56 tahun. (memperkenalkan responden 1). Puan boleh saya teruskan dengan soalan berikutnya. R1 : Boleh, cikgu. Q : Soalan pertama saya, apakah tujuan Perayaan Gawai Dayak bagi puan? R1 : Tujuan gawai bagi saya ialah untuk mengucapkan rasa syukur ke atas pemberian Tuhan dalam penghasilan padi pada tahun sebelumnya. Q : Ermselain itu,apakah kepentingan Perayaan Hari Gawai kepada puan? R1 : (Ketawa)sesuatu yang meriah. Terutamanya ramai sanak saudara yang datang bertandang ke rumah. Q : Puan, apakah dan bagaimanakah aktiviti sebelum, semasa dan selepas gawai di adakan? R1 : (Dengan bangganya) Owh., banyak aktiviti yang dilakukan seperti nyirup aik pengayu(air tuak), poco-poco, miring, menganyam ketupat dan sebagainya. Q : Adakah puan menyokong aktiviti tersebut di adakan pada tiap-tiap tahun?

R1 : Saya sentiasa menyokong aktiviti yang diadakan kerana ia untuk kepentingan adat dan meraikan perayaan gawai. Q : Apakah perasaan puan menyambut hari gawai pada masa kini? R1: Gembira kerana ramai sanak saudara yang datang(sambil tersenyum). Q : Kalau zaman dahulu, contohnya waktu puan masih kecil bagaimanakah sambutannya perayaan gawai di tempat puan? R1 : (Ketawa) seronok sangat. Q : Contoh? R1 : Contohnya, banyak aktiviti di kampung yang dilakukan waktu kecil seperti menangkap ayam, mandi sungai dengan sanak saudara dan banyak lagilah. Q : Apakah harapan puan untuk generasi sekarang bagi meneruskan amalan-amalan yang di adakan pada Hari Gawai? R1 : Saya berharap generasi sekarang dapat meneruskan amalan-amalan nenek moyang kita pada Perayaan Hari Gawai. Q : Memandangkan jam menunjukkan hampir ke pukul 2, saya rasa setakat ini sahaja temubual kita untuk hari ini. Terima kasih. R1 : Sama-sama

Transkripsi Temubual Temubual kedua Berikut merupakan transkrip temubual bersama Puan Ana ak Michael Printis, pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Sengan. Puan Ana berumur 39 tahun. Ditemubual oleh Puan Norazerina Bt Yakup. Sampel Tarikh Masa Tempat : Puan Ana ak Michael Printis (Responden 2) 11 Januari 2013 1.00 -2.00 petang Perpustakaan Sk Ulu Sungai Sengan, Sibu.

: : :

Q : Selamat tengahari. R1 : Selamat tengahari, cikgu. Q : Boleh puan luangkan masa untuk sesi temubual? R2: Silakan cikgu. Q :Soalan pertama saya, apakah tujuan perayaan Gawai Dayak bagi puan? R2 : Tujuan hari Gawai kepada saya ialah sesuatu yang penting kerana hari gawai menunjukkan rasa kesyukuran kepada Tuhan.(ketawa) Q : Selain itu,apakah kepentingan Perayaan Hari Gawai kepada puan? R2 : Kepentingan Hari Gawai kepada saya ialah semua keluarga akan berkumpul dan meraikan Perayaan Hari Gawai. Q : Puan, apakah dan bagaimanakah aktiviti sebelum,semasa dan selepas gawai di adakan? R2: (Sambil ketawa) saya paling suka aktiviti nyirup aik pengayu (air tuak) pada waktu malam iaitu tepat pukul 12 mlm 31 may dan pagi 1 jun. Selain itu ada aktiviti miring, karaoke, poco-poco dan sukaneka.

Q : Wah, banyaknya aktiviti yang diadakan. Ok puan, apakah perasaan puan semasa meraikan Perayaan Hari Gawai pada zaman dahulu iaitu semasa puan masih muda atau kecil? R2 : Semasa muda atau zaman kecil, Perayaan Gawai lebih seronok kerana ramai kawan dan masa itu masih belum perasaan malu.(tergelak) Q : Kalau zaman sekarang, bagaimanakah cara sambutannya? R2 :Meriah jugak, tetapi lebih meriah kalau ada sanak saudara yang datang kerumah. Q : Sebelum menamatkan temubual ini, apakah harapan puan kepada generasi sekarang untuk meneruskan amalan dan adat resam pada Perayaan Hari Gawai? R2 : Ermmm.semoga amalan Hari Gawai ini dapat diteruskan oleh generasi sekarang. Q : Saya nak ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang puan berikan R2 : Sama-sama cikgu

Transkripsi Temubual Temubual ketiga Berikut merupakan transkrip temubual bersama Brandany Bryan ak James, pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Sengan yang berumur 10 tahun. Ditemubual oleh Puan Norazerina Bt Yakup. Sampel Tarikh Masa Tempat : Brandany Bryan ak James (Responden 3) 11 Januarai 2013 1.00 -2.00 petang Bilik darjah, Sk Ulu Sungai Sengan.

: : :

Q : Selamat petang. Hari ini awak kira bertuah kerana cikgu memilih awak untuk ditemubual bagi membantu cikgu membuat kerja kursus. Boleh cikgu teruskan. R3 : (ketawa)Ok Q : Soalan pertama saya, apakah kepentingan perayaan hari gawai kepada awak? R3 : Susahlah cikgu sebab apa yang saya tahu Hari Gawai memang menyeronokkan. Q : Ermapakah yang menyeronokkan awak pada Hari Gawai? R3 : (Ketawa) banyak cikgu. Seperti sukaneka dan paling penting ramai kawan. Q : Selalunya, apakah aktiviti yang menarik perhatian adik Brandany semasa hari gawai? R2 : Saya ni pelik sikit cikgu.kalau Hari Gawai saya paling suka aktiviti permainan bola sepak. Pertandingan bola sepak selalu di adakan pada sebelah petang. Selain itu juga saya meminati aktiviti sukaneka yang lain. Q : Apakah kepentingan Hari Gawai kepada adik? R2 : Banyaklah. Paling penting hari gawai boleh bersama sanak saudara.

Q : Bagi adiklah, adakah amalan menziarahi sanak saudara semasa Perayaan Hari Gawai ini patut diteruskan? R2 : (mengangguk) ya, mesti diteruskan kerana ia menyeronokkan. Q : Oklah adik, setakat ini sahaja dahulu perbualan kita. Terima kasih atas kerjasama adik. R2 : sama- sama cikgu.

Laporan Sesi Temubual Bersama Tiga Generasi Tentang Perayaan Gawai Dayak.
Tarikh Hari Masa 1.1 : 10 11 Januari 2013 : Khamis dan Jumaat : 0100 0200 ptg. Profil Tiga Generasi Pada sesi temubual yang saya telah lakukan menemukan saya dengan tiga generasi. Generasi pertama ialah Puan Yak ak Ijon. Beliau lahir di Pagoh, Muar pada tahun 1925 dan kini usia beliau mencecah 83 tahun. Pada usia kanak kanak, beliau tidak mendapat sebarang pendidikan seperti anak anak lain disebabkan kesempitan hidup pada masa itu. Sehinggalah pada tahun 1946, beliau telah menyertai askar british bagi memerangi pengganas komunis. Sebelum itu, beliau pernah dibawa oleh tentera Jepun ke Burma atas tujuan untuk dijadikan sebagai buruh paksa. Namun demikian, beliau telah cuba melarikan diri dan sampai ke negara Singapura. Disana, beliau telah bekerja sebagai buruh kepada tentera Jepun selama beberapa tahun dan akhirnya menyertai askar British. Beliau telah dihantar ke Tampoi, Johor Bahru sebagai pelatih tentera selama 4 bulan dan terus dilantik menjadi askar British. Pada tahun 1950, beliau berhenti daripada menyertai

perkhidmatan tersebut dan mendapatkan pekerjaan yang lain sebagai pengawal keselamatan di estet getah terletak di Johor. Setelah daripada itu, beliau telah bertukar tukar kerja iaitu sebagai buruh binaan, buruh ladang, pengawal keselamatan kilang dan sebagainya. Kadangkala, ada satu masa Pak Mail tidak bekerja apa apa pun bagi menyara hidupnya. Usia Pak Mail kian lanjut, namun dia tetap tidak mendirikan rumahtangga dan tinggal sebatang kara. Ini disebabkan sikap rendah diri beliau yang dikatakan menganggur tanpa sebarang pekerjaan pun. Hari demi hari berlalu sehingga Pak Mail mengecapi usia tua iaitu 65 tahun. Dengan

keadaan dirinya yang hidup sebatang kara inilah beliau telah memohon untuk masuk dalam rumah kebajikan masyarakat. Pada mulanya beliau berada di rumah kebajikan masyarakat negeri Pahang, namun demikian atas faktor faktor tertentu, beliau telah di pindahkan ke Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru. 1.1.1 Kehidupan Di Rumah Seri Kenangan Berdasarkan sesi temubual ini saya dapati bahawa Pak Mail senang tinggal disini. Antara aktiviti harian yang beliau lakukan ialah membantu para pekerja di Rumah Seri Kenangan menghantar makanan kepada kawan kawannya yang sudah tidak berupaya. Selain itu, beliau turut membersihkan seluruh kawasan tempat tidurnya pada setiap hari seperti menyapu dan mengemop lantai. Masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja dimana beliau suka membaca suratkhabar yang telah disediakan dan ia dijadikan hobi pada setiap hari. askar British. Seperti yang diceritakan kepada saya, dia mula pandai membaca setelah menyertai Hasil daripada hubungan persahabatan beliau dengan rakan rakan askar membantunya dalam belajar membaca sehingga fasih. Selama tinggal disini, beliau tidak mengalami masalah dari segi mendapatkan makanan, tempat tinggal dan layanan daripada pihak Rumah Seri Kenangan. Beliau amat gembira dan rasa bersyukur diatas apa yang telah beliau dapat apabila berada di sini. Daripada pemerhatian, saya turut mendapati bahawa Pak Mail masih kuat dan menurut beliau dia mengamalkan pemakanan dan membuat aktiviti yang sihat. Bagi penghuni yang lain, mereka mendapat rawatan seperti ubat ubatan, kaunseling, dan khidmat doktor yang datang kemari. Khidmat ini disediakan bagi memastikan semua penghuni di sini berada dalam keadaan sihat atau sekurang kurangnya masih dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. 1.2 Kemahiran Binbingan Dan Kaunseling Yang Digunakan Kemahiran pertama yang telah saya gunakan ialah tingkahlaku memberi perhatian. Sebelum bermulanya sesi temubual, saya telah menentukan kedudukan saya dengan Pak Mail iaitu bertentangan antara

satu sama lain. Jarak diantara saya dengan beliau ialah kira kira 2 kaki. Dalam pada itu, saya telah memastikan Pak Mail duduk dalam keadaan selesa dan mudah untuk berkomunikasi. Renungan mata, air muka, dan mimik muka saya turut dijaga bagi menunjukkan keyakinan Pak Mail apabila berkomunikasi dengan saya. Soalan soalan terbuka turut saya ajukan kepada Pak Mail bagi membolehkan penerokaan yang lebih mendalam. Kemahiran yang kedua pula ialah kemahiran mendengar. Melalui kemahiran ini, saya telah menggunakan ketiga tiga jenis kemahiran iaitu mendengar secara fizikal, mendengar dengan perasaan, dan mendengar secara psikologi. Saya mempraktikkan jenis kemahiran yang pertama dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak geri Pak Mail. Keadaan ini adalah bagi meransang kejelekitan perhubungan antara saya dengan Pak Mail. Bagi jenis kemahiran mendengar yang kedua pula, saya telah berusaha mendalami dan membuat rumusan perasaan yang dialami oleh Pak Mail. Saya turut bersedia mendengar apa sahaja yang Mendengar diperkatakan oleh Pak Mail disamping memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau menceritakan perkara yang dialaminya. dengan psikologi pula adalah dengan cara anggukan kepala bagi menunjukkan saya faham dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Ini adalah bagi menyediakan suasana komunikasi serta tumpuan terhadap mesej yang disampaikan beliau agar merasa apa yang telah diceritakan dapat difahami oleh saya. Memahami dan merasai apa yang dialami oleh Pak Mail atau empati merupakan kemahiran ketiga yang telah saya praktikkan. Dengan kemahiran ini, saya berusaha untuk menyelami perasaan yang dialami contohnya Pak Mail merasa takut pada masa bekerja dengan pihak tentera Jepun disebabkan ancaman terhadap nyawanya. Jadi, pada masa itu saya turut menggambarkan situasi tersebut dan mendalami serta merasai seperti apa yang dirasai oleh Pak Mail. Melalui kemahiran berempati saya dapat membina hubungan erat dengan Pak Mail selain dapat meransang penerokaan serta menggalakkan beliau untuk berkata kata.

Seterusnya, perasaan. perasaan yang

kemahiran oleh

yang Pak

saya Mail

gunakan dengan

ialah

refleksi

Refleksi perasaan ialah respons atau tindakbalas terhadap dialami menyatakannya Sebagai contoh ...kejadian tersebut

menggunakan bahasa sendiri.

membuatkan pakcik menjadi takut terhadap tentera Jepun kan. Refleksi ini dilakukan bagi menyedarkan Pak Mail tentang kedudukan sebenar beliau ketika bekerja dengan tentera Jepun. Parafrasa merupakan kemahiran kelima yang turut saya gunakan. Ia adalah penyataan semula dengan tepat oleh saya tentang apa yang telah Pak Mail perkatakan. Sebagai contoh ..Ooh, ini menunjukkan bahawa pakcik seronok tinggal disini. Penyataan ini adalah daripada kisah hidup Pak Mail di sini dan bertujuan untuk menggalakkan perbincangan dan menunjukkan kefahaman terhadap fikiran dan perasaan beliau. Kemahiran ini berguna bagi menumpukan kepada isu penting dalam memberi khidmat bimbingan kepada Pak Mail. Penjelasan pula merupakan kemahiran yang keenam yang saya gunakan semasa membuat sesi ini. Pak Mail. Kemahiran ini dipraktikkan bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang permasalahan yang dialami Penjelasan dilakukan dengan bertanyakan soalan soalan Ia adalah bagi meransang beliau untuk terbuka yang saya ajukan kepada beliau sebagai contoh bagaimanakah kehidupan Pak Mail disini?. menceritakan kisah sebenar dan dapat membantu proses penerokaan. Akhir sekali ialah kemahiran merumus. Kemahiran ini merupakan pernyataan semula isi isi penting dan perasaan Pak Mail sepanjang sesi kaunseling. Saya telah menggunakan kaedah rumusan besar dimana rumusan di buat pada akhir sesi. Daripada sesi ini, dapat disimpulkan bahawa kesan daripada hidup sebatang kara maka Pak Mail telah mengambil keputusan untuk tinggal di Rumah Seri Kenangan ini bagi menghabiskan sisa sisa hidup beliau. 1.3 Implikasi Sesi Temubual Daripada sesi temubual yang telah dijalankan, saya telah dapat mempraktikkan hampir kesemua kemahiran kemahiran dalam

bimbingan dan kaunseling yang telah dipelajari. Kemahiran kemahiran ini adalah seperti tingkahlaku memberi perhatian, kemahiran mendengar, empati, refleksi, parafrasa, penjelasan, dan rumusan. Setiap daripada kemahiran ini sebenarnya berfungsi untuk mendapatkan perhatian daripada klien dan memberikan klien keselesaan semasa berkongsi masalah dengan saya. Selain daripada itu, saya turut dapat belajar erti kasih sayang terhadap keluarga terutamanya ibu dan ayah. Merekalah yang telah melahirkan dan membesarkan saya sehingga menjadi dewasa sekarang. Tanpa mereka, tiadalah saya di dunia ini. Antara lain saya mendapat pengajaran daripada sesi temubual ini dimana pentingnya mempunyai hubungan yang erat dengan keluarga. Perkara ini penting kerana kita atau saya sendiri akan memerlukan mereka semasa dalam kesusahan lebih lebih lagi apabila mengecapi usia tua. Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan jodoh juga perlu bagi mewariskan zuriat. Sekiranya zuriat atau anak ini membesar dan menjadi dewasa maka sekurang kurangnya kita masih mempunyai darah daging sendiri yang akan menjaga kita pada usia tua kelak. Harapan saya pada sesi lawatan ke Rumah Seri Kenangan ini adalah supaya dapat menginsafi kejadian diri saya yang semestinya akan tua dan meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai