Anda di halaman 1dari 13

Artikel Pekan Weston, Beaufort, Sabah.

Perkampungan kaum Brunei di Kampung Weston terletak 25km dari daerah Beaufort
dan hampir 150 km dari bandar Kota Kinabalu. Hampir 98% penduduk kampung Weston adalah
kaum Brunei disamping orang Cina, India dan etnik lain yang berkahwin dengan kaum Brunei
Weston. Kedudukan tempat tinggal kaum Brunei ialah di pinggir pantai dan berada tidak jauh
dari pulau Labuan. Pekerjaan utama kaum ini ialah nelayan, hal ini kerana majoroti kawasan
petempatan mereka adalah berhampiran dengan laut dan sungai.

Bangsa adalah jenis manusia asal daripada satu asal keturunan dan kumpulan manusia
dalam satu ikatan ketatanegaraan1. Brunei adalah kaum yang berasal dari negara Brunei
Darulssalam. Disebabkan pergolakan yang berlaku di negara tersebut kaum ini mula behijrah ke
kawasan persisir pantai seperti Sipitang, Labuan, Kimanis, Beaufort, Membakut dan Weston
juga antara kawasan penghijrahan mereka. Kaum ini juga boleh bergerak bebas ke kawasan
pesisir pantai kerana kawasan pentadbiran kesultanan Melayu Brunei adalah luas.

Pada masa dahulu, laut dan sungai adalah sumber utama kaum Brunei Weston untuk
bergantung hidup. Tetapi tidak lagi sekarang. Anak-anak dari kaum ini telah beransur maju
dan keadaan sosial hidup yang semakin meningkat menyebabkan laut bukan lagi tempat untuk
bergantung hidup. Kebanyakan anak-anak dari kaum ini telah berjaya dalam pelajaran dan
sebahagian besar dari mereka telah bekerja sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah ,
kerani , polis, doktor, jurutera, pilot, pegawai swasta dan sebagainya.

Nama Weston sebenarnya adalah peninggalan daripada penjajah British yang dahulunya
sampai ke kampung ini untuk memberi perlindungan dari ancaman tentera Jepun yang
mengganas di kampung ini pada suatu ketika dahulu. Perkampungan kaum Brunei Weston
terletak 25 km dari daerah Beaufort dan hampir 150 km dari bandar Kota Kinabalu. Weston
berasal dari perkataan ”West Town”(Bandar di Barat) dan telah disingkatkan kepada ”Istin”
atau ”Weston,, oleh penduduk tempatan. Sebelum ini, nama kampung Weston juga dikenali
sebagai Kampung Sugin Lawas dan Sugin bermakna cantik, hal ini,kerana kedudukannya yang
berada di teluk sungai2. Nama tersebut ditukar pula kepada Kota Batu, kerana sebelum sampai
ke teluk perkampungan Brunei ada sebuah daratan yang dipenuhi batu- batu besar.

Kaum Brunei yang behijrah ke Kampung Weston dipercayai berasal dari Negara Brunei
Darussalam dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari kehidupan
dan perlindungan. Kajian telah dibuat kepada beberapa orang yang tahu akan sejarah
kampung ini, telah mengatakan bahawa kaum ini berhijrah dari negara Brunei Darussalam
hanya dengan mengunakan sampan dan memakan masa lebih kurang 12 hari untuk sampai ke
kampung ini. Pada mulanya, dipercayai seramai 50 orang kaum Brunei behijrah ke kampung ini.

1
Sebenarnya, ramai yang mempersoalkan kenapa kaum Brunei behijrah ke kampung Weston.
Hal ini, disebabkan oleh kesusahan hidup di negara mereka.

Raja- raja dahulu amat kejam dan mengamalkan kepimpinan autokratik. Pada zaman
tersebut, wanita dijadikan gundik oleh raja dan dilayan secara kejam. Manakala, golongan lelaki
pula dijadikan sebagai hamba abdi. Ramai yang dijadikan hamba abdi bagi memenuhi
kepentingan mereka. Apabila rakyat berasa terancam mereka mengambil keputusan untuk
berhijrah di kawasan yang terdekat.

Majoriti kaum Brunei di kampung Weston pada mulanya, berhijrah ke kawasan persisir
pantai. Walaupun mereka berada di luar kawasan negara mereka yakni Brunei Darulssalam
mereka tetap terikat dengan undang-undang yang lama. Hal ini, adalah disebabkan kawasan
pemerintahan kesultanan Brunei amat luas pada ketika itu. Mengikut kajian, Sabah dan
Serawak merupakan kawasan pemerintahan kesulatanan Brunei pada masa dahulu. Terdapat
peselisihan pendapat berkenaan asal usul suku kaum Brunei di kampung Weston. Ada
sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kaum Brunei di kampung Weston sudah lama wujud.
Semasa era pemerintahan sultan Abdul Hakkul Mubin yang memerintah Brunei dari 1661 hingga
1663 dipercayai berlaku perang saudara yang melibatkan baginda dengan sultan Haji
Muhammad Ali3. Peperangan ini berlangsung selama 12 tahun. Semasa berlaku peperangan
ramai kaum Brunei behijrah ke kawasan pantai Barat dan antaranya adalah Kampung Weston.

Setelah lama menetap di Kampung Weston iaitu lebih kurang 8 tahun ataupun dari
tahun 1865 hingga tahun 1873, jumlah kaum ini mulai bertambah daripada 50 orang kepada 80
orang. Pertambahan penduduk ini adalah disebabkan keadaan ekonomi yang baik. Aktiviti
utama kaum ini adalah menangkap ikan dan menjualnya semula dengan menggunakan sistem
barter. Pada tahun 1865, kaum ini hanya menetap di kawasan pesisir pantai dan perkara ini
mula berubah apabila mereka mula merebak ke kawasan daratan. Kaum ini dianggarkan mula
berada di kawasan daratan pada tahun 1880. Jumlah mereka semakin berkembang sehingga
900 orang pada tahun 2004.

Adat resam meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuklah adat dan budaya
perkahwinan, kelahiran dan kematian. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka(Kuala
Lumpur 2002), kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan,dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban , kemajuan(akal budi)5.

2
Perahu adalah alat perhubungan yang penting bagi kaum Brunei di Kampung Weston
untuk menambah hasil pendapatan. Masyarakat Brunei mahir dalam membuat perahu dan
dipercayai pada tahun 2008, mereka masih lagi membina perahu untuk tujuan ke laut. Terdapat
pelbagai jenis perahu yang wujud pada masa dahulu seperti jumpong, bidar, perahu bagung,
perahu pemukat, perahu lumba, gubang, tongkang, kapal layar dan lain-lain. Sejak dari tahun
1865, kehidupan penduduk kampung ini adalah sebagai nelayan dan perahu adalah kenderaan
yang amat penting kerana tanpa perahu mereka tidak boleh pergi menangkap ikan.

Menjelang tahun 2005 hingga tahun 2008, kepakaran dalam memburis perahu ini sudah
hampir pupus. Walaubagaimanapun, hasil usaha yang keras, pemburis perahu masih terdapat
di kampung ini dan tetap menjadi warisan budaya (pemburisnya sudah turun kepada generasi
baru) hal ini, adalah disebabkan permintaan yang berterusan terutamanya perahu nelayan.
Menjelang tahun 1982, Penduduk kampung tidak dibenarkan kelaut pada hari Jumaat. Sesiapa
yang didapati kelaut akan di denda atau di sogit kerana hari jumaat adalah dianggap sebagai
masa berhenti untuk kegiatan harian khususnya bagi nelayan. Tujuannya ialah agar kaum
nelayan dapat menunaikan fardhu jumaat bersama-sama bagi mencukupkan bilangan
makmumnya tidak kurang dari 40 orang. Adat ini masih diamalkan sehingga kini.

Adat ’memberi makan laut’. Pada tahun 1865, upacara ini adalah upacara besar setiap
tahun dimana seorang pemuja laut (pembaca mentera laut) akan melepaskan ’Minggai’ yang
disebut sebagai pemberian kepada penunggu laut supaya nelayan akan memperolehi hasil yang
banyak dan kampung tidak akan ditimpa bencana alam dan sebagainya. Pada tahun 1890,
tarian Bubu(Lukah) juga dipelopori oleh kaum Brunei, dimana Bubu (Lukah) tersebut akan
dipakaikan baju dan setelah mentera dibaca Bubu tersebut akan menari sendiri dan
pergerakannya yang kuat akan menjadikan bubu tersebut susah dikawal. Menjelang tahun
1995, aktiviti menarikan Bubu ini sudah tidak digalakkan dikalangan masyarakat kaum ini
disebabkan ada unsur-unsur kurafat, pemujaan dan salah disisi agama islam.

Semasa perang dunia ke dua, kampung ini menjadi kawasan pelabuhan bagi kapal-kapal
tentera Jepun. Dipercayai kapal- kapal ini membawa barang dagangan,makanan, bahan api dan
banyak lagi. Kampung ini juga menjadi tempat perpunggahan barang dagangan dari kereta api.
Dianggarkan pada tahun 1930, landasan kereta api telah dibina untuk menghantar penumpang
dan barangan. Pembinaan landansan ini merupakan pembinaan terawal di Borneo pada ketika
itu. Apabila Jepun kalah di tangan British, Inggeris mula menguasai semula kampung ini.

Namun begitu, dalam tahun disember 1962, Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
melakukan pemberontakan yang diketuai oleh A.M Azahari iaitu ketua Parti Rakyat Brunei. Pada
masa itu, bebarapa penduduk tempatan kampung Lubok Weston melancarkan pemberontakan
ala tentera. Dipercayai satu insiden tembak menembak telah berlaku diantara (TNKU) dan
beberapa anggota polis daerah Sipitang. Parti ini telah berjaya menguasai Kampung Weston
selama satu hari satu malam sebelum British membebaskan kampung ini daripada cengkaman
(TNKU).

Apabila Sabah mula merdeka pada tahun 1963, pelbagai pembangunan yang berlaku di
kampung Weston. Pada mulanya, pelbagai parti mula ditubuhkan pada ketika itu dan antaranya
parti Keramat USNO (United Nasional Sabah Organization) , Parti Bersatu Sabah (PBS) ,Parti
Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) , dan Parti (UMNO) serta Parti Barisan Nasional(BN).
Apabila Parti Barisan Nasional mula memenangi kerusi di Kampung Weston yang di menangi

3
oleh Datuk Dayang Mahani pelbagai pembangunan mula berlansung. Antarnya, pembinaan
dewan Seri Dayang, pasaraya Weston, sekolah, balai polis, hospital dan banyak lagi.
Pembangunan yang semakin pesat ini menyebabkan Kampung Weston ditukar nama kepada
Pekan Weston. Selain itu, kampung ini telah melahirkan ramai tokoh pendidikan antaranya
Tuan Haji Awang Besar Haji Matali, Tuan Hj. Halus Abdullah, Tuan Hj.Mohiddin Osman, dan
banyak lagi.

Di Pekan Weston juga mempunyai banyak tinggalan sejarah yang boleh diangkat oleh
badan kerajaan yang bertangungjawap untuk memastikan monumen yang tinggal di kawasan
Pekan Weston diperlihara oleh kerajaan. Monumen ini mempunyai tinggalan sejarah yang
penting untuk direkod dan dikaji oleh ahli sejarahwan negara. Hal ini kerana monumen
bersejarah yang terdapat di Pekan Weston tidak dijaga dengan baik dan diangkat sebagai tapak
warisan sejarah negara ini. Di Pekan Weston terdapat banyak tapak monumen yang berusia
ratusan tahun, sebagai contoh tokong di Pekan Weston, Rumah Kedai, dan tapak pentadbiran
British, tapak landasan kereta api, pelabuhan serta masjid. Tapak-tapak bersejarah ini
mempunyai kisah dan peranan penting di era penjajahan.

Monumen ini penting kerana menjadi daya tarikkan pelancong kerana ia merupakan
tinggalan penjajahan, sebagai contoh Monumen Rumah Kedai, ia merupakan bangunan yang
berusia seratus tahun, sumber ini diambil dari tuan Zunaidi yang merupakan seorang pemegang
sejarah di Pekan Weston.1 Bangunan ini masih untuh pada masa ini kerana masih terdapat
aktiviti perniagaan yang dijalankan. Bangunan ini juga dikatakan merupakan bandar pertama
yang dibina oleh British sekitar tahun 1900 di kawasan Pekan Weston.2 Apa yang menarik
tentang bangunan ini juga ia mengunakan sistem pemasangan pasak bagi membina bagunan
ini pada peringkat awal. Sekiranya diperhatikan pada waktu ini masih terdapat tinggalan sistem
pasarkan dibangunan ini. Pada zaman penjajahan juga bangunan ini dikatakan bangunan ii
mempunyai peranan yang penting sebagai pusat kegiatan ekonomi di Pekan Weston. Justeru
itu dapat kita lihat bahawa Rumah Kedai ini merupakan salah satu tinggalan sejarah yang amat
pentiang dalam melakar sejarah yang pernah berlaku di Weston, maka pentingnya bagi
kerajaan atau mana-mana pihak berwajib perlu menjaga dan memelihara bangunan ini dari
diruntuhkan atau dirosakkan.

Selain itu, terdapat tokong yang dikatakan antara tokong terawal dibina di seluruh
Sabah. Perkara yang menarik tentang tokong di Pekan Weston ialah ia telah dibina oleh
3

penduduk tempatan iaitu bangsa Brunei, hal ini dikatakan sendiri oleh Cikgu Siti yang
merupakan antara tokoh yang boleh dipercayai. Di Pekan Weston dikatakan penduduk China
jumlahnya tidak sampai 10 peratus dari kalangan seluruh penduduk di Weston. Dalam tokong
ini juga disemadikan nama beberapa orang tempatan yang dikatakan memberi sumbangan
besar kepada tokong tersebut, rujuk gambar ke 16. Antara nama yang disebut ialah Dato Haji
Ismail, Dato Yassin, Dato Hissayahmuddin, Dato Tengku Panglima Mohamad dan Dato
Mustapha Mizan. Ini adalah nama yang telah diletakkan dalam sebuah pondok kecil dibina khas
untuk menghargai mereka ini. Ini adalah daya tarikan sebenar tentang tokong ini walaupun ia
telah ditambah baik namun tapaknya masih lagi milik asal tampak yang mula-mula dibina. Lebih
menarik wujudnya toleransi dalam kalangan kaum di Weston dalam bekerjasama dan memberi
sumbangan bagi membina tokong.

1
2
3

4
Dalam pada itu, di Pekan Weston juga mempunyai landasan Kereta Api terawal yang
telah dibina oleh British. Pembinaan kereta api ini bertujuan untuk mengakut kayu yang
digunakan sebagai sumber bahan api untuk kereta api itu sendiri. Jadi kereta api ini juga jadi
alat pengangkutan untuk menghubungan kawasan Pekan Weston dengan kawasan luar. Dan
menurut Cikgu Siti, penemuan tapak di Kg. Lingkungan.4 Selain itu, di kampung Bukau juga
dikatakan merupakan perhentian pertama Kereta api yang dibina oleh British. Di sini kita lihat
sendiri bahawa kesan tinggalan sejarah di Pekan Weston ini cukup banyak dan penting untuk
didokumentari serta dikaji oleh sejarahwan Malaysia.

Seterusnya tapak sejarah yang masih wujud di Pekan Weston adalah bekas tapak pusat
pentadbiran British yang dibina sekitar tahun 1940. Apa yang menarik tentang tapak sejarah ini
ialah pada peringkat awal ia dibina sebagai pusat pentadbiran British di Pekan Weston.
Kemudian ia telah diambil alih oleh Jepun dan dijadikan sebagai sekolah untuk penduduk
tempatan sekitar tahun 1942 hingga 1943. Ia juga digunakan sebagai tempat penyimpanan
senjata oleh Jepun ketika berperang dengan British. Walau bagaimanapun, bangunan ini telah
di runtuhkan oleh dan dibina sekolah China dan sehingga sekarang tapak bangunan ini masih
lagi wujub dan dapat dilihat kesannya.

Di Pekan Weston terdapat sebuah perlabuhan yang dibina semula oleh British pada
tahun 1951. Perlabuhan ini dibina oleh sekumpulan tukang kayu yang berbangsa China.
Pembinaan perlabuhan ini digunakan sebagai tempat pemungahan jentera perang dan
peralatan membina kereta api. Perlabuhan ini juga dibina dengan mengunakan kayu Bulian
sepenuhnya. Hal ini dapat dilihat dalam gambar 18. Di perlabuhan ini juga menjadi tempat
kepada Jepun untuk mendarat ke Sabah sebelum menyerang British dan menguasai Pekan
Weston serta seluruh Borneo Utara. Jelas kita dapat lihat Pekan Weston merupakan salah satu
tempat yang mempunyai tinggalan sejarah yang tersendiri dan sehingga kini terdapat
monumen sejarah yang tertinggal di sana, Oleh itu pihak berwajib perlu untuk menjaga dan
memelihara Monumen sejarah yang terdapat di Pekan Weston.

Kesimpulannya, Pekan Weston merupakan antara Pekan yang terawal dan menyimpan
sebahagian sejarah. Hal ini dapat dilihat melalui bukti yang telah kami tunjukan. Pihak yang
berwajib perlu mengambil tindakkan segera untuk memelihara dan menjaga monumen sejarah
yang masih tertinggal di Pekan Weston. Hal ini disebabkan tapak-tapak warisan sejarah ini tidak
dijaga dengan rapi dan memwujudkan kebimbangan sekiranya berlaku kerosakan atau
kemusnahan terhadap monumen sejarah yang tertinggal di Pekan Weston. Justeru itu, semua
pihak perlu bekerjasama untuk membangunkan semula monumen sejarah agar ia kekal dan
lipatan sejarah di Sabah dan untuk Malaysia juga.

5
Nota Hujung

1
Haji Hasan bin Haji Hamzah, Kamus Melayu Global, ANZAGAIN Sdn.Bhd, Kuala
Lumpur 2006. Maksud Bangsa : kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan,132
2
Ensaiklopedia dan Wikipidea. Sejarah Nama Asal Weston: kampung Weston juga
dikenali sebagai Kampung Sugin Lawas, 2013.http://ms.wikipedia.org/wiki/(Weston,Sabah).
3
Ensaiklopedia dan Wikipedea. Susur Galur Pemerintahan Kesultanan Brunei : sultan
Abdul Hakkul Mubin yang memerintah Brunei dari 1661 hingga 1663.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai Sultan Brunei/ 2011.
4
Ensaiklopedia dan Wikipidea. Sejarah Nama Asal Weston. http://ms.wikipedia.org/wiki
(Weston, Sabah).
5
Hajah Noresah bt. Baharom, B.S.C.(UM), M.A (Birmingham), Dewan Bahasa dan
Pustaka (2002). Maksud Budaya: kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup ,18
6
Islam Grid 2.0. Obor Yang Menyinari Alam. Maksud Perkahwinan : Akad diantara
lelaki dan perempuan hidup bersama. http://www.islamgrid.gov.my/2012.
7
Tasgrosironline. Makna Akad Nikah : syarat ketentuan dalam islam.
http://tasgrosironline.wordpress.com.
8
Ensaiklopedia dan Wikipedea. Maksud bersanding : pengantin lelaki dan perempuan
duduk bersebelahan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bersanding/2014

6
9
Artikata. Maksud meramu : mencari dan mengumpulkan bahan-bahan (akar-akaran,
kayu-kayuan). http://www.artikata.com/arti-375092-meramu.html.

Bibliografi

Awang Tamin Bin Matussin, pesara guru. Ditemubual pada 10/2/2014.

Dato Paduka Noor Aini Abdullah. Adat Resam dan Estiket Masyarakat Malaysia. Malaysia:
Time Publishing Group,2000.

http://usnosemporna.blogspot.com/2012/08/ (perutusan-merdeka-usno-sabah-2012.html)

http://ms.wikipedia.org/wiki/ (Parti_Bersatu_Sabah)

http://jalanrock.blogspot.com/2011/12/ (sejarah-penubuhan-parti-berjaya-di.html)

http://zanas.wordpress.com/ (sejarah-penubuhan-umno/)

Haji Bongsu Bin Haji Yosuf, Ketua Anak Negeri Kampung Weston. Ditemubual pada 7/2/2014.

Haji Omar abdul Rahman, Ketua kampung Weston, Beaufort. Ditemubual pada 20/2/2014.

Haji Alias bin Sapiudin, Nelayan laut di kampung Weston. Ditemubual pada 20/3/2014.

Haji Hasan bin Haji Hamzah, Kamus Melayu Global: Maksud Kepercayaan. Kuala
Lumpur:ANZAGAIN Sdn.Bhd, 2006.

Maruwiah Ahmat. Kenali Negeri Kita sabah Negeri di Bawah Bayu. Shah Alam: Karisma
Publication Sdn. Bhd, 2008.

Nur Faten Amalina Binti Jelani.Perkahwinan Siri Adat dan Kedudayaan Utama. Selangor Darul
Ehsan:Sri Bumi Trading, 2013.

7
Perpaduan kunci kejayaan, Ucapan perdana menteri yang berhormat datuk seri dr. Mahathir
Mohammad. Di perasmian kongres parti demokratik sabah. Jabatan Perkhidmatan
Penerangan Negeri Sabah: World Machine Trading,20hb.mac1995.

Siti Salmiah Omarali, Guru Sekolah Kebangsaan Lingkungan dan Puteri UMNO Kampung
Weston. Ditemubual pada 2/2/2014.

Sulaiman bin Saidin, Jawatankuasa Kampung Weston. Ditemubual pada 5/3/2014.

Yunus Maris.Kamus Fajar rumi-jawi , maksud merisik: meyiasat, mengintip. Petaling Jaya: Fajar
Bakti sdn.bhd, 1984.

Foto 6: Lokasi Kampung Nabahan Weston


Tempat perpindahan sementara semasa penjajahan Jepun

8
Foto 11: Petempatan Pinggir Laut Kaum Brunei di Kampung Weston

Foto 12: Landasan Kereta Api di Kampung Weston

LAMPIRAN 7
9
Foto 13: Pekan Weston 1940

Foto 14: Tokoh-Tokoh Kampung Weston

LAMPIRAN 8
10
Foto 15: Suatu Ketika Dahulu

Foto 16: Tokong Weston

11
Gambar 17: Nama tokoh penyumbang kepada tokong

12
Gambar 18 : Monumen pelabuhan yang masih wujud di Pekan Werston

13

Anda mungkin juga menyukai