Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

 Menurut Carr E.H 1990, sejarah adalah satu dialog antara perkara yang telah berlaku
pada masa lalu dan pada masa kini.
 Menurut “bapa sejarah’’ Hedorutus, sejarah adalah satu kajian untuk menceritakan
satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.
 Selain itu, Aristotle pula berpendapat, bahawa sejarah merupakan satu sistem yang
mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Menurut beliau
Sejarah adalah peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti
yang kukuh.

2.0 KONSEP SEJARAH BERULANG

 Menurut Hedorutus, beliau pernah menceritakan tentang masyarakat Yunani yang


percaya bahawa sesebuah negara atau peradaban itu, sentiasa mengalami proses
kitaran, bahawa sejarah itu adalah satu gejala yang berulang-ulang, yakni sesuatu
peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam kitaran yang silih berganti.
 Kehidupan itu seperti roda; seperti kewujudan dan kelahiran seseorang insan, maka
sesebuah negara juga dianggap mempunyai satu titik kelahiran, kemudian
berkembang sehingga kemuncak kejayaan atau keagungannya dan akhirnya
mengalami keruntuhan.
 Mereka menganggap peristiwa yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu dan
peristiwa ini boleh berulang pada masa yang berlainan, iaitu sezaman atau pada
masa akan datang.
 Menurut Dinoysius, beliau menganggap sejarah itu sebagai satu “falsafah yang
memberikan pengajaran melalui contoh-contoh”.
 Selain itu, sejarah berulang mempunyai proses kitaran yang saling berkait rapat
serta bersilih ganti atau sesuatu peristiwa itu berlaku berulang-ulang kali.
Contohnya, di dalam sesebuah pemerintahan sesebuah tamadun apa yang ada
adalah kemunculan sebuah kerajaan, perkembangan dan kejatuhannya.
 Oleh itu, di percayai kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa
ke satu tempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesuatu negara.
2.1 Contoh Sejarah Berulang

2.1.1 Kerajaan Bani Abbasiyah

Pada tahun 750 M, Bani Umayah dapat dikalahkan oleh Abul Abbas. Tampilnya Abul
Abbas menandakan bermulanya kekuasaan Bani Abbasiyah dengan pusat
pemerintahan di Bagdad. Semasa pemerintahan Bani Abbasiyah berlaku
perkembangan dalam bidang pendidikan dan seni dengan cukup pesat. Pada waktu
itu, sarjana dari barat bekerjasama dengan sarjana muslim menerjemahkan karya-
karya Yunani, Romawi Kuno, dengan bimbingan dari Al-Quran sehingga
menghasilkan pengetahuan yang baharu dan unggul. Perkembangan ilmu
pengetahuan berlaku dengan pesat semasa pemerintahan Harun Al Rasyid(786-809).
Pada zaman pemerintahannya bani Abbasiyah menghadapi satu zaman yang amat
maju dan berkembang. Selepas pemerintahan Harun Al Rasyid tamat, kerajaan Bani
Abbasiyah mengalami kemunduran. Pada 10 Januari Bagdad diserang oleh tentera
Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Semua istana dihancurkan, para kerabat
istana dibunuh, bahkan banyak buku buku ilmu pengetahuan yang dibakar. Zaman
ini menunjukkan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah yang pernah gemilang sewaktu
ketika dahulu.

2.1.2 Kerajaan Bani Uthmaniah

Kerajaan Uthmaniah uthmaniah adalah kerajaan yang terbesar pada suatu ketika
dahulu. Kerajaan ini lahir di turki dan bertahan selama 6 setengah abad sehingga
tahun 1924. Semasa zaman perkembangan kerajaan Bani Uthmaniah maju dari segi
peradaban. Orang turki terkenal dengan sikap pandai bergaul dengan bangsa-
bangsa lain. Antara kebudayaan yang menonjol semasa zaman bani uthmaniah
adalah kebudayaan parsi, byzantine dan arab. Agama Islam adalah agama yang
dianuti oleh majority penduduk di wilayah-wilayah kekusaan Uthmaniah. Walaupun
kerajaan bani Uthmaniah lebih maju dalam bidang ketenteraan namun dalam bidang
pengetahuan mereka masih lagi memberi keutamaan terhadapnya. Sebagai contoh,
mereka telah membina Masjid Jami’ Sultan Muhammad Al- Fatih dengan unsure-
unsur seni seperti hiasan kaligrafi Arab yang indah. Selain itu, mereka turut menulis
buku yang bertajuk Al-Hushun Al Hamidiyah. Dalam zaman kejatuhan kerajaan
Uthmaniah, ianya berlaku dan berlansung selama tiga abad. Kejatuhan kerajaan bani
Uthmaniah adalah disebabkan pemerintah yang kurang efektif, berlaku
pemberontakan, ilmu pengetahuan yang kurang, ekonomi yang lemah dan banyak
lagi.

3.0 Kepentingan Sejarah Berulang

3.1 Pandangan Masyarakat Yunani

 Masyarakat yunani mempercayai bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa
dahulu kembali dalam tempoh yang berlainan dan ianya sukar untuk diagak. Namun
begitu, segala peristiwa yang berlaku pada masa lampau mampu memberikan
pengajaran kepada mereka untuk berwaspada pada masa-masa yang akan datang
serta bagi mencari langkah untuk mengelak dari peristiwa yang tidak diingini.

 Selain itu, sejarah juga diangap oleh mereka sebagai satu petunjuk dalam
mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan, cabaran dan halangan. Pada
masa yang sama, sejarah itu juga merupakan satu falsafah yang memberikan
pengajaran melalui contoh-contoh.

 Sebenarnya sejarah yang berulang ulang itu menunjukan kepada mereka tentang
tingkah laku serta pernuatan mereka pada masa yang telah lalu dan juga perbuatan
orang-orang terdahulu daripada mereka.

3.2 Sebagai Warisan Untuk Generasi Akan Datang

 Setiap perkara baik yang dilakukan kita mahu perkara itu diwarisi dan diperturun
kepada generasi kita yang akan datang.
 Setiap peristiwa sejarah ada kebaikan dan keburukannya, maka generasi akan
datang akan menentukan kehidupan yang akan datang. Sebagai contoh, ialah adat
Melayu. Adat ini masih lagi diamalkan walaupun masih terdapat serba sedikit
perubahan daripada asalnya.
 Dalam karya pensejarahan Melayu seperti Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji menceritakan
bahawa mempelajari sejarah adalah penting bagi mengetahui warisan dan
pengalaman manusia masa lalu yang telah memberi sumbangan yang besar kepada
sesuatu tamadun.
3.3 Sebagai Pendidikan dan Pengajaran Kepada Kita Serta Generasi Akan
Datang

 Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid, pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan
sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi
memperbaiki segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah dilakukan oleh
masyarakat tradisi, memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan
individu, masyarakat dan negara.
 Menurut Stephen Vaugh, dengan mengkaji sejarah, kita membuat persediaan
dengan lebih baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan
moden.

3.4 Pembangunan Bangsa dan Negara

 Mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang pernah dicapai oleh sebab


seseorang atau sesebuah negara.
 Contohnya, negara kita pernah dijajah oleh kuasa barat sehinggalah negara kita
mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957.
 Dapat memberi pemahaman tentang budaya yang lalu dengan budaya masyarakat
hari ini untuk membuat perbandingan bagi membangunkan dan memajukan
masyarakat serta negara pada hari ini dan hari depan.
RUJUKAN BUKU

Arba’iyah Mohd Noor. 2006. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998. “Ilmu Sejarah”: Teori dan Amalan dalam Pengajaran-
pembelajaran Sejarah”. Kertas Kerja Sempena Simposium Kebangsaan Ilmu
Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Carr, E.H., 1990. What is History? London: Penguin Books.

Drs. Sardiman A.M, M.Pd. 2006. Sejarah 2 Program Ilmu Sosial. Yudhistira: Indonesia.

Hans Meyerhoff, ed., 1959. The Philosophy of History In Our Time. An Anthology selected
and edited by Hans Meyhoff. New York: Double day Anchor Books.

Muhd. Yusof Ibrahim, 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai teori
dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntralingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Merican and Son,
Sdn. Bhd.

Sidney Pollard, 1971. The Idea Of Progress: History and Society. Harmodsworth,
Middlesex: Penguin Books.

Stephen Vaugh, 1985. The Vital Past: Writing on The Uses of History. Athens: University
of Georgia Press.

Tengku Iskandar, 1996. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim, 1986. Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori
dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Nurhakim. 2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun, Menyingakap Sejarah


Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam. Selangor: PTS Islamika,
PTS Publication & Distributors SDN. BHD.
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, 2000. Sejarawan dan Pensejarahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Ali Haji, 1965. Tuhfat al-Nafis. Singapura: Malaysia Publication.

Rujukan Internet

Yusuf Ibrahim, 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara.


http://www.ukm.my/jebat/images/upload/Muhd.%20Yusuf%20Ibrahim.pdf

Baehaqi Arif,2009. Konsep Sejarah.


https://baehaqiarif.files.wordpress.com/2009/12/sejarah.pdf

Anda mungkin juga menyukai