Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Konflik merupakan perkataan yang berasal dari kata configere (latin) yang
bermaksud memukul. Secara sosiologis, konflik didefinisikan sebagai satu proses
sosial antara dua orang atau lebih yang saling berusaha untuk menyingkirkan satu
sama lain. Menurut Soerjono Soekanto, definisi konflik adalah pertentangan untuk
berusaha memenuhi tujuan dengan cara menentang pihak lawan. Istilah etnik
berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti
bermaksud rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan,
oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Konflik etnik akan meninggalkan
pelbagai implikasi dalam sistem pendidikan sama ada baik atau buruk.

1
2.0 Persoalan Kajian

2.1 Konflik etnik di Myanmar

Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Kebanyakan orang


Rohingya tinggal di Arakan yang kini dikenali sebagai Rakhine, terutamanya di
sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Semenjak abad
ke-8 masihi lagi,rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam.
Kedudukannya adalah berhampiran dengan laut dan telah menjadi tempat
persinggahan pedagang Islam. Terdapatnya sesetengah pedagang Arab yang
singgah di Arakan lalu berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya
menetap di Arakan. Muhammad Ibn Hanifiya merupakan orang pertama yang
dikatakan mengembangkan Islam di Arakan. Ini menyumbang kepada kepadatan
penduduk Islam yang tinggal di Arakan. Berdasarkan perkembangan
sejarah,Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab,
Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong. Bagi umat Islam
Rohingya,isu utama mereka adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar.
Mereka telah diklasifikasikan sebagai Indo-Burman ketika zaman British. Ketika
Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai bukan
warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun yang
lalu. Lain kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah
merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar. Di Myanmar, terdapat 134
etnik antaranya Karen,Chin dan Mon. Akan tetapi etnik Rohingya tidak diiktiraf
sebagai kumpulan dan etnik tersebut. Pada tahun 1942, berlakunya kehilanhan
identiti masyarakat Rohingya apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh ketika
berlaku perang etnik. Dasar negara pun telah berubah apabila mereka kembali
semula ke Myanmar dan mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. Mereka
menjadi pengemis di negara sendiri. Isu Rohingya telah dihiraukan dan dianggap
tidak penting oleh pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan
komunis dan etnik ketika kerajaan Ne Win. Nasib malang terus menimpa mereka
apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma diperkenalkan pada tahun 1982.
Akta ini diluluskan oleh Ne Win bertujuan untuk menghapuskan terus etnik Rohingya
dari peta Myanmar. Hal Ini menyebabkan Rohingya tidak diiktiraf sebagai
sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar oleh Kementerian Luar Myanmar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai


golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia. Penduduk
Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma

2
menceroboh Arakan pada tahun 1784. PBB mahu menguasai Arakan dan
menjadikan Arakan sebagai wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Seramai
1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera
berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada
perjalanan agama selain Buddha di Myanmar. Operasi Nga Min yang merupakan
sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pebasmian Rohingya merupakan operasi yang
paling kejam ke atas masyarakat Rohingya. Operasi ini adalah bertujuan untuk
menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh,
India dan Nepal. Namun,terdapat tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini
adalah ke atas orang Rohingya yang tiada pengenalan diri. Orang Rohingya yang
menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Penentangan balas
orang Rohingya kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak
lebih kejam ke atas mereka. Operasi ini kemudian berkembang ke Buthidaung dan
Maungdaw. Hal ini menyebabkan beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban
ke dalam penjara,diseksa dan dibunuh. Kaum wanita pula dirogol. Kekejaman ini
menyebabkan kebanyakan orang Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-
masing dan menjadi pelarian. Pada 1991, kempen yang bernama “Pyi Thaya”
diperkenalkan. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang
Rohingya terus berlanjutan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya
dirogol. Tempat tinggal mereka dan masjid turut dimusnahkan.

Malah pada 2001 pula, beratusan masjid dimusnahkan. Konflik membabitkan


Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan
kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya
menyebabkan penganut Buddha segera membalas dengan membunuh 10 orang
penduduk Islam. Pada awal September 2012 pula,beratusan sami Buddha
berkumpul dalam perarakan menyokong tindakan presiden agar menghantar orang
Rohingya ke negara lain. Umat Islam Rohingya juga berhadapan dengan penindasan
dari sudut keagamaan. Masjid dan madrasah ditutup secara paksaan. Terdapat juga
masjid, madrasah dan sekolah agama yang dipaksa untuk dimusnahkan. Mereka
juga dihalang dari membina masjid baharu ataupun membaik pulih masjid sedia ada.
Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi dari segi
pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti
didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak 2002. Sebanyak 60%
kanak-kanak Rohingya menderita akibat kekurangan zat makanan sekaligus
mendedahkan mereka kepada wabak penyakit yang boleh menjejaskan
pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-

3
kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di
kawasan Rakhine Utara. Mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-
kerja keras dan berat.

4
2.2 Implikasi terhadap sistem pendidikan

Isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar telah
memberikan kesan yang amat buruk kepada negara Myanmar. Negara Malaysia kita
jiga turut terkena dengan segala kesan yang berlaku. Walaupun isu ini tidak berlaku
di negara kita tetapi kesannya membawa pengaruh yang amat besar kepada
masyarakat dan negara Malaysia terutamanya dari segi pendidikan.

Antara kesannya ialah kewujudan tajuk yang berkaitan dengan isu keganasan
dan penghapusan etnik Rohingnya dalam sistem pendidikan di Malaysia
terutamanya dalam subjek sejarah. Tajuk ini mungkin akan wujud pada suatu hari
nanti bertujuan untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada muri-murid tentang
pentingnya persefahaman masyarakat yang berbeza agama dalam sesebuah
negara. Minda murid-murid mungkin akan dipengaruhi dengan kekejaman yang
berlaku di sana dan mereka akan mengeluarkan pandangan dan persepsi masing-
masing terhadap isu yang berlaku di sana.

Kesan yang seterusnya ialah para pelajar akan didedahkan dan dikaitkan
dengan isu keganasan dan penghapusan etnik dalam sistem pembelajran mereka
pada masa kini. Perkara ini boleh diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui
sistem pembelajaran yang diamalkan hari ini. Hal ini dapat menimbulkan rasa simpati
dan perasaan kasih sayang dalam kalangan murid-murid. Hal ini juga dapat
mempengaruhi murid-murid untuk menderma dan memberi sumbangan kepada
mangsa-mangsa di Rohingya tersebut.

Selain itu,perlarian Rohingnya ke Malaysia akan menyebabkan penularan


wabak penyakit terutamanya penyakit tuberkulosis (TB). Penyakit ini boleh
membawa kematian kepada rakyat Malaysia. Wabak penyakit ini mudah dijangkiti
oleh kanak-kanak kecil yang belum lagi mempunyai sistem imun yang cukup kuat.
Hal ini akan meninggalkan implikasi yang negatif dalam pendidikan kerana kesihatan
anak-anak Malaysia terjejas dan akan mempengaruhi perkembangan mereka dalam
pencapaian akademik. Secara tidak langsung prestasi akademik ataupun pendidikan
Malaysia di permata dunia akan terjejas.

Bukan itu sahaja, penerimaan orang Rohingya untuk tinggal menetap di


Malaysia akan menyebabkan kos pendidikan di Malaysia dinaikkan. Hal ini dikatakan

5
demikian kerana pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan dan
kelengkapan prasarana seperti bilangan sekolah,perpustakaan,buku-buku dan lain-
lain yang diperlukan dalam pendidikan. Hal ini akan mencetuskan persaingan untuk
mendapatkan peluang pendidikan antara orang Rohingya dengan kanak-kanak
Malaysia. Hal ini juga akan mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat kita kerana
kebanyakan kanak-kanak yang berada di kawasan pedalaman masih belum lagi
dapat pendidikan yang lengkap dan sempurna apatah lagi jika pihak kerajaan
memberikan bantuan pendidikan kepada orang Rohingya.

6
3.0 Rumusan

Secara kesimpulannya,masyarakat Rohingya merupakan satu etnik yang


menjadi mangsa kepada penindasan dan penghapusan etnik secara beramai-ramai
di negara mereka sendiri. Hal ini berlaku kerana masyarakat Buddha di Myanmar
menganggap bahawa etnik Rohingya ini merupakan satu etnik yang wujud dan akan
memberikan ancaman yang besar kepada penduduk-penduduk Myanmar yang lain.
Jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera,tidak mustahil bahawa etnik di
Rohingya ini akan lenyap dari muka bumi serta menguggat kedudukan umat Islam di
seluruh dunia. Secara keseluruhannya semua pihak di seluruh dunia perlu prihatin
terhadap kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya di Myanmar ini.
Oleh itu,pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk mengatasi segala isu keganasan dan
penghapusan etnik di Myanmar itu sendiri.

7
1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini,Isu global merupakan persoalan yang hangat


dibicarakan oleh masyarakat di dunia. Isu ini tidak hanya dihadapi oleh satu negara
sahaja tetapi juga dihadapi oleh berbagai negara di pentas dunia.Isu-isu global yang
berkembang di dunia saat ini meliputi isu tentang lingkungan dan isu tentang
kemanusiaan. Isu tentang lingkungan menrangkumi kekurangan pangan,kekurangan
sumber air bersih,polusi,dan perubahan iklim manakala isu tentang kemanusiaan
meliputi kemiskinan,konflik atau perang dan wabah penyakit.

Walaupun secara umumnya isu-isu globalisasi lebih memberikan kesan kepada


ekonomi dunia,namun bidang lain seperti pendidikan turut tidak terkecuali.

8
2.0 Persoalan Kajian

2.1 Isu Alam Sekitar

Pada era globalisasi ini,isu-isu alam sekitar semakin membimbangkan dan


kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak amatlah diperlukan
untuk menanganinya. Ketidakseimbangan alam sekitar berlaku akibat kemunculan
masalah alam sekitar seperti pencemaran udara,pencemaran air,pembuangan sisa
pepejal dan toksik,penebangan hutan yang tidak terkawal,pengurangan sumber
semula jadi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan
kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi
merupakan punca pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran
sehingga keseimbangan alam terjejas. Akibat daripada aktiviti
manusia,ketidakstabilan ekosistem terjadi dan meninggalkan kesan seperti tragedi
tanah runtuh,banjir kilat,jerebu,pencemaran air dan tanah,pemanasan
global.perubahan iklim dan sebagainya.

Misalnya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan,Indonesia telah


menyababkan berlakunya fenomena jerebu atau pencemaran udara yang teruk.
Akibat daripada kebakaran tersebut, Indonesia mengalami fenomena jerebu yang
teruk tak tertinggal juga negara Malaysia yang merupakan jiran kepada negara
Indonesia. Jerebu yang berlaku menyebabkan banyak aktiviti harian manusia seperti
proses pembelajaran di sekolah,penerbangan domestik dan antarabangsa serta
aktiviti pekerjaan yang melibatkan luar bangunan terjejas dan terpaksa
ditangguhkan. Hal ini berlaku disebabkan kualiti udara yang tidak sihat akan
menjejaskan kesihatan manusia. Malaysia menggesa kerajaan Indonesia supaya
mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu ataupun syarikat-
syarikat termasuk dari Malaysia yang melakukan pembakaran hutan atau ladang
secara sengaja di negara tersebut sehingga mengakibatkan berlakunya tragedi
jerebu.

Selain itu,pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal juga


mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar berlaku dengan
adanya kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,hingar,haba,cahaya dan
tenaga ke atas alam sekitar. Pencemaran merupakan sebarang perubahan sama
ada perubahan secara langsung atau tidak langsung terhadap sifat-sifat

9
fizik,kimia,biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah yang membahayakan kesihatan,keselamatan atau
kebajikan awam mahupun organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Pelbagai langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam


sekitar. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah mengaharamkan pembakaran
sampah-sarap di kawasan terbuka dan menguatkuasakan undang-undang untuk
mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan,membina
kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan dan menjalankan proses kitar semula
bagi bahan-bahan buangan. Pelbagai dasar dan undang-undang termasuk
peraturan-peraturan serta program telah diperkenalkan bagi mengimbangi
pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Contoh dasar yang diperkenalkan
adalah seperti Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan,Dasar Mineral Negara dan
Dasar Alam Sekitar. Dalam aspek perundangan pula,kerajaan telah memperkenalkan
dan menguatkuasakan pelbagai undang-undang seperti Akta Perhutanan Negara
dan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Undang-undang dan dasar yang diperkenalkan ini
merupakan garis panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan
Persekutuan dan Negeri,Pihak Berkuasa Tempatan.sektor industri dan masyarakat
untuk memastikan sumber asli negara digunakan secara lestari di samping
memelihara alam sekitar. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dipinda
oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan terhadap
masalah pencemaran.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat,Kementerian Sumber Asli dan Alam


Sekitar bersama-sama jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen
kesedaran alam sekitar yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran. Antara
program yang dijalankan ialah Program Anugerah Bandar Lestari dan Kem
Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS). Jabatan Alam Sekitar juga telah melancarkan
program Rakan Alam Sekitar untuk mempelbagaikan usaha dalam menangani isu
alam sekitar. Melalui program ini, pemimpin-pemimpin pada peringkat akar umbi
berperanan untuk menerajui usaha-usaha secara bersepadu dengan anggota
masyarakat tempatan termasuk badan-badan bukan kerajaa (NGO) untuk bersama-
sama dengan agensi-agensi kerajaan dalam memulihara alam sekitar. Antara NGO
yang terlibat ialah Sahabat Alam Malaysia (SAM). SAM ditubuhkan adalah untuk
memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada
dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan,kemajuan dan

10
kemodenan. Selain SAM,World Wide Fund for Nature (WWF) merupakan nadi
kepada persatuan yang menegakkan keadilan tentang isu alam sekitar. WWF
berperanan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar seperti sungai,hutan,dan udara yang segar.

11
2.2 Impak isu alam sekitar terhadap peluang pendidikan di Malaysia

Isu alam sekitar yang muncul akan meninggalkan kesan dalam pendidikan di
Malaysia. Antara kesan yang tinggal ialah kewujudan pelbagai penyakit. Terdapat
pelbagai jenis penyakit yang akan wujud akibat daripada pencemaran alam sekitar.
Antaranya ialah diare,penyakit hepatitis A,penyakit asma,penyakit brokutis dan
sebagainya. Penyakit-penyakit yang wujud ini akan menjejaskan kesihatan
masyarakat Malaysia terutamanya kanak-kanak yang masih berada di alam sekolah.
Misalnya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan,Indonesia telah
menyebabkan berlakunya fenomena jerebu atau pencemaran udara yang teruk dan
negara Malaysia yang menyerupai jiran kepada Indonesia juga tidak tertinggal
daripada terlibat dalam fenomena tersebut. Fenomena jerebu yang berlaku di negara
Malaysia akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan dengan melemahkan sistem
imun badan. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak.
Misalnya,pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit
pernafasan lain. Hal ini berlaku disebabkan kualiti udara yang kurang baik akibat
jerebu. Dalam jangka masa yang panjang,kanak-kanak juga mungkin akan
mengalami kesakitan kerongkong,kegatalan kulit,kemerahan mata dan sebagainya.
Jikalau kesihatan kanak-kanak terjejas,mereka tidak dapat hadir ke sekolah dan hal
ini akan menjejaskan proses pembelajaran mereka. Mereka juga akan terlepas
banyak peluang belajar ataupun ilmu pengetahuan yang diajari di sekolah.

Selain itu,pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh mengakibatkan


kebanyakan sekolah terpaksa ditutup. Hal ini akan menyebabkan banyak murid atau
pelajar sekolah terlepas peluang ataupun masa untuk belajar. Pencemaran alam
sekitar seperti fenomena jerebu menyebabkan kebanyakan sekolah di Malaysia
terpaksa ditutup kerana jerebu akan memudaratkan kesihatan para guru dan juga
murid. Selain daripada fenomena jerebu,tragedi banjir yang berlaku juga akan
mempengaruhi sistem pendidikan di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana
banjir akan mendatangkan kerosakan yang buruk terhadap kemudahan-kemudahan
ataupun prasarana di sekolah. Dengan ini, sekolah terpaksa ditutup untuk proses
pembaikan prasarana dan hal ini akan menyebabkan proses pendidikan tidak dapat
dijalankan seperti biasa. Oleh sebab banjir yang menyebabkan pelajar tidak dapat
bersekolah, proses pembelajaran pelajar terjejas. Rancangan,jadual kelas dan jadual
peperiksaan di sekolah juga akan terganggu. Selain daripada tragedi banjir dan
jerebu,isu alam sekitar seperti tanah runtuh dan pencemaran air juga akan

12
menyebabkan penutupan sekolah terutamanya sekolah yang dilokasikan di kawasan
pedalaman. Tragedi tanah runtuh akan memusnahkan dan mencerobohkan
sesebuah sekolah manakala tragedi pencemaran air yang berlaku di lokasi sesebuah
sekolah itu akan menjejaskan kesihatan para guru dan murid. Dengan ini,sekolah
terpaksa ditutup buat selama-lamanya tetapi bukan buat sementara kerana kedua-
dua tragedi yang berlaku mampu meragut nyawa manusia. Kesannya,kebanyakan
murid yang tinggal di kawasan pedalaman akan kehilangan peluang untuk menerima
pendidikan.

Penncemaran alam sekitar seperti jerebu juga boleh menimbulkan kesan


psikologi seperti meningkatkan tahap tekanan dan kelakuan agresif individu yang
terbabit. Peningkatan tahap tekanan seseorang boleh diakibatkan oleh rangsangan-
rangsangan fizikal,fsiologi dan psikologi akibat persekitaran yang tidak
selesa,sakit,gangguan,emosi,perubahan cuaca dan suhu. Masalah jerebu
menyebabkan persekitaran di sekolah yang tidak selesa. Jerebu juga mengandungi
gas-gas yang berbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida dan karbon
dioksida. Gas-gas ini akan memasuki badan manusia melalui pernafasan dan
seterusnya merosakkan sistem pernafasan. Di samping itu,zarah pencemar boleh
menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.
Dengan ini,kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

13
3.0 Rumusan

Secara kesimpulannya,kesan daripada isu alam sekitar ialah penghayatan ilmu


yang semakin terhakis dalam kalangan generasi muda. Akibat daripadanya,Malaysia
akan mengalami kekurangan guna tenaga muda yang mahir pada masa akan
datang. Oleh itu,semua pihak harus menyedari akan kesan globalisasi dan bersedia
dengan langkah yang komprehensif. Masyarakat tidak boleh mengelak daripada
menghadapi globalisasi kerana tanpa globalisasi manusia akan terus ketinggalan
dan tidak mencapai kemajuan.

14
Rujukan

Abd Hair Awang. (2001). Mengantarabangsakan Pendidikan Negara. Pemikir,85-110.


Utusan Melayu Malaysia Berhad.

Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Zakaria dan Zulkarnian Abdul Rahman. (2008). Konflik Dunia Abad ke-20.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad dan Saleha Hj. Hasaan. (2001). Pergolakan Dunia dan Kerjasama
Masyarakat Antarabangsa. Dlm. Wan Abdul Rahman Latif. Sejarah
Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Afifi Aziz. (2017, April 23). Isu - Isu Alam Sekitar. Retrieved from
https://www.slideshare.net/AFIFIAZIZ1/isu-isu-alam-sekitar-75320467

Eda Shahira. (2017, May 6). Isu isu alam sekitar. Retrieved from
https://www.slideshare.net/mockingjya96/isu-isu-alam-sekitar-75725555

Farah Najihah. (2016, November 14). Perbalahan dalaman di Myanmar - Wikipedia


Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Retrieved from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbalahan_dalaman_di_Myanmar

Gan Zi Xi. (2017, March 4). KONFLIK ETNIK ROHINGYA. Retrieved from
https://www.scribd.com/document/340889901/KONFLIK-ETNIK-ROHINGYA

Mohd Ashraf, Mohd Aris, Siti Fatihah, Chin Kuang Tiu, dan Norazlan Ismail. (2014).
Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Nurul fj. (2012, December 4). Konflik Etnik Rohingya by nurul fj on Prezi. Retrieved
from https://prezi.com/zgbcfkwjcez4/konflik-etnik-rohingya/

Qurratu. (n.d.). KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR DAN


PENYELESAIANNYA | Qurratu Qolbi - Academia.edu. Daripada
http://www.academia.edu/30212027/KONFLIK_MINORITI_MUSLIM_ROHINGY
A_DI_MYANMAR_DAN_PENYELESAIANNYA

Roby Hidayatullah. (2013, January 10). Isu Global by Roby Hidayatullah on Prezi.
Retrieved from https://prezi.com/k7ryyw48ccjg/isu-global/

Roiskhoirah Yahya. (n.d.). Gangguan bekalan air di ibu negara dan Gombak - KL &
Putrajaya - Utusan Online. Retrieved from

15
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/gangguan-bekalan-air-di-ib
u-negara-dan-gombak-1.532784

Ruhaiza Rusmin. (2015, October 5). Impak penutupan sekolah | Harian Metro.
Retrieved from https://www.hmetro.com.my/node/82447

Sanusi Osman (1989). Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sullivan, J.Thomas. (2012). Introduction to Social Problems. Boston: Pearson


Education Inc.

16

Anda mungkin juga menyukai