Anda di halaman 1dari 42

KULIAH 1

PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(KPS 3014)
Semester 2 Sesi 2015-2016
Sarjana Muda Pendidikan
(B.Ed.)
Dr. Norwaliza Abdul Wahab
Jabatan Pengajian Pendidikan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tajuk Kuliah 1:
Sosiologi dan Pembelajaran.
1.Asas

Sosiologi Pendidikan
2.Asas dan Fungsi Pembelajaran
3.Konflik dalam Pembelajaran.

Hasil Pembelajaran (LO)

1.

2.

Menjelaskan asas sosiologi dan kaitannya


dengan
sosiologi
pendidikan
dan
pembelajaran.
Mengaplikasikan asas sosiologi dalam
pengurusan pembelajaran di bilik darjah.

WHAT
IS
SOCIOLOGY?

Asas Sosiologi dan Kepentingannya.


Sosiologi adalah merupakan salah satu bidang ilmu
pengetahuan moden seperti bidang-bidang yang
lain.
Tafsiran mudah sosiologi dapat dikaitkan dengan
maksud masyarakat atau kemasyarakatan.
Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan
sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial
dan organisasi.
Menurut Jary dan Jary (1995), sosiologi merupakan
bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat
dari pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus
organisasi, amalan budaya dan sebagainya.

sambungan
Menurut Giddens (1993), sosiologi adalah kajian
kemasyarakatan mengenai kehidupan manusia,
kumpulan dan masyarakat itu sendiri.
Waters
(1994), sosiologi memerhati aspek
fenomena sosial yang fokuskan kepada hubungan
atau interaksi sesama manusia dalam masyarakat
berkenaan.
Oleh itu, sosiologi adalah satu bidang tentang
kefahaman manusia berkaitan bagaimana pengaruh
sosial boleh mencorakkan kehidupan mereka dalam
sesebuah masyarakat berkaitan.

sambungan
Menurut Wright Mills (1959), sosiologi berdasarkan
konsep imaginasi sosiologikal yang membolehkan
kita memahami sejarah dan biografi serta dapat
melihat hubungan antara kedua-duanya dalam
sesebuah masyarakat. Ia bukan bersifat khayalan
atau hanya berpijak kepada imaginasi sahaja tetapi
lebih kepada keupayaan individu meletak diri dalam
konteks struktur dalam masyarakat berkenaan.
Rumusannya, sosiologi adalah suatu kajian tentang
diri manusia dan interaksi diri mereka di dalam
masyarakat berkaitan dari pelbagai sudut yang
bersifat sistematik dan saintifik.

sambungan
Contoh yang jelas dalam kehidupan moden hari ini
adalah seperti aspek pendidikan dan ilmu, budaya
perkahwinan, percintaan, perjuangan hidup abad
ke-21, amalan budaya di dalam masyarakat,
peperangan, sistem budaya, sistem ekonomi, sistem
politik, amalan kepercayaan dan keagamaan,
globalisasi, pemodenan, pembangunan bandar dan
luar bandar dan pelbagai lagi.
Dari peringkat individu kepada kumpulan, dari
peringkat kumpulan kepada masyarakat, dari
peringkat masyarakat kepada negara dan dari
peringkat negara kepada antarabangsa.

Perbezaan Sosiologi dengan


Antropologi dan Psikologi
Sosiologi adalah merupakan salah satu bidang sains
sosial. Terdapat banyak lagi bidang di bawah sains
sosial seperti antropologi, psikologi, sejarah,
geografi, ekonomi, bahasa dan komunikasi, agama,
kaunseling, keusahawanan dan lain-lain lagi.
Antropologi adalah kajian terhadap kelompok kecil
atau komuniti kecil manusia yang lazimnya
mengamalkan cara hidup yang tradisi atau primitif.
Psikologi adalah kajian mengenai perkembangan
setiap individu dari awal hingga peringkat dewasa
yang lebih bersifat kajian tingkah laku dalaman
individu berkenaan.

sambungan
Menurut Giddens (1993), beliau yakin bahawa bidang
sosiologi mempunyai peranan utama untuk dimainkan
dalam budaya intelektual moden pada hari ini dan
merupakan asas kepada aspek sains sosial.
Hari ini, sosiologi menjadi begitu penting, khususnya
dalam kehidupan moden dalam proses membentuk
masyarakat ke arah sasaran yang ditetapkan,
terutamanya oleh pihak negara yang memerintah.
Akhirnya disiplin sosiologi terbentuk dalam pelbagai
kategori seperti sosiologi pembangunan, sosiologi
pendidikan, sosiologi bahasa dan sebagainya.

Asas Pembelajaran
Maksud Pembelajaran:
Merupakan proses perubahan tingkah laku yang
tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan
yang diteguhkan.
Pembelajaran
didefinisikan sebagai perubahan
tingkah laku individu disebabkan oleh pengalaman
yang dilalui (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987).
Namun
begitu,
perubahan
akibat
daripada
perkembangan fizikal seperti ketinggian dan
tumbesaran bukanlah merupakan satu proses
pembelajaran.

sambungan
Menurut Stalling (1973), beliau berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang
penting, iaitu:
1.Pembelajaran harus menampakkan perubahan di
dalam tingkah laku.
2.Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.
3.Pembelajaran
harus
menghasilkan
sesuatu
perubahan melalui pengalaman atau latihan yang
dilalui.

sambungan
Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran
adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.
Pembelajaran melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja dan berlaku dalam usaha individu
mengatasi halangan atau usaha penyesuaian diri
kepada situasi baru.
Menurut Robert M. Gagne (1970), dalam The
Condition of Learning, pembelajaran merupakan
perubahan tingkah laku atau kebolehan individu
yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan
yang disebabkan proses pertumbuhan.

sambungan
Menurut Woolfolk (1980), dalam buku Educational
Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai
perubahan
dalaman
yang
berlaku
kepada
individu dengan membentuk perkaitan yang baru, atau
sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak
balas yang baru.
Menurut Morgan dan King (1975), dalam Introduction to
Psychology, mendefinisikan
pembelajaran
sebagai
sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat
pengalaman yang diperoleh oleh individu atau akibat
latihan yang dijalaninya.

sambungan
Menurut Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1975), dalam buku
Introduction to Psychology, mendefinisikan pembelajaran
sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari
pengalaman. Perubahan mungkin tidak jelas sehingga
timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini.
Rumusan,
ahli-ahli psikologi menyimpulkan wujud
perbezaan dan persamaan dalam mendefinisikan
pembelajaran, namun penekanan kepada perubahan
tingkah laku individu adalah penting sebagai ukuran
berlakunya pembelajaran.
Apakah aspek perubahan tingkah laku tersebut?

Klasifikasi Pembelajaran
Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal,
emosi dan sosial. Umumnya pembelajaran boleh
dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:
1.Pembelajaran Formal
2.Pembelajaran Informal (Tidak Formal)
3.Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)
Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang diperoleh
melalui sistem pendidikan yang dilembagakan dan
berstruktur secara berperingkat berdasarkan umur
individu.

sambungan
1.

2.
3.
4.
5.
6.

Pembelajaran formal berlaku untuk mengembangkan domain


kognitif, afektif dan psikomotor murid. Biasanya, pembelajaran
formal dikelola individu terlatih seperti guru rendah dan
menengah serta pensyarah di universiti.
Pembelajaran formal menekankan aspek penilaian, oleh itu
ujian dan peperiksaan sering diadakan.
Pembelajaran formal dilakukan secara disedari, nyata dan
disengajakan.
Pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau
kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara.
Pembelajaran formal berasaskan struktur tertentu seperti
tujuan, cara pelaksanaan dan cara penilaian yang nyata.

sambungan
Pembelajaran informal atau tidak formal adalah
perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung
atau secara tidak sedar.
Contohnya; pelajar mendapat ilmu pengetahuan
dengan pendidikan dan asuhan ibu bapa di rumah,
pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio
dan menonton televisyen.
Pembelajaran informal juga diterima secara tidak
langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan
pelajaran.

sambungan
Pembelajaran non-formal bersifat secara sampingan
dengan tujuan menambah dan melengkapkan
pembelajaran formal.
Pembelajaran non-formal memerlukan perancangan
dan pengendalian teliti.
Pembelajaran non-formal mewujudkan keperluan
untuk meningkatkan kepakaran murid.
Pembelajaran
non-formal memerlukan institusi
menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum,
bengkel dan seminar. Biasanya kos diperlukan dan
kandungan akan disediakan supaya objektif
pembelajaran non-formal dapat dicapai.

Jenis-jenis Pembelajaran
Terdapat 3 jenis pembelajaran:
1.Jenis

Pembelajaran B.S. Bloom. Dari definisi


pembelajaran yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi
pendidikan, jelas bahawa pembelajaran bukan sahaja
berlaku dari aspek mental, malah boleh berlaku dari
aspek fizikal, emosi dan sosial. Ahli psikologi B.S
Bloom menyatakan bahawa pembelajaran individu
berlaku dalam 3 domain, iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.

sambungan

Domain kognitif seperti proses menyelesaikan masalah


matematik dan sains, memberi hujah menyokong atau
menolak
sesuatu perbincangan
yang
bersifat
akademik.
Domain afektif seperti mengutamakan penggunaan
aspek sosial dan emosi, suka berinteraksi dengan
orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk
belajar bertolak ansur, bertanggungjawab, belas
kasihan dan sifat-sifat sosial yang lain.
Domain psikomotor seperti mengutamakan proses
mengkoordinasi otak, saraf dan anggota tubuh badan.
Contoh; menulis, bermain, menunggang, membaiki
peralatan, menjahit dan sebagainya.

sambungan
2.

Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge. Terdapat saranan


pembelajaran dilihat dari sudut cara pembelajaran berlaku.
Ryburn dan Forge (Principles of Teaching) menyatakan bahawa
pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada 6 jenis:
Belajar dengan cara meniru dan bermain.
Belajar dengan cara pragmatis iaitu sesuatu perbuatan yang
menuju praktikal.
Belajar dengan cara pengamatan, persepsi, tanggapan atau
konsep.
Belajar dengan cara akademik iaitu pembelajaran induktif
dan deduktif.
Belajar dengan cara menghubungkan seperti mengingati
tarikh tentang sesuatu peristiwa dan sebagainya.
Belajar dengan cara membuat sesuatu.

sambungan
3.

Jenis Pembelajaran Gagne (1977); beliau


mengemukakan lapan jenis pembelajaran dalam
bukunya The Conditions of Learning berdasarkan
kepada tahap kerumitan pembelajaran, bermula dari
pembelajaran
yang
paling
mudah
kepada
pembelajaran yang kompleks menurut hierarki
kemahiran kecerdasan yang telah diperkenalkan
oleh beliau.

Teori-teori Pembelajaran
Pendekatan pengajaran guru di bilik darjah sangat
bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari
kandungan sesuatu mata pelajaran. Beberapa ahli
psikologi pendidikan telah mengkaji dan mewujudkan
beberapa teori. Antara teori tersebut ialah;
1.Teori

Pembelajaran Behaviourisms,
2.Teori Pembelajaran Sosial
3.Teori Pembelajaran Kognitif.

Teori Pembelajaran Behaviorism


1) Teori Pelaziman Klasik Pavlov (oleh Pavlov)
Teori ini menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran.
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri
individu disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku
ketika awal lahir sehingga dewasa.

Antara teori yang terkenal ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut
teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu
rangsangan.

Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing


dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan
selepas pelaziman.

Contohnya: Pelajar yang duduk di asrama dengan bunyi loceng. Hal ini
menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor
rangsangan manakala tingkah laku pelajar adalah gerak balas.

sambungan
2) Teori Pembelajaran Behavioral (oleh Watson).
Watson menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa
emosi manusia juga dapat dilazimkan secara klasik.

Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi


pembelajaran murid dengan mengadakan rangsangan
yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.

Watson sarankan, dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, guru harus memilih rangsangan yang
menyeronokkan. Pembelajaran merupakan proses cuba
jaya (trial and error) atau memilih dan saling
menghubungkait (selecting and connecting).

3) Teori Pelaziman Operan Thorndike


(oleh Thorndike)

Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah


satu teori yang dipekenalkan di bawah Teori
Pembelajaran Behaviorisme.

Melalui eksperimen yang dijalankan, Thorndike


menyatakan bahawa pembelajaran juga berlaku hasil
dari gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan)
dan response (gerak balas).

Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran


individu dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut
sebagai
hukum
pembelajaran.
Hukum-hukum
pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu
Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

sambungan

Hukum Kesediaan: merujuk kepada kesediaan dan persiapan


sebelum individu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek
iaitu kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif.

Hukum Latihan: merupakan perkaitan rangsangan dan gerak


balas (R-G) dan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang.
Individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum
latihan menyatakan sesuatu tingkah laku akan diteguhkan
melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Hukum Kesan: menyatakan sesuatu tindakan diikuti sesuatu


perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian
tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas
gerak balas terhasil, pertalian rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan.
Manakala, kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian
antara R-G.

4) Teori Pelaziman Operan Skinner (oleh Skinner)

Skinner

mengkaji teori behaviorisme ahli psikologi yang lain.


Mereka menekankan setiap gerak balas adalah dihasilkan daripada
rangsangan. Ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku individu
adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat
mengawal tingkah laku.
Skinner

menyatakan, tingkah laku terhasil tidak mengikut urutan


kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim
atau tidak terlazim, tetapi berlaku kerana kesan daripada
rangsangan yang berkenaan.
Skinner

berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku diri.


Bagi membuktikan hasil kajiannya, Skinner mereka bentuk sebuah
kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di
dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh
diperhatikan dan direkodkan.

Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura)


Beliau

adalah ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti Stanford


yang memperkenalkan Model Determinisms Timbal Balik dan Teori
Peniruan.
Bandura

menyatakan, manusia secara semula jadinya belajar


melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat
orang bertingkah laku seperti berjalan, makan, minum, mendapat
penghargaan, pujian atau menerima hukuman.
Teori

ini turut menekankan aspek kognitif. Contohnya, bagaimana


kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana
persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak.
Bandura

menyatakan bahawa pembelajaran secara peniruan


melibatkan tiga unsur iaitu, individu (kognitif), persekitaran dan
tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).

Teori Pembelajaran Kognitif


- Terdapat pelbagai kajian ahli psikologi sehingga wujudnya
beberapa teori yang menjadi rujukan untuk individu seperti
Teori Pembelajaran Gestalt, Model Pemprosesan Maklumat,
Teori Pembelajaran Gagne, Teori Pembelajaran Ausubel, Teori
Pembelajaran
Bruner
dan
Teori
Pembelajaran
Konstruktivisme.
Berdasarkan

kajian oleh Wolfgang Kohler (1887-1967),


beliau menekankan pembelajaran celik akal. Melalui platform
ini, beliau menjalankan kajian ke atas lima ekor Cimpanzi
(Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan).
Dapatan

beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan


dengan situasi bermasalah, haiwan akan berusaha untuk
mencari perhubungan menuju dan mencari penyelesaian.

sambungan

Menurut Jerome Seymour Bruner (1915), yang merupakan tokoh utama


revolusi kognitif sering mengaitkan proses pembelajaran penemuan.

J.Y Bruner mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses sosial


aktif. Proses ini berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan
simbolik.

J.Y. Bruner turut mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran


diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

J.Y. Bruner menegaskan bahawa persekitaran memainkan peranan


penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan
satu-satu konsep. Murid juga lebih mudah untuk memperoleh
pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Peringkat enaktif (usia 0-2 tahun). Pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia
belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan
anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan
dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api
untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya
boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik
(usia 2-4 tahun). Pembelajaran mencapai peringkat sanggup
membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka
mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam
fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis
gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau
imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk
penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan
tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika
terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik


(usia 5-7 tahun). Kanak-kanak boleh memindahkan
pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan
membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti
perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan
menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari
peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea
abstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian.

Teori Pembelajaran Kognitif (oleh Ausubel 1963 - 1977)

- Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang


mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam
bentuk
pembelajaran
resepsi
dan
bukan
daripada
pembelajaran
penemuan
(dikenali
sebagai
Model
Pembelajaran Ekspositori Ausubel)
Ausubel

juga mengemukakan pembelajaran lisan berrmakna


termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan
antara idea yang dikenal sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
Ausubel

menekankan
tentang
penerangan
bahan
pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap.

sambungan

Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam


bentuk deduktif (dari am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada
contoh, Woolfolk, 1998).

Ausubel perkenalkan Model Penyusunan Awal (Advance Organizer) untuk


menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya lebih
optimum. Contohnya, memastikan wujud kesesuaian untuk memulakan
pembelajaran berpandukan Penyusunan Awal. Ia berfungsi menjelaskan
kepada guru dan pelajar tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu
tajuk pelajaran. Penyusunan Awal boleh menghubungkan konsep baru
dengan lama.

Terdapat 3 tujuan penggunaan Penyusunan Awal: 1) memberi gambaran


tentang apa yang penting dalam pelajaran, 2) menjelaskan hubungan
antara konsep yang akan dihuraikan dan 3) menggerakkan minda pelajar
untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Kesimpulan Asas dan Fungsi


Pembelajaran

Kesimpulannya, prinsip pembelajaran merupakan


segala perubahan tingkah laku yang agak kekal,
akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman,
tetapi
bukan
semata-mata
disebabkan
oleh
pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan
oleh kesan sementara seperti penyakit.

Prinsip pembelajaran juga merupakan suatu garis


panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku
dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih


sempurna untuk melaksanakan pengajarannya
supaya berkesan dan cekap (efisien dan efektif).

Konflik dalam Pembelajaran


1. Konflik dalam pembelajaran berlaku sama ada di dalam atau
luar bilik darjah. Konflik ini berpunca akibat pelbagai latar
belakang daripada segi emosi, intelek, jasmani, rohani dan
sosioekonomi.
2. Perbezaan latar belakang ini bakal mewujudkan konflik
dalam proses pembelajaran. Contohnya; masalah disiplin,
tidak menghormati guru, membaca bahan tidak berkaitan,
mengeluarkan kata-kata kesat, makan dan minum, membuat
bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,
mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak mematuhi
arahan, ponteng kelas dan sebagainya.
3.

Konflik ini bakal mempengaruhi keselamatan psikologi


murid, tahap kesediaan pembelajaran dan tingkah laku
proses pembelajaran seterusnya.

sambungan
2.

Watak dan Sahsiah Guru.


Merupakan salah satu faktor dalam konflik PdP. Menurut (Mok
Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan
kurang tegas berkaitan isu disiplin bakal menimbulkan pelbagai
konflik dalam PdP.
Menurut Ahmad (2004) dan Atan Long (1993), antara sifat-sifat
guru yang disukai murid ialah emosi yang stabil dan mental
yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang
dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang tinggi, bersifat
kreatif, berimaginasi dan daya ikhtiar tinggi, suara dan tingkah
laku beradab, tatatertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati
dan bijaksana ketika hadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas,
tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus,
mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi
bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas
perguruan.

Faktor Penyumbang Konflik dalam


Pembelajaran
1.

Menggunakan Pendekatan Yang Tidak Berkesan:


Kegagalan ini bakal mengundang konflik yang besar dalam
proses PdP. Terdapat sebahagian guru yang gagal memilih
dan menggunakan pendekatan dan kaedah PdP yang efisien
dan efektif bagi mewujudkan PdP yang bermakna. Hasilnya,
murid bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan
masalah disiplin (Shahabudin, Rozihani & Mohd Zohir, 2007).

Sebaliknya, jika guru kritis, kreatif dan inovatif dalam memilih


dan menggunakan PdP yang efisien dan efektif, konflik dalam
PdP pasti dapat dihindari.

Kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam


PdP akan menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah
menerima apa yang disampaikan oleh guru. Dengan itu konflik
dalam PdP dapat dikurangkan (Abdul Rahim, 1999).

Hubungan Guru Murid Tidak Baik:

Hubungan yang tidak baik dan tidak mesra bakal


mengundang konflik dalam PdP.
Menurut Tengku Sarina Aini & Yusmini (2006), mereka
menyatakan tugas guru bukan bersifat statik dan hanya
tertumpu kepada objektif pembelajaran (LO) sahaja.
Guru berperanan dan berpengaruh besar terhadap
pembentukan kehidupan sosial pelajar. Membina hubungan
yang baik dan berkesan antara guru dan murid adalah
pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.
Kelebihan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan
murid bakal mewujudkan persefahaman yang baik dan
mewujudkan rasa mempercayai dan ini dapat memberi kesan
positif kepada proses PdP. Oleh itu, konflik dalam PdP
tentunya dapat diatasi.

Penutup
Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada
berlakunya konflik dalam PdP di dalam dan luar bilik
darjah ini.
Lantaran itu, langkah-langkah berkesan harus dikaji
dan dilaksanakan bagi mengatasi konflik dalam PdP
supaya suasana PdP yang efisien dan efektif dapat
diwujudkan.
Adalah penting seseorang guru dapat mewujudkan
proses PdP yang efisien dan efektif dengan cara
memilih dan menggunakan PSKT yang sesuai agar
proses PdP menjadi bermakna dan mempunyai
impak yang tinggi kepada murid.

Suasana Bilik Darjah Tidak Selesa.

Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja


berselerak, cahaya tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik
tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada murid
dan mereka akan gelisah dalam PdP. Hal ini akan
menimbulkan konflik dalam PdP.
Bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang
mendorong kepada konflik dalam PdP. Guru tidak akan dapat
mengawal kelas dengan baik apabila bilangan murid terlalu
ramai dengan pelbagai latar belakang (A, B dan C).
Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam
kelas. Pelajar tertinggal dan hilang minat akan wujud untuk
mengikuti PdP seterusnya. Akibatnya, murid ini membuat
bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
(Shahabudin, Rozihani, Mohd Zohir, 2007).

Anda mungkin juga menyukai