Anda di halaman 1dari 2

Konsep Etika

Definisi 

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang membawa erti kebiasaan, adat,
akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1] Ia juga membawa
maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat
moral dalam sesuatu bangsa. 

Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics
bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud
system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-
peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada
akhlak. 

Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara
sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk.[2] Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula,
etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang
melibatkan kakitangan awam.[3] 

Pembahagian Etika 

Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika berbentuk deskriptif dan normatif. Etika
deskriptif adalah disiplin yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau golongan dan
berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau keadaan. Ia dibicarakan dalam aspek yang
luas.[4] 

Manakala etika normatif pula menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral
yang ada. Ia juga mencadangkan sistem etika yang standard berpandukan sistem yang sedia ada,
contohnya “etika pemimpin” dan “etika perubatan”. [5] 

Etika Menurut Islam 

Etika dalam Islam adalah akhlak.[6] Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang
berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan
melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala.[7] Selain itu ia juga dapat ditakrifkan
sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran
Allah dan RasulNya.[8] 

Ciri-Ciri Etika Islam 

Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut
perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah
barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-
Qur’an dan As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata.[9] 

Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap
masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan
hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada
konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

[1] H.Hamzah Ya’kub. Dr. (1991), Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul Karimah. C.5. Bandung : c.v
Diponegoro, hal.12.
[2] Sharifah Haayati Syed Ismail. Dr. (2000), Budaya dan Etika Kerja Tempatan dan Pengaruhnya
Terhadap Perubahan Hukum, Kertas Kerja Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkat Kebangasaan
di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 7-8 November 2000, hal.3.
[3] Mohd Tap b. Salleh et.al (1991), Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara, hal.20-21.
[4] Mohd Nasir Omar (1992), Falsafah Etika Barat dan Islam. C.2. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam, Jabatan Perdana Menteri, h. 20-21.
[5] Ibid.
[6] Ibid.
[7] Sharifah Hayaati Syed Ismail. Dr., (2000), Op.cit.,h.6.
[8] H. Hamzah Ya’kub . Dr., (1991),0p.cit.,h.13.
[9] H.Hamzah Ya’Kub. Dr., (1991), Op.cit., h.14

Anda mungkin juga menyukai