Anda di halaman 1dari 3

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan

dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina


identiti nasionaldan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian
dengan keperluanmenghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting
bagi setiap gurumemahami peranan dan tanggunjawab masing-masing. Ini adalah kerana
peranan dantanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam
dalam diri setiapindividu itu.Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari
daripada memahami konsep dan terasutama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), Rukun Negara,Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) dan Misi Nasionalnya. Semua inimenekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan
atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama
haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam diri seorang
individu yang bergelarguru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan
kepercayaan kepada Tuhandalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam
kehidupan pada era globalisasi.Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,
teknologi,kemewahan dan hiburanboleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan.Jadi
dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina
sebuahnegara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah menjalankan peranannya dalam:a.
Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilaiCiri perkampungan global dari segi
ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yangdiketengahkan melalui ledakan maklumat ini
merujuk kepada model yang direka bentuk olehpengasas dan penaja sistem teknologi
maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telahtersebar luas di seluruh dunia. Kedhaifan
kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmupengetahuan dan kemahiran teknologi
maklumat dan telekomunikasi memungkinkan merekasukar untuk menolak gelombang yang
besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995). Oleh itu,perubahan dalam arus teknologi maklumat
di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejalasosial yang baru, misalnya isu
pornografi.Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan
lagi pelajarterjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu
pendidikanyang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai
murni yangterkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al

Quran dan As-sunnah. Terlalu banyak nilai murni yangselaras dengan fitrah insan
terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilaiberkenaan dan seterusnya
membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran danpembelajaran. Apabila guru
berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal,maka akan lahirlah pelajar
yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah.Biar apa pun nilai yang
dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan denganagama dan
wahyu.Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh
guru. Ibu bapa

dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa
samamengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika
gurumenjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan,
maka tugas ituakan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang
dimaksudkan dengantugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.b.
Keharmonian fitrah teras amalan tingkah lakuMatlamat pendidikan negara ini antara lain
termasuklah mendidik pelajar supaya memilih danmengamalkan tingkah laku yang baik.
Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah lakupelajar yang cukup negatif seperti
tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalammasyarakat. Kenapa perkara ini
berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsepfitrah atau tabii pelajar
menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dantidak normal. Jika
dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahanhinggalah ke
alam dewasa dan kehidupan.Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan
pembelajaran sentiasa memeliharadan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya
harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilahakan membina tingkah laku normal. Inilah
etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas inihanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya
guru merealisasikan amanah ibadah danpembangunan insan dalam menjalankan tugas
pengajaran dan pembelajaran.c. Pembangunan insan asas kualiti hidupSetiap manusia
inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapaiprestasi
hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaanmemperoleh
status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklahmemenuhi
matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-matatidak
menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu
perlulahdicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.Menurut paradigma pendidikan
bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmonidengan fitrah insan iaitu gaya
hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yangdianugerah Allah SWT.
Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusipendidikan? Dalam hal
ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagaiibadah, dengan
sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yangakan
digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam
diripelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii
yangdianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain
guruyang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar
denganciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang
dianugerahkan AllahSWT.d. Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah
pembinaan negara dari aspek kualitiperibadidankualitiprofesionalKita tentu pernah
mendengar kenyataan bahawa kecemerlanganseseorang guru tidak terbatas pada
kebolehannya melaksanakan proses pengajaran danpembelajaran dengan baik tetapi juga
pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana gurudiharapkan mempamerkan peribadi contoh
kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti

peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui
usahamereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal
insan adalahteras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap
membentuk tenagakerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing
dan berdaya tahan. Selaridengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, yangmeletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani
berlumba, membina prestasi serta memilikimerit hingga dapat bersaing dan bertanding pada
peringkat antarabangsa, pembinaan modalinsan turut menjadi teras dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti
disarankan dalam RMK-9 seharusnyadilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Sebab
itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu
menghasilkan nilai tambah kepada negaradalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda
negara itu, pendidikan menjadi wahana utama.Pelajar di semua peringkat perlu dididik
dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling
hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysiayang cemerlang, gemilang
dan terbilang.e. Menjadi agen sosialisasi kepada pelajarSekolah merupakan agen
kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai
kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satufungsi yang sah
serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, perananguru
pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil
danterlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga,
beliaumengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang
kritikal dalamproses pengaliran kebudayaan.Guru juga perlu menjalankan peranannya
sebagai individu yang paling dekat dengan pelajarsemasa pelajar berada di sekolah. Oleh
itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagaipengganti ibu bapa. Ini amat penting
kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormatpelajar kepada guru atau orang
lain di sekolah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian.Oleh itu tidak akan ada
mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari
oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukanvandalisme
dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru.Oleh itu, usaha melahirkan warga
pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perluditeruskan manakala hal ehwal
kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dankepercayaan kerajaan
bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan.Modal lain seperti
wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangidengan modal
insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama ratakepada
semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.

Anda mungkin juga menyukai